Sunday, August 21, 2011

#Ramadan Day 21

Assalamualaikum apa khabar teman-teman? Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA.

Bagaimana hari-hari terakhir Ramadan ini? Sedihkan? Walauapapun, masa terus berjalan, dan mahu tidak mahu kita bakal meninggalkan Ramadan. Oleh itu, berusahalah untuk menambah amal ibadah kita pada bulan ini, bulan yang penuh ampunan dan keberkatan.

Kemudian semoga amal ibadah kita terus bersambung dan bertambah walaupun bukan lagi di bulan Ramadan. Amin.

Berusahalah! ^____^

Saya melihat foto-foto rakan FB dan blog sungguh meriah shopping untuk hari raya :)

Untuk saya pula, tidak tahu kenapa kali ini tidak seteruja tahun-tahun sebelum ini untuk menyambut Hari Raya. Adakah saya semakin tua? huhuhu -____-

Sekarang saya cuma tidak sabar dengan rancangan-rancangan yang sudah diatur setelah 7 hari cuti di bulan Syawal. Ikut perancangan mahu cuti 2-3 hari saja, tetapi memandangkan Angah saya Aisyah akan bertunang pada hari Sabtu 4 September saya lanjutkan terus cuti saya sehingga Ahad 5 September (alang-alang katanya. hehe)

Tidak sabarnya saya untuk menempuh bulan September nanti. Woots! Saya tahu ramai yang semakin sibuk walaupun pada bulan Ramadan kan? Bagusnya. Saya pula bakal sibuk selepas Ramadan ini. Sukaaaanyaaaaaa! ^________^

Alhamdulillah rutin harian semakin menarik dan penuh keterujaan. Sekarang saya sengaja tambah pengalaman berurusan dengan penerbit-penerbit buku pula. Hah hah. Saja cari nahas kan? Langsung tiada pengalaman dengan bisnes buku. Kawan tokey buku pun tak ada. Saya tempuh saja. Mungkin masih terlalu awal untuk memberi pandangan bagaimana perjalanan perniagaan buku ini. Tunggu sedikit masa lagi, saya mahu kongsi. Tunggu.... ewah macam lah ada orang nak tunggu. hehehe. Yang penting pengalaman yang menarik :)

Salam Perjuangan! Meneruskan IMPIAN BESAR-BESAR! ^____^




No comments: