Tuesday, October 4, 2011

Hari yang Gembira

Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas nikmat kehidupan yang mencurah-curah ini. MasyaALLAH, betapa saya manusia biasa yang tiada sempurna ini, yang banyak dosa ini, tetapi Allah Maha Penyayang mengalirkan kasih sayangNYA tidak pernah putus kepada kita.

Selesai sudah menghadiri Kursus Borong pada 2 Oktober 2011 di Kuching. Ilmu yang dicurahkan adalah sangat superb dan super best! hehe over kah, padahal belum join pun the group pergi memborong, baru dengar perkongsian daripada 2 trainer hebat Tuan Muhammad Nizar dan Tuan Shuaib. Saya sudah punya sasaran dan fokus untuk perancangan seterusnya. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati oleh NYA. amin amin amin.

Akhirnya saya berjaya membaca 1/2 majalah Solusi isu 36! Selama 1 jam perjalanan di dalam kapal terbang MAS, kenyang juga otak menghadam, hehe. Kalau nak tunggu baca semasa di Miri memang tak menyempat(hehe bolehkah alasan ini)

Saya juga mengucapkan terima kasih di atas layanan yang sangat baik oleh kazen saya yang sekian lama tidak berjumpa iaitu Puan Ratna Dewi. Beliau dan keluarga melayan saya dengan sangat baik dan superb ( wu wu wu terharu). Saya doakan perniagaan butiknya akan mendapat keuntungan yang mencurah curah. Amin amin amin. dan juga apa jua jenis perniagaan yang beliau akan ceburi kelak. Juga kepada Aunty Roslina Bolhassan, sehinggakan saya keliru mahu menigkut siapa untuk hantar saya ke airport. Haha. Terima Kasih!!! ^_______^

Sekian.

Salam PERJUANGAN! ^__^

No comments: