Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432h


Alhamdulillah, 1 Syawal 1432h sangat meriah :). Sanak saudara berkumpul ramai-ramai, gembiranya. Ada banyak gambarrr.. yey! nanti kita kongsi ok? Selamat Hari Raya! ^_____^

Monday, August 29, 2011

Thursday, August 25, 2011

DR ASRI-SURATAN @ KEBETULAN


Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya sekarang. Terima Kasih ALLAH :)

Monday, August 22, 2011

#Ramadan Day 22

Sekali lagi hari ini, semakin ramai rakan FB berkongsi gamba-gambar kemeriahan mereka membeli belah untuk berhari raya. Ya saya sangat gembira untuk mereka ^___^

Saya ingatkan semua orang seperti saya, tidak ambil berat sangat dengan persiapan hari raya. he he he. Rupa-rupanya kemeriahan menyambut hari raya masih seperti tahun-tahun dahulu. Meriah. Nasib baik mereka kongsi gambar di FB adalah juga saya merasa sedikit kemeriahannya.
Bukanlah bermaksud saya tidak gembira menyambut hari raya pada tahun ini. Cuma mungkin saya ada sesuatu yang untuk dirai selepas ini. He he he. Tungguu ........ ^____^

Baju raya pula memang sudah siap sebelum bulan ramadan lagi. Sengaja disiapkan awal, jadi tidak lah kelam kabut pada bulan ramadan ini. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik. Kadang-kadang saya rasa malu untuk berhari raya dengan baju baru, apabila mengenangkan umat Islam negara lain seperti Somalia, Kemboja dan sebagainya hidup didalam keadaan kekurangan :(

Tidak apalah cuba untuk tidak terlalu berlebih lebihan demi kita mengenang kedaifan saudara islam kita di tempat lain ya :)

Sebenarnya apalah yang saya bebel ini ya, macam tak ada isi penting. 2 hari berturut-turut cerita pasal persediaan Hari Raya pula. Ya, memang sedih kerana Ramadan bakal meninggalkan kita. Apapun, Berusahalah! untuk menambah amal ibadah kita ok?

Salam Perjuangan! ^_______^

Sunday, August 21, 2011

#Ramadan Day 21

Assalamualaikum apa khabar teman-teman? Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA.

Bagaimana hari-hari terakhir Ramadan ini? Sedihkan? Walauapapun, masa terus berjalan, dan mahu tidak mahu kita bakal meninggalkan Ramadan. Oleh itu, berusahalah untuk menambah amal ibadah kita pada bulan ini, bulan yang penuh ampunan dan keberkatan.

Kemudian semoga amal ibadah kita terus bersambung dan bertambah walaupun bukan lagi di bulan Ramadan. Amin.

Berusahalah! ^____^

Saya melihat foto-foto rakan FB dan blog sungguh meriah shopping untuk hari raya :)

Untuk saya pula, tidak tahu kenapa kali ini tidak seteruja tahun-tahun sebelum ini untuk menyambut Hari Raya. Adakah saya semakin tua? huhuhu -____-

Sekarang saya cuma tidak sabar dengan rancangan-rancangan yang sudah diatur setelah 7 hari cuti di bulan Syawal. Ikut perancangan mahu cuti 2-3 hari saja, tetapi memandangkan Angah saya Aisyah akan bertunang pada hari Sabtu 4 September saya lanjutkan terus cuti saya sehingga Ahad 5 September (alang-alang katanya. hehe)

Tidak sabarnya saya untuk menempuh bulan September nanti. Woots! Saya tahu ramai yang semakin sibuk walaupun pada bulan Ramadan kan? Bagusnya. Saya pula bakal sibuk selepas Ramadan ini. Sukaaaanyaaaaaa! ^________^

Alhamdulillah rutin harian semakin menarik dan penuh keterujaan. Sekarang saya sengaja tambah pengalaman berurusan dengan penerbit-penerbit buku pula. Hah hah. Saja cari nahas kan? Langsung tiada pengalaman dengan bisnes buku. Kawan tokey buku pun tak ada. Saya tempuh saja. Mungkin masih terlalu awal untuk memberi pandangan bagaimana perjalanan perniagaan buku ini. Tunggu sedikit masa lagi, saya mahu kongsi. Tunggu.... ewah macam lah ada orang nak tunggu. hehehe. Yang penting pengalaman yang menarik :)

Salam Perjuangan! Meneruskan IMPIAN BESAR-BESAR! ^____^




Wednesday, August 17, 2011

#2 Sembang Petang Bersama Pak Nek

Alhamdulillah hari ini kita masih sempat merasa Ramadan Day 18.

Kami mengambil kesempatan membawa semua staf dan keluarga untuk berbuka puasa bersama di Eastwood Valley Hotel & Resort Miri Sarawak. Tapi nak cerita pasal pak nek je ni.

Kami bawa sekali pak nek untuk join kitorang makan-makan. Seperti biasa pak nek akan menceriakan susasana dengan dialognya yang best dan klasik. wu wu wu. Eh pendekkan cerita, berikut dialog yang kami(cucu-cucunya) akan ingat sampai bila-bila ^___^

Syedah(adik saudara) sambil memaut tangan pak nek, menuruni beberapa anak tangga.

Syedah : Baik-baik pak nek, ada tangga di hadapan.
Pak Nek : (Muka selamba, tiba-tiba terpeleot, sebab dia ingat satu anak tangga saja)

Kemudian Pak Nek bagi tau Syedah : Kenapa kau tak bagi tau tangga tu bertingkat-tingkat

Syedah : erk -__________-'

Harap anda faham. Hee. Tujuan dialog ini dicatat sebagai kenangan kami cucu-cucunya bersama Pak Nek kami yang comel dan ceria ^___^

Ada lagi dialog-dialog yang lain, tapi tak tahu macam mana nak explain dalam bahasa malaysia. kahkahkah. Kan saya berdialek melayu sarawak? hehe.

Ok, itu saja. Salam ramadan Day 18. Alhamdulillah :>


Tuesday, August 16, 2011

# Ramadhan Day 16

Bersangka baik memerlukan latihan. Latihan yang sangat banyak. Sebab itu bila mula bersangka-sangka cepat-cepatlah ingat peringatan dari Allah dalam Al-Quran.

Firman Allah"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah penerima taubat, Maha Penyayang."(al-Hujuraat, ayat 12)

Tumpuan kita adalah memperbaiki diri sendiri. Bukan hanya menuding jari kepada orang lain dan menyalahkan orang lain. Sekiranya kita menerima layanan yang kurang baik. Usah cepat menghukum orang tersebut. Mungkin kita perlu ubah cara kita melayan orang lain. InsyaALLAH, tidak lah pening memikirkan kenapa dia layan aku tidak baik? Kenapa orang buat aku macan ini dan macam itu?

Ubah diri sendiri, insyaALLAH semua akan mendapat kebaikan bersama.

Salam Ramadhan Day 16! Salam Perjuangan! :)

Sunday, August 14, 2011

Salah Faham Ber-chatting


Tengok saja video ini. sangat jenaka lucu dan sewaktu dengannya. Haha. ini Adik Aman Wan. Comel kan? OK tengok sajalah ^___^

Oh jangan lupa subscribe beliau di Youtube ok? ada banyak lagi video beliau yang best! Sudah tentu yang menonton akan bereaksi begini. Hah Hah Hah. Kah Kah. Ok, jangan over sudah. Cepat tonton sekarang. hehe. Daa.

#Ramadhan Day 14

Hari ini hari Ahad. Sudah menempuh Ramadhan selama 14 hari. InsyaALLAH semoga amalan kita hari ini lebih baik dari semalam :)

Syukur Alhamdulillah, setakat ini menikmati air tangan Emak, dan air tangan sendiri sepanjang berbuka. Tidak tahu entah bila kali terakhir akan merasai air tangan emak. Belum tentu siapa yang akan menemui ajal dulu. Adakah saya atau emak atau adik atau bapa atau paknek? Jadi ambillah peluang ini untuk memberi bakti dan berkasih sayang bersama ibu bapa dan keluarga :)

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini semoga rezeki kita semua melimpah-limpah dan jangan lupa memberi kepada mereka yang memerlukan. Latih diri walaupun di tangan kita hanya ada RM1 tetapi jangan khuatir untuk tetap MEMBERI.

Kehidupan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah itu Indah dan cool! :)

"Kitab Al Quran itu tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"[Al Baqarah, Ayat 2]

"Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka" [Al Baqarah, Ayat 3]

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Salam Ramadhan. Salam Perjuangan.

Friday, August 12, 2011

#Ramadhan Day 12

Alhamdulillah setakat ini tiada masalah untuk tidur malam. Sorongkan saja bantal, pasti tidur terus. ha ha. Apakah motif cerita pasal tidur? Padahal mesti war-warkan tidur sedikit dan banyakkan ibadah ye tak? -__-

Tapi mata ini tidak akan berkrompomi sama sekali sekiranya sebelum tidur minum segelas Susu Kambing. Huwah! tak tunggu bantal disorong terus tertidur sambil menaip (hee. ok tipu.) tapi kuasa tidur tu berganda-ganda. Jadi nak bagi tau siapa ada masalah tidur tu bolehlah amalkan Susu Kambing ok? Saya minum Susu Kambing HPA.

Ok lah nak update tu je. Kurangkan tidur, perbanyakkan ibadah, ok? Salam ramadhan :)

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

#Ramadhan Day 10

Ingat tak saya pernah bebel tentang mahu beli Galaxy Tab VS Ipad 2?

Dipendekkan cerita, pulang saja dari Kuching bulan lepas, tiba-tiba dapat hadiah ini!


wah siap sudah bersama casing nya sekali? Terkejut dapat hadiah ini! Alhamdulillah simpan balik bajet untuk beli tab. Hihihi (Yang paling tidak baik, bila sudah ada di tangan sempat lagi berfikir, ala, kenapa bukan Ipad 2? huwah! Sila bersyukur cik azizah -___-) hehe. Anyway terima kasih di atas hadiah ini!

TIPS : Setiap hari setiap saat doa doa doa. Tadaa! ^___^

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . Ustaz Dr Zahazan

Tuesday, August 9, 2011

#Ramadhan Day 9


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang mulia penuh keberkatan, keberkatan.

Bulan puasa ini, lain macam pula rasa sebab satu bulan ini tidak kemana-mana. Mengurus spa seperti biasa, dan buku-buku tercinta(over sangat tokey buku ni kan? hehe)

Biasanya saya akan ada travelling samada menghadiri kursus atau ada urusan bisnes(ewah).

Paling last traveling hari tu ke Kuching pada 30 Julai. Sekarang sudah rasa rindu airport. Rasa dilambai-lambai. Tapi tak apa, Oktober ini akan mula travelling lagi! Yay! InsyaALLAH. Bulan September juga sudah terisi setakat ini Kursus Bekam akan diadakan lagi kali ke-6. Siapa berminat mahu turut serta sila SMS 013 820 9438 (wah, sempat promote kan? hehe)

Jika tiada aral melintang, saya dan Marni rakan herbalis saya dari Miri akan memeningkan kepala kami dengan menghadiri Kursus Akupunktur selama 2 Minggu di Penang bermula 18 Oktober depan. Yay! Walaupun kami tahu kursus ini agak sedikit rumit dan memerlukan fokus yang bukan calang-calang tapi kami tempuhi juga, sebab inilah impian kami berdua. haha, siap berimpian tu, nak pergi kursus akupunktur je pun kan? :P . Doakan kami fokus, faham dan boleh memanfaatkan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kami nanti! aww. teruja! :)

Padahal lambat lagi kan kursus tu? Takpe Semangat ni! hihihi ^___^. InsyaALLAH doakan kejayaan kami!







Monday, August 8, 2011

Tiba-tiba rasa macam nak ada sebuah kedai buku yang ada beratus lemon billlion trillionnn (hah, over kan?) buku buku di dalamnyaaaaaaaaaaa....

Hanya dengan bau buku, melihat buku, dan paling penting baca buku! terus otak jadi tenang! tett!!! utamakan ibadah untuk ketenangan utama ya? hehe.

ok bye.



*apakah? gembira bersama emak anugerah dari Allah. Love u mom :D



Sunday, August 7, 2011

Sembang Petang Bersama Pak Nek

Pak Nek saya memang sempoi dan selamba. Kalau sudah mula bercerita, kami semua cucu-cucunya pasang telinga.

Diantara dialog-dialog pak nek yang akan sentiasa diingat adalah ;-

a) Aku sudah tidak berak 4 hari (padahal semalam sudah berak pun dialog yang sama, hehe)
(kami angguk-angguk dan senyum :))

b) Tahi ku keras, kamu tahu cucu, kalau dibaling ke dinding, dinding itu akan pecah! (Adoi, ini kami tidak boleh tahan semua gelak guling-guling)

c) Aku tak mahu pakai tongkat, itu hanya untuk orang tua ( err, umur Pak Nek sudah 85 tahun, belum tua kah? -___-)

OK, nanti kita sambung lagi. Hehe. Sayangilah Pak Nek dan Mak Nek anda sepenuh jiwa. Layannnn....

Saturday, August 6, 2011

Oleh kerana hari ini 'cuti' hari 1, jadi saya mahu tidur awal seawalnya. huuu -___-'

Alhamdulillah melalui hari ini dengan baik dan bersyukur di atas semua nikmatNYA
Selamat tidur dan selamat berterawih yer.

Salam Ramadhan Day 7

#Ramadhan Day 6

Ramadhan kali ini, tiada lagi nafsu mahu membeli di pasar ramadhan @ lebih dikenali sebagai param. Rasanya ramai juga sudah mula tidak berkunjung ke param bulan ramadhan kan? Diantara sebab-sebab :-

1) Semakin mahal
2) Tidak mahu bersesak-sesak
3) Kurang Bersih
4) Amalan saling bertukar-tukar hidangan sesama jiran juga telah memenuhkan meja dan kadang-kadang ada juadah yang tidak tersentuh :( (ruginya membazirkan?) sebab terlalu banyak.
5) Isi tempat kosong. hehe

ok itu saja nak update. Kalau rajin malam nanti sambung. :)

Thursday, August 4, 2011

#Ramadhan Day 4

Semalam stok buku PTS sampai. Semasa sedang susun buku, sangat lah terpaksa menahan diri untuk beli buku Penulis Disayang Tuhan itu. Kerana?

Mengenangkan banyak lagi buku-buku sedang beratur untuk dibaca. Hehe sabar sabar, habiskan buku lain, nanti giliran kamu sampai juga ok Penulis Disayang Tuhan? -_____- (Persoalannya bilakah akan habis baca semua sebelum sampai giliran kamu?)

Mari Berimpian Lebih BESAR. Salam Perjuangan ^____^

Tuesday, August 2, 2011

#RAMADHAN day 2

Assalamualaikum dan apa khabar hari ini? Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah Maha Penyayang untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada hari ke 2. Semoga hari ini diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Hari ini cuma mahu berkongsi MADAH YANG BIJAKSANA ini.


"Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are."
-- John Wooden, basketball coach

Baca, fahamkan, Amalkan dan Sebarkan. InsyaALLAH akan ulas kemudian.

Teruskan BERIMPIAN BESAR-BESAR. SALAM PERJUANGAN ^___^