Wednesday, June 29, 2011

Gelabah

Pejam celik pejam celik. wah rupanya sudah akhir bulan Jun. Saya belum draf pakej Spa untuk Julai. #gelabah# Gelabah tapi sempat berbelog. he he he.

Biasanya saya akan sedia awal. Ntah kenapa kali ini tidak perasan. erk, #mode perasan sibuk#

Apapun saya sedang menikmati hari-hari yang gembira. Syukur Alhamdulillah.

Teruskan berIMpian Lebih BESAR! ^_____^




Tuesday, June 28, 2011

Thank YOU ALLAH :)

Assalamualaikum dan salam ceria kawan-kawan belog. hehe ^__^ . Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. wah! :)

Tidak tahu kenapa kali ini mengambil masa yang lama untuk update belog T__T

Alhamdulillah sangat suka dan bersyukur dengan perjalanan kehidupan yang Allah sudah aturkan kepada saya. Tentu anda juga begitu kan? Makanya setiap saat, ayuh terus melafazkan Alhamdulillah, Thank You Allah. Terima Kasih Allah. :)

Disatu tempat Allah meletakkan cabaran dan dugaan buat saya, kemudian cepat-cepat pula digantikan dengan berita gembira, khabar ceria dan yang menyenangkan. MasyaALLAH, maha suci Allah. Memang bukan mudah untuk tenang menghadapi cabaran dan dugaan dalam aktiviti yang dijalankan seharian. Pernah saya baru-baru ini kembang mata juga selama 3 hari. Padahal, sepatutnya saya berlapang dada dan menerima semuanya dengan redha. hehe, bila difikirkan hal kecil saja, kerana ianya bersifat duniawi. Tetapi begitulah manusia kan. sangat LEMAH. siapalah kita ini tanpa Allah?

Kemudian sedikit-demi sedikit Allah menampakkan hikmah dan kebaikan disebaliknya. Saya akui, semakin tegar dan terasa kuat pula (ewah) apabila ada cabaran dan dugaan yang baru pula datang. Syukur, semuanya adalah sesi pembelajaran.

Alhamdulillah, lalui semuanya dengan tenang dan senyuman padahal kadang-kadang macam gelabah kalau deal dengan manusiawi T__T ... Perangai manusia memang pelbagai. Apa boleh buat hadapi saja. hehe :) Positif positif positif.

Konon macam sibukkan? Inilah aktiviti 'sibuk' tersebut :

1) Pelanggan-pelanggan Zie Beauty Care yang baik hati, comel dan ceria memenuhi hari-hariku ^__^

2) Staf-staf saya yang baik hati dan bermotivasi tinggi. Terima kasih uols. sobs :`)

3) Bau-bau buku yang menyegarkan (woho saya sangat suka jual buku! doh!), dan berhadapan dengan 3 suppliers buku juga sesuatu yang mencabar! T__T

4) Menambah semangat untuk program-program HPA juga menyegarkan! Pemimpin-pemimpin HPA sangat baik dan supportive. Terima Kasih ^__^

5) Ismail sedang bercuti sehingga 17 Julai 2011. Yahoo! :)

6) Coming soon! Ipad2. sangat mahu!

7) ............

Ayuh Semangat! Salam perjuangan! ^__________^









Sunday, June 19, 2011

Peniaga Muda

Assalamualaikum. Apa khabar dan selamat hari minggu! ^___^

Mestilah hari ini penuh semangat kan? Kerana hari ini pastinya lebih baik dari semalam, insyaALLAH. Yahoo! ^___^

Hari ini mahu bebel-bebel beberapa perkara yang berlaku dan mungkin boleh menjadi peringatan kepada diri sendiri dan boleh diambil iktibar kepada mereka yang memerlukan ^__^

Saya sebenarnya sudah lali dengan soalan-soalan begini.

"Ha, belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya berniaga" Makcik A

"Lebih baik cari pengalaman dulu dengan bekerja di pejabat, cari networking selepas itu barulah kamu mula berniaga, ini tiada pengalaman terus nak berniaga" Makcik B membebel semasa saya sedang membuat facial di mukanya ^___^

" Ada untung ke kau berniaga ni? ". Saya angguk. Cik C tak puas hati. "betul-betul untung?"
"Memang untung dia besar dari gaji orang kerja pejabat ke?" Jawab sahaja begini. "Cukuplah untuk buat saya bahagia, insyaALLAH dunia akhirat ^___^".

" Hanya orang yang gagal, memilih jalan terakhir, iaitu berniaga macam kau lah" Makcik D. Wah sangat menusuk kalbu kan? Tak apa. Semakin kuat. heheh ^___^

Dannnn.... banyak lagi, pening pulak nak mengingat.

Kalau diikutkan hati, malas bebenar saya nak mengingat dialog-dialog yang kurang penting begini. Tetapi sebenarnya sedar tidak sedar semua dialog ini sebenarnya pembakar semangat semakin semangat macam lagu Gemuruh By Faizal Tahir tu kan, wah sempat promote Pejal Tahir ni kan. hehe.

Diantara pelajaran yang saya dapat melalui dialog-dialog ini ialah SABAR SABAR SABAR! Ya Alllah sedang mendidik jiwa dan hati saya untuk kuat dan sabar. Tipulah jika saya katakan tidak terguris hati bila ditanya sedemikian rupa seakan-akan tidak menghormati maruah saya. Tapi benarlah, dialog demi dialog, mendidik hati saya betul-betullah. kadang-kadang teremosi sedikit. Tapi nak emosi lebih-lebih pun tak guna, sebab percayalah, orang yang berkata demikian tidak akan mengingati anda setelah anda hilang dari pandangannya. Orang seperti ini mula pula berdialog dengan orang-orang lain mungkin dialog yang berbeza dan akan melupakan apa yang pernah mereka lemparkan kepada anda.

Nah! untuk apa kita kecewa? bersedih? kecil hati? sedangkan tidak memberi efek apa-apapun ke atas WANG kita. hihihi ^_____^

Anggap saja mungkin Allah nak tegur kita melalui orang tersebut supaya kita bekerja lebih keras keras keras cerdas cerdas cerdas lagi. Allahuakbar. Dan juga boleh mengelakkan perasaan riya' dalam hati yang sangat sangat sangat tidak boleh ada sekelumit pun di hati kerana balasannnya adalah api neraka. mahukah? mahukah? Tidak Mahukan? Jadi, anggap saja dialog-dialog sebegini adalah proses menuju KESUKSESAN! YAHOO! ^____^








Zikir Penenang Hati- Allah

Friday, June 17, 2011

Hari Ini, Hari Esok

Tidak tahu nak update apa. Haha sudah tahu tidak tahu tapi gatal jugak nak menaip kan?

Cuma esok, 18 Jun dan 19 Jun jangan lupa singgah booth buku saya ok. Cari Kedai Buku Zie. hihihi. bestnya ^__^. oh, di mana? Auditorium Petronas Carigali Lutong Miri, sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Borneo.

Tapi esok mungkin saya berkejaran juga ke spa dan booth, sebab itu saya mengamanahkan staf terbaik saya Cik Hasnaa untuk stay di booth. Dia sangat terer menjual. heheh ^__^ sebab esok kan hari Sabtu, waktu untuk wanita-wanita bermanja-manja di Spa. Hehe. Wah kerja keras kononnya eh? haha ...

adakah ini update atau apa ya? saya juga tidak tahu, tapi singgah-singgahlah ke Zie Beauty Care bulan ini Promosi best-best. hehe ^_____^ Jemput.

Ok, salam perjuangan dan mari BerIMPIAN BESAR BESAR ^_______^


Monday, June 13, 2011

Ustaz Mohd Kazim Elias- Jangan Mengumpat


Ini diantara buku yang baru mula mahu baca. wah, sekarang ini hanya dapat habiskan 1 buku seminggu. sangat tidak produktif kan? eh betul ka guna ayat ini. hehe.
Diantara alasan mahu beli buku ini :

1) 2 kali dah belek-belek di Kedai Buku POPULAR.
2) Murah di antara buku-buku antarabangsa yang lain. hehe. Ini hanya rm32.90. Buku-buku lain rata-rata rm70 ke atas. mungkin juga sebab buku ini terbitan tahun 1993?
3) Sebab saya nak KAYA! haha. Tengok ada perkataan RICH! Teruja.
4) Sebenarnya mahu beli buku Steve Jobs, tengok harga fuh rm70 ke atas. Syukur tadi Puan Ainon bagi tau ada terjemahan buku Steve Jobs baru saja dikeluarkan. Harap-harap lebih murah dari Edisi Inggeris. Hehe.
5) ok itu saja kot.

Banyak cakap pula. Baca sajalah!

Salam Perjuangan ^____^

Sunday, June 12, 2011

Dunia

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan aturan Allah sepanjang kehidupan saya di dunia ini selama 26 tahun.

Disebalik kelemahan saya ada pula kelebihan yang Allah anugerahkan untuk saya. Bukan hanya kepada saya saja pastinya. Kerana ianya fitrah manusia, tiada yang sempurna.

Saya menghargai kelebihan Allah kepada saya dan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan saya.

Kadang-kadang ada peristiwa yang saya tidak sempat hendak terkejut dan terjadi secara tiba-tiba. Sudah tentunya banyak hal-hal yang menggembirakan yang terjadi disamping ada juga hal-hal yang mengguris hati dan tentu tidak lain tidak bukan hal hal duniawi.

Dulu, saya merasakan cukup saya boleh mendorong diri sendiri untuk termotivasi, namun tidak semua situasi saya mampu mendorong diri sendiri, kerana kadang-kadang saya kalah, ternyata kita memerlukan orang-orang untuk memberi motivasi untuk menjadi lebih kuat. Bersyukur ada emak dan keluarga yang mendorong saya.

Apapun yang terjadi. adil atau tidak, itulah lumrah dunia. Kejarlah akhirat, dunia akan mengejarmu. Hanya Allah Yang Maha Adil.

Salam perjuangan ^___^




Saturday, June 11, 2011

... zikir penenang hati

Opick-ubat Hati (melayu)

Pesta Buku

Assalamualaikum dan salam ceria ^_________^

Apa khabar hari ini? Tetap semangatkan? Apapun perancangan dan impian semoga berjalan dengan lancar ^__^

Ehem ehem, jikalau semasa Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC lepas saya tak sempat hadir, alhamdulillah tanpa disangka-sangka tarikh saya berada di KL kebetulan berlangsungnya Pesta Buku Negeri Selangor!!! weee ^____^, perancangan memang nak habiskan masa 1 hari disini, sebab Angah saya kerja pada hari Jumaat 24 Jun 2011. (InsyaALLAH jika diizinkan Allah perancangannya begitulah). DOA DOA DOA semoga saya boleh hadir ok? ^____^


Ok, sangat mahu jalan-jalan kawasan bukit bukau, gunung ganang yang penting hijau hijau. Bilalah sempat nak pergi? -______-

Oklah, cukup untuk hari ini.

Salam Perjuangan! ^___^


Friday, June 10, 2011

Kelebihan Al-Mathurat


Kelebihan al-mathurat adalah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya, terhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan lagi.


Tuesday, June 7, 2011

Jangan Mengeluh. Berdoalah!

Sudah dengar tak ceramah ustaz kazim di bawah ini? haha, best kan? Selamba, bernas dan terang. Kesimpulannya, bila ditimpa musibah/ujian. Jangan Mengeluh. Lakukan ini :

1) SABAR
2) SOLAT
3) DOA!

Ayuh tetap semangat! Berani BerIMPIAN lebih BESAR!
Salam Perjuangan ^___^

Ustaz Kazim Elias di Rancangan Tanyalah Ustaz - Jangan Mengeluh. Berdoal...

Monday, June 6, 2011

The Power Of Now!

Assalamualaikum dan salam ceria teman-teman ^__^

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNYA

Anda merasakan waktu makin singkat tak? Yaaa kan?? Jika sudah perasan sebegitu, marilah kita berebut-rebut, jangan tunda tunda dah untuk menjadi lebih baik dan menambah amal yang belum cukup, dan tidak akan pernah cukup. Berusaha untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat terutamanya Umat Islam untuk saya di Miri khasnya.

Usahakan sesuatu, dan tiada masa untuk fikir macam mana kalau gagal? Takde takde masa dah. Buat saja, asalkan ianya sesuatu yang bermanfaat, insyaALLAh tiada yang sia-sia. Allah tidak melihat hasilnya tetapi usaha yang kita lakukan itu lebih PENTING. Usaha Keras, Usaha Cerdas. Pastikan minda tak pernah berhenti berfikir kecuali tidur. haha ^___^

Apapun, semoga kita semua mencintai apa yang kita lakukan setiap hari, insyaALLAH akan teruja setiap masa dan saat. Terima Kasih Allah ^___^

Ayuh Semangat! Berani berimpian lebih BESAR!
Salam perjuangan ^__^

Assalamualaikum, maaf yer belog saya, tumpang promosi. Cepatttt tempah tempat anda sebelum Bulan Ramadhan datang menjelma, jom BerSpa, Promosi Bonanza ZBC. WEEE ^____^

Saturday, June 4, 2011

Rindu Ke Sana

Rindunya saya nak melancong ke luar negara. Tahun lepas saya berpeluang melancong ke Beijing, China dan Indonesia( Bandung dan Jakarta).

Banyak pengalaman yang saya kutip. Terasa fikiran semakin luas selebarnya(pandai-pandai guna ayat sendiri) hee -__-

Tahun ini seperti saya sibuk semacam pula.Tambahan, tanpa disangka-sangka saya terlibat dengan bisnes Buku pula. Teruja sangat. Hairan, tapi itulah kehendak Allah :)

Haha, sibuk katanya, tapi sempat berbelog(wajib!)

Saya sangat rindu Mekah! Saya mahu Umrah. Semoga ada rezeki tahun ini. semoga semoga semoga :)

Ayuh semangat! Berani berimpian lebih Besar!
Salam perjuangan ^___^


8 Kunci Sukses Andrie Wongso

1) KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri adalah kekuatan pendobrak yang luar biasa! Dengan keyakinan diri yang kuat, kita bisa menciptakan prestasi; apa yang tidak mungkin menjadi mungkin.

2) BERANI
Memang di kehidupan ini tidak ada yang pasti. Tetapi, kita harus BERANI memastikan dan memperjuangkan segala hal yang pantas kita raih!

* Berani menentukan target.
* Berani mulai melangkah.
* Berani memperjuangkan sampai sukses!

3) DISIPLIN
Jika Anda ingin sukses, tegakkanlah DISIPLIN DIRI dengan tegas! Kalau Anda tunduk oleh perasaan malas, manja dan bosan, maka pasti nasib Anda pun tidak akan berubah!

4) KOMITMEN
Bagi orang yang memiliki KOMITMEN dan integritas tinggi, mereka tidak pernah merasa takut, ragu atau bimbang dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.

5) ULET
Ulet bukan sekedar sabar, pasif, apatis, pasrah dan bertahan..!! ULET adalah tekad yang mengandung sikap antusias, gigih, tegar, proaktif, dan pantang Menyerah..!!!

6) SABAR
Jika ingin sukses, SABAR harus kita miliki. SABAR menghadapi orang yang memusuhi dan meremehkan kita, SABAR menghadapi setiap halangan dan tetap berjuang hingga sukses.

Kesulitan ~ Halangan ~ Tekanan ~ Kegagalan adalah SUPLEMEN FOOD (vitamin) bagi orang-orang SUKSES.

7) TEGAR
Seganas apapun badai di kehidupan ini, dia tidak akan pernah menghancurkan insan yang memiliki KETEGARAN, keyakinan, dan niat baik. Kehidupan memang penuh variasi; kadang diuntungkan, kadang dirugikan, kadang sukses, kadang gagal, kadang dipuji, kadang dihina. Semua membutuhkan: ULET, SABAR, TEGAR.

8) SYUKUR
JIka setiap bangun pagi kita bisa MENSYUKURI dengan tulus apa yang telah kita miliki hari Ini, niscaya sepanjang hari kita bisa menikmati hidup ini dengan bahagia =)

Friday, June 3, 2011

Kata-Kata Mereka Memukau Dunia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kata-Kata Mereka Memukau Dunia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit " [Surah Ibrahim (14) : 24]

Perkataan yang baik, adalah sesuatu yang menyejukkan jiwa malah ia sebenarnya mampu membangkitkan perasaan untuk terus bergerak dan memacu perubahan diri.

Kalimah yang baik adalah perkataan yang dapat memberikan ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman kepada sanubari insan yang mendengarnya dengan jiwa yang lapang.

Kata-kata yang baik dapat menegakkan prinsip, menghidupkan roh, mendorong seseorang menuju kebenaran dan membina generasi yang berwawasan.

Kata-kata yang baik, mampu mengetuk jiwa, mendiamkan perasaan gundah, membuka mata, memukau seisi dunia dan menciptakan ketenangan yang luar biasa.

Inilah penangan kata-kata, bicara dan seruan kebaikan. Dan, kebaikan itu adalah daripada Rabb yang HAQ – Allah S.W.T.

Khatib terhebat dalam sejarah dunia

Di dalam banyak-banyak sunnah Rasulullah S.A.W, ada satu yang sangat menonjol dalam diri Rasulullah S.A.W : Baginda merupakan seorang khatib, juru dakwah dan pemidato yang terhebat.

Lisannya yang jujur dalam penyampaian telah mempengaruhi ramai orang untuk mendekati dan menghampirinya. Lisannya yang tulus itu, dapat menyapa roh dan jiwa manusia sehingga terpaut kepada tutur katanya yang indah lagi mempesona.

Ketika berbicara, seolah-olah mutiara yang keluar dari bibir Baginda memancar terang sehingga ia kelihatan begitu cantik dan menarik. Bercahaya menyinari wajah Baginda dan para sahabat terpegun dan terpaku di hadapannya tanpa banyak bicara.

Mereka tenggelam dalam layar bicara insan yang agung ini. Masya-Allah.
Tutur katanya, menghidupkan semangat para pejuang generasi awal dan memotivasikan jiwa mereka sehingga membangkitkan diri untuk beriman kepada yang Esa. Jiwa mereka berkobar-kobar memperjuangkan risalah yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Bagi mereka : "Hidup tanpa perjuangan adalah sebuah keaiban."

Ruh perjuangan sentiasa ditiup dengan nyalaan yang membara tanpa mengenal keputus asaan, kekecewaan dan kepenatan yang melelahkan.

Mereka mampu memacu dan mengharungi samudera kehidupan dengan seni keberanian yang sangat luar biasa. Di dada mereka tertanam keimanan yang benar sehingga mereka sangat mencintai kehidupan akhirat. Matlamat mereka jelas – mencintai Allah S.W.T.

Apakah rahsia yang membangkitkan jiwa mereka sehingga ke tahap ini?

Ya. Mereka sentiasa dimotivasikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Sentiasa.

Kalamullah menjadi motivasi terulung.
Hadis yang mulia yang menjadi panduan hidup.

Melalui apa? – Melalui kalimah toyibbah, melalu tutur bicara yang menghangatkan dan kata-kata pembangkit semangat.

Seni kepimpinan ummah zaman berzaman

Bahkan, bukan Baginda sahaja begitu. Para sahabat yang lain, juga mempunyai kekuatan dalam berbicara.

Thariq bin Ziyad, panglima tentera yang sangat hebat. Bala tentera di bawah pimpinannya telah mengharungi ketumbukan musuh Islam yang hebat dari segi keupayaan dan kelengkapan senjata perang. Namun, dengan kelantangan berpidato dan terikan ruh jihadnya – pasukan muslimin dapat membuka pintu kemenangan dan mengangkat panji Islam di udara kejayaan.

Saidina Ali Bin Abi Talid – diberi jolokan Pintu Ilmu. Apabila beliau berbicara, maka pecahlah segala pintu keterangan dan meleraikan segala kebuntuan. Khutbahnya, pidatonya dan penyampaianya mengalir seakan-akan seluruh kalimatnya adalah batu tulisan yang mengandungi keindahan, keagungan dan keunikannya.

Para ulama yang soleh lagi warak – Ibnu al-Jauzi juga begitu. Suasana kuliahnya sangat hening. Sangat menghibakan jika ia membicarakan soal dosa, taubat dan muhasabah. Linangan air mata para pendengar dan anak muridnya terdengar terisak-isak tanda tersentuh dan timbulnya penyesalan dalam diri. Ada yang meratap sehingga pengsan dan ada yang tersungkur di bawah rangkaian nasihatnya.

Masya-Allah, betapa bersih dan halusnya perasaan beliau.

Seorang khatib yang bergetar jiwanya kerana kesedihan dan kepiluan kerana takutkan kepada Allah S.W.T akan memberikan satu tusukan rasa kepada pendengarnya sehingga membuatkan air mata mengalir membasahi pipi yang kering.

Ahnaf bin Qais (tidak dikenali rama)i – adalah seorang lelaki yang kurus kering dan lemah serta bermata cengkung. Akan tetapi, apabila dia berkhutbah, maka dia menarik seluruh cahaya, mata, telinga dan hati untuk memberikan seluruh tumpuan kepada bicaranya.[1]

Begitu juga seorang tokoh pembaharuan dalam dunia gerakan Islam – As Syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau jarang sekali menulis buku atau kitab. Tetapi, dalam sejarah hidupnya – beliau menjadi juru dakwah yang banyak menyampaikan didikan kepada masyarakat sekelilingnya dengan kata-kata nasihat, tutur bicara yang memikat dan lisan yang penuh berkat.

Seingat saya, beliau selalu telah mewujudkan satu forum atau kuliah umum untuk mengajak hati-hati manusia untuk mengingati Allah S.W.T dan melihat jiwa dengan proses didikan al-Quran. Kuliah ini dinamakan Haditsuts Tsulatsa atau Atthifatus Tsulatsa, kerana ia diadakan secara rutin pada hari Selasa, di pejabat Pusat Ikhwanul Muslimin.

Masya-Allah, kuliah ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat. Saban minggu, mereka ternanti-nanti dengan penuh kerinduan untuk berada dalam majlis ta'lim ini untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa mereka. Mereka begitu asyik mendengar curahan hati Imam al-Banna sehinggakan, kuliah ini melimpah dengan kehadiran orang ramai luar daripada kawasan daerah.

Jika anda berhajat untuk membaca intisari dan intipati penyampaian kuliah Hassan al-Banna ini bolehlah dapatkan sebuah buku yang mengumpul semula kuliah-kuliah Imam Hassan al-Banna ini. Tajuknya, ialah Hadist Tsulatsa' : Ceramah-ceramah Hasan al-Banna, karya Ahmad Isa 'Asyur. Selain itu juga, saya pernah membaca buku yang mengumpulkan khutbah-khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam Hassan al-Banna yang bertajuk Khutbah Jumaat Hassan al-Banna yang disusun oleh Syeikh Isom Talimat.

Kesemua ini adalah khazanah ilmu dan bicara murabbi ummah yang sangat berharga dan mendidik jiwa saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kekuatan Bicara dan Dakwah Bil Lisan

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Surah Fusillat (41) : 33]

Inilah contoh, qudwah dan role model yang diketengahkan untuk kita jadikan iktibar. Jika dilihat kepada mereka, terdapat beberapa ciri yang boleh kita jadikan panduan dan tips untuk peningkatkan diri :

(1) Keikhlasan dan kejujuran mereka dalam menyampaikan kalimah al-Haq. Kesungguhan, ke'serius'an dan penuh dengan sifat kasih sayang kerana Allah S.W.T menjadikan siri penyampaian mereka menyentuh perasaan dan mengerakkan rasa untuk melakukan perubahan dalam diri pendengar.

(2) Kefasihan dan kelancaran mereka dalam mengungkapkan ayat-ayat al-Quran dan selalu menyandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W sebagai hujah dan rujukan utama penyampaian mereka, membuatkan bicara mereka hidup dan segar. Inilah tali penghubung yang mengikat jiwa-jiwa manusia kepada keimanan dan keyakinan yang benar kepada Allah S.W.T.

(3) Memiliki kepakaran dalam bidang sastera sehingga barisan-barisan kalimah yang ada dalam tutur bicara mereka begitu indah, sangat menarik dan memikat untuk didengari. Gaya bahasa yang sederhana tetapi memukau serta penuh dengan nada-nada yang menakjubkan sehingga kisah-kisah, sirah-sirah dan cerita-cerita yang disampaikan benar-benar hidup di mata pendengar.

(4) Mereka mempunyai kualiti yang tinggi : Mampu menghidupkan bicara mereka di dalam hati, fikiran dan perasaan mereka. Mereka sentiasa memelihara hubungan hati dengan Allah S.W.T, sentiasa melakukan persiapan jiwa, emosi, fikiran dan rohani sebelum memulakan penyampaian ceramah, tazkirah atau khutbah.

(5) Mereka selalu membuat latihan kendiri untuk proses pengamalan, pengoperasian dan pembumian dalam kehidupan. Mereka hidup di dalamnya dan selalu berlatih dan berlatih. Ini juga adalah rahsia untuk menjadi seorang khatib, pemidati dan juru bicara yang petah berkata-kata.

Sebenarnya, umat ini sangat-sangat memerlukan khatib, dai dan sang penyeru yang pakar, memiliki perasaan dan menguasai keadaan. Tujuan keberadaan mereka adalah untuk menyampaikan risalah kebenaran dengan pengaruh yang kuat dan mengesani perasaan insan. Ia mampu memberikan penerangan yang jelas tentang manhaj al-Quran dengan ruh kehangatan yang memuncak, daya tarikan yang mendidik dan semangat yang membara. InsyaAllah.

Penutup – Komentar seorang hamba.

(1) Apa perasaan kita apabila membaca artikel di atas? – Seharusnya kita memasang azam dan tekad untuk bergerak menuju ke arah itu. Boleh dan mampukah diriku? Tepuk dada, tanyalah Iman kita. Kita lakukan dengan kemampuan yang ada.

(2) Perkara yang terpenting ialah kita berkeupayaan untuk mengamalkan apa yang kita perkatakan. Allah S.W.T sangat murkai, mereka yang banyak menasihati, berbicara dan berkata-kata tetapi ia tidak berbekas pada hatinya. Positifkan hal ini, akulah yang pertama yang akan melaksanakannya.

(3) Marilah kita meluruskan niat dan perasaan untuk sentiasa mempertingkatkan diri kita. Dan salah satu kemahiran yang perlu ada di dalam diri ummat Muhammad ialah kemahiran public speaking, pengucapan awam, dan berkhutbah dengan baik. Ayuh kita gerakan wawasan ini.

_______________________________
[1] Khutbah Motivasi Terbaik, karya Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah. saya sangat gembira ^__________^

Thursday, June 2, 2011

Layu

Hari ini saya 'layu' sikit, hehe sebab hari ini hari fitrah wanita. Mohon maaf, saya akan sambung entry di bawah setelah 'sihat' nanti :)

Oleh sebab layu, jadi saya hanya buat marketing di luar. Alhamdulillah, jualan buku saya berjalan lancar. Matlamat saya setiap hari mesti jual walau sebuah buku. Alhamdulillah, setakat ini berbuah-buah buku setiap hari akan terjual. Terima Kasih kepada pembeli-pembeli buku, semoga dibaca dan difahami seterusnya di amalkan :)

InsyaALLAH akan diadakan PBC sekali lagi untuk ahli-ahli HPA selewatnya Julai ini, akan dimaklumkan secepat mungkin. Walauapapun, pendapat mereka di luar sana tidak mengapa. Kami Ahli HPA tahu kenapa kami bersama HPA. Jangan bersangka buruk dengan perjuangan HPA, silap-silap boleh menjadi fitnah. Perjuangan tetap diteruskan. Mara dan terus mara. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan oleh Allah. HPA semakin berkembang dengan baik dan kami ke arah menguasai pasaran Halal Dunia.

Bisnes Spa yang sangat dicintai. Banyak idea pakej terbaru sudah terakam, dan hanya menanti untuk diluahkan. Promosi Jun juga sudah bermula rancak. Tidak sabar pula untuk Promosi Julai, saya sedang dalam proses untuk Pakej-pakej menarik untuk pelanggan-pelanggan kami. ^__^

Semakin semangat ke arah Impian Yang Lebih Besar!

Salam Perjuangan! ^___^

Wednesday, June 1, 2011

Hadapi Cabaran dan Dugaan

Assalamualaikum dan salam semangat.

Bagaimana untuk menghadapi cabaran dan dugaan? Ya, saya memang muda lagi. Muda ke? Yalah apa sangat lah pengalaman saya yang baru 3-4 tahun didalam bidang bisnes ini dibandingkan dengan mereka yang sudah puluhan tahun kan? Walaubagaimanapun saya tetap nak kongsi jugak pengalaman saya yang semakin hari semakin bertambah sesuai ke arah menuju Impian Besar Saya (Rahsia) Hehe. InsyaALLAH semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

1) Kita mesti berpegang pada prinsip

Pastikan anda seorang yang berprinsip. Jadi, anda tahu apa yang boleh dan tidak. Apa saja prinsip anda ingin tetapkan, pastikan selari dengan Al-Quran dan Sunnah . Contohnya, tanamkan dalam diri keuntungan bisnes haruslah diperolehi dengan cara yang halal, jujur, bersih. Jangan benarkan cara kotor, rasuah dan sebagainya. Usah gadaikan prinsip demi mahu cepat kaya. Kita ada Allah, minta dengan Allah yang Maha Kaya. Tugas kita, berImpian, Atur Strategi, Bertindak, Usaha, Doa, dan Tawakkal.
Memang kita melihat bagaimana orang bukan Islam, hatta orang Islam sekalipun yang tidak solat boleh kaya walaupun tidak minta dengan Allah. Tetapi apakah yang penting Kekayaan Bersama Ketenangan dan Kebahagiaan, atau Kekayaan tapi hati gelisah dan jiwa kosong? Percayalah, mereka yang kaya tapi taat kepada Allah adalah berbeza dengan mereka yang kaya tapi tidak taat.

2) Kemahuan Yang Kuat

Untuk mencapai Impian, kita mesti mempunyai kemahuan yang kuat. jika kemahuan biasa-biasa saja, dan masih takut untuk memulakan langkah yang pertama kerana takut gagal. takut dikritik. takut disisih. takut diketawakan. takut dihina. dan lain-lain, kita tidak akan kemana-mana. masa berlalu dan terus berlalu tidak menunggu kita. Tetapkan Impian,Cita-cita. atau apa saja tujuan anda. dan bertindaklah. Kemahuan yang kuat akan mendorong anda untuk terus bangkit, dan meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi yang dituju walaupun ada cabaran tikaman duri, siulan nakal, itu tidak akan mematahkan semangat kerana kita TAHU apa kita MAHU. Cabaran itu hanya berbentuk Psikologi. Bukannya akan mencederakan anggota badan kita pun. Hatta mereka yang cacat anggota badan sekalipun boleh berjaya, apatah lagi kita yang Allah anugerahkan kecukupan anggota badan yang sempurna. Teruskan langkah. Kuatkan Spiritual.

3) Bersambung.


Berucap dengan YAKIN!

Hari ini saya mahu berkongsi beberapa tips bagaimana untuk melatih diri berucap dengan YAKIN! Berdasarkan pengalaman sendiri dan bacaan semoga perkongsian ini membantu ^__^

Adakah syarat untuk menjadi pemidato hebat anda memerlukan bakat? Memang bakat satu BONUS. Namun, apa-apa sahaja yang dilakukan di dunia ini, jika anda bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. InsyaALLAH. Begitu juga jika anda bercita-cita mahu menjadi pemidato hebat. Untuk menjadi pemidato hebat bukanlah suatu pilihan, tetapi menjadi suatu kemestian. Mahu atau tidak anda mesti memilih untuk menjadi Pemidato Hebat yang pastinya salah satu cirinya adalah berucap dengan YAKIN!

Saya tidak tahu kebetulan atau suratan (hehe) dalam apa jua bidang, atau sesebuah persatuan, atau organisasi, saya sentiasa akan terpilih untuk berucap. Kadang-kadang saya tidak bersedia, dan ini akan menambah tekanan, dan kelihatan seperti tidak yakin bila berucap. Kadang-kadang saya mengeluh, dan memberitahu Emak, saya tertekan jika asyik saya yang disuruh bercakap, bercakap, bercakap. Kenapa bukan orang lain? Emak jawab " Allah pilih kamu, bukan mereka".

Subhanallah, hanya satu ayat dari Emak, saya terdiam dan berfikir. Benar juga. Selama ini pelbagai cara saya lakukan untuk mengelak diri untuk terpilih bercakap di hadapan di dalam majlis-majlis tertentu, tetapi saya terpilih juga, menyebabkan saya mengambil keputusan. Saya tiada pilihan, saya mesti mengasah diri untuk berucap lebih yakin, semangat dan bermanfaat kepada mereka yang mendengar. Dan saya perasan setiap kali selepas berucap aada satu kepuasan dan kelegaan yang tidak terucap oleh kata-kata(wah kau) hehe ^____^

Ok, cukup sedikit perkongsian pengalaman tersebut, walaupun sebenarnya lebih banyak hendak dikongsi. Bagaimana saya melatih diri untuk berucap lebih yakin? Begini :

1) Bacaan Al-Mathurat (usahakan 2x sehari selepas Subuh dan Maghrib) dan Al-Quran setiap hari dengan tafsirnya sekali. Bacaan tafsir mestilah disebut kuat-kuat. Maksud kuat-kuat disini bukanlah menjerit sampai satu rumah dengar ya? Cukuplah jika anda mendengarnya. JIka berada di dalam bilik lebih baik.

2) Solat 5 waktu tepat pada waktunya. Ini yang wajib. kemudian jika anda tidak pernah Solat Dhuha, latih diri setiap hari untuk Solat Dhuha. Jika anda sebelum ini hanya Solat Dhuha 2 rakaat, tambahkan kepada 4 rakaat.

3) Tahajud malam. memang bukan mudah, tapi kuatkan hati, tanamkan azam. Sebelum tidur niatkan. InsyaALLAH, Allah bantu.

4) Berlatih. Berlatih. Berlatih. Emak, dan keluarga sudah terbiasa tabiat saya yang suka bercakap di hadapan cermin, di mana-mana, asalkan di dalam rumah atau di Spa saya. Hehe, jangan pula anda bercakap-cakap seorang diri bila berada di tempat awam. Nanti dicop kurang siuman. ^_____^ pula.

5) Baca. Baca. Baca. Baca buku sebanyak-banyaknya. Setiap hari walaupun sehelai, pastikan ada membaca buku. Hindari Majalah Gosip :)

6) Fokus.Fokus.Fokus. apabila anda menghadiri ceramah atau menonton ceramah di TV. Ambil isi ceramah, lebih baik catit, lihat cara penyampaian, bukan tujuan untuk meniru, tetapi sebagai Panduan. Lebih elok jika kita mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak perlu membuat perbandingan siapa yang lebih hebat, kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing dan kelebihan tersendiri. Yang lebih penting adalah kita ada kemajuan dari sehari ke sehari dan lebih baik dari semalam.

7) Nah, tiba masanya anda dipanggil berucap. Langkah penuh yakin. Sentiasa berDOA semoga Allah memberi kemudahan dan kekuatan apabila berdiri dihadapan dan mula berucap. Berusaha melakukan yang terbaik. Selepas berucap jika merasakan ada bahagian yang anda rasa terkurang jangan risau dan gusar. InsyaALLAH ubah untuk ucapan akan datang. Tidak ada sesuatu yang sempurna. Yang penting, lakukan lebih baik dan lebih baik. Inilah PROSES. Tidak akan berhenti sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Mungkin setakat ini sahaja pagi ini. Akan bersambung kelak. Mahu siap-siap ke Spa.

Ayuh Semangat!. Berani berIMPIAN lebih BESAR!
Salam Perjuangan ^___^