Wednesday, August 29, 2012

Hijrah

Mahu terbang jauh jauh ..... mengenali persekitaran baru, kawan-kawan baru ... agak letih dengan persekitaran sekarang. Walau apapun persekitaran ini memberi kekuatan baru, dan alhamdulillah bisnes semakin baik :)

Tapi saya tetap mahu sesuatu yang baru. Semoga.

Thursday, August 23, 2012

365 hari seluruh dunia! Oh! ^_^

Alhamdulillah, sudah hari raya ke 5! :)

Saya selalu menunggu mood menulis saya datang. Tapi tak datang-datang. Hehe alhasilnya belog jarang update :p konon dulu nak tulis hari-hari sebagai kenangan. Tapi ... ya begitulah.. ohh mood kenapa hilang? sekarang ni pun mood belum datang sebenarnya untuk menulis. Tapi tulis je lah, hehe sebab hati meronta-ronta nak bagi tau impian-impian kecil yang saya harap akan terlaksana sikit masa lagi. Impian-impian besar saya simpan sendiri-sendiri ok? haha :p

Oh ya sebelum itu nak bagi tau gembira dengar kabar saudara mara yang kehidupan mereka semakin baik maju cemerlang gemilang! Kagum! :) Syukur alhamdulillah rezeki setiap hambaNYA. Yang penting halal dan berkat.

Oklah nak bagi tauuuu impian kecil adalah mahu mengelilingi dunia selama 365 hari tanpa henti. Contoh hari ini bersarapan di Osaka Jepun, kemudian jalan-jalan ke kawasan pendalaman, melihat cara hidup orang Jepun, dan menikmati makan tengahari dengan keluarga Jepun, kemudian dinner di bandar dan esok pagi pulak berlepas ke Istanbul. Kemudian jalan-jalan, naik bot, pergi ke kawasan pendalaman jugak, kemudian borak-borak, makan-makan, lihat cara hidup mereka .. kemudian esok pagi atau malam ke Paris? kemudian kemudian kemudian ... wahhh boleh tak begitu?? heheh macam sngkat je kan setiap negara nak pergi sehari je pastu terbang ke negara lain. Tapi yang penting boleh jejek ke seluruh dunia dan melihat cara kehidupan mereka especially mereka yang di pendalaman .. saya tak tau kenapa saya suka melihat suasana hijau dan kampung-kampung .. pasti menarik!

Ada siapa-siapa nak sponsor saya tak? Heheh adoi marilah berusaha menabung untuk Impian ini!!!

Bestnyaaa boleh melancong ke seluruh duniaaaa wuuuuuu .. ok lah saya nak bermimpi. Jumpa lagi! Tidur dengan senyuman!! ^__^


Thursday, August 16, 2012

Syawal 1433H

Pastinya akan sentiasa merindui Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan, kemuliaan, kerahmatan. Menjelang beberapa hari lagi untuk Syawal, memang ramai yang mengatakan 'Ramadan jangan tinggalkan kami' Tetapi kan sudah ditetapkan Allah Ramadan pergi Syawal menyusul. Hargai aturan Allah. Sambutlah Syawal dengan gembira dan sederhana :)


Wednesday, August 15, 2012

Perasaan

Aku tidak tahu kenapa pada tahun ini keterujaan untuk sambutan hari raya sedikit menurun. Rasanya selama 26 tahun sambut hari raya sangat lah super excited. Wajib baju raya berpasang-pasang. Lain baju kurung, lain baju casual. Kalau rajin sikit 1 family sama design. Sama design bukan sama warna. haha.

Tahun ini kami hanya ber lima daripada 8 orang. Arwah maknek sudah meninggalkan kami 3 tahun lepas :'( (rindu sangat maknek.Al-Fatihah). Adik Ismail pula tahun ini belayar ke Itali, kasihan beraya di perantauan. Angah pula tahun ini menyambut hari raya pertama sebagai seorang isteri di Kuching di rumah mentua beliau. Tak sempat nak singgah Miri coz ada exam selepas beberapa hari cuti raya.

Mungkin juga kerana Ramadan lebih terasa 'besar'nya kerana setiap amalan kita ganjarannya berlipat kali ganda! Alhamdulillah merasa Ramadan tahun ini. Semoga tahun hadapan ada rezeki jumpa lagi :)

Tahun ini, takda plan baju raya pun. kain yang belum berjahit ada dalam 5 pasang. Tapi tenung tengok macam tu je. Tak apalah, ada beberapa pasang baju yang belum guna lagi, boleh guna untuk hari raya kot. Apalah sangat dengan baju. Ramai lagi yang takde baju langsung untuk sambutan Syawal nanti.

Tak dapat bayangkan macam mana syawal kami. Hehe saya tak banyak kawan. Kawan-kawan yang ada masing-masing balik kampung. Yang tinggal mungkin berziarah rumah saudara mara saja. Ok la tu.

Tak .. tak sedih pun saja nak kongsi perasaan sambutan raya tahun ini. Tapi tengok mak n bapak macam excited je siap panggil pembantu setiap minggu untuk bersihkan rumah. Haha. Tapi ada satu yang buat saya teruja. Ada plan bisnes selepas raya.. Yeay~~~ wahh cerita pasal bisnes langsungggg happy^_^

Oklah kenapa aku tak tido lagi ni. Cukup luahan. selamat malam.

Thursday, August 9, 2012

Syukur Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menikmati Ramadan tahun ini. Lagi-lagilah sekarang sudah masuk 10 malam terakhir pencarian Lailatul Qadr! All the best uols :)


Saturday, August 4, 2012

Pembantu Spa @ Miri Sarawak

Tawaran kerja kosong untuk Pembantu Spa @ Zie Beauty Care Miri Sarawak

Hubungi Azizah 013 820 9438 untuk pertanyaan lanjut. Segera.

Terima Kasih.