Pagi ini bangun tidur dengan mata yang kembang! Cuba mencari di google image sekiranya ada mata yang kembang ala-ala saya. Alahai. tiada satu pun yang sama. Bagusnya kalau menangis malam tapi esok pagi langsung tak kembang mata? Adakah hanya daku seorang yang sebegini rupa. huhu. Nak ambil gambar mata sendiri adalah sangat tidak wajar. hehe.
Kenapa saya menangis malam tadi? Sehingga pagi ini saya rasa tekak saya kering. ish ish bayangkan betapa banyaknya air mata dikeluarkan malam tadi sehingga tekak kering pagi ini? hehe ada kaitan kah? -____-.
Sebab saya tertekan channel Tv Alhijrah! Tahu movie apa? saya agak hairan juga Tv Alhijrah ini memaparkan Movie Korea! Hurm mesti ada sesuatu yang menarik ni. Jadi saya teruskan tontonan. Wah ternyata! membuatkan saya menangis seperti ini! Saya seorang yang sukar juga menangis kalau menonton movie.
Cubalah. Tonton movie ini dan bersedia untuk kering air mata ok?? Ada pengajaran di sebalik filem ini jika kita berfikir dan berzikir :)
'HARMONY' ->sila search Youtube untuk menonton ok?
K dah sambung ulangkaji. Assalamualaikum.
Salam Perjuangan ^____^
No comments:
Post a Comment