Saturday, October 30, 2010

Konsert Inteam

Baru balik dari konsert kumpulan Inteam di SMK Agama Miri Sarawak. adakah kebetulan atau suratan? haha. tak minat pon nak menonton konsert-konsert ni, coz mayb rasa dah 'tua' i'm 25 years old ok! cey ceh ceh ceh.

kebetulan join bukak booth HPA Sempena Jubli Perak SMK Agama Miri Swak untuk 2 hari
(30okt-31okt) so kitaaa pun join sekali lah nonton konsertnya sebelah malam, sambil teman cik Hasna mau menonton hehe....

mayb sudah 'tua', i;m not that excited! OR mayb 3 orang ahli Inteam tu ke yang dah TUA? hahahah.... dah 30an semua uolssss...tapi suara tetap mantap! syabas betey.

tapii ok ok lah. terhibur sambil menginsafi diri. nonton konsert tu jangan lah dok melanguk nak tengok muka diorang ja, selami liriknya (cey!) banyak kata-kata nasihat :D

daan kebetulan dapat duduk depan sekali kooo.... mana tak mengantuk, coz memang tertumpu ha mata tengok mata bebapak(sebab diorang semua dah kawin dan ada anak2) adoih sakit mata! hehehe ;p

anyway, keseluruhan konsert best lah. Tapi paling suka kumpulan nasyid dari SMK Agama sendiri, yang aku tak ingat apa nama grup diorang. kira setanding arr dengan INteam persembahan diorang or can i say much better??? heheh jangan marah peminat Inteam.

nak juga rate bagi bintang-bintangkan? sooo,,,,,kita bagi 4 bintang ok? siap beli cd Inteam tuk tuka2 dengar dengan cd Maher Zain. (wah kau siap beli cd masih nak cakap Inteam biasa2??? Heheheh!!!!!!!!!!!

oklah sekian hapdet, nak tidor esok nak ke sekolah agama lagik. zzzzzzzzzz

nite.

Friday, October 29, 2010

Tiba-tiba rinduuu Bandung dan Jakarta donggggggg!!! hehehe

Yukkk kita ke Jakarta Januari 2011 ini sempena Milad Hpa di sana,

yeayyyyy~~~~~~~~~

tu je nak hapdet. har har har

serius rindu Indonesia. apekah???? -_-

Thursday, October 28, 2010

Perkongsian: Menjadi yang mencintai

Hasil Nukilan : ms.langitilahi.com (Hilal Asyraf)


Kita lebih suka dicintai. Kita lebih suka disayangi. Kita lebih suka dikasihi.

Kerana kita akan menjadi seperti raja. Dicurahkan segala-gala daripada manusia yang menicntai, menyayangi dan mengasihi kita.

Namun tak ramai antara kita yang suka menjadi yang mencintai.

Mengapa?

Kerana di situ ada satu perkara yang besar perlu kita lakukan.

Ia bernama Pengorbanan.

Jika benar cinta, maka pengorbanan perlu ada.

Bukanlah pengorbanan di sini semata-mata bermaksud: “Sanggupku redah gunung everest, merentas lautan api, mencari permata berkati-kati”.

Pengorbanan masa dan waktu, pengorbanan rasa dan kehendak, pengorbanan harta dan benda. Mungkin enam perkara daripada tiga jenis kumpulan ini adalah yang paling akan perlu dikorbankan apabila menjadi seorang pencinta.

Jika benar cinta, maka anda akan perlu mengorbankan enam perkara dari tiga kumpulan ini.

Jika tidak, saya cakap satu perkara kepada kita semua.

Kita adalah pembohong dalam cinta kita.

Pengorbanan-pengorbanan bukan semudah tulisan dan bicara

Cakap semua orang boleh. Tulis memang senang. Tetapi melakukannya adalah satu perkara yang berada di dimensi lain.

Jika anda benar cintakan seseorang manusia. Contohnya, pasangan anda. Maka pastinya anda perlu mengorbankan masa-masa dalam hidup anda untuk memberikan perhatian yang lebih kepadanya, berfikir akan kebaikan yang perlu anda lakukan kepadanya. Saat-saat dia memerlukan anda, memerlukan bantuan dan tangan, anda kena korbankan masa dan waktu anda. Waktu-waktu anda akan ‘dimakan’ apabila wujudnya seseorang yang perlu anda perhatikan dan fikirkan. Anda bohong dengan cinta anda, sekiranya anda bukan yang berkorban dengan masa dan waktu anda.

Kalau benar cinta, kita akan korbankan kehendak dan rasa kita. Mungkin kita hendakkan sesuatu itu, tetapi kita kena korbankan kerana orang yang kita cintai membencinya. Mungkin kita rasa bengang dan marah akan sesuatu, tetapi kita kena korbankan kemarahan kita agar tidak menyakiti orang yang kita cintai. Tidak begitu?

Kalau benar cinta, kita akan sanggup berhabis harta dan benda yang kita ada untuk orang yang kita cintai. Hal ini kerana, kita mahu orang yang kita cintai itu berada dalam kondisi yang paling bahagia sekali. Maka kita akan belikan dia hadiah, hadiahkan dia sesuatu yang istimewa. Dan apabila dia memerlukan bantuan, kita sanggup korbankan apa sahaja yang ada dalam tangan kita untuk membantunya. Tidakkah begitu?

Dan inilah dia mahar cinta. Tidak kiralah dengan pasangan, dengan rakan-rakan, dengan ibu bapa, adik beradik, atau dengan sesiapa sahaja sekalipun. Selagi dia manusia, kita tetap perlu mengorbankan perkara yang sama, jika kita benar dengan cinta kita.

Apa yang menakutkan adalah, belum tentu cinta ini berbalas.

Namun, ketakutan itu akan terpadam apabila kita membina cinta kita atas dasar yang benar.

Acuan Allah, siapakah yang acuannya lebih baik dari acuan Allah?

Sekiranya, perjalanan kita menjadi pencinta, kita mulakan dengan menjadi pencinta kepada Allah SWT, maka kita akan merasakan semua cinta-cinta kita kepada manusia lain tadi terbalas. Walaupun manusia-manusia itu tidak membalasnya.

Kita perlu yakin, Allah membalas cinta-cinta kita tadi.

Maka, pertamanya, perlulah cinta kepada Allah itu kita bina. Sekarang, kita balik kepada formula asal kita tadi. Kalau cinta, pastinya ada pengorbanan. Bagaimanakah kita dengan Allah SWT?

Apakah pengorbanan kita kepadaNya?

Ahah!

Kita suka Allah sayang kita, tetapi kita….?

Kita suka Allah bagi rahmat. Kita suka Allah bagi keberkatan. Kita suka Allah bagi kita banyak nikmat. Walaupun mungkin kita tak boleh kata “Allah dah banyak berkorban untuk kita” sebab Allah itu tak akan ada kekurangan dan kepayahan untukNya(menyebabkan perkataan ‘korban’ adalah sesuatu yang tidak layak untuk Allah), tetapi yang nyata, Allah telah memberikan kita pelbagai perkara, dan tidak cukup dengan itu, menjanjikan kita baaaanyak perkara.

Maka kita?

Jika benar cintakan Allah.

Maka hendak menjadi pencinta kepada Allah juga perlukan pengorbanan. Dan kita perlu korbankan perkara yang sama juga. Enam perkara dari tiga kumpulan tadi.

Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan korbankan masa kosong dan masa bermain-main kita untuk kita isi dengan mencari keredhaanNya, untuk kita isi dengan ibadah kepadaNya, untuk kita isi dengan melakukan kerja-kerja yang membawa kepadaNya. Kalau benar kita cintakan Allah SWT, kita tidak akan kisah waktu-waktu yang berlalu dalam mengejarNya, melakukan perintahNya, melaksanakan arahanNya. Kalau benar kita cinta kepada Allah. Namun berapa banyak masa dan waktu kita telah kita korbankan untukNya?

Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan berusaha untuk korbanakn rasa dan kehendak kita. Kita akan korbankan rasa hendak berbuat dosa, rasa nak ikut hawa nafsu, rasa seronok dengan maksiat dan kemungkaran. Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan berusaha untuk supress kehendak kita kepada perkara yang dilarang olehNya, kehendak kita hendak mengikuti musuh-musuhNya, kehendak kita untuk sekadar berseronok semata-mata di atas dunia. Namun, berapa banyak rasa dan kehendak kita telah kita korbankan untukNya?

Kalau benar kita cintakan Allah SWT, maka kita akan mengorbankan harta kita di atas jalanNya. Kita akan sanggup berusaha membantu agamaNya dengan harta kita. Kita akan planning harta kita biar ada sebahagian peratus yang tumpah ke jalanNya secara khusus, selain turut tumpah ke jalanNya secara umum dalam membentuk keluarga dan mengisi perut kita.

Persoalannya, apakah kita sudah berkorban?

Kita takut, sebab kita tak ada Dia.

Hubungan yang rapuh dengan Allah SWT adalah punca kita mengalami ketakutan untuk menjadi pencinta kepada manusia. Ketakutan ini yang menimbulkan kerisauan dan kegelisahan di dalam diri kita. Menjadikan kita seorang yang prejudis dan kering. Kita tidak berani mencinta. Sedang cinta adalah satu-satunya air yang wujud untuk membasahi hati kita.

Orang yang cintakan Allah, dia akan mencintai manusia lain.

Contoh terbaik saya adalah Rasulullah SAW. Siapakah yang lebih mencintai Allah berbanding baginda? Dan lihatlah bagaimana baginda mencintai manusia.

Penutup: Jadilah pencinta, hati kamu akan bahagia.

Maka jadilah pencinta. Belajar berkorban.

Kita mungkin takkan dapat balasan yang setimpal dari manusia. Di dunia pun, mungkin kita akan sukar ‘nampak’ balasan untuk kita daripada Allah SWT. Tetapi percayalah dengan yakin, Allah membalas cinta-cinta kita kepada manusia juga, selain membalas cinta kita kepadaNya.

Memang sukar hendak berkorban kepada ‘yang kita tidak nampak’.

Memang sukar hendak berkorban kepada manusia yang mungkin tidak membalas.

Tetapi kebahagiaan-kebahagiaan dalam menjadi pencinta itu, melebihi segala-gala. Ia melembutkan hati, mendamaikan jiwa, membentuk peribadi, dan meluaskan pemikiran akal. Semua itu melebihi kesakitan dan penderitaan di atasnya.

Cinta kepada manusia, yang dibina di atas cinta kepada Allah, ia akan memberikan kekuatan berkali ganda kepada kita.

Segala senyuman akan kita hargai, segala kebaikan akan membuatkan jiwa kita lapang, segala ketenangan membuatkan hati kita tenang. Oh, bahagianya.

Tidakkah tidak mendapat semua itu, membuatkan hati kita sunyi?

Jadilah pencinta. Belajarlah berkorban. Kamu akan memahami.

Wednesday, October 27, 2010

Terima dengan lapang dada

seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan

~Dr Muhammad Muzammil b Muhammad Noor~

Tuesday, October 26, 2010

Korea o Korea

Malam ini mood KOREA. heuheuheu

dulu-dulu. ceyy, beberapa tahun lepas semasa masih menuntut d UTP nun, hah, boleh dikatakan semua student minat drama korea ni. mula-mula aku x minat. kawan aku Kak Nik paksa aku nonton kalau x silap drama My Girl. diorang cakap comel giler drama tu. Tetap aku x endah. Pastu roomate aku cik dyana pon cakap best. last-last aku cubalah download semua episodesss koo. tapi aku tak nonton pun. Bila diorang nonton, aku tumpang sekaki. tapi satu hari yang hening aku cuba nonton. o mak kau betul comel lahhhhhh ... aku suka tengok kulit diorang tu ala-ala x mekap tapi flawless ko. aku tak kisah sangat jalan ceritanya macam mana janji aku nonton mereka yang comel. hauhauhauhua.

oh tapi itu tidak bermakna aku addict kepada semua drama korea. aku agak memilih, kalau drama yang aku rasa annoying tu malas nak layan.

sejak grad, sangatt lah jarang nak nonton lagik. bukan nak kata jarang mungkin takde langsung kot. Bz kannn?? hehehe ;P

Tetiba aku terbaca belog kawan aku cik Miza dia cakap pasal ada satu channel korea kat astro. so aku cubalah carik channel tu. CH391.

huahhh~~ at last daku terjatuh suka ngan satu drama ni, Sungkyunwan scandal apa ntah. walaupun aku tak konsisten menonton. aku ingat aku tonton, kalau tak ingat aku x kisah lah tertinggal satu episod ke ape.

dan macam biasalah kalau malam-malam ni memanglah lepak-lepak menonton dengan mak aku. adoiyai, dia pulak yang addict. dia tanya aku jalan cerita aku pun blur. pastu sikit-sikit tanya aku lagi. kompom lah aku tak paham, sebab asik nonton lompat-lompat. wakakaka. tapi mak aku tersuka la pulak. adoiyai.

ooopss dah jam 9:03pm aku nak pi nonton Gadis Korea Yang Comel itu.

Tak Mengenal Putus Asa

Dunia yang cukup luas itu
Cukup untuk dirimu berlapang dada
Bahawa yang kaukejar adalah redha Tuhanmu
Bukan pujian manusia dan habuan dunia


Jiwamu mungkin disempitkan oleh cacian di belakang mata
Atau sindiran dalam permainan kata-kata
Oleh manusia yang mustahil engkau lunakkan perasaan hatinya
Terhadap dirimu, sahabatnya dan saudara seagamanya

Perasaanmu mungkin tergugat oleh sembilu sinikal manusia
Menuduh engkau mengajak manusia kepada dirimu yang juga sekadar manusia
Menyalahguna kalimah ‘memberi’ untuk ‘meminta’
Engkau di matanya salah belaka

Cubaanmu mempositifkan mehnah dan tribulasi hidupmu
Dituduhnya sebagai promosi diri membelakangkan agama
Keluargamu yang kaujadikan inspirasi perjuanganmu
Disindirnya sebagai drama sempurna untuk dipuja

Manusia bermusuh dengan sangkaannya
Sangkaan yang membentuk segala tafsirannya
Engkau sendiri yang sering beringat
Manusia mendapat apa yang dilihat

Justeru engkau jangan terhenti
Kesan perkataan manusia yang tidak akan berhenti


Teruskan perjuanganmu jangan berundur diri
Amalmu bersaksikan Allah, Rasul, dan Mukmin yang tulus hati

Penuhkan diari hala tuju kematianmu
Dengan muhasabah dan koreksi diri
Dunia yang cukup luas itu
Luaskan lagi dengan hakikat hidup selepas mati

~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~

Saturday, October 16, 2010

Manusia Aneh


Dunia hari ini terbalik,

mereka melihat aku aneh,

hanya kerana aku menyatakan bahawa Allah adalah ILAH dan RABBku,

dan hidup dengan menjunjung semua perintahNya,


mereka kata aku aneh kerana dunia adalah untuk bersuka ria,

aku serius di atasnya,

mereka kata aku aneh kerana mati lambat lagi tiba,

aku mempersiapkan diri untuknya,

mereka kata aku aneh kerana Islam itu di masjid sahaja,

aku membawanya ke mana-mana


mereka rasa aneh kepadaku

dan terus dengan keanehan mereka

tetapi mereka tidak tahu,

jauh dalam sudut jiwaku,

mereka juga kulihat aneh untukku,


Aneh apabila mereka melihat alam sebegini sempurna aturannya,

mereka tidak percaya bahawa yang mengatur alam ini berkuasa,

aneh apabila mereka tahu akan kewujudan Allah dan beragama dengan agamaNya

tetapi tidak hidup dengan hukum-hukum Yang Esa,

aneh apabila mereka bersedihan mereka mencari-cari Yang Kuasa,

tetapi bila tenang dan bahagia mereka meninggalkanNya


Mereka pandang aku aneh

kerana aku tidak bersama mereka

Aku turut memandang mereka aneh

kerana mereka tidak bersamaku mengabdikan diri kepadaNya


Aku dengan keanehanku,

mereka dengan keanehan mereka,

nanti keanehan-keanehan ini akan berdiri di hadapan Yang Esa

pada Hari Tiada Perlindungan Selain PerlindunganNya,


maka aneh pada haritu adalah orang-orang yang tidak percaya

juga di dunia mereka tidak mempedulikan arahanNya


~Hilal Asyraf~

11.30AM

121010