Adakah syarat untuk menjadi pemidato hebat anda memerlukan bakat? Memang bakat satu BONUS. Namun, apa-apa sahaja yang dilakukan di dunia ini, jika anda bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. InsyaALLAH. Begitu juga jika anda bercita-cita mahu menjadi pemidato hebat. Untuk menjadi pemidato hebat bukanlah suatu pilihan, tetapi menjadi suatu kemestian. Mahu atau tidak anda mesti memilih untuk menjadi Pemidato Hebat yang pastinya salah satu cirinya adalah berucap dengan YAKIN!
Saya tidak tahu kebetulan atau suratan (hehe) dalam apa jua bidang, atau sesebuah persatuan, atau organisasi, saya sentiasa akan terpilih untuk berucap. Kadang-kadang saya tidak bersedia, dan ini akan menambah tekanan, dan kelihatan seperti tidak yakin bila berucap. Kadang-kadang saya mengeluh, dan memberitahu Emak, saya tertekan jika asyik saya yang disuruh bercakap, bercakap, bercakap. Kenapa bukan orang lain? Emak jawab " Allah pilih kamu, bukan mereka".
Subhanallah, hanya satu ayat dari Emak, saya terdiam dan berfikir. Benar juga. Selama ini pelbagai cara saya lakukan untuk mengelak diri untuk terpilih bercakap di hadapan di dalam majlis-majlis tertentu, tetapi saya terpilih juga, menyebabkan saya mengambil keputusan. Saya tiada pilihan, saya mesti mengasah diri untuk berucap lebih yakin, semangat dan bermanfaat kepada mereka yang mendengar. Dan saya perasan setiap kali selepas berucap aada satu kepuasan dan kelegaan yang tidak terucap oleh kata-kata(wah kau) hehe ^____^
Ok, cukup sedikit perkongsian pengalaman tersebut, walaupun sebenarnya lebih banyak hendak dikongsi. Bagaimana saya melatih diri untuk berucap lebih yakin? Begini :
1) Bacaan Al-Mathurat (usahakan 2x sehari selepas Subuh dan Maghrib) dan Al-Quran setiap hari dengan tafsirnya sekali. Bacaan tafsir mestilah disebut kuat-kuat. Maksud kuat-kuat disini bukanlah menjerit sampai satu rumah dengar ya? Cukuplah jika anda mendengarnya. JIka berada di dalam bilik lebih baik.
2) Solat 5 waktu tepat pada waktunya. Ini yang wajib. kemudian jika anda tidak pernah Solat Dhuha, latih diri setiap hari untuk Solat Dhuha. Jika anda sebelum ini hanya Solat Dhuha 2 rakaat, tambahkan kepada 4 rakaat.
3) Tahajud malam. memang bukan mudah, tapi kuatkan hati, tanamkan azam. Sebelum tidur niatkan. InsyaALLAH, Allah bantu.
4) Berlatih. Berlatih. Berlatih. Emak, dan keluarga sudah terbiasa tabiat saya yang suka bercakap di hadapan cermin, di mana-mana, asalkan di dalam rumah atau di Spa saya. Hehe, jangan pula anda bercakap-cakap seorang diri bila berada di tempat awam. Nanti dicop kurang siuman. ^_____^ pula.
5) Baca. Baca. Baca. Baca buku sebanyak-banyaknya. Setiap hari walaupun sehelai, pastikan ada membaca buku. Hindari Majalah Gosip :)
6) Fokus.Fokus.Fokus. apabila anda menghadiri ceramah atau menonton ceramah di TV. Ambil isi ceramah, lebih baik catit, lihat cara penyampaian, bukan tujuan untuk meniru, tetapi sebagai Panduan. Lebih elok jika kita mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak perlu membuat perbandingan siapa yang lebih hebat, kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing dan kelebihan tersendiri. Yang lebih penting adalah kita ada kemajuan dari sehari ke sehari dan lebih baik dari semalam.
7) Nah, tiba masanya anda dipanggil berucap. Langkah penuh yakin. Sentiasa berDOA semoga Allah memberi kemudahan dan kekuatan apabila berdiri dihadapan dan mula berucap. Berusaha melakukan yang terbaik. Selepas berucap jika merasakan ada bahagian yang anda rasa terkurang jangan risau dan gusar. InsyaALLAH ubah untuk ucapan akan datang. Tidak ada sesuatu yang sempurna. Yang penting, lakukan lebih baik dan lebih baik. Inilah PROSES. Tidak akan berhenti sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Mungkin setakat ini sahaja pagi ini. Akan bersambung kelak. Mahu siap-siap ke Spa.
Ayuh Semangat!. Berani berIMPIAN lebih BESAR!
Salam Perjuangan ^___^
No comments:
Post a Comment