Syukur Alhamdulillah, setakat ini menikmati air tangan Emak, dan air tangan sendiri sepanjang berbuka. Tidak tahu entah bila kali terakhir akan merasai air tangan emak. Belum tentu siapa yang akan menemui ajal dulu. Adakah saya atau emak atau adik atau bapa atau paknek? Jadi ambillah peluang ini untuk memberi bakti dan berkasih sayang bersama ibu bapa dan keluarga :)
Alhamdulillah di bulan yang mulia ini semoga rezeki kita semua melimpah-limpah dan jangan lupa memberi kepada mereka yang memerlukan. Latih diri walaupun di tangan kita hanya ada RM1 tetapi jangan khuatir untuk tetap MEMBERI.
Kehidupan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah itu Indah dan cool! :)
"Kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"[Al Baqarah, Ayat 2]
"Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka" [Al Baqarah, Ayat 3]
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Salam Ramadhan. Salam Perjuangan.
No comments:
Post a Comment