Memotivasikan Diri Sendiri dan Berkongsi. Semoga bermanfaat. Ayuh Semangat! Berani BerIMPIAN lebih BESAR! Salam Perjuangan ^_______^
Thursday, May 31, 2012
Kepelbagaian Karakter
Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai lebih dari 1 karakter? Sudah tentu pernah bukan?
Maksud saya disini, kalau dia berseorangan, kita rasa sangat simpati dan selesa berbual-bual dengannya, tetapi apabila dia sudah berjumpa dengan gengnya / keluarganya, wah tiba-tiba karakter nya berubah rasa macam tak kenal, dan dia pun buat-buat tak kenal dengan kita? wah sekejap sangat bertukar tu, 360 darjah!
Apa pendapat anda dengan mereka yang berkarakter begini? Pada mulanya saya ok-ok saja. Sebab bila rasa nak geram eh tiba-tiba tak sampai hati dan masih ingat diri SABAR aja lah. Tapi pada satu tahap kerana ditahan-tahan aduhai MELETUP!
Sebelum bertindak untuk bertanya secara berdepan dengan beliau ini saya berusaha untuk rujuk beberapa sumber apakah tindakan yang sesuai, kerana rutin saya setiap hari berjumpa dengan beliau sehinggalah pada tarikh yang tertentu yang saya tidak akan berjumpa dengan beliau.
Banyak yang saya belajar apabila berdepan dengan situasi begini. Pelajaran yang amat bermakna.
oklah selamat tidur. -_-
Subscribe to:
Posts (Atom)