Thursday, December 6, 2012

semuanya berlaku secara tiba-tiba. Drastik. Mula-mula terpana. Tapi itulah ketentuanNYA. Kami rindu emak. Cepat pulang ke rumah ya. Semoga diberi kesembuhan total oleh Allah SWT. Amin :')

Monday, October 22, 2012

Biasalahhh...lumrahhh bila adik dulu kawin akan sentiasa si kakak dapat soalan bonus? hehehe ... ada juga yang tanya .. nak tunggu apa kawin je lah..amboiii mudahnyaaa .. heheh redha .. mungkin belum masa mungkin banyak lagi yang perlu diperbaiki gitu ^_^

Jadi mari kita enjoy zaman single selagi masih ada yaa .... Selamat Hari Raya AidilAdha uols semua ...

Monday, October 8, 2012

Singgah

Tujuan asal hari ini singgah Bintang Megamall nak pegi beli ink printer, tapiii biasalah perempuan katanya haruslah singgah menyoping ... sempat menerai beberapa seluar dan baju ... kebetulan tengah SALE kan? worth jugaklah most baju yang harga RM 100 ke atas diskaun 50% so dapatlah RM52 sehelai. Nak beli seluar tapiii takde SALE?? RM99...ok letak balik...cukuplah beli sepasang ...

Then barulah menyinggah beli ink printer HP mak oi macam biasa mahalnya RM 73 .. nangisss .. tapi berbaloi lah boleh print sampai 600pages lama jugak aku pakai ... hehehe

Ok hari ini buang tabiat show off baju yang dibeli .. sajaaa ....

ok bye.

Thursday, October 4, 2012

SEPTEMBER: KL-Kuching-Brunei

September bulan ke sana sini ... dah lama tak ke sana sini dalam 1 bulan ... coz sejak dua menjak bz kat Spa, jarang ada masa nak travelling. Sekali bulan september borong terus 3 tempat. Tapi orang lain rileks je travelling banyak2 negeri/negara samada atas urusan kerja atau jalan2. fuhh agak penat juga kalau atas urusan kerja.

Setelah beberapa bulan berhempas pulas(err over tak ayat? hehe) di spa coz staf tinggal 2 orang je coz staf yang berhenti alasan nak sambung belajar tiba-tiba? so tak pelah semoga berjaya. Sekarang ni tengah menginterview beberapa orang untuk mengganti tempat kekosongan. Tak larat juga hanya ada 2 orang yang mengurus spa,coz customer semakin hari semakin bertambah dan kadang-kadang sampai 3 orang customer satu-satu masa, tu agak kelam kabut jugak dibuatnyer. untuk menjaga kualiti servis saya akan pastikan tidak lebih dari 3orang untuk 1 slot, dan biasanya 1hari akan ada 3-4 slot, depends jugaklah, kadang2 sampai malam jam 9pm. Tapi alhamdulillah target saya lepassss ... dan semakin meningkat dari bulan ke bulan melebihi target walaupun hanya tinggal 2 orang yang handle. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah ^__^. Saya memang sujud syukur sangat-sangat coz saya tak sangka walaupun kurang staf tapi kami dapat mencapai angka luar jangkaan. ya ALLAH sungguh REZEKI DHUHA memang dari arah yang tidak disangka-sangka :')

Jadi setelah beberapa bulan saya tidak melawat rumah di Kl, alang2 melepas lelah, bulan Ramadan dan selepas cuti Raya juga agak pack customer di spa, jadi saya ambil cuti rehat 3-6 september. Cukuplah jalan-jalan menyempat lah jugak ke Sunway Lagoon, seronoklah boleh jerit-jerit hoho. Nasib baik ada adik saya Aisyah dan suami yang tinggal dan sekaligus boleh jaga rumah saya sekarang di bandar Enstek, jadi senang sikit ada kereta, kalau naik teksi atau lrt macam dulu malas sikit. hehe. lebih JIMAT naik kereta kot ... coz minyak kereta isi RM80 ulang alik KL-Enstek selama 3hari  pun minyak tak luak sangat(proton preve). memandangkan saya hanya membawa BB saya ni takda kamera best, takda gamba pon sepanjang saya di KL, hoho .. Diantara aktiviti lain yang saya lakukan adalah Memanah(pertama kaliii dan besttt) , main bowling, nak main ice skating tak sempat pulak coz ada tournament nak guna tempat tu, makan-makan, SHOPPINGGG hahaha yang paling best kannn???!! kemudian memanjakan diri di Anjung Jelita Spa(aaa bestnya berurut!! selalu kita urut orang, bila diurut sekali sekala memanggg heavenn rasanya) selain tu saya pergi spa thai (huhu nak nangis rasa,,, sakittt wooo thai massage, tapi ada orang suka ada orang tak berapa, jadi saya kategori tak minat sangat...tapi nak cubaaa....then macam biasalah beli stok di Mustika Ratu,HPAic, dan lain-lain.

bersambung untuk trip kuching dan brunei. nak tidoo dahhh..selamat malam.




Friday, September 7, 2012

ZIE BEAUTY CARE : PAKEJ BEKAM

Assalamualaikum dan salam ceria. Tetapkan temujanji anda SMS/CALL 013 8209438 (Azizah)

Lot 779 Tingkat 1 Bintang Jaya Comm Centre Jalan Bintang Jaya 98000 Miri Sarawak.




Wednesday, August 29, 2012

Hijrah

Mahu terbang jauh jauh ..... mengenali persekitaran baru, kawan-kawan baru ... agak letih dengan persekitaran sekarang. Walau apapun persekitaran ini memberi kekuatan baru, dan alhamdulillah bisnes semakin baik :)

Tapi saya tetap mahu sesuatu yang baru. Semoga.

Thursday, August 23, 2012

365 hari seluruh dunia! Oh! ^_^

Alhamdulillah, sudah hari raya ke 5! :)

Saya selalu menunggu mood menulis saya datang. Tapi tak datang-datang. Hehe alhasilnya belog jarang update :p konon dulu nak tulis hari-hari sebagai kenangan. Tapi ... ya begitulah.. ohh mood kenapa hilang? sekarang ni pun mood belum datang sebenarnya untuk menulis. Tapi tulis je lah, hehe sebab hati meronta-ronta nak bagi tau impian-impian kecil yang saya harap akan terlaksana sikit masa lagi. Impian-impian besar saya simpan sendiri-sendiri ok? haha :p

Oh ya sebelum itu nak bagi tau gembira dengar kabar saudara mara yang kehidupan mereka semakin baik maju cemerlang gemilang! Kagum! :) Syukur alhamdulillah rezeki setiap hambaNYA. Yang penting halal dan berkat.

Oklah nak bagi tauuuu impian kecil adalah mahu mengelilingi dunia selama 365 hari tanpa henti. Contoh hari ini bersarapan di Osaka Jepun, kemudian jalan-jalan ke kawasan pendalaman, melihat cara hidup orang Jepun, dan menikmati makan tengahari dengan keluarga Jepun, kemudian dinner di bandar dan esok pagi pulak berlepas ke Istanbul. Kemudian jalan-jalan, naik bot, pergi ke kawasan pendalaman jugak, kemudian borak-borak, makan-makan, lihat cara hidup mereka .. kemudian esok pagi atau malam ke Paris? kemudian kemudian kemudian ... wahhh boleh tak begitu?? heheh macam sngkat je kan setiap negara nak pergi sehari je pastu terbang ke negara lain. Tapi yang penting boleh jejek ke seluruh dunia dan melihat cara kehidupan mereka especially mereka yang di pendalaman .. saya tak tau kenapa saya suka melihat suasana hijau dan kampung-kampung .. pasti menarik!

Ada siapa-siapa nak sponsor saya tak? Heheh adoi marilah berusaha menabung untuk Impian ini!!!

Bestnyaaa boleh melancong ke seluruh duniaaaa wuuuuuu .. ok lah saya nak bermimpi. Jumpa lagi! Tidur dengan senyuman!! ^__^


Thursday, August 16, 2012

Syawal 1433H

Pastinya akan sentiasa merindui Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan, kemuliaan, kerahmatan. Menjelang beberapa hari lagi untuk Syawal, memang ramai yang mengatakan 'Ramadan jangan tinggalkan kami' Tetapi kan sudah ditetapkan Allah Ramadan pergi Syawal menyusul. Hargai aturan Allah. Sambutlah Syawal dengan gembira dan sederhana :)


Wednesday, August 15, 2012

Perasaan

Aku tidak tahu kenapa pada tahun ini keterujaan untuk sambutan hari raya sedikit menurun. Rasanya selama 26 tahun sambut hari raya sangat lah super excited. Wajib baju raya berpasang-pasang. Lain baju kurung, lain baju casual. Kalau rajin sikit 1 family sama design. Sama design bukan sama warna. haha.

Tahun ini kami hanya ber lima daripada 8 orang. Arwah maknek sudah meninggalkan kami 3 tahun lepas :'( (rindu sangat maknek.Al-Fatihah). Adik Ismail pula tahun ini belayar ke Itali, kasihan beraya di perantauan. Angah pula tahun ini menyambut hari raya pertama sebagai seorang isteri di Kuching di rumah mentua beliau. Tak sempat nak singgah Miri coz ada exam selepas beberapa hari cuti raya.

Mungkin juga kerana Ramadan lebih terasa 'besar'nya kerana setiap amalan kita ganjarannya berlipat kali ganda! Alhamdulillah merasa Ramadan tahun ini. Semoga tahun hadapan ada rezeki jumpa lagi :)

Tahun ini, takda plan baju raya pun. kain yang belum berjahit ada dalam 5 pasang. Tapi tenung tengok macam tu je. Tak apalah, ada beberapa pasang baju yang belum guna lagi, boleh guna untuk hari raya kot. Apalah sangat dengan baju. Ramai lagi yang takde baju langsung untuk sambutan Syawal nanti.

Tak dapat bayangkan macam mana syawal kami. Hehe saya tak banyak kawan. Kawan-kawan yang ada masing-masing balik kampung. Yang tinggal mungkin berziarah rumah saudara mara saja. Ok la tu.

Tak .. tak sedih pun saja nak kongsi perasaan sambutan raya tahun ini. Tapi tengok mak n bapak macam excited je siap panggil pembantu setiap minggu untuk bersihkan rumah. Haha. Tapi ada satu yang buat saya teruja. Ada plan bisnes selepas raya.. Yeay~~~ wahh cerita pasal bisnes langsungggg happy^_^

Oklah kenapa aku tak tido lagi ni. Cukup luahan. selamat malam.

Thursday, August 9, 2012

Syukur Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menikmati Ramadan tahun ini. Lagi-lagilah sekarang sudah masuk 10 malam terakhir pencarian Lailatul Qadr! All the best uols :)


Saturday, August 4, 2012

Pembantu Spa @ Miri Sarawak

Tawaran kerja kosong untuk Pembantu Spa @ Zie Beauty Care Miri Sarawak

Hubungi Azizah 013 820 9438 untuk pertanyaan lanjut. Segera.

Terima Kasih.

Saturday, July 14, 2012

Melancong Yukkk

MOOD sekarang adalah mahu jalan-jalan shoppinggg...asalkan bukan di miri. Plan nak beraya di kl saja bukan beraya pun, tapi ambil kesempatan cuti raya untuk bercuti, tapi Angah pulang Kuching untuk raya tahun ini ...

hmm ... rindu sangat-sangat Rumah Mode Bandung!

Thursday, July 12, 2012

Haruman

Umur sudah memasuki 27 tahun ini macam-macam perubahan. Semakin sensitif dengan bau-bauan. Kalau dulu saya tak kisah guna Body Wash apa, perfume apa? Apa yang emak suka saya guna saja. hehe. Tapi sekarang saya tiba-tiba sukakan spesifik bauan. Wah tiba-tiba pandai memilih.

Saya lebih memilih bauan bunga segar. Tidak kiralah perfume, body wash menjadi semakin pemilih. Dengan bauan bunga, saya rasa sangat membantu untuk tidur yang nyenyak dan semangat bekerja setiap hari. Oh?

Setakat ini bauan dari Body Shop dan DKNY menjadi pilihan.

Selain bauan saya lebih suka menggunakan skirt labuh sekarang. Haih umur makin meningkat, macam-macam perangai. Hehe :P

Selamat Hari Khamis yang Indah.

Wednesday, July 11, 2012

Senyum

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir yang saya akan bekerja dalam bidang saya sekarang. Bidang yang melibatkan spa kesihatan dan kecantikan. Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya boleh menyimpang dari degree yang saya dapat dulu iaitu course Business Information System. Kebiasaannya akan bekerja di HR department, atau sebagai software engineer dan yang sewaktu angkatan dengannya lah. Kalau anda hairan saya lagi hairan. haha.

Tapi sekarang tidak lagi. Kerana tidak ada satu pun yang terjadi kepada kita satu kebetulan. Semuanya adalah sesuai dengan ketentuan Allah. Dialah sebaik-baik perancang :)

Setiap hari saya semakin pasti saya berada di bidang yang betul. Setiap hari saya teruja dan gembira dengan apa yang saya lakukan. Setiap hari suka. Bukan bermakna tidak ada dugaan. Tapi bila kita sudah tahu MATLAMAT dan hala tuju, insyaALLAH kita melalui apa jua dugaan dan cabaran dengan baik (wah cliche ke bunyinya? hehe tapi itulah hakikat)

Pernah juga saya terfikir kenapa ya saya tidak bekerja di ofis seperti kawan-kawan lain. Lagi-lagilah yang bekerja di company oil and gas.  Saya tanya kepada diri sendiri kenapa dulu begini kenapa dulu begitu. Tapi hanya Allah punya jawapannya.

Ya harusnya saya bersyukur. Apa yang saya lakukan sekarang, bidang yang saya tidak pernah terfikirkan memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Apapun pekerjaan kita asalkan ia di jalan yang benar dan memberi banyak manfaat kepada orang lain bergembiralah. Jangan risau tentang rezeki, itu semua urusan Allah. Yang penting kita Usaha, Doa dan Tawakkal. Syukur. Alhamdulillah.

Terima Kasih Allah ANUGERAH ini :)

Thursday, July 5, 2012

KURSUS BEKAM

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Kursus Bekam Hubungi kami untuk temujanji tarikh yang sesuai untuk anda.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami:

 No hp : 013 820 9438 (Azizah Ibrahim)

Thursday, June 21, 2012

PELUANG

Assalamualaikum dan salam ceria ^_^ Pada keadaan cuaca sekarang ini banyak-banyaklah bersabar ya. hehe, sekarang musim panas kering kan? Kebetulan bulan ini banyak pulak aktiviti bergerak ke sana ke mari. Tiba-tiba banyak undangan membuka booth untuk beberapa event. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih kepada rakan-rakan bisnes yang banyak bantu menyebarkan info :) Semoga rezeki kalian melimpah limpah amin. Oh berbalik tentang cuaca tu tadi, memandangkan banyak bergerak, ditambah pula dengan cuaca sekarang, wah memang mandi peluh! tau sajalah kalau sudah berpeluh, hmm euwww hehehe :p jadi sekarang kena sembur lebih sikit perfume hehehe ... tiba-tiba cerita pasal perfume mestilah sebab tadi sudah beli 1 perfume yang baunya besttt ... haduh gembira ... hidu bau wangi saja sudah happy ... jenama apa? adalah .... hohoho Saya perhatikan peluang bisnes pada zaman sekarang makin luas dan besar. TAHU TAK? atau saya sedikit lambat, di atas pemerhatian saya sekarang manusia adalah sangat MALAS bergerak. Contoh: Kalau dia bekerja sebagai cikgu, rutinnya sekolah-rumah. Mungkin juga kerana rutin kerja yang letih jadi masa untuk singgah membeli barang-barang kemahuan adalah terhad atau malas nak singgah ke mana-mana lagi-lagilah untuk seorang isteri yang berkerjaya tentulah banyak nak difikir, suami anak dan kerja-kerja rumah. Jadi kepada PENIAGA di luar sana inilah peluang anda. Kalau nak tambah pendapatan pun boleh jugak. PERGILAH/KELUARLAH/BERJUMPALAH dengan mereka-mereka ini, kerana apa-apa barang yang anda jual mereka PASTI BELI. Inilah PELUANG anda untuk melipat gandakan keuntungan selain menunggu pelanggan datang ke kedai/rumah/minta pos. eh tiba-tiba mengantuk. tapi rasanya itu saja nak luah. taip sikit-sikit dan ringkas asal faham. hehe. selamat berniaga :)

Thursday, June 14, 2012

Kepercayaan

Saya sedang belajar bagaimana untuk sentiasa bersangka baik dan percaya kepada orang yang saya mahu percaya (kecuali ibubapa yang memang saya percaya 100%). Akibat mungkin terlalu percaya saya dikecewakan sedikit (hepp ini bukan masalah cinta ok? haha :p) Tetapi saya bersabar dan cuba muhasabah diri dan imbas kembali apa yang saya sudah buat salah membuatkan saya terlebih percaya kepada seseorang tetapi sebenarnya beliau akhirnya ..... Nak kata saya terlalu sedih tidak juga. Kerana dengan pengalaman ini, saya mengambil pelajaran dan cuba untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. Oleh kerana terlalu percaya saya memberi harapan tetapi ... T_T Sekarang saya lebih berhati-hati dan insyaALLAH pasti ada hikmah disebalik semua ini :) Apa yang saya boleh katakan tidak mengapa bersangka baik, memberi kepercayaan tetapi jangan terlalu dan sentiasalah berhati-hati walau siapapun dia. SABAR DAN SYUKUR.

Saturday, June 9, 2012

Tidurlah dan senyum

jalani hidup ini dengan sentiasa ingatkan diri mungkin esok sudah tiada lagi untuk diri sendiri. jadi tak perlulah risau perkara-perkara yang remeh seperti 1) orang bencikan kita 2) ada orang pandang rendah 3) pengumpat kita 4) dan sebagainya tidurlah nyenyak dan tersenyum. Muhasabah diri, perbaiki yang silap kerana kita sedang menanam untuk kita tuai di sana kelak. Selamat tidur :)

Thursday, May 31, 2012

Kepelbagaian Karakter

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai lebih dari 1 karakter? Sudah tentu pernah bukan? Maksud saya disini, kalau dia berseorangan, kita rasa sangat simpati dan selesa berbual-bual dengannya, tetapi apabila dia sudah berjumpa dengan gengnya / keluarganya, wah tiba-tiba karakter nya berubah rasa macam tak kenal, dan dia pun buat-buat tak kenal dengan kita? wah sekejap sangat bertukar tu, 360 darjah! Apa pendapat anda dengan mereka yang berkarakter begini? Pada mulanya saya ok-ok saja. Sebab bila rasa nak geram eh tiba-tiba tak sampai hati dan masih ingat diri SABAR aja lah. Tapi pada satu tahap kerana ditahan-tahan aduhai MELETUP! Sebelum bertindak untuk bertanya secara berdepan dengan beliau ini saya berusaha untuk rujuk beberapa sumber apakah tindakan yang sesuai, kerana rutin saya setiap hari berjumpa dengan beliau sehinggalah pada tarikh yang tertentu yang saya tidak akan berjumpa dengan beliau. Banyak yang saya belajar apabila berdepan dengan situasi begini. Pelajaran yang amat bermakna. oklah selamat tidur. -_-

Friday, March 30, 2012

Anugerah

Hidup ini satu anugerah. yang tidak terhingga. sangat.

gembira menjalani setiap detik kehidupan ini. jika gagal, musibah, dugaan kita diajar untuk sabar. jika gembira, untung, marilah kita bersyukur.

Wah! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Nikmat yang mana satu lagi kita nak dustakan? Syukur Alhamdulillah di atas semuanya.

Terima Kasih Allah. Alhamdulillah

:)

Sunday, March 18, 2012

Sekilas

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Kononnya azam hari itu mahu menulis di blog ini setiap hari. he he angan-angan yang tidak kesampaian -__-

Nak kata sibuk? Ramai lagi orang yang sibuk tapi ada masa untuk menulis belog. jadi tidak boleh guna alasan ini. Jadi apa-apa ajalah ....

Malam ini teruja sebab esok mahu interview pengambilan staf baru. Doakan berjalan lancar esok :)
Saya mahu bisnes butik muslimah. sangat mahu! Doakan saya wujudkan sebuah butik dengan jayanya ya? Doakan doakan. Ok lah sudah jam 9:30 pm ..... sebelum tidur mahu sambung baca buku KEMI Cinta kebebasan yang tersesat. Sangat best. mahu? order lah hehee

Salam perjuangan :)

Thursday, February 9, 2012

RIndu

assalamualaikum dan salam ceria teman-teman. hehe sudahhh lama tidakkk melawat belog diri sendiri..bz katanyaaaa hohoho

nanti saya update cerita terbaruu yerr??

tungguuuuuuu :)

Friday, January 20, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Izinkan Aku Menikah Tanpa Pacaran

Wah kebetulan nama sama tapi ejaan saja berbeza...hehehe...silakan membaca sangat best! :)

Izinkan Aku Menikah Tanpa Pacaran
~Izin dari Allah~

Nama gadis itu Azeezah, dia seorang gadis yang dibesarkan di tengah keluarga yang beragama. Dia tidak pernah membangkang pesan ayahnya yang menasihatinya agar tidak terbawa arus dan berkeinginan untuk Pacaran, karena ia yakin pesan ayahnya adalah untuk kebaikannya. Tak bisa di pungkiri Azeezah pun mempunyai rasa yang istimewa kepada teman sekolahnya, sebut saja namanya Doni ,namun Azeezah menganggapnya cinta monyet saja karena saat itu dia masih duduk di bangku SLTP.

Cowok yang Azeezah suka pun ternyata memiliki rasa yang sama, karena Doni sempat mengutarakan isi hatinya kepada Azeezah dan memintanya menjadi pacarnya, Namun Azeezah tidak bisa menerimanya.
" Maaf Don, Zee gak bisa.. Ayah selalu berpesan pada Zee, Jika ada seorang cowok yang ingin meminta Zee menjadi kekasihnya, maka ia harus datang ke rumah meminta izin kepada Ayah"
Doni pun menyanggupi, pas malam minggu tiba, Doni pun datang ke rumah Azeezah, dengan keyakinan di hati dan merasa diri pemberani dia pun melangkah gagah ke rumah Azeezah.

Ayah Azeezah baru saja selesai sholat Isya sepuluh menit yang lalu dan sengaja menunggu Doni di ruang tamu karena Azeezah telah memberitahukan kepada sang Ayah tentang maksud kedatangan Doni. Kemudian Doni mengutarakan maksud kedatangannya.
" Maaf pak, saya ingin meminta izin kepada Bapak agar Azeezah di izinkan menjadi Pacar saya, saya janji gak bakal macem-macem. Saya gak bakalan melakukan hal-hal yang di larang agama pak, saya janji dah.. Lagi pula bapak pasti tahu sendiri putri bapak kan gadis yang shalihah, dia gak bakalan melakukan hal-hal yang bikin bapak kecewa, gak semua pacaan itu kan selalu identik dengan maksiat Pak"

(Dalem hati Doni berharap si Bapak gak kolot-kolot amat, dan mau ngizinin anaknya pacaran, zaman udah berkembang begini masa kagak ngarti kalo remaja itu pasti pada pacaran, hehehe...)

Giliran Ayah Zee menjawab
"Don, bapak hargai keberanian kamu datang ke rumah bapak dan meminta izin langsung kepada bapak, tapi apa kamu pernah bertanya pada Zee, maukah dia menjadi Pacar kamu??"

"Emang Zee gak mau ya Pak?? Kalo Zee mau ya tinggal Bapak kasih izin aja pak gitu aja kok repot "(ucap Doni memelas)

"Zee itu anak saya, tapi dia bukan milik saya. Zee adalah titipan dari Allah, jadi Zee adalah milik Allah. Saya akan mengizinkan kamu Berpacaran dengan Zee dengan tiga syarat:
1. Datanglah kembali setelah engkau menjadi dewasa.
2. Dtanglah kembali setelah engkau siap meminta Izin kepada Allah untuk berpacaran dengan Zie.
3. Datanglah kembali setelah engkau bisa menjelaskan padaku apa saja hal-hal yang dilarang agama yang tidak boleh dilakukan selama Pacaran.

"Tapi Pak, sebelum saya datang kesini saya sudah minta izin ma Allah, agar mengizinkan saya dan Zee berpacaran" (bukan itu kalee maksudnya Don... dasar si Doni :D)
"Ayah Zee hanya tersenyum.. Pulanglah , dan datang kembali dengan 3syaratku tadi.. Ayah akan menunggu kedatanganmu kembali"

Doni pun pulang dengan mengantongi rasa kecewa, dia sudah terlanjur cinta sama Azeezah, sejak SMP sampai SMA. Azeezah gadis yg istimewa, dia cantik juga shalihah, selama ini Azeezah tidak pernah Pacaran, meski dia cantik dan banyak yang ingin jadi Pacarnya, Azeezah tak pernah tergoda.

Setelah menginjak bangku kuliah, Doni datang kembali karena dia merasa sudah dewasa, Doni pikir ayahnya pasti mengizinkan, tertnyata jawaban ayah tetap sama.
Setelah Doni bekerja dan memiliki penghasilan tetap, diapun datang kembali ke rumah Azeezah, namun jawaban yang Doni dapat tetap sama, namun.. dalam keputus asaan Doni bertanya kepada Ayah Azeezah :

"Bisakah Bapak jelaskan maksud dari ketiga syarat tersebut?"
"Lalu.. Ayah Azeezah pun menjelaskan..
1. Datanglah setelah kamu dewasa adalah..
Laki-laki dewasa tidak akan meminta seorang wanita yang dicintainya untuk menjadi pacarnya, melainkan dengan berani dan bertanggung jawab meminta dia menjadi isterinya. maka akan aku izinkan kau berpacaran dengan Azeezah tapi setelah ia menjadi isterimu yang sah.

2. Datanglah setelah engkau siap meminta izin pada Allah.
Yaitu ketika engkau telah siap mengucapkan akad suci, dan menjadikan perempuan yang engkau cintai menjadi isterimu. Zee memang anakku tapi aku tidak berhak mengizinkanmu, menyentuhnya.. atau melalaikan ia dari mengingat Allah dengan menjadi pacarmu, karena dia adalah milik Allah, maka mintalah izin dari Allah dengan menikah.

3. Datanglah setelah engkau mampu menjelaskan padaku apa saja hal2 yang haram dilakukan oleh org yang berpacaran.
Pergilah menuntut ilmu, perdalam ilmu agamamu, kenali siapa Tuhanmu. Jadilah lelaki yang shalih, maka tidak akan ada alasan bagiku untuk menolak lamaran dari seorang lelaki shalih yang menginginkan putriku menjadi bidadarinya.

Akhirnya.. Doni mengerti , kini dia meninggalkan rumah Azeezah dengan senyum merekah, Doni baru sadar bahwa selama ini dia hanya sibuk menuntut ilmu dunia. Dia baru sadar akan kelalaiannya.. sehingga dia memutuskan untuk masuk pesantren dan menuntut ilmu disana, selama di pesntren Doni menyadari betapa banyak kekhilafan yang ia lakukan karena kedangkalan ilmunya, hatinya masih mendambakan Azeezah, gadis shalihah yang pernah membuatnya rela melakukan apa saja demi mendapatkannya, namun kini dia lebih memilih pasrah dan menyerahkan segalanya kepada Allah.. Karena dalam keyakinan Doni saat ini adalah " Jika Azeezah adalah jodoh yang Allah pilih untuknya, pastilah ia jadi miliknya.. Namun jika tidak, tentulah Allah yang paling tahu siapa yang paling pantas untuknya"

Alhamdulillah...
Doni kini menjadi pemuda yang shalih.. dia pun telah menjadi pejuang di jalan dakwah, hingga suatu hari tanpa sengaja dia bertemu dengan Ayah Azeezah.
"Assalamu'alaikum Don.. '(sapa ayah Zee dengan senyum khasnya)
"Wa'alaikumsalam Warahamatullah.. '( jawab Doni dengan senyum malu-malu)

"Sudah lama tidak datang ke rumah bapak Don? Sudah tidak ingin meminta izin kepada Allah untuk menjadi kekasih Azeezah??"

Doni terkejut..
" MashaAllah.. masih, pak.. masih ingin"(hati Doni begitu gembira )
"Kalau begitu Bapak tunggu kedatangan Doni bersama keluarga"^_^

"Subhanallah...
Percayalah... Kalau Allah berkehendak , dia pasti menjadi milik kita.
Maka jangan sia-siakan waktumu dengan sibuk berpacaran dengannya...
Sibukkan diri dengan perbaikan, bangunlah cinta kita pada Allah.. Yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik, bagi hamba-Nya yang sabar dan bersungguh-sungguh mencintai-Nya"

Story by : Ameera Afya Nurjannah

Monday, January 9, 2012

Diari 2012

Pada tahun ini salah satu azam adalah mahu menulis diari setiap hari. Err setiap hari? hehe, dah berapa hari tak tulis... hmm?? kali ini saya decide untuk tulis di buku diari saja. Belum bersedia untuk berkongsi segala-galanya di belog. hehe macam korang jugaklah, kongsi yang biasa-biasa sajakan?

Kali ini bertekad nak tulis diari sebab rasa macam sayangnya hari-hari berlalu tanpa direkodkan, sebab sekarang saya merasakan setiap minit, setiap peristiwa semuanya ada makna. Ruginya kalau tak tulis! Jadi? Kepada diri sendiri rajin-rajinkanlah diri SETIAP HARI menulis.... huwahh ini juga perlu semangat yah? T____T

Entah kenapa sekarang saya sangat rindukan suasana Indonesia. Ya saya tahu, Jakarta itu saja sudah padat! Traffic jam lagi ya ampun. tapi entah kenapa saya suka budaya di sana .. hadoi pelik betullah saya ni??

Saya rindu juga nak jejak kaki sekali lagi tembok besar China, hari tu saya tak habis explore! hahah ada pulak tak habis explore sebab masa tu saya masih terkejut dan menampar-nampar pipi sendiri yang saya sedang jejak tembok besar China!!! huwaaa ruginya ruginya. Jadi kali ini saya mahu pergi lagi dengan keadaan yang bersedia, dan sungguh-sungguh meneroka .. :)

Terlalu banyak saya nak kongsi ni sebenarnya....sebab kan lama betul tak menulis disini. Kongsi yang biasa-biasa saja .. hehe, jadi jangan peninglah yer kalau cerita melompat-lompat. hohoho...

Diantara tempat-tempat yang sangat saya ingin jejak adalah Eropah, menunaikan Haji, Umrah, dan tempat-tempat macam dalam rancangan Dunia Tersembunyi Tv3 tu... macam best kan kita tengok sendiri budaya negara lain. Pelik tapi benar.

oh ya sekarang kami sedang buat persiapan pernikahan adik saya Aisyah. Best juga buat persediaan perkahwinan ni, dan paling best boleh survey untuk diri sendiri sekali, so nanti ada idea dan tak kelam kabut. hihihi.

Oh ya sekarang saya sedang renovasi spa saya. Susun atur supaya lebih luas sebab customer semakin bertambah. Alhamdulillah :)... Ada juga permintaan untuk saya buka cawangan di tempat lain, hurm insyaALLAH ada rezeki pasti saya akan kembangkan lagi ya .. Alhamdulillah cinta sangat dengan pekerjaan saya sekarang. Terima Kasih Allah ^______^

Nak kongsi apa lagi ya? sebenarnya banyak sangat nak cerita tapi boleh tak malas nak taip? hehe :P

oh ya diantara yang saya suka juga adalah jual buku. Haha saya tak tau kenapa kalau ada orang beli buku dari kedai saya akan ada suatu perasaan indah, gembira, tak terkata .. tak tau kenapa? Jadi saya jual saja lahh janji saya Happy! dan yang penting kalau customer yang beli tu mengamalkan apa yang dibacanya. Suka nyaaaaaaaa ^______^

ok lah cukup ini saja kot, nanti bila dah rasa rajin nak menaip saya kongsi lagi ya?

Mimpi Indah. Salam perjuangan ^__^

Tidak perlu hebat untuk memulai usaha, tapi Anda harus berani... on Twitpic

Tidak perlu hebat untuk memulai usaha, tapi Anda harus berani... on Twitpic