Hari ni saya cuma nak share. Komunikasi dengan diri sendiri tu amat penting. Banyakkan kata-kata positif kepada diri sendiri. Contoh, Azizah U Can Do It! Azizah Positif positif positif. Azizah Bersangka Baik. Azizah Buat yang terbaik. dan lain-lain. Zikir jangan pernah putus. Kita manusia biasa hanya berusaha, dan berdoa. Selebihnya serahkan kepada Allah. Tiada istilah kecewa setelah itu, yang penting Redha.
Sesuatu yang kita harus hati-hati juga jangan sesekali terus percaya kepada khabar angin. Teruskan berprasangka baik kerana apa yang kita dengar itu boleh memutuskan silaturahim. Situasi baik atau buruk itu adalah terpulang kepada amalan kita atau Allah ingin menegur kita. Muhasabah diri dan terus memperbaiki diri menjadi lebih baik itu yang penting.
Saya menerima berita yang kurang enak 2 3 hari lepas, amazingly, saya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha. MasyaALLAH, hari ini, dibalas dengan berita yang menggembirakan! Syukur Alhamdulillah ^_^
No comments:
Post a Comment