Friday, December 31, 2010

Salah satu IMPIAN 2011!

MAHU BERCUTI, BERSANTAI, DIMANA-MANA PULAU YANG CANTIK INDAH, DI DUNIA, TIDAK KISAH DALAM ATAU LUAR NEGARA!(tp prefer luar negara! heh eheh eheh)

YIP YIP YIP!

amin :)


Thursday, December 30, 2010

Be positive every single day

Kadang-kadang, kita ada melalui pengalaman yang sedih,

kadang-kadang kita kecewa, kita merasakan kita sudah melakukan kebaikan, tetapi dibalas dengan kejahatan,

kadang-kadang kita hairan, kenapa kita dilayan begini dan begitu sedangkan kita mau terus maju dalam bidang yang kita terokai->eh betulka guna ayat ni? hehe

kadang-kadang rasa macam nak nangis tapi tertahan-tahan ->sedih x? wuwuwuw

kenapa harus ada perasaan kecewa? Sesiapa ada didalam kategori di atas sila beli buku Jangan Bersedih. hehe. segera. dan BERSEDEKAH.

BE POSITIVE EVERY SINGLE DAY ...

KENAPA?

PERCAYA, Allah tidak kejam. Kalau merasakan ada sesuatu yang kita inginkan tetapi tidak mengikut seperti apa yang kita harapkan, muhasabah diri, mungkin kita ada silap di mana-mana, jangan hukum diri dengan kecewa, tetapi berubah ke arah yang lebih baik, setiap yang berlaku ada sebabnya.

Disebalik kesulitan terdapat kemudahan. Biasanya kalau saya mengalami kesulitan, atau ditimpa dugaan dan cabaran yang kuat, ianya akan diiringi dengan sesuatu yang menggembirakan, kadang-kadang kejayaan yang besar. Nah, saya yakin anda yang lebih hebat pasti ada pengalaman demikian bukan? Harus terima dengan terbuka dugaan, kesusahan, Allah hanya ingin menguji kita. Enakkan diuji? Kita akan merasa diri kita disayangi ALLAH, kerana kalau kita bersabar ganjarannya BESAR. apapun ganjarannya, pasti sesuatu yang sudah diaturkan olehNYA


Jadi kenapa bersedih? kenapa kecewa? Be Positive Every Single Day :)

Nite

Assalamualaikum ;)




REDHA - INTEAM

Terima Kasih

Terima Kasih di atas ucapan Hari Lahir Saya yang ke 25! (hehe saje je buat hebohkan, orang yang tak tau akan tau today is my birthday n uols wajib bagi hadiah!!!! hehehehhe)

Rasa Syukur yang tidak terhingga. Tak perlu panjang-panjang. Anyway. THANK YOU ALLAH :)

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah

Tahniah Malaysia

Tahniah Indonesia

2 pasukan hebat dari ASIA, bakal menggegar DUNIA, insyaALLAH

:)

Nite.

Sepak Bola Vs Bola Sepak

Ok! Kita semua tahu -> Rakyat Malaysia dan Indonesia, malam ini perlawangan akhir Piala Aff suzuki apa ntah, tapi yang penting ada perlawanan bola. Daaaannnn seperti yang semua tahu, sekarang pasukan Indonesia tekanan tahap tinggi sebab dah kalah di Malysia 0-3 dannn mereka sangat tidak berpuas hati dan menyalahkan Malaysia main kotor dan bla bla bla.

Saya tidak heran pun kalau perlawanan ini akan mencetuskan perang besar di antara Indonesia dan Malaysia(please take note, kalau nak sebut or eja Indonesia jangan sesekali tulis, sebut INDON, mereka sangat MARAH ok, sebab nyer tak cari lagi)

Saya seorang yang tidak meminati BOLA SEPAK ke SEPAK BOLA ke, tetapi kenapa saya membahasan ini di dalam blog saya? SEBAB ...

1) saya pening tengok status FB kawan-kawan Indonesia saya(tidak semua, sebahagian mereka sahaja) sentiasa buat status yang kurang enak dibaca atau didengar dan bla bla ... Status yang sentiasa menampakkan mereka langsung tidak bersalah di atas kekalahan perlawanan lepas yang berlangsung di Malaysia, tak ingat hari apa ntah diorg main, tapi yang pasti pada hari tersebut rumah saya sangat bising dengan teriakan walaupun yang menonton hanya 3 orang! Angah, Adik Is, dan Bapak saya, mak saya ada lah menyampuk sikit-sikit. eh sori kat mana dah tadi?

2) Dan, kebetulan saya ada menonton jugak tv indonesia kan, so ade lah tertengok segment Berita mereka. macam-macam diorang buat laporan. Hanya kerana laser hijau ntah apa-apa mereka menyalahkan Malaysia main kotor. Saya faham, rakyat Indonesia MALU BESAR dengan kekalahan ini(belum confirm sepenuhnya kalah, coz malam ni akan menentukan siapa juara, walau pun diatas kertas nampak macam Malaysia akan menang) sebab mereka sangat YAKIN, dan rasa SANGAT KACANG nak mengalahkan Malaysia.tup tup eh kalah pulak. LASER HIJAU JADI ALASAN?

3) Chill lah ok???????? hanya Sepak bola je pun???? takkan hanya kerana bola sebiji tu 2 negara nak bergaduh???? though kawan-kawan indonesia saya ok je pon, cumanya yang berlegar-legar kat internet sekarang ni melambangkan betapa KERUHNYA hubungan 2 negara ini.

4) coz saya ada pengalaman ke Indonesia, diorang ni actually baik-baik je, cuma semangat kenegaraan itu yang sangat tinggi. err mana-mana rakyat pun akan semnagat tinggi kan? ke diorang ni terlebih tinggi semangat nya? huhuh . dan err actually sebahagian je rakyat Indonesia yang suka buat rusuhan ntah apa-apa nih, tapi disebabkan rakyat mereka sangat ramaiiiiiii so ianya nampak seperti seluruh INDONESIA berperang dengan MALAYSIA, walaupun saya tengok rakyat MALAYSIA macam cool je, walau dituduh macam-macam.

5) ok, saya tak sokong mana-mana negara, coz yang mewakili Malaysia tu HARIMAU MALAYA? dan saya dari SARAWAK, n i'm not MALAYA? hehehe KENEGERIAAN x??

KESIMPULANNYA, memang tak kisah siapa yang menang. TAPI SAYA KISAH APA AKAN JADI SELEPAS PERLAWANAN INI BERAKHIR MALAM INI? CUBA TEKA. ADAKAH?

1) .............

2) ..........................

3) BLA BLA BLA

4) PALING RISAU KALAU TAK DIBENARKAN SHOPPING DI INDONESIA LAGIK. SINI SHOPPING SANGAT HEAVEN OK! HUHUHUHU.....TAPI YANG NI TAK LOGIK LA. ERR TAPI KALAU TERJADI MACAM MANA? HEHEHE RISAU TAK TENTU PASAL

5) WUTEVER LAH.

MARILAH KITA BERDAMAI WAHAI RAKAN-RAKAN KU? NEGARA-NEGARA LAIN KETAWA DAN SUKA HATI JE TENGOK KITA 2 NEGARA ISLAM NI GADUH-GADUH, TAK MEMBERI MANFAAT PUN OK? FIKIR-FIKIRKANLAHHHH ;`(



Sunday, December 26, 2010

Selamat Tinggal Kenangan 2010

Ada orang ...

Suka berkongsi apakah koleksi buku yang mereka sudah kumpul sepanjang tahun 2010

Suka berkongsi koleksi handbags yang sudah berjaya dimiliki sepanjang tahun 2010

Suka berkongsi berapa banyak tempat dah berjaya dijejaki dan dilawati sepanjang tahun 2010

Suka berkongsi koleksi handphone dari pelbagai jenama yang berjaya dimiliki sepanjang 2010

Suka berkongsi kisah suka dan duka sepanjang tahun 2010

Suka berkongsi kejayaan yang diraih sepanjang tahun 2010

......

dan seterusnya

Dan semuanya pasti dikongsi di Blog yang pastinya, kalau di FB kurang sesuai apatah lagi Twitter .. namun terpulang kepada cara masing-masing

Apa jua perkongsian, pastinya perkongsian tersebut akan menjadi kenangan yang manis kepada empunya, dan semoga juga kenangan itu bisa memperbaiki kehidupan di masa depan, pastinya dengan kedatangan 2011 dalam masa beberapa hari lagi. Manfaatkan setiap detik, selagi kaki masih berpijak di bumi. Salam Sukses 2011, insyaALLAH ;)




Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Minggu

oww oww ... kalau anda sibuk saya juga sibuk

tapi kita masing-masing diberi kelapangan untuk membelog..hihihi...walau hanya sekadar melepas kata entah apa-apa ...

ok teruskan dengan kesibukan anda dan saya yang mudah-mudahan untung dunia dan akhirat. pasti bahagia yawwww

assalamualaikum... cinta damai ok? :)

Wednesday, December 22, 2010

Kenangan Konvo 2008




Diantara kenangan manis dalam hidup
*actually sungguh tidak malu share gambar ini, coz the topi terbalik, yang rambu-rambu tu sebelah kanan kan? masa ni x atur lagi. hihihi.

Sunday, December 19, 2010

Tudung RATU


Pengilan di Mega Hotel Miri 19 November '10 Jam 8pm

Aiyoh, saya sangat suka Tudung RATU ini. Haha, though ada yang komplen saya ala-ala ustazah kalau pakai tudung ini, ada aku kesah? hehe, janji selesa dan saya SUKA! of course Ariani juga saya suka, DAN ini diantara koleksi terbaru tudung RATU yang murah dan cantik. hehe :)

Tiba-tiba je kan topik tudung. Before ni saya suka koleksi tudung ARIANI. Semua colour ada. cuma pilihan colour tak banyak coz saya jenis pakai agak labuh sikit. kalau yang size atas dada tu lagi banyak pilihan, sayangkan T_T.So selepas diperkenalkan Angah tudung RATU saya terus terpikat. Sekarang hanya ada 4 warna sahaja dalam koleksi saya. Yang paling best tudung RATU ni cantik, kemas dan MURAH. hehe. ada rezeki kita tambah koleksi tudung RATU colour2 lain pulak ok. OKlah mahu tidur sudah.

Assalamualaikum

Sami Yusuf - Make Me Strong 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Hayati lagu ini, semoga kita semua diberi ketabahan dan kekuatan di dalam memperjuangkan Perubatan Thibbun Nabawi. Ulasan Lanjut akan dbiuat. Selamat berhari minggu.

Assalamualaikum~


Friday, December 17, 2010

Sabar

Menyentuh hal SABAR ni kan, sedikit nak share. hehe :P

Dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini(hikhikhik,skema) haruslah banyak BerSABAR. 25 tahun hidup di atas muka bumi ini sedikit sebanyak, banyaklah jugak pengajaran dan pelajaran dan asam garam hidup yang dicicip. Walaupun tak lah sebanyak mereka yang dah hidup 50, 60, dan 70 tahun tu kan? Sekurang-kurangnya saya belajar untuk tidak membiarkan apa yang terjadi setiap saat didalam hidup begitu saja. Saya belajar untuk mengambil iktibar dan Sebab kenapa begitu kenapa begini. Alhamdulillah SABAR sudah menjadi sebahagian dalam hidup ini walaupun kadang-kadang terbabas lah jugak kan terlepas Amarah kalau kurang Sabar. Nasib baik saya dikelilingi orang yang sentiasa mengingatkan kalau tiba-tiba TerBabas tu!Tetap manusia biasa yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan.

Eh, sempat lagi aku memblog pasal SABAR kan, sedangan customer dah on the way ke sini untuk treatment. Tak dapatlah aku nak membebel panjang. Nanti ada masa terluang kita tambah perisa ok, Garam, Cili, Limau, semua ada untuk diceritakan ni. Ok ok lah saya nak sedia bahan-bahan ni. heheh macam nak masak customer pulak

Selamat Hari Jumaat. Setiap hari adalah hari yang baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Assalamualaikum~

Tuesday, December 14, 2010

Cancel

Woah. Sangat mengantuk jam ini, tapi tak leh tidur lah, coz waktu Asar. hehe. Tak Mahu lah nanti jadi lembab. hehe.

Hua sedikit sedih hari ini, terpaksa cancel my trip to JAKARTA. Dah prepare semua. Wang Rupiah yang tak habis diguna masa bercuti ke Bandung/Jakarta last March juga masih tersimpan rapi,hehehe, ceh! huhuhu, sedih ;`(

Kenapa cancel??? Coz our training centre sedang renovation dan i kena prepare banyakkk benda. ceh banyaklah sangat suka sangat tambah tambah perasa kan? hehehe ...

It's ok, i ready untuk next vacation. Where??? adalahhhhh ....


Ok, masih sedih :(

Assalamualaikum~


Sunday, December 12, 2010

Aktiviti Hari Ini

Biasa-biasa saja. Biasanya saya akan berada di Spa, hari minggu begini. Tapi hari ini, cuti. Nak pegi beli barang sikit untuk persiapan kahwin my customer. Tak banyak pun saya beli, hanya Eye Shadow SimplySiti dan Blusher. Saje nak tambah sikit persiapan, though semua cukup je untuk sesi mekap mekap pengantin. hehe. setel barang untuk my customer, so kita jalan-jalan gi Popular pulak. end up beli Novel GELAK TERGOLEK. hehe, dah lama tak baca novel ni, dan kebetulan novel ni macam lawak siot, so i cuba baca! Dalam kereta tadi dah baca sampai muka surat 16! Memang lawak! hehe. tak sabar nak sambung baca ni!

Selain tu, beli Diari 2011 untuk persediaan appointment SPA untuk tahun depan, file-file, dan sebuah buku agama. and beli barang my Angah yang baru nak berjinak jinak dalam dunia percetakan. err i mean dia nak buat bisnes seperti nak buat 'name card', risalah-risalah dan yang berkaitan. doakan beliau berjaya ok. Ni pun masa saya tengah update blog dia keluar lagi dengan my parents survey printer pulak. Alhamdulillah, sangat bersyukur parents yang sentiasa menyokong Impian-Impian kami. hehe tiba-tiba terharu ;`)

Oh, nak update tu je pon, insyaALLAH esok mulalah 'hectic week' saya. Biasalah MUSIM MENGAWAN ni. hehe. sekarang ni bukan sahaja orang berkahwin yang buat treatment, mereka yang nak bertunang pun dah mula buat treatment. Alhamdulillah rezeki.

Sekarang tengah mencari IDEA nak bawak ADIK dan BAPAK saya pergi celebrate kat mana BIRTHDAY diorang? 15 Disember ni, BAPAK n ADIK sambut hari lahir mereka yang ke 51 dan 17. Please give me some ideas???? dan Jangan Lupa Hari Lahir saya 30 Disember ini ok. hehe

Assalamualaikum~

Friday, December 10, 2010

Marilah Bersama Menjadi Lebih Baik :)

Assalamualaikum dan apa khabar semua :) (semua tu macam banyak readers kan? walaupun ada 2 3 orang je yang baca, tapi tetap perlu dihargai. kan?)

Walaupun selalu sangat cakap sibuk sibuk, tapi eh eh sempat pulak nak ber blog. hehe. Tipu la kalau cakap sibuk sibuk sampai takde masa, Allah dah bagi 24 jam tu pandai-pandailah gunakan kan? (untuk peringatan diri sendiri, jangan sesiapa terasa. hehe)

Oh ya, kenapa tiba-tiba saya nak juga memblog hari ini, walaupun sebenarnya waktu malam lebih sesuai memblog kerana itu waktu santai, tapi takut IDEA nanti hilang macam hari tu, saya tunggu tunggu last-last tak tau dah apa nak disampaikan. hehe. Ok, tanpa buang masa.

Macam ni, hari ni, saya tengok tak kisahlah di Media Massa ke, Depan mata saya ke, dalam Majalah ke, eh yang ni kategori media massa kan? saya tengok ramai sekali wanita muslimah yang sangat CANTIK. Alhamdulillah anugerah Allah :)

Macam - macam fesyen digayakan, kalau dulu, wanita Muslimah digambarkan berpakaian labuh, tudung labuh, muka menunduk, barulah dikatakan fesyen muslimah. Tapi zaman ini, zaman 10 tahun eh dalam beberapa hari lagi 9 tahun akan menjejak ke 2020, tiada lagi istilah Fesyen Muslimah yang labuh-labuh.

RAMAI, yang menggayakan fesyen muslimah dengan lebih BERANI. Saya tidak akan memaparkan gambar dalam entry ini kerana saya rasa para pembaca faham maksud saya atau boleh google sendiri(demi kebaikan semua).

Apa maksud BERANI? Baik kita lihat satu persatu.

1) TUDUNG
- Wanita Muslimah semakin berani menggayakan tudung warna TERANG.
- Pelbagai FESYEN, yelah sape tak rambang mata kalau tengok berlambak tudung cantik cantik dikeluarkan di pasaran.
- KEBANYAKAN saiz tudung semakin mengecil. Setuju? Anda HARUS SETUJU. hehe.
Maksud mengecil disini kebanyakan saiznya atas dada.
- Ada juga yang meggayakan tudung, tapi, anting-anting tetap nak dikeluarkan jugak?
- Apa makna aurat wanita sebenarnya? Hanya menutupi rambut?

2) BAJU/SELUAR
- Kini baju juga semakin mengecil. Yelah, kalau yang kurus mungkin sesuai, kurang nampak bentuk badan, tetapi kepada mereka yang sedikit berisi, mungkin nampak bentuk badan
- untuk kategori DRESS panjang pulak, kain semakin menipis, menampakkan bentuk badan.
- Kesimpulan untuk kategori ini, kebanyakan nya NIPIS, Menonjolkan Bentuk Badan.

3) STOKIN
- Kebanyakan wanita muslimah tidak menggunakan stokin. Tidak semua, kebanyakan, ini adalah kajian saya sendiri di environment saya sendiri.
- Bukan ke kaki wanita kategori aurat? kecuali muka dan tapak tangan? tapi kalau ada mereka yang lebih arif boleh tolong huraikan lagi?
- Bukan apa saya sedikit confuse dengan kebanyakan isteri-isteri ustaz yang saya jumpa. mereka pun tak pakai stokin. SALAH SAYA sebab tak tanya terus dengan USTAZ tersebut.
Ye, saya faham USTAZ dan USTAZAH pun manusia biasa yang buat kesilapan. Cuma-cuma kadang-kadang kita rasa malu, apalah sangat ilmu agama kita dibandingkan dengan mereka kalau kita nak menegur? ( sikap ini harus dihakis )

KENAPA KITA HANYA BERANGGAPAN HANYA USTAZ DAN USTAZAH YANG MESTI PERFECT DALAM MENGAMALKAN ISLAM? ADAKAH KITA, SEORANG ARKITEK, ENGINEER, PEGAWAI EKSEKUTIF, PEGAWAI BANK, PENYANYI, SURIRUMAH, TIDAK PERLU MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM HANYA KERANA KITA BUKANLAH USTAZ DAN USTAZAH. TETAPI BUKANKAH KITA SEMUA BER AGAMA ISLAM?

KITA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM WAJIB MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM. SAYA JUGA CUBA, BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SAYA UNTUK MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM SEBAIK YANG BOLEH. ILMU SAYA SEDIKIT INI SAYA INGIN MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, MARILAH KITA KEMBALI KEPADA FITRAH.

Oklah dengan ilmu saya yang sedikit ini, cukuplah sampai disini, KESIMPULANNYA, semoga kita Umat Islam Berubah Menjadi Lebih Baik :)

Assalamualaikum.

Thursday, December 9, 2010

Tuesday, December 7, 2010

Mesti Cinta Kerja Kita

Esok akan ke Kampung Masjid Kuala Baram untuk misi seterusnya, ceh ceh macam Misi nak ke bulan. hehe.

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk tahun baru ni~ hehe.


haha, saje je nak tunjuk bz lah konon kan? persediaan untuk esok ni.


Seperti biasa saya mendoakan kita semua diberikan ketenangan, kesabaran, ketabahan dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan sekarang, saya cinta kerja saya, anda harus begitu insyaALLAH segalanya OK! :)

Kalau ada ada masalah ke rasa tak tenang ke, luahkan segalanya padaNYA, kita cuma tinggal usaha, doa dan tawakkal. InsyaALLAH.

Selamat Malam :)

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah buat umat Islam di seluruh dunia.

Semoga diampunkan semua kesalahan dan maksiat tahun lepas

Perbaiki dan semoga lebih baik untuk tahun baru ini

Semangat dan bersedia untuk BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK.

insyaALLAH

Salam MAAL HIJRAH 1432

Sunday, December 5, 2010

Disember

Disember adalah bakal menjadi bulan yang paling sibuk.

Are u READY?

SANGAT BERSEDIA, insyaALLAH

:)

Selamat Malam

Saturday, December 4, 2010

Cuti sekejap

Huah, gambar sangat banyakk, tapi x mau letak semua! haha macam lah korang kesah kan? k kita share sikit je la ek. thanx to Angah yang RAJIN ambil gambar kami. Me n Bro Ismail :)



Sarapan pagi, Nasi Lemak. Tipikal Malaysian huh? patula kolesterol tinggi. hehe :p


oh ya, kami stay kat Legend Hotel



Shopping Buku. Tapi bakul kosong? haha, baru survey2.



cantiknyer decoration untuk sambut krismas. hmph kalau hari raya meriah macam ni x? -_-


alamak! angah ni terlebih rajin ambil gambar lah, kat sini pon nak ambil. hihi senyum je lah :)



Paparazi di mana-mana. I nak shopping dengan tenang -_-


Sori i nak shopping jangan SNAP lagiii!!!! marah ni!


oklah tangkap lah gambar walaupun dengan bola krismas ni pon nak snap. wahaha.


whoops..i nak cepat ni, nak ke tandas. tepiiii ...


ok, boleh snap, dalam tandas pun boleh! hihihi -_-



ok yang ni last, lepas ni cukup, i nak makan! hmph -_-

Oklah, cukupla untuk dikongsi. Jom Balik Miri.


Berusaha untuk control, cuba tahan.


ok, tak boleh inilah imej sebenar! heh.


ok ok wanita melayu mesti ayu. wahahahha ... control balik.

Selamat Malam

Friday, December 3, 2010

INTEAM - REDHA


Dengarkan lagu ini, by INTEAM tajuk REDHA. Hayati liriknya dan muziknya sangat best!

Selamat Mendengar

USAH DISALAHKAN TAKDIR YANG MELANDA, RENUNG KEMBALI SEJARAH SILAM, KU REDHA SEDIA DAN TERIMA YANG TERTULIS DALAM KEHENDAKNYA

THANK YOU ALLAH

:)

Thursday, December 2, 2010

Entri ke 101

Tiba-tiba rasa berkobar-kobar untuk tugas-tugas ini. SEMOGA ANDA JUGA BEGITU DENGAN APA JUA PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG :)

1) Update Pakej Terbaru untuk SPA. TERUJA ni COZ Banyak Treatment BARU nak BUAT. YAHOO!

2) BACA BACA BACA PRAKTIS PRAKTIS PRAKTIS. Untuk memantapkan ilmu perubatan JAWI (HPA). SYOK!

3) 7 Disember dah 1 MUHARRAM. Kena updet AZAM dan IMPIAN :)

4) Will BE MORE busy by Januari 2011, coz kena buat banyak training for my downlines, since tempat training tengah renovation sekarang ni. InsyaALLAH JANUARI 2011 masuk. SEMANGAT!

5) n MORE ...

Apa pun pekerjaan dan KESIBUKAN yang melanda anda dan saya sekarang semoga kita menghadapinya TENANG, SABAR DAN TABAH. INSYAALLAH.

THANK YOU ALLAH. ALHAMDULILLAH.

SENYUM :)
alhamdulillah dah sampai balik MIRI!!!

pengalaman menarik dan warna-warni.

nanti ai share keh~

:)

Semangat ni untuk MAAL HIJRAH nanti. Mesti ada PERUBAHAN untuk TAHUN BARU. INSYAALLAH