Thursday, December 29, 2011

Saya sangat mahu menulis. Tapi macam takde idea padahal banyak nak cerita. Hehe apapun semoga anda enjoy dengan apa yang anda lakukan sekarang ok? Sebab saya sangat enjoy dan suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Hobi dan pendapatan seiringan. Alhamdulillah :)

ok bye

Friday, December 23, 2011

Prezen

Ada sesiapa sudii bagii hadiahhh pandaa ni kepada sayaa?? hehe saja je kan nak kepooo bagi tau my birthday 30 disember nanti... Akan menjadi hadiah ke 2 besttttt...sebab yang palinggg best dah dapattt awalllll .. ok terima kasih didahulukan :P


Saturday, December 17, 2011

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum dan selamat malam minggu! ^___^

Apa khabar sahabat? semoga anda semua dianugerahkan kesihatan yang terbaik ya! :)

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah yang tak terhitung untuk kita ber SYUKUR ya. Allah itu Maha Penyayang sangat-sangat! Kalaupun solat kita tidak cukup 5 waktu atau masih melanggar suruhanNYA tetap kita diberikan REZEKI setiap hari. Bagaimana teman-teman? Masih tegakah untuk melanggar perintah Allah dan berterusan melakukan yang dilarangNYA? Fikir-fikirkan :)

Begitu juga kita dengan manusia lain. Kadang-kadang mungkin kita terasa hati dengan sikap, atau kata-kata manusia lain terhadap kita. Usah terlalu diberatkan sehingga kita stress berpanjangan dan membawa kita kepada penyakit yang berbahaya. MAAFKAN saja! Kemudian PERBAIKI diri menjadi lebih baik. Dekatkan diri dengan ALLAH. BerDOA diberi ketabahan dan berSABARlah :)

Jalani hidup ini dengan Positif, insyaALLAH perkara-perkara baik akan datang. Rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang. Ia boleh jadi kasih sayang dari manusia lain, diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia. Ayuh kita bersyukur dengan nikmat yang tak terhitung ini.

Terima Kasih Allah! :')

Friday, December 16, 2011

Dhikr Kids




Baju Kanak-kanak muslim

Saturday, December 3, 2011

Negeri5Menara Movie's Photo on Lockerz

Tak sabarnya nak menonton NEGERI 5 MENARA! Asyiiiiikkkkkkkkkkkkk ... ^_____________^

Negeri5Menara Movie's Photo on Lockerz

Thursday, December 1, 2011

Soalan ANEH

Kadang-kadang saya dapat soalan yang aneh, dan ketawa sendiri saja bila diajukan soalan begini :-

A ; Kasihan, bz di spa yer, langsung tak keluar ke? Terperuk di spa? takde jalan-jalan ke KL ke?
Saya : ^______^ (senyum sajalah)

LAWAK tak soalan ni? adoi doi apakah yang hebat sangat itu KL? ok fine bukan merendah-rendahkan KL ke apa. tapi kalau makcik itu..oopsss tauuu saya kadang2 sebulan sekali kadang2 2 bulan sekali ke KL mahu dia pengsan kot??

saya pun kadang-kadang hairan saya masih punya masa luang untuk jalan keluar negara padahal rasa macam bz semacam. Alhamdulillah masa diberkati barangkali ya?

Tapi bolehkah soalan ANEH begini WUJUD??? sooo funny????

dan jangan terkejut soalan-soalan ini saya dapat dari mereka yang bertaraf 'professional' pekerjaannya.

Apa-apa saja lah -_____-

Wednesday, November 30, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow

Sedang memberi keyakinan kepada diri untuk bersedia ke alam seterusnya. Tapi, hari-hari semakin sibuk pula, dan hati ini masih sayang dengan rutin seharian sekarang. Selebihnya saya serah kepada ALLAH :)



Huyan Dan Mimpy

Tak sabarnya nak tunggu buku ini sampaiiiii...yeay~ selain sedang baca Ranah 3 Warna dan Leaving Microsoft to change the world, tiba-tiba buku ini sudah diterbitkan. Tiada alasan untuk komplen hari yang boring..... YUMMY! Selamat menghadam! :P


Monday, November 28, 2011

Osbon Maharaja Lawak Mega Minggu Ke4

Bila sedang sedih-sedih sikit, ini adalah diantara video lawak yang akan saya layan. tengok ulang-ulang masih boleh gelak! hahaha. Selain kumpuln OSBON ni, saya suka kumpulan BOBOI jugak. Terima kasih menghibur hati :)

Saturday, November 26, 2011

:)

Bersyukur, appointments bersama pelanggan tak putus-putus. Tapi saya sudah dapat rasa badan saya sudah mulai memberi respon mahu dibelai dan diberi perhatian. Tiba-tiba dilema. Mahu tolak temujanji tidak sampai hati. Tetapi terpaksa tolak beberapa yang buat masa ini kurang penting. Mungkin sudah tiba masanya saya menambah lagi staf, yang benar-benar berminat dengan spa. Silakan buat temujanji bersama saya untuk interview ok? Hanya untuk mereka yang benar-benar berminat.

Sekian terima kasih.

Istirehat :)

Thursday, November 24, 2011

Giant

Emak kata saya sudah seperti Giant, mana tidak nya sikit-sikit makan, dah mula berhenti exercise, oh no! alasan bz sangat, padahal ada je masa petang-petang untuk joging kan??? banyakkknyaaa alasaannn.....tak perlu tunjuk satu badannn tengokkk pipi ini sudahhh tauuu saya makin mengembanggg...sobs sobs sobss...oh makanan, tolonglah JAUHI saya! :(

Wednesday, November 23, 2011

EKSPO MIRI 2011

Usai join Regatta Sibuti 18 nov-20nov lepassss, kawan saya cik umi hanifah sms, ada lagi ekspo di bintang mall....waaa masih tak hilang lagi penat di sanaaaa.....tambah appointment spa yang berderet minggu ini,,,,,tapi sayang pulak tak join kan??? memang dah niat dari tahun lepas nak try join ekspo di bintang mall kalau ada rezeki, bila sudah ada peluang, haruslah jangan ditolak :)

Makanya, teman-teman, cikpuan, datin dato ehem ... hehehe silakan kunjungi booth saya nanti yer.

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA

Tempat : Bintang Mall, Miri (Tingkat 2, BOOTH 78)
Tarikh : 24 November - 28 November 2011
Masa : 10am - 9pm

Jom singgah, ada lebih 100 booth yang boleh dikunjungi! ^_^

Sambil jual buku kita promote Spa ok? hehe sambil menyelam minum air. ok sekian.

Salam perjuangan teman-teman :)

Sunday, November 13, 2011

Letto - Cinta Bersabarlah

SELAMAT HARI MINGGU! Hari ini benar-benar menikmati hari ahad! Alhamdulillah :)

Tanggungjawab semakin berat dari hari ke hari kerana semakin ramai orang memerlukan bantuan demi untuk mendapat KESIHATAN yang BAIK. Gembira dengan izin Allah jika usaha yang dilakukan sekurangnya boleh meringankan beban mereka! Maka Cinta Bersabarlah! =)

DARE TO DREAM!

Wah kan, dare to dream lagik. walau sekecil-kecil benda yang kita mahu, mestilah bayangkan dulu kan? Selalunya saya akan bayangkan apa yang saya mahu. Kadang-kadang cepat je dapat. kadang-kadang lambat sikit. tapi yang PASTI, MESTI dapat punya. haha. Anda semua juga punya pengalaman begitu bukan? Itulah dinamakan Law OF Attraction. Sesuatu yang kita fikirkan, dan kita MAHU sangat pasti akan TERTARIK kepada kita!

kadang-kadang bingung juga perlu ke nak kongsi apa IMPIAN saya? haha, kecoh je kan? padahal kalau tak nak bagi tau tak payah lah nak bising-bising dalam blog. takpe saya memang dah buat keputusan takkan kongsi di blog. saja malam-malam begini kongsi sikit-sikit apa yang rasa nak kongsi. :P

Walauapapun teman-teman, belajarlah untuk bersyukur apa yang kita ada sekarang, dan teruskan BERUSAHA KERAS untuk apa yang kita MAHUKAN, BerDOA supaya terCAPAI dan Tawakkal saja apa hasilnya nanti. Disitulah terdapat KEBAHAGIAAN, dan KETENANGAN. sekian untuk hari ini. hehe

Salam Perjuangan! ^_______^

Monday, November 7, 2011

Isnin yang CERIA!

Wah, agak lama juga saya tidak membeli belah buku di Popular Miri. Sebab biasanya saya alang-alang ke Kl, beli saja buku di KLIA atau ke MPH Midvalley dan Kinokuniya Klcc, ada cadangan kedai buku lain tak? mahu juga singgah jika berkesempatan. Kebanyakan buku yang saya cari adalah yang bergenre perubatan, tidak kiralah barat, cina, dan perubatan thibb nabawi.

Jadi hari ini, usai appointment bersama customers di SPA, saya terus ke Popular Bookstore! Wah sangat gembiraaaa!!!! Tengok saya jumpaaa apaaa...yang dicari-cari... ^____________^ ( Senyum lebar selebarnya!)



Dan ini telah menelan duit saya sebanyak RM 200++ -_________________-

Tidak apalah. Pelaburan yang berbaloi!

OK sangat gembira! Bye.

Sunday, November 6, 2011

Apabila Hati Rindu Menikah



Saya sedang baca buku ini. Sangat perlu untuk meyakinkan hati. Dan kebetulan adik saya juga bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan, boleh juga saya memberi nasihat kepadanya. Kesimpulannya, jika anda sedang dalam persediaan untuk bernikah bacalah atau carilah ilmu tentang perkahwinan. Bukan buku ini saja ada lagi beberapa buah buku lain yang boleh dirujuk. Kerana apa yang penting adalah NIAT. Kenapa bernikah? Mahu tau jawapannya? Jom baca buku ini. hehe :)

Saturday, November 5, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Hidup ini INDAH!

Setiap hari cuba mencari masa yang sesuai untuk sesi luahan kepada belog ku. he he he. Hiyah, bila kerja sendiri, bisnes sendiri, mudah cuti tapi tak sanggup. Faham tak? faham tak? hehe.

Alhamdulillah, malam ini, saya cuba juga menyempatkan diri untuk sesi luahan. Mungkin lebih enak selepas diluahkan ya?

Oh ok, saya sangat berpuas hati dengan Kursus Akupunktur Sesi 1 pada 18 oktober-24 oktober 2011 yang lepas bertempat di Sungai Sedim Kulim Kedah. Kenapa? akhirnya cita-cita saya ber flying fox tercapai! heh heh. Saya tak sangka kursus akupunktur ini sangat menarik. Saya ingatkan kami akan hanya belajar di dalam kelas selama 8 hari kursus berlangsung. Wah boleh 'cramp' otak kalau gitu kan? Penganjur sangat memahami! Subjek yang kami belajar agak 'berat'. Jadi kami ditempatkan di hutan yang sangat best ini!

Tapi sayangnya gambar-gambar yang saya ambil menggunakan BB saya tidak bisa dibuka! huwaaaaa -______-'. Mungkin banyak sangat! huhuhu.

Guru kami, Puan Syifa sangat best dan unik! Dia telah menjadikan subjek Akupunktur satu subjek yang sangat menarik dan membuatkan kami rasa teruja terus menerus tak sabar masuk kelas beliau!. Mau tahu lebih lanjut? silakan mendaftar nanti ya???? Diatas permintaan yang tinggi insyaALLAH akan dibuat sekali lagi. Nanti sudah ada tarikh yang tetap saya akan war-warkan disini ok???? :). Wah promosi gitu, tapi serius berbaloi-balaoi :). Terima Kasih Allah kerana saya sangatt sangat mahu belajar akupunktur, alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan guru yang cocok dengan minat saya. wah wah, kau bahasa indonesia lagik. hehehe

ok selain kami belajar teori, kami juga dibawa jungle trekking, flying fox(sangat best!, walaupun dalam semua peserta teriakan saya yang paling kuat, ni kawan2 bagi tau hehe), mandi sungaiiiiii air terjun adalah sangattt bestttt.....saya berendam sampai 3 jammmm, menggelongsor mengikut arus, huwaaa kenangan yang takkan terlupakan (oops maaf jika ekspresi over sikit, anda harus memahami saya, yang super excited)

tapi sangat sayangggg gambar-gambar kenanganku! huhuhu, sedang menunggu kawan-kawan kursus mengupload, tapi sepertinya belum ada :(

kami akan berjumpa lagi untuk sesi 2. tak sabarnya! :)

Ok, sekarang saya dalam dilema. saya mesti pilih satu diantara 3 ini. Semuanya penting!
a) Kursus Lanjutan SPA
b) Kursus Lanjutan Akupunktur
c) Trip ke Guangzhou!

huwaaaa...saya dalam dilema kerana ketiga-tiga ini adalah keutamaan no 1 saya! tapi saya mesti pilih satu! kerana ketiga nya berlangsung pada waktu yang dekat. :(

Tolong doakan untuk saya ok? :)

Salam perjuangan! Mimpi indah, mahu tidur! :P

Saturday, October 29, 2011

Usai pulang dari Penang, belum sempat mahu rehat-rehat. Ya tidak apalah janji sangat enjoy dengan pekerjaan sekarang. Jadi, cerita best 9 hari sepanjang Kursus Akupunktur disimpan dulu ya?

Salam perjuangan ^_^

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikummmm dan haii Miri!

Saya sudah pulangg! Ternyata benarrr,,, program akupunktur selama 7 hari di sungai sedim kedah adalah sangat sangat best! nanti cerita detail ok? nak buat persiapan untuk karnival mara pulak pada 28 - 30 oktober. Jangan lupaaa singgah orang2 miri dan brunei!


:: Karnival Jualan MARA 2011 ::
Tarikh : 28.10.11 - 30.10.11
Masa : 9am - 10pm
Tempat : Parking Lot MARA, Miri

Lebih 60 booth turut serta.. Jom singgah :)

Monday, October 10, 2011

Isnin

Malam ini akan mula packingg =) .. amboi sekarang excited,,,nanti homesick... hehehe it;s normal lah kan?? InsyaALLAH akan berada di Kulim Kedah selama 2 minggu untuk kursus Akupunktur. Jumpa lagi rakan-rakan herbalis. Kali ini bersama Marni lagi dari Miri :D

Nasib baik tak clash tarikh tersebut dengan konvo Angah di UTP, sempat lah tengok Angah konvo, insyaALLAH. Dan kembali ke UTP lagi setelah 3 tahun, hehe happy? *Wink*

Woohoo semangat berkobar-kobar. Semoga semuanya berjalan lancar dan misi mencari ilmu ini dirahmati dan diberkati ^_^

Salam Perjuangan teman-teman :D


Wednesday, October 5, 2011

ISTIMEWA PAKEJ SPA OKTOBER 2011!


Istimewa DISKAUN hebat untuk anda, rakan-rakan Zie Beauty Care.
  • Datang bersama seorang rakan/keluarga, anda berdua akan menikmati tambahan 5% diskaun lagi.
  • Datang bertiga bersama rakan/keluarga, anda bertiga akan menikmati tambahan 10% diskaun lagi!
Jom BerSPA!

Tuesday, October 4, 2011

Hari yang Gembira

Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas nikmat kehidupan yang mencurah-curah ini. MasyaALLAH, betapa saya manusia biasa yang tiada sempurna ini, yang banyak dosa ini, tetapi Allah Maha Penyayang mengalirkan kasih sayangNYA tidak pernah putus kepada kita.

Selesai sudah menghadiri Kursus Borong pada 2 Oktober 2011 di Kuching. Ilmu yang dicurahkan adalah sangat superb dan super best! hehe over kah, padahal belum join pun the group pergi memborong, baru dengar perkongsian daripada 2 trainer hebat Tuan Muhammad Nizar dan Tuan Shuaib. Saya sudah punya sasaran dan fokus untuk perancangan seterusnya. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati oleh NYA. amin amin amin.

Akhirnya saya berjaya membaca 1/2 majalah Solusi isu 36! Selama 1 jam perjalanan di dalam kapal terbang MAS, kenyang juga otak menghadam, hehe. Kalau nak tunggu baca semasa di Miri memang tak menyempat(hehe bolehkah alasan ini)

Saya juga mengucapkan terima kasih di atas layanan yang sangat baik oleh kazen saya yang sekian lama tidak berjumpa iaitu Puan Ratna Dewi. Beliau dan keluarga melayan saya dengan sangat baik dan superb ( wu wu wu terharu). Saya doakan perniagaan butiknya akan mendapat keuntungan yang mencurah curah. Amin amin amin. dan juga apa jua jenis perniagaan yang beliau akan ceburi kelak. Juga kepada Aunty Roslina Bolhassan, sehinggakan saya keliru mahu menigkut siapa untuk hantar saya ke airport. Haha. Terima Kasih!!! ^_______^

Sekian.

Salam PERJUANGAN! ^__^

Wednesday, September 28, 2011

Hari Ini

Alhamdulillah rutin harian semakin menarik dan mengujakan.

Hari ini survey katil facial untuk kedai baru. InsyaALLAH bulan hadapan ada 3 treatment yang akan dimulakan dahulu memandangkan masih mencari pekerja di tempat baru ini.

Doakan semuanya berjalan lancar.

InsyaALLAH tiada lelah didalam perjuangan ini.

Salam Perjuangan :)

Sunday, September 25, 2011

Syukur

Dalam minggu lepas, ada beberapa hal yang membuatkan saya seperti hendak menangis, kecil hati, terkesima dan yang sewaktu dengannya. Cepat-cepat pula saya mengingatkan diri SABAR LAH AZIZAH. Mungkin ada dosa-dosa yang saya lakukan yang Allah balas terus di dunia ini.

Tetapi Allah itu MAHA PENYAYANG dan MAHA ADIL. Tidak sangka semakin cepat pula saya mencapai salah satu impian saya, yang target asalnya adalah lama lagi untuk saya capai. Subhanallah digantikan dengan sesuatu YANG LEBIH BAIK. Rasa mahu menangis gembira. Syukur Alhamdulillah. Apa itu? Bila terluang nanti saya akan kongsikan. Mungkin.

Apapun, Salam PERJUANGAN, Jangan Bersedih, Allah Bersama KITA! :)

Thursday, September 22, 2011

KURSUS BEKAM - MIRI SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berikut maklumat lebih lanjut :-

Tarikh : 24 September 2011 ( Sabtu )

Tempat : Bilik Latihan Zie Beauty Care ( Lot 780 1st Floor Bintang Jaya Commercial Centre Jalan Bintang Jaya 98000 Miri Sarawak )

Yuran : RM 300 (termasuk alat bekam, makan dan minum 3x, sijil, dan nota )

Hubungi kami di 013 820 9438 atau emel: zyezah@gmail.com untuk pendaftaran.

Terima Kasih

* Update peserta terkini : Ada 3 lagi kekosongan. Tarikh tutup pendaftaran 23 September 2011(Jumaat)

Wednesday, September 21, 2011

Harmony

Pagi ini bangun tidur dengan mata yang kembang! Cuba mencari di google image sekiranya ada mata yang kembang ala-ala saya. Alahai. tiada satu pun yang sama. Bagusnya kalau menangis malam tapi esok pagi langsung tak kembang mata? Adakah hanya daku seorang yang sebegini rupa. huhu. Nak ambil gambar mata sendiri adalah sangat tidak wajar. hehe.

Kenapa saya menangis malam tadi? Sehingga pagi ini saya rasa tekak saya kering. ish ish bayangkan betapa banyaknya air mata dikeluarkan malam tadi sehingga tekak kering pagi ini? hehe ada kaitan kah? -____-.

Sebab saya tertekan channel Tv Alhijrah! Tahu movie apa? saya agak hairan juga Tv Alhijrah ini memaparkan Movie Korea! Hurm mesti ada sesuatu yang menarik ni. Jadi saya teruskan tontonan. Wah ternyata! membuatkan saya menangis seperti ini! Saya seorang yang sukar juga menangis kalau menonton movie.



Cubalah. Tonton movie ini dan bersedia untuk kering air mata ok?? Ada pengajaran di sebalik filem ini jika kita berfikir dan berzikir :)


'HARMONY' ->sila search Youtube untuk menonton ok?

K dah sambung ulangkaji. Assalamualaikum.

Salam Perjuangan ^____^

Sunday, September 18, 2011

Cintai Profesi Anda dan Hormati Profesi Orang Lain

Tidak perlu cakap banyak tentang topik di atas. Semua orang yang diberi akal waras sudah tentu memahami.

Esok Isnin! Dan saya sangat gembira dan super semangat! Pasti anda semua begitu juga. Jika ada rezeki dan masih bernafas, berjumpalah kita dengan Hari Isnin.

Terima Kasih Allah untuk rezeki dan segala kebaikan yang terjadi pada hari ini.

Salam Perjuangan! ^______^

Friday, September 16, 2011

Tawaran Kerja

Assalamualaikum rakan-rakan. Mahu buat pengumuman disini. Adakah anda atau rakan-rakan anda atau saudara mara anda yang berminat dengan kerjaya pembantu jurukecantikan di SPA? Kami di ZIE BEAUTY CARE sedang ingin menambah staf untuk menampung permintaan perkhidmatan terkini. Anda yang layak untuk memohon adalah :-

1) Warganegara Malaysia (berumur 18 Tahun ke atas)
2) Status Bujang diutamakan
3) Boleh bekerja masa yang fleksibel
4) Beragama Islam
5) Mempunyai sijil Jurukecantikan Tahap 1 atau mana-mana sijil yang berkaitan.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di 013 820 9438 untuk temuduga seterusnya. Terima Kasih.

Thursday, September 15, 2011

Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan segala puji bagi Allah selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga pembaca-pembaca budiman berada di dalam keadaan gembira, tenang, sihat sejahtera dan senyum selalu ^___^

Semalam adalah hari yang penat dan menggembirakan juga. Tidak dapat tidur sebab banyak perancangan dan impian sudah berada di fikiran. Kini tinggal untuk melaksanakan! Hormon endorfin terasa berlegar-legar :)

Untuk menggapai impian, semua orang tahu, tiada jalan singkat.

Sangat gembira dan teruja boleh merasa pelbagai rasa, emosi, suka duka, pengalaman manis manis didalam perjalanan kehidupan yang sementara dan hanya persinggahan ini. Jika tiada matlamat,impian, visi dan misi rasa rugi pula kan? Ayuh tetapkan satu untuk anda, bagi yang belum menetapkan apa-apa. Dan pastikan apapun impian dan matlamat anda haruslah berpandukan kepada :

1) Mengikut syariat Islam
2) Ikhlas kerana Allah
3) Mengharap keredhaan Allah semata-mata

Ya saya baru 26 tahun. Apa sangatlah asam garam yang dilalui jika dibandingkan dengan mereka yang lebih matang seperti 50 tahun? Namun bukan itu ukurannya. Tetapi bagaimana penerimaan dan corak fikir kita terhadap sesuatu kejadian atau masalah itu yang lebih penting.

Walauapapun saya bersyukur, terlalu banyak anugerah yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga dan rakan-rakan. Banyaknya hikmah di setiap kejadian. Banyaknya sebab untuk kita tersenyum. Tiada sebab untuk bersedih kepada angkara dunia, kerana kita semua tahu, kita akan kembali ke alam yang kekal selama-lamanya iaitu kampung akhirat. Sudah cukupkah bekalan kita? Segera bertindak untuk membuat sebanyak-banyak amal kebaikan tanpa mengharapkan balasan tetapi dengan harapan sebagai bekalan kita untuk menuju ke sana.

Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mintalah kepadaNYA nescaya DIA akan berikan.

Salam Perjuangan! ^__^


Tuesday, September 13, 2011

I am so happy coz i love my job. OK thank you. bye. :P

Monday, September 12, 2011

Kampung Abadi

Apabila kita memandang dunia ini dari sisi yang positif, tiada apa yang nak dikeluh kesahkan. Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, dan kampung akhirat adalah tempat kediaman abadi kita. Sebab itulah saya mahu seboleh nya boleh merasai pengalaman kehidupan di negara lain sebanyak-banyaknya sebelum meninggalkan dunia ini. Kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput, semoga Allah memperkenankan Impian saya yang satu ini. Amin! Amin! Amin!

Kadang-kadang saya bertanya sendiri, kenapa masih penipuan, kejahatan, kezaliman itu berleluasa ya sedangkan kejujuran, kebaikan, kasih sayang itu adalah sesuatu yang PASTI akan menjanjikan kebahagiaan, jika bukan di dunia insyaALLAH di akhirat kelak.

Saya juga mahu melakukan banyak benda. Haha. Jika dilihat pada masa 24 jam sehari sebenarnya adalah sangat banyak jika boleh diuruskan dengan baik. Saya juga hairan, selepas saya lakukan ini, ada lagi masa, saya buat itu, kemudian buat ini, kemudian rasa mahu tambah lagi apa nak dibuat. Kerana saya mahu masa saya diisi dengan sesuatu yang boleh menjadi bekal di perkampuangan akhirat kelak. Amin! Amin! Amin!

Tiada yang mustahil jika kita membenarkan fikiran kita mengatakan Ya, aku boleh! Ya aku percaya! Ya aku Yakin!

Terima Kasih Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menempuhi cabaran dan kesabaran bergelut dengan dugaan.

Salam Perjuangan! ^____^




Saturday, September 10, 2011

Hati

Beberapa tahun dahulu saya adalah seorang yang obses kepada Alam Mistik. Oops jangan salah faham dulu. Bukanlah bermaksud sehingga saya bekerjaya menjadi Bomoh Wanita. heh heh.

Boleh tanya rakan-rakan Utp saya dulu, saya memang suka menonton filem atau cerita atau dokumentari tentang Hantu. Apa-apa saja yang berkaitan dengan alam ghaib itu. Pocong? Jin? Pontianak? Hantu Raya? Ya, saya suka (entah apa-apalah fikiran saya pada waktu itu) -___-

Saya akan tanya setiap orang yang saya jumpa kalau mereka ada pengalaman berhadapan dengan makhluk-makhluk ini. Ianya adalah suatu kepuasan. Saya siap print lagi cerita-cerita mistik di internet. Carian Google juga dimanfaatkan sepenuhnya. Tetapi tidak pernah pula saya diganggu, atau ada pengalaman dengan makhluk-makhluk tersebut (di Utp atau semasa saya di asrama sekolah menengah dulu, di rumah lain cerita. hehe)

Sehinggalah pada suatu masa saya tidak berminat dengan makhluk-makhluk ini. Tidak tahu apa puncanya. Tetapi tiba-tiba pula ramai pelanggan saya beranggapan saya boleh merawat mereka yang ada masalah sihir. Aik, saya katakan pada mereka siapa yang bagi tau. Mereka kata ada yang memperkenalkan saya boleh mengubat. Tapi saya cuba bantu yang saya mampu berpandukan alquran dan sunnah, tidak pula saya tolak, kerana pasti ada sebab kenapa Allah menghantar pesakit ini kepada saya. Positif.

Mungkin juga kadang-kadang Allah datangkan mereka ini kepada saya untuk menunjukkan bahawa sangat ramai umat Islam di luar sana hatinya tidak tenang. Perlukan rawatan. Ada yang parah. Bila mereka tanya saya bagaimana mahu merawat hati mereka tidak tenang, sentiasa resah gelisah, dan ada juga yang beranggapan mereka mendapat nasib sial sebab sering dimarahi di pejabat. Dengan kekuatan yang ada saya jawab Solat lah 5 waktu, baca al-quran, berzikir, dan ikutlah suruhan Allah tinggalkan laranganNYA. Tetapi dia jawab, " Ya saya tahu itu, tapi saya mahukan cara lain. Jangan ajar saya tentang Solat sebab saya tahu solat. baca al-quran juga saya pandai, tidak, saya tidak mahu jawapan itu, berikan saya cara rawatan yang lain", katanya.

Aduhai, ya saya tahu saya perlu kuatkan jiwa dan hati. Kasihan orang ini. Memang perlukan bimbingan yang baik. Sentiasa bersangka baik kepada mereka, kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat. Itu Doa saya. Kita manusia biasa, hanya mampu berusaha untuk menasihati dan memberitahu apa yang perlu. Hidayah adalah Milik Allah. Jangan berputus asa untuk menyampaikan dakwah, kerana sememangnya itu tugas kita, orang Muslim.

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah dulu saya tidak menyambung pelajaran dalam bidang agama ya. Tiba-tiba saya merasakan ilmu agama adalah ilmu yang sangat indah. Kenapa dulu saya tidak berfikiran seperti itu? Ya, sudah pasti ada hikmahnya. Kini saya berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan membaca buku-buku agama, mendengat ceramah, mengikuti usrah dan sebagainya. Doakan saya boleh membantu mereka yang memerlukan.

Ternyata bukan mudah untuk mendapat atau dianugerahi jiwa yang tenang, kerana jawapannya hanya ada pada ALLAH.

Hidayah bukan untuk ditunggu, tetapi di cari. Semoga kita orang terpilih. Amin. Salam Perjuangan! :)

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Dan Pertunangan Angah

Bersama Paknek kami yang genius dan terer masak :) (ingat tak dialog PakNek yang saya selalu update dalam belog ini? hee :D


















InsyaALLAH Mohd Azri akan menjadi ahli keluarga kami yang baru. Doakan yang terbaik untuk Angah Aisyah Ibrahim dan Mohd Azri :)

Wednesday, September 7, 2011

Program Mukmin Profesional Bersama Ust Pahrol

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua pengunjung. Program sehari bersama Us Pahrol dan Fasilitator Fitrah Perkasa pada 22 hb Oktober 2011 akan di jalankan di Damansara Damai dari 9.00am – 4 pm.

Yuran Penyertaan RM200 seorang. Hadiah sebuah buku Mukmin Profesional(RM55) bagi setiap peserta.

Hubungi Ahmad Zalani untuk keterangan Lanjut.

019-378 3100.

Terhad 30 peserta.

********************************************************************

Sangat teruja bila baca pengumuman ini! Sudah lama mahu menghadiri program yang dikendalikan oleh Ustaz Pahrol dan pasukannya.

TAPI.....................

Sobsobsob, tiada rezeki mungkin. Tarikh itu! huhu. Saya masih di Penang untuk menghadiri Kursus Akupunktur sehingga 26 OKtober .. mari menangis lagi
-______________-'

Agak banyak juga program lain yang saya terpaksa lepaskan demi menuntut ilmu Akupunktur yang saya sangat tunggu beberapa tahun ini. Tidak apalah, semoga ada rezeki di lain waktu. Tapi, Ustaz Pahrol jarang buka program ini untuk public rasanya .... it's ok maybe nextime. Positif ^____________^

Jika anda berpeluang dan luang pada masa tersebut silalah hadir dan daftar ok? Berbaloi-baloi, sudah pastinya!

Salam Syawal Hari 9!


Friday, September 2, 2011

Syawal Day 4

Hari ini mari membaca tanpa henti, huhu. Sebab esok sanak saudara akan mula menyerang rumah sekali lagi berkumpul ramai-ramai untuk persediaan hari pertunangan Angah pada hari Ahad. OK bye



Thursday, September 1, 2011

Ajal, rezeki, jodoh rahsia Allah! ^___^

Mungkin kerana umur saya baru 26 tahun ( baruuu?) jadi soalan-soalan bila mahu kawen tidak lah sebegitu memberi tekanan. Yang paling best, ada yang tanya mahu tunggu Agung mana? Wah! Amiiinnnnnnnnn kan teruss bolehhh??? hihihi. tapi haruslah agung yang sebaya dan bujang! Adalah mustahilllll??? nooo??? hahah.

Ada juga pakcik yang kata, 'Kau ni mesti dalam driving asyik fikir pasal bisnes' ... wah hebatnya pakcik ini boleh baca fikiran saya! ish ish ish ..... :)

Oh ya, mungkin juga sebab Angah saya akan bertunang ahad ini, jadi tiba-tiba pak cik makcik saya risau tentang saya. hahahaha.

Tapi sekarang adalah masa untuk karier!(wah, klisye nya statement ini!macam bunyi skrip lakonan drama. hehehe) Jodoh tetap diusahakan, bila sudah sampai masa nya okkkk??? Terima Kasih mendoakan untuk sayaaaa yaaaa Pakcik dan Mak cik, sangat hargai! Doakan saya dapattt agungggg mudaaaa ok??? hihihi :P

Petikan dibawah saya petik di sini http://soniazone.wordpress.com/

Bagi saya kuncinya adalah firasat baik pada Allah. Sebab kunci utama penggenggam keputusan hanya Allah saja. Dan juga tidak kalah penting adalah berusaha untuk selalu menjadi lebih baik, hingga akhirnya merasa berhak untuk mendapat yang terbaik. Sebab janji Allah pasti,

“Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)

Jadi kenapa harus resah, ukhti? Anggap saja jawaban itu masih menggantung di langit, dan masih menunggu saat yang tepat untuk diturunkan.. :-)

Temani saat menunggumu dengan doa, dengan sabar, dengan keistiqomahan, ikhlas, dan prasangka baik padaNya…

Salam Syawal Day 3 ^____________^

Mood : Melancong satu dunia!

Alhamdulillah sudah Syawal ke 3.

Mood sekarang adalah mahuuuuuu berjalan-jalan ke luarrrrrr negaraaaaaaaa!!!
-______-

Supaya lebih rasa bersyukur, saya suka memilih Indonesia! =)

Untuk rasa lebih adventure saya suka BEIJING! Sebab boleh banyak jalan-jalan macam jalan jalan pusing istana nya yang besar ituuuuuuuuu~~~~~~~ Sukaaa sukaaaaa, asalkan tempat bersejarah mesti masuk list!

Bilalahhhh saya berpeluang ke Turki yaaaaa??????

Mungkin paling dekat pergi vietnam saja, shoppinggg sanaaa besttt kannn????

huwaaaaaaaa...sangattt mahu melancongggggg!!!!!!!!!sekarang juga mahu terbanggg!!! zassssss

ok bye


Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432h


Alhamdulillah, 1 Syawal 1432h sangat meriah :). Sanak saudara berkumpul ramai-ramai, gembiranya. Ada banyak gambarrr.. yey! nanti kita kongsi ok? Selamat Hari Raya! ^_____^

Monday, August 29, 2011

Thursday, August 25, 2011

DR ASRI-SURATAN @ KEBETULAN


Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya sekarang. Terima Kasih ALLAH :)

Monday, August 22, 2011

#Ramadan Day 22

Sekali lagi hari ini, semakin ramai rakan FB berkongsi gamba-gambar kemeriahan mereka membeli belah untuk berhari raya. Ya saya sangat gembira untuk mereka ^___^

Saya ingatkan semua orang seperti saya, tidak ambil berat sangat dengan persiapan hari raya. he he he. Rupa-rupanya kemeriahan menyambut hari raya masih seperti tahun-tahun dahulu. Meriah. Nasib baik mereka kongsi gambar di FB adalah juga saya merasa sedikit kemeriahannya.
Bukanlah bermaksud saya tidak gembira menyambut hari raya pada tahun ini. Cuma mungkin saya ada sesuatu yang untuk dirai selepas ini. He he he. Tungguu ........ ^____^

Baju raya pula memang sudah siap sebelum bulan ramadan lagi. Sengaja disiapkan awal, jadi tidak lah kelam kabut pada bulan ramadan ini. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik. Kadang-kadang saya rasa malu untuk berhari raya dengan baju baru, apabila mengenangkan umat Islam negara lain seperti Somalia, Kemboja dan sebagainya hidup didalam keadaan kekurangan :(

Tidak apalah cuba untuk tidak terlalu berlebih lebihan demi kita mengenang kedaifan saudara islam kita di tempat lain ya :)

Sebenarnya apalah yang saya bebel ini ya, macam tak ada isi penting. 2 hari berturut-turut cerita pasal persediaan Hari Raya pula. Ya, memang sedih kerana Ramadan bakal meninggalkan kita. Apapun, Berusahalah! untuk menambah amal ibadah kita ok?

Salam Perjuangan! ^_______^

Sunday, August 21, 2011

#Ramadan Day 21

Assalamualaikum apa khabar teman-teman? Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA.

Bagaimana hari-hari terakhir Ramadan ini? Sedihkan? Walauapapun, masa terus berjalan, dan mahu tidak mahu kita bakal meninggalkan Ramadan. Oleh itu, berusahalah untuk menambah amal ibadah kita pada bulan ini, bulan yang penuh ampunan dan keberkatan.

Kemudian semoga amal ibadah kita terus bersambung dan bertambah walaupun bukan lagi di bulan Ramadan. Amin.

Berusahalah! ^____^

Saya melihat foto-foto rakan FB dan blog sungguh meriah shopping untuk hari raya :)

Untuk saya pula, tidak tahu kenapa kali ini tidak seteruja tahun-tahun sebelum ini untuk menyambut Hari Raya. Adakah saya semakin tua? huhuhu -____-

Sekarang saya cuma tidak sabar dengan rancangan-rancangan yang sudah diatur setelah 7 hari cuti di bulan Syawal. Ikut perancangan mahu cuti 2-3 hari saja, tetapi memandangkan Angah saya Aisyah akan bertunang pada hari Sabtu 4 September saya lanjutkan terus cuti saya sehingga Ahad 5 September (alang-alang katanya. hehe)

Tidak sabarnya saya untuk menempuh bulan September nanti. Woots! Saya tahu ramai yang semakin sibuk walaupun pada bulan Ramadan kan? Bagusnya. Saya pula bakal sibuk selepas Ramadan ini. Sukaaaanyaaaaaa! ^________^

Alhamdulillah rutin harian semakin menarik dan penuh keterujaan. Sekarang saya sengaja tambah pengalaman berurusan dengan penerbit-penerbit buku pula. Hah hah. Saja cari nahas kan? Langsung tiada pengalaman dengan bisnes buku. Kawan tokey buku pun tak ada. Saya tempuh saja. Mungkin masih terlalu awal untuk memberi pandangan bagaimana perjalanan perniagaan buku ini. Tunggu sedikit masa lagi, saya mahu kongsi. Tunggu.... ewah macam lah ada orang nak tunggu. hehehe. Yang penting pengalaman yang menarik :)

Salam Perjuangan! Meneruskan IMPIAN BESAR-BESAR! ^____^




Wednesday, August 17, 2011

#2 Sembang Petang Bersama Pak Nek

Alhamdulillah hari ini kita masih sempat merasa Ramadan Day 18.

Kami mengambil kesempatan membawa semua staf dan keluarga untuk berbuka puasa bersama di Eastwood Valley Hotel & Resort Miri Sarawak. Tapi nak cerita pasal pak nek je ni.

Kami bawa sekali pak nek untuk join kitorang makan-makan. Seperti biasa pak nek akan menceriakan susasana dengan dialognya yang best dan klasik. wu wu wu. Eh pendekkan cerita, berikut dialog yang kami(cucu-cucunya) akan ingat sampai bila-bila ^___^

Syedah(adik saudara) sambil memaut tangan pak nek, menuruni beberapa anak tangga.

Syedah : Baik-baik pak nek, ada tangga di hadapan.
Pak Nek : (Muka selamba, tiba-tiba terpeleot, sebab dia ingat satu anak tangga saja)

Kemudian Pak Nek bagi tau Syedah : Kenapa kau tak bagi tau tangga tu bertingkat-tingkat

Syedah : erk -__________-'

Harap anda faham. Hee. Tujuan dialog ini dicatat sebagai kenangan kami cucu-cucunya bersama Pak Nek kami yang comel dan ceria ^___^

Ada lagi dialog-dialog yang lain, tapi tak tahu macam mana nak explain dalam bahasa malaysia. kahkahkah. Kan saya berdialek melayu sarawak? hehe.

Ok, itu saja. Salam ramadan Day 18. Alhamdulillah :>


Tuesday, August 16, 2011

# Ramadhan Day 16

Bersangka baik memerlukan latihan. Latihan yang sangat banyak. Sebab itu bila mula bersangka-sangka cepat-cepatlah ingat peringatan dari Allah dalam Al-Quran.

Firman Allah"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah penerima taubat, Maha Penyayang."(al-Hujuraat, ayat 12)

Tumpuan kita adalah memperbaiki diri sendiri. Bukan hanya menuding jari kepada orang lain dan menyalahkan orang lain. Sekiranya kita menerima layanan yang kurang baik. Usah cepat menghukum orang tersebut. Mungkin kita perlu ubah cara kita melayan orang lain. InsyaALLAH, tidak lah pening memikirkan kenapa dia layan aku tidak baik? Kenapa orang buat aku macan ini dan macam itu?

Ubah diri sendiri, insyaALLAH semua akan mendapat kebaikan bersama.

Salam Ramadhan Day 16! Salam Perjuangan! :)

Sunday, August 14, 2011

Salah Faham Ber-chatting


Tengok saja video ini. sangat jenaka lucu dan sewaktu dengannya. Haha. ini Adik Aman Wan. Comel kan? OK tengok sajalah ^___^

Oh jangan lupa subscribe beliau di Youtube ok? ada banyak lagi video beliau yang best! Sudah tentu yang menonton akan bereaksi begini. Hah Hah Hah. Kah Kah. Ok, jangan over sudah. Cepat tonton sekarang. hehe. Daa.

#Ramadhan Day 14

Hari ini hari Ahad. Sudah menempuh Ramadhan selama 14 hari. InsyaALLAH semoga amalan kita hari ini lebih baik dari semalam :)

Syukur Alhamdulillah, setakat ini menikmati air tangan Emak, dan air tangan sendiri sepanjang berbuka. Tidak tahu entah bila kali terakhir akan merasai air tangan emak. Belum tentu siapa yang akan menemui ajal dulu. Adakah saya atau emak atau adik atau bapa atau paknek? Jadi ambillah peluang ini untuk memberi bakti dan berkasih sayang bersama ibu bapa dan keluarga :)

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini semoga rezeki kita semua melimpah-limpah dan jangan lupa memberi kepada mereka yang memerlukan. Latih diri walaupun di tangan kita hanya ada RM1 tetapi jangan khuatir untuk tetap MEMBERI.

Kehidupan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah itu Indah dan cool! :)

"Kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"[Al Baqarah, Ayat 2]

"Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka" [Al Baqarah, Ayat 3]

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Salam Ramadhan. Salam Perjuangan.

Friday, August 12, 2011

#Ramadhan Day 12

Alhamdulillah setakat ini tiada masalah untuk tidur malam. Sorongkan saja bantal, pasti tidur terus. ha ha. Apakah motif cerita pasal tidur? Padahal mesti war-warkan tidur sedikit dan banyakkan ibadah ye tak? -__-

Tapi mata ini tidak akan berkrompomi sama sekali sekiranya sebelum tidur minum segelas Susu Kambing. Huwah! tak tunggu bantal disorong terus tertidur sambil menaip (hee. ok tipu.) tapi kuasa tidur tu berganda-ganda. Jadi nak bagi tau siapa ada masalah tidur tu bolehlah amalkan Susu Kambing ok? Saya minum Susu Kambing HPA.

Ok lah nak update tu je. Kurangkan tidur, perbanyakkan ibadah, ok? Salam ramadhan :)

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

#Ramadhan Day 10

Ingat tak saya pernah bebel tentang mahu beli Galaxy Tab VS Ipad 2?

Dipendekkan cerita, pulang saja dari Kuching bulan lepas, tiba-tiba dapat hadiah ini!


wah siap sudah bersama casing nya sekali? Terkejut dapat hadiah ini! Alhamdulillah simpan balik bajet untuk beli tab. Hihihi (Yang paling tidak baik, bila sudah ada di tangan sempat lagi berfikir, ala, kenapa bukan Ipad 2? huwah! Sila bersyukur cik azizah -___-) hehe. Anyway terima kasih di atas hadiah ini!

TIPS : Setiap hari setiap saat doa doa doa. Tadaa! ^___^

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . Ustaz Dr Zahazan

Tuesday, August 9, 2011

#Ramadhan Day 9


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang mulia penuh keberkatan, keberkatan.

Bulan puasa ini, lain macam pula rasa sebab satu bulan ini tidak kemana-mana. Mengurus spa seperti biasa, dan buku-buku tercinta(over sangat tokey buku ni kan? hehe)

Biasanya saya akan ada travelling samada menghadiri kursus atau ada urusan bisnes(ewah).

Paling last traveling hari tu ke Kuching pada 30 Julai. Sekarang sudah rasa rindu airport. Rasa dilambai-lambai. Tapi tak apa, Oktober ini akan mula travelling lagi! Yay! InsyaALLAH. Bulan September juga sudah terisi setakat ini Kursus Bekam akan diadakan lagi kali ke-6. Siapa berminat mahu turut serta sila SMS 013 820 9438 (wah, sempat promote kan? hehe)

Jika tiada aral melintang, saya dan Marni rakan herbalis saya dari Miri akan memeningkan kepala kami dengan menghadiri Kursus Akupunktur selama 2 Minggu di Penang bermula 18 Oktober depan. Yay! Walaupun kami tahu kursus ini agak sedikit rumit dan memerlukan fokus yang bukan calang-calang tapi kami tempuhi juga, sebab inilah impian kami berdua. haha, siap berimpian tu, nak pergi kursus akupunktur je pun kan? :P . Doakan kami fokus, faham dan boleh memanfaatkan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kami nanti! aww. teruja! :)

Padahal lambat lagi kan kursus tu? Takpe Semangat ni! hihihi ^___^. InsyaALLAH doakan kejayaan kami!







Monday, August 8, 2011

Tiba-tiba rasa macam nak ada sebuah kedai buku yang ada beratus lemon billlion trillionnn (hah, over kan?) buku buku di dalamnyaaaaaaaaaaa....

Hanya dengan bau buku, melihat buku, dan paling penting baca buku! terus otak jadi tenang! tett!!! utamakan ibadah untuk ketenangan utama ya? hehe.

ok bye.



*apakah? gembira bersama emak anugerah dari Allah. Love u mom :D



Sunday, August 7, 2011

Sembang Petang Bersama Pak Nek

Pak Nek saya memang sempoi dan selamba. Kalau sudah mula bercerita, kami semua cucu-cucunya pasang telinga.

Diantara dialog-dialog pak nek yang akan sentiasa diingat adalah ;-

a) Aku sudah tidak berak 4 hari (padahal semalam sudah berak pun dialog yang sama, hehe)
(kami angguk-angguk dan senyum :))

b) Tahi ku keras, kamu tahu cucu, kalau dibaling ke dinding, dinding itu akan pecah! (Adoi, ini kami tidak boleh tahan semua gelak guling-guling)

c) Aku tak mahu pakai tongkat, itu hanya untuk orang tua ( err, umur Pak Nek sudah 85 tahun, belum tua kah? -___-)

OK, nanti kita sambung lagi. Hehe. Sayangilah Pak Nek dan Mak Nek anda sepenuh jiwa. Layannnn....

Saturday, August 6, 2011

Oleh kerana hari ini 'cuti' hari 1, jadi saya mahu tidur awal seawalnya. huuu -___-'

Alhamdulillah melalui hari ini dengan baik dan bersyukur di atas semua nikmatNYA
Selamat tidur dan selamat berterawih yer.

Salam Ramadhan Day 7

#Ramadhan Day 6

Ramadhan kali ini, tiada lagi nafsu mahu membeli di pasar ramadhan @ lebih dikenali sebagai param. Rasanya ramai juga sudah mula tidak berkunjung ke param bulan ramadhan kan? Diantara sebab-sebab :-

1) Semakin mahal
2) Tidak mahu bersesak-sesak
3) Kurang Bersih
4) Amalan saling bertukar-tukar hidangan sesama jiran juga telah memenuhkan meja dan kadang-kadang ada juadah yang tidak tersentuh :( (ruginya membazirkan?) sebab terlalu banyak.
5) Isi tempat kosong. hehe

ok itu saja nak update. Kalau rajin malam nanti sambung. :)

Thursday, August 4, 2011

#Ramadhan Day 4

Semalam stok buku PTS sampai. Semasa sedang susun buku, sangat lah terpaksa menahan diri untuk beli buku Penulis Disayang Tuhan itu. Kerana?

Mengenangkan banyak lagi buku-buku sedang beratur untuk dibaca. Hehe sabar sabar, habiskan buku lain, nanti giliran kamu sampai juga ok Penulis Disayang Tuhan? -_____- (Persoalannya bilakah akan habis baca semua sebelum sampai giliran kamu?)

Mari Berimpian Lebih BESAR. Salam Perjuangan ^____^

Tuesday, August 2, 2011

#RAMADHAN day 2

Assalamualaikum dan apa khabar hari ini? Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah Maha Penyayang untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada hari ke 2. Semoga hari ini diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Hari ini cuma mahu berkongsi MADAH YANG BIJAKSANA ini.


"Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are."
-- John Wooden, basketball coach

Baca, fahamkan, Amalkan dan Sebarkan. InsyaALLAH akan ulas kemudian.

Teruskan BERIMPIAN BESAR-BESAR. SALAM PERJUANGAN ^___^

Tuesday, July 26, 2011

KENAPA HARUS MENANG?

Credit to :

http://www.motivasi-islami.com

Mitos Tidak Harus Menang.

Kadang ada orang yang berpikiran tidak harus menang. Ada banyak alasan mengapa mereka berpikir tidak harus menang.

Tidak Harus Menang Sebab Rezeki tidak akan lari kemana.

Ini tipikal orang yang bergantung pada takdir. Padahal kita semua paham, dari surat Ar Ra’d 11, bahwa Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum, jika kaum tersebut tidak mengubah dirinya sendiri. Memang, semuanya ditakdirkan oleh Allah, tapi Allah menyuruh kita berusaha.

Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (QS Ar Ra’d:11)

Jika di pasar ada banyak penjual, kenapa tiap kios mendapatkan penjualan yg berbeda? Ada banyak faktor sebenarnya, jangan dulu mengatakan nasib. Selalu ada perbedaan diantara kios. Yang jelas berbeda adalah posisi dan orang yang ada di kios tersebut. Banyak faktor yang mempengaruhi tingkat penjualan. Pelajari, dan tingkatkan! Bukan menyalahkan nasib.

Jika kios orang lain lebih laris, artinya ada sesatu yg lebih pada kios tersebut. Jika anda ingin mendapatkan penjualan lebih baik, maka Andalah yg harus lebih, artinya Anda harus menang.

Begitu dalam pekerjaan, perusahaan akan memilih karyawan yang lebih baik untuk posisi yang lebih tinggi. Mereka tidak memilih dengan melempar koin atau dikocok seperti arisan. Perusahaan memilih pejabat yang paling baik diantara karyawan yang ada.

Kesalahan menempatkan karyawan bisa menjadikan perusahaan rugi, artinya perusahaan tidak sembarangan memilih karyawan. Anda bisa saja beralasan kenapa orang lain yang dipilih. Mungkin anda merasa lebih baik dibandingkan orang itu. Mungkin, mungkin saja, tapi banyak aspek yang dinilai. Artinya, meski pada satu aspek anda menang, tetapi secara total Anda kalah.

Artinya, jika anda ingin mendapatkan karir yang lebih, anda harus menang.

Mengalahkan Itu Menyakiti.

Ya memang, jika seseorang kalah, dia akan merasa sakit. Mungkin pernah anda alami. Namun sakit itu bukan disebabkan oleh orang yang mengalahkan dia, tetapi karena kekalahan itu sendiri saja. Artinya mengalahkan dengan cara baik, tidak berarti menyakiti.

Seorang berjiwa besar tidak akan sakit karena kalah. Dia aka menerima kekalahan dengan lapang dada. Jadi anda tidak perlu merasa takut mengalahkan orang lain, selama dengan cara yang adil. Saat seseorang sakit hati karena kalah dari anda, itu karena kesalahan mereka memiliki jiwa yang kerdil.

Menang Itu Serakah.

Banyak orang yang takut menang karena takutdisebut serakah. Sebenarnya tidak ada hubungan serakah dengan kemenangan. Serakah ya serakah, tidak peduli menang atau kalah. Ini akhlaq yang buruk. Jika anda memiliki akhlaq yang baik, selama anda mengambil hak anda, itu bukan serakah.

Saat Anda menang dan Anda mengambil hak Anda, itu bukan serakah. Serakah adalah saat Anda mengambil sesuatu yang bukan hak Anda. Selama Anda mengambil hak Anda karena kemenangan Anda yang adil, tidak ada yang namanya serakah.

Jika Menang Saya Takut Sombong

Tahukah Anda ada orang miskin yang sombong? Bahkan ada pula orang kalah yang sombong, yaitu saat dia mengatakan bahwa dia lebih baik atau menganggap rendah orang lain, maka dia adalah orang yang sombong. Meski dia kalah. Mungkin perkataan berikut tidak asing di telinga Anda:

“Dia menang karena beruntung saja, padahal dibandingkan saya, dia tidak ada apa-apanya.”

Perkataan diatas disebutkan oleh orang yang kalah. Semantara perkataan diatas menandakan kalau dia berlaku sombong terhadap orang lain. Artinya sombong bukan hanya milik orang menang, orang kalah pun bisa sombong.

Sombong tidaknya seseorang ditentukan sejauh mana akhlq yang dia miliki. Jika dia membina akhlaqnya dilandasi aqidah yang benar, maka dia tidak akan pernah sombong meski dia terus menang.

Khalid ibn al-Walid (584 – 642), atau sering disingkat Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafaur Rasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu. Beliau tidak marah, santai saja, dan menerima pemberentian itu. Bahkan jika saja harus menjadi prajurit, beliau siap. Selalu menang, bukan berarti harus sombong.

Anda Harus Menang Untuk Mendapatkan Yang Terbaik

Ok, sekarang kita sudah memahami mitos-mitos tentang harus menang dan sudah kita patahkan mitos tersebut. Nah sekarang pada pertanyaan utama, kenapa harus menang?

Jawabannya adalah dengan menang Anda akan mendapatkan yang terbaik. Tentu saja jika tujuan kemanangan Anda untuk yang terbaik. Sederhana.

Anda akan mendapatkan keuntungan yang besar jika Anda memproduksi produk yang terbaik pada kelasnya atau memberikan jasa yang terbaik. Tentu saja harus didukung dengan pemasaran dan manajemen yang terbaik pula. Jikabisnis Anda ingin sukses, Anda harus menang dalam produk, jasa, manajemen, dan pemasaran.

Begitu juga, jika Anda ingin mendapatkan karir yang lebih baik, maka Anda harus menang dalam persaingan kerja. Perusahaan akan memilih karyawan terbaik untuk ditempatkan di posisi yang terbaik pula. Mental juara akan sengat berkaitan dengan motivasi karyawan.

Beasiswa dan perguruan tinggi favorit pun hanya menerima siswa yang menang, artinya yang terbaik nilainya diantara semua pelamar.
Intinya Anda harus membangun mental juara atau mental pemenang. Sebab, jika Anda ingin mendapatkan yang terbaik, Anda harus menang.


Monday, July 25, 2011

BERANI LEBIH UNTUNG

Walaupun mata sudah rasa lembik, kelipan tertahan-tahan, hati berkobar-kobar mahu tulis juga ;>

Pernahkah kita mendengar atau terbaca quote ini "Only when we are no longer afraid do we begin to live".Dorothy Thompson, journalist

Ianya sesuatu yang sangat BENAR. Saya yakin, bukan saya sahaja yang pernah rasa takut-takut untuk mulakan sesuatu, mencuba sesuatu, berimpian BESAR-BESAR, bertindak dengan bebas, dan sebagainya. Dulu YA, Saya PENAKUT. Takut apa? Akan sentiasa bermonolog sebegini:-

1) Nanti kalau aku buat ni, tak menjadi orang akan ketawakan aku T_T
2) Ish buat apa Impian besar-besar, letih je nak berfikir, tak perlulah berimpian sebab nanti banyak kerja #__#
3) Tak berani nak mulakan dulu, orang lain takde buat pun, nanti orang cakap bla blabla %__%
4) Kalau gagal macam mana? ish malunya. Lebih baik duduk diam saja &___&

Wah ruginya saya yang 'lama' kan?

Tapi tidak mengapa, itulah namanya proses pembelajaran. Alhamdulillah, semakin menginjak dewasa ini, saya sedikit demi sedikit dapat pecahkan tembok TAKUT itu. Sangat tidak best ok kalau sentiasa ada rasa takut.

Allah Maha Kuasa telah memberi jiwa dan hati saya hidup! Sekarang saya rasa semua benda saya nak buat. Semua benda saya nak rempuh. Saya pun hairan. Haih, dari mana tiba-tiba datang keberanian ini? Sudah tentunya setelah melalui beberapa tahap Ujian yang Allah telah beri. Allahuakbar! Benarlah, Allah kalau sudah mahu bagi, walaupun 1000 orang yang menghalang kita tetap akan dapat. Kalau sudah bukan rezeki kita biar 1000 orang yang membantu dan menyokong kita tidak akan dapat.

Yakinlah dengan pertolongan Allah. Yakinlah dengan semua perancangan Allah kepada kita. Yang baik itu Hikmah, yang buruk juga ada hikmahnya. Bersabarlah, pasti ada UNTUNG! BERSANGKA BAIK, kawan!

Saya tahu, kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, ada orang tidak suka kita. Terima saja. Manusia itu lemah. Tidak punya kuasa mahu suka semua orang. Macam kita juga ada orang kita suka ada orang kita macam tak suka. Jadi, jalani hidup ini dengan POSITIF saja, tidak perlu ambil pusing atau bersedih yang terlampau. Yang Penting kita UBAH diri kita menjadi LEBIH BAIK Setiap HARI. Bukankah lebih berfaedah? Kita akan dapat ganjaran yang BESAR dari ALLAH. INSYAALLAH.

Baiklah hati ini mahu bebel panjang-panjang. Tapi nampaknya mata tidak bisa berkompromi.

Ayuh BERIMPIAN LEBIH BESAR. SAMA-SAMA UNTUNG Dunia dan Akhirat , InsyaALLAH! ^__^




Friday, July 22, 2011

#Mesti Klik

Assalamualaikum teman-temanku. Hee :D Senyum dulu. Apa khabar malam ini. Semoga kita semua sentiasa didalam rahmatNYA

Hari ini mari kita senaraikan apakah website yang wajib dibuka setiap kali on saja laptop.

1) Facebook - Saya yakin hampir 90% daripada anda akan bersetuju bukan? Saya wajib buka Facebook ni sebab info terkini tentang HPA akan diupdate setiap hari. Kemudian, kata-kata motivasi dari Pakar Motivasi adalah sangat diperlukan setiap hari. Saya sangat suka Wall Facebook Puan Ainon Mohd. Tidak tahulah, kata-kata yang tertulis di wall FB beliau seperti ada kuasa magnet. Magnet apa? Magnet macam kita akan terpukau. Terpukau apa? Ha, add lah sendiri. huahauha.

2) Twitter. Dulu saya rasa twitter adalah sangat tidak berfaedah. Sampai saya terlupa apa password dan saya tidak tahu tujuan saya ada akaun twitter. Kini, TWITTER juga adalah kesayangan saya. Saya banyak menge 'add' pakar motivasi, pembisnes dari Indonesia. Kata-kata mereka sangat inspiratif (tolong betulkan ayat-ayat saya yang digunakan dengan salah jika ada. huuu -__-) dan kalau nak bebel-bebel pun dalam twitter saja, seperti lebih selesa dan privasi.

3) Blogspot. Ya belog saya inilah. Disinilah tempat saya meluahkan benda yang nak diluahkan. Kadang-kadang saya rasa macam apa benda lah yang aku bebel-bebel ini. Tapi semoga ada diantara yang saya bebel-bebel itu boleh menjadi pengajaran dan bermanfaat bagi mereka yang memerlukan ok? :>

4) Gmail. Yang ini tidak buka pun tidak apa sebab Cik Blackberry sentiasa menjalankan tugas. Cuma, lebih selesa melihat paparan email yang lebih luas di macbook ini.

5) Dulu saya akan buka Utusan, Bharian, Hmetro. Tetapi sejak dua menjak ini tidak ada selera nak baca. Langsung tak ingat nak buka :P

6) Website HPA - jarang buka juga sebab kebanyakan info boleh dapat dari FB lebih cepat

7) Dan lain-lain (amboi nak berahsia juga. he he ^__^)

Kesimpulannya, internet ini jika kita guna ke arah kebaikan, sangat banyak manfaat kita dapat. Jadi, pilihlah dan ubahlah untuk menjadi lebih baik dari semalam setiap hari ok?

Jom Berimpian LEBIH BESAR dan salam perjuangan :">

Tuesday, July 19, 2011

#Si Tembam

Saya pun takut tengok diri sendiri yang semakin tembam tak hengat! Comel tak budak sebelah saya. Si Kiut Iman. Ini semasa di rumah Aunty Zaharah di Alor Setar Kedah. OK, rindu!


***********************************************

Betul sangatlah, kita adalah apa yang kita baca. Contohnya, semangat dan motivasi saya banyak dapat daripada buku-buku yang saya baca. Seperti, saya baca buku Negeri 5 Menara yang ditulis oleh Ahmad Fuadi, saya akan ingat mantera Man Jadda Wa Jada (Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya) setiap kali saya merasakan kesukaran. Saya ingat mantera tersebut dan tadaaa, berhasil! ^__^. Beberapa buah buku saya baca ini adalah diantara yang melekat di fikiran.

Begitu juga semasa saya mengikuti program Mantap hari tu, semasa mendaki Banjaran Nakawan. Bagi teman-teman yang lain, laluan itu mudah saja mereka lalui, tapi bagi saya yang jarang-jarang mendaki ini, saya rasakan sedikit sukar. Semasa saya menuruni banjaran tersebut, saya merasakan kalau saya silap langkah boleh jatuh dalam gaung! huwaa, padahal diorang yang lain macam rileks saja, terus saya ingat lagi mantera Man Jadda Wa Jada. Yey, saya berjaya juga. Padahal semua orang lain berjaya turun. hehee. Tak apelah, saya tidak membandingkan diri saya dengan orang lain. saya tahu kemampuan saya, jadi bagi saya ianya satu kejayaan kepada saya! ^___^

Dan sehingga saat ini saya bawa semangat itu dan mantera ajaib itu. Ada satu lagi mantera yang mesti diamalkan, Man Shabara Zhafira (Siapa yang bersabar pasti beruntung) daripada buku RANAH 3 WARNA (Ahmad Fuadi) tapi saya belum mula baca lagi, sebab saya sedang baca buku lain. Reserve dulu buku itu sebab kalau sudah mula baca mesti tidak dapat berhenti.

Sekarang di FB sangat popular Si Penulis Yang Disayang Tuhan iaitu Baharudin Bekri. Memang saya selalu tengok buku ini di Popular, tetapi tidak tahu kenapa saya belum terdetik hati mahu membeli. Seperti pengalaman saya memandang dingin buku Negeri 5 Menara dululah. Selepas saya tengok pakar motivasi di FB menyarankan untuk beli saya terus beli dan obses! Jadi, selepas saya melihat ramai sungguh orang yang menyukai kata-kata hasil tulisan Tuan Baharudin Bekri ini, insyaALLAH saya akan cuba baca buku beliau. Terpukau juga melihat petikan buku yang beliau selalu letak di wall FB. Apatah lagi saya melihat beliau diantara penulis yang menerima royalti tertinggi juga di PTS. Wah ini mempengaruhi juga ya? OK, saya akan tunggu buku-buku yang saya sudah tempah dan semoga saya ada bahan bacaan yang menarik lagi.

Ok, cukuplah ini saja malam ini, selamat tidur dan selamat membaca buku-buku indah :)




#Pantang

Saya ini jenis yang pantang di :-

1) marah
2) cabar
3) dijeling
4) disindir
5) dan apa-apa yang sewaktu dengannya

Sebab saya akan tiba-tiba SEMANGAT tahap MAKSIMUM dan tak turun-turun.

Oleh itu terima kasih Allah kerana menghantar mereka-mereka ini kepada saya! Jika tidak saya akan sambil lewa saja. Alhamdulillah :)

Jom SEMANGAT!

^___________^

Monday, July 18, 2011

Tokey BUKU!

Rupa-rupanya saya baru menjadi tokey buku selama sebulan setengah sahaja. Hahah, tapi sibuk jual buku macam rasa dah 5 6 bulan. ewah. Tapi....tak tahu kenapa BEST nya jual buku! Paling best feedback dari customer siap SMS lagi bila diorang satisfied dan enjoy sangat dengan buku-buku yang dibeli, ewah saya pulak suka padahal bukan penulis buku tersebut pun.

Doakanlah semangat saya ni berterusan, istiqamah dalam menjual buku. Hairan, tak pernah terlintas, plan apa-apa nak jadik tokey buku. haha. begitulah takdir Allah, tiba-tiba tergerak hati nak jual buku, mesti ada hikmahnya :)

Pengalaman dengan supplier-supplier buku juga menarik. Saya ni jenis mesti cepat kalau saya nakkan sesuatu barang. Dan disebabkan ini kali pertama saya deal ngan bisnes buku, saya sampai geram-geram sebab buku-buku saya lambat sampai. Haha, padahal memang prosedur nya macam tu pun? ye ke? Apapun memang kena banyak SABAR! haha. tak apelah janji pelanggan-pelanggan saya puas hati dengan buku-buku yang saya jual. InsyaALLAH sedang dalam perancangan untuk buka kedai buku. Woh, teruja. Doakan!

Mari BERIMPIAN LEBIH BESAR! Salam Perjuangan!

Friday, July 15, 2011

Hari ini tidak best kerana :(

1) Ismail sudah balik Terengganu pagi tadi
2) Emak di KL dan balik Ahad ini -__-
3) Paknek dan Adik di Mukah
4) YM,BBM,Tweeter, FB sunyi sepi semacam
5) .........

Oh, harus belajar menghadapi kesunyian.


Wednesday, July 13, 2011

Sangattt rinduuu mahuuuu jalan-jalan(jalan saja? hehe) ke JAKARTA dan BANDUNG dan yang sewaktu dengannya.

ok selamat tidur , dan bermimpi boleh jalan-jalan -_________________-

Monday, July 11, 2011

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah :)

Alhamdulillah setelah berpergian selama 7 hari ke Perlis-Alor Setar-Kuching, akhirnya, sekarang berada di dalam bilik sendiri :`)

Haha, memang over kan padahal hanya 1 minggu away dari rumah. Bukan tak biasa sebelum ini, tapi pengalaman ini berbeza doh. Pengalaman ini, jika tidak dihadam dengan betul boleh, hurm aaa hurm, tapi sebab sudah dihadam dan diproses, makanya saya mengambil semua semuanya sebagai pembelajaran untuk menjadi lebih KUAT, SABAR, TABAH! Berlapang dada!

Kita semua diberikan ujian oleh Allah. Dan ALLAH tidak pernah sesekali menguji hambaNYA di luar kemampuan mereka. Jadi saya bangga dengan ujian-ujian ini kerana ternyata saya mampu! Smile :) :D ^___^

Yang tinggal hanya bagaimana untuk menempuh segala ujian-ujian ini dengan baik dan bersangka baik dengan aturan ALLAH telah tetapkan.

Tidak perlu cerita panjang, cukuplah saya beri kesimpulan perjalanan ini telah membangkitkan semangat saya yang sedia semangat, dan sebenarnya mahu slow down dari berpergian tetapi ditakdirkan oleh ALLAH tetap berpergian(ke tempat-tempat tertentu), jadi saya terima. InsyaALLAH bersama pasukan saya kami akan teruskan perjuangan ini, insyaALLAH sehingga nafas yang terakhir. Doakan!

Teruskan IMPIAN YANG LEBIH BESAR. Salam PERJUANGAN! ^__^

Sunday, July 3, 2011

Yang Mana Satu?

Sekarang hati berbelah bagi. Mesti pilih salah satu saja!

Ipad 2 VS Galaxy Tab.

Bagaimana? bagaimana? Perlukan bantuan, tapi ramai sungguh mencadangkan Galaxy Tab.

Hmm?( -________-) tak sukanya sesi memilih ini.

Sangat perlu encik Tablet, kerana sekarang banyak travel, cik Blackberry saya hanya sesuai untuk tenet tenet(kata kak lehot, ada indah kak lehot masuk sitok. hehe).

Ada hati juga tak mau guna Cik blackberry dan Encik Tablet sebab nak rest sewaktu travel, tapi mana mungkin, waktu muda ini tidak boleh banyak rest. Wang tidak datang bergolek. hoh $_$

Sepertinya condong kepada Galaxy Tab. Begitulah manusia kan sekejap bebenar bertukar rasa cinta kepada sesuatu. Padahal baru decide mahu cinta kepada Ipad 2. woots #_____#

Kawan yang budiman sila bantu *____*


Saturday, July 2, 2011

Mesti Happy Selalu Bah! :)

Assalamualaikum dan salam ceria adik kakak, datuk nenek, mak pak, semua oh! ^__^

Hari tok tetiba rasa nak speaking serawak tek nak. ada aku kesah mun ada tak urg nok sik reti? haha :P

Ari tok kamek nak madah tek, iboh inggarr oh mun kamek salu hepi-hepi, macam sikda masalah jak oh? yah ya nang bebulak mun sikda masalah koh. Tapi kita tok nak mesti menghappykan dirik, sebab kak ya insyaALLAH mun ada pa-pa rasa susah hati kah, masalah kah dapat diselesaikan. boleh punya, insyaALLAH.

Sebab yalah kita tok adik kakak semua, mun ada masalah kah, sedih kak, iboh di ngeso di public koh, sik kesiankah kita mun orang nok maca ya dah lah nang ada problem nangga kita tok ngereco sik tentu pasal makin kacau bilau jiwanya. haha.

sebab yalah kita tok, menerima semua yang berlaku sebagai takdir. tapi of coz semuanya ya mestilah kita udah usaha,berdoa dan tawakkal. Bukankah Allah lebih tauk apa yang terbaik untuk kita.

Pendek kata dalam idup tok mesti mok banyak banyak SABAR koh, selain kita mesti BERSYUKUR dengan apa yang ada sekarang dan terus berusaha untuk mencapai apa juak IMPIAN kita semua.

Macam tok jak, cara mok motivasi dirik kita supaya molah nok terbait dan sik takut untuk ke hadapan adalah. Hidup tok hanya sekali jak nak oooo. apa mok ditahan-tahan apa nak kita mok polah asalkan benda ya akan membawa faedah kepada akhirat kita? bena sik? jadi teruskan IMPIAN anda semua teman-teman semua, kerana hidup ini sangat singkat! BUatlah kebaikan sebanyak-banyaknya dan jangan sedih-sedih RUGI aih! Hidup Harus Gembira. Thank You ALLAH! SEMANGAT! OK???