Tuesday, May 31, 2011

Berfikir dan Berjiwa BESAR

Semua manusia yang Allah telah anugerahkan akal, mestilah memanfaatkan anugerah yang tidak ternilai ini. Jangan memperkecilkan akal anda dengan rendah diri tanpa sebab kepada diri sendiri. Sayang diri anda dan gunakan sebaiknya dan sebesarnya akal yang Allah telah anugerahkan dengan berfikir dan berjiwa BESAR.

Mulai Hari Ini, mulakan hidup anda dengan :

1) Sentiasa berkata-kata kepada diri sendiri dengan ayat-ayat yang positif. Seperti :
a) Saya Yakin!
b) Saya Semangat!
c) Saya BOLEH!
d) Saya Pasti akan Berjaya!
e) Anda boleh tambah senarai ini sebanyak mana yang mahu.

... semuanya dengan izin ALLAH

2) Usah risau sama ada IQ anda lebih rendah daripada rakan anda atau adik anda, atau keluarga anda yang lain. Anda tetap boleh berjaya kerana anda Berfikir dan Berjiwa BESAR.

Jika anda fikir boleh, ianya pasti boleh. Jika anda fikir anda boleh berjaya anda pasti boleh berjaya! jika anda fikir anda akan memiliki sebuah kedai anda pasti boleh memilikinya pada masa yang telah anda tetapkan dengan berimpian, bertindak, doa, dan tawakkal.

3) Berani berIMPIAN. Sebelum mendapat sesuatu yang diinginkan anda mestilah membayangkan yang anda sudah dapat mencapainya. Kemudian bertindaklah, berusahalah, bekerjalah ke arah IMPIAN tersebut. Diperkukuhkan dengan DOA minta sungguh-sungguh dengan Allah tanpa jemu setiap hari setiap saat. Kemudian hasilnya biarlah Allah yang menentukan, kerana sesungguhnya hanya ALLAH yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA :)

4) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh setiap hari. jangan khuatir dengan hasilnya, kerana itu adalah urusan Allah. Kita hanya perlu USAHA.USAHA.USAHA. Pasti Berjaya! itukan sunnatullah. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. InsyaALLAH.

Ok cukup untuk malam ini. Kita akan kongsi lagi dikemudian hari.

Ayuh Semangat! Mulai hari ini, Mesti berani berIMPIAN lebih BESAR.
Salam perjuangan! ^__^



Tuesday, May 24, 2011

Jom Beli Buku, Baca dan Praktikkan(amalkan)


Diskusi bersama Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed. Alhamdulillah urusan dipermudahkan :)


Rezeki hari Jumaat. Berjumpa Penulis Faveret Tuan Pahrol Mohd Juoi, sekaligus dapat Hadiah buku 'Beduk Diketuk' (buku yang sudah lama dicari). Alhamdulillah. Terima Kasih Allah :D

Semoga urusan bersama Telaga Biru dipermudahkan olehNYA dan diberikan kekuatan kepada saya dan orang MIRI untuk terus berjuang.

Untuk melihat koleksi Buku Telaga Biru anda boleh Like 'Zie Beauty Care' di Facebook.

Istimewa untuk orang MIRI. Penghantaran PERCUMA. Door to door insyaALLAH. Hubungi kami, 085 - 426400 / 013 820 9438 / atau tinggalkan pesanan di Facebook.


Monday, May 23, 2011

Dapatkan buku-buku ini dari saya


Seperti yang saya pernah bagi tau, sekarang saya berjinak-jinak menjual buku. Hehe, ada beberapa tajuk yang lain yang akan saya update kemudian. Ini diantara buku-buku yang saya jual.
Harga Sarawak : RM 19


Harga Sarawak : RM 28

Alhamdulillah baru nak letakkan buku-buku ini di rak, pelanggan yang ada didalam kedai terus membeli buku Beduk Diketuk, kesemua stok saya habis. Jangan risau, saya akan buat pesanan baru! Dapatkan Buku 101 Rekreasi Hati di atas segera sebelum habis! Beli dan baca :)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Wednesday, May 18, 2011

Cantik oh Nak Cantik ... cara Muslimah

Alhamdulillah, 15 Mei 2011 (Ahad) yang lepas Zie Beauty Care menganjurkan Bengkel Skincare dan Kosmetik Muslimah dengan jayanya dan 7 orang peserta berjaya melaksanakannya dengan cemerlang :)

InsyaALLAH akan disambung untuk Part 2 hanya untuk batch ini sahaja. Jangan risau, kami akan menganjurkan sekali lagi untuk Part 1 untuk batch yang baru.


Bergambar bersama pelajar-pelajar kesayangan tersenyum gembira dengan sijil masing-masing. Terima Kasih Puan Zainab rakan niaga yang membantu.


Ewah. action tangan yang tak boleh blah.

Ada permintaan untuk mengadakannya di Sabah. Jika sudah confirm tarikhnya nanti akan dimaklumkan ya untuk orang Sabah jom belajar facial. :)

Tuesday, May 17, 2011

Cuti ke

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam rasa hari ahad pulak hari ni. Hehe, walaupun cuti wesak katanya saya tetap jugak ler turun kedai, walaupun setengahari sahaja, coz ada keja lain pulak di rumah. Tapi di rumah memang tak boleh duduk diam, carik idea untuk Bisnes Musim Perayaan, Yahoo! hehe :D

Dalam perancangan mahu jual :

1) Tudung
2) Blouse
3) Buku-buku motivasi, dan agama

InsyaALLAH, semoga dipermudahkan. Next! Jom Fikir.

Oh ya jangan lupa lawat www.ziebeautycare.com. Saya ada menawarkan promosi yang menarik untuk MEI ini. Sangat MENARIK. mesti kunjung ok? Rugi tak kunjung.


Sunday, May 8, 2011

Peristiwa



Program Usahawan Wanita Sarawak Dinner Hari Ibu 7 Mei 2011. Bersama Cik Marni yang manis. Tema Red & Black. wah kau mengancam. hehe.


Wah happy nya tengok 'mereka' ini ^_^ ... Sabar ya tunggu giliran satu-satu untuk saya jamah dan hadam. Ada yang dah selesai dihadam, dan dipraktik. Kena banyak baca. sebab salah satu impian saya pun nak tulis buku! hehe :D ... insyaALLAH.

Kasihan sebahagian buku saya yang lain terpaksa tinggal di Spa saya, hehe tak muat ^__^

Tuesday, May 3, 2011

Indah Nan Indah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Salam ceria, salam semangat, salam perjuangan buat semua!

Apa khabar blog saya yang sunyi ini? hehe. Cukuplah sekadar untuk saya meluah apa yang dirasa dan tempat untuk berkongsi ilmu dunia dan akhirat semoga kita boleh memanfaatkannya :D

Alhamdulillah, saya selamat sampai di Miri jam 1:30pm tadi dari Kuala Lumpur.

Ada beberapa program yang saya attend. Tetapi mungkin akan sedikit teruja Program ESP HPA di De' Palma Ampang pada 2 Mei 2011. Berlangsung selama 14 jam Bersama Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad. Sebuah program yang luar biasa hebat membicarakan tentang Perjuangan Umat Islam. Teman-teman, tahukah kita mengikut kajian semasa World Halal Forum yang lepas yang berlangsung pada 4 April 2011 di Kuala Lumpur, hanya HPA satu-satunya syarikat bumiputera Islam yang Berjuang Memasarkan Produk Halal Toyyiban. MasyaALLAH. hanya SATU! Mana syarikat Islam yang lain? Mengikut kajian syarikat muslim lain kebanyakannya hanya bersandarkan pada nama sahaja Muslim, tetapi disokong oleh orang-orang tertentu bukan MUSLIM. Kita mahu yang MUSLIM TOTAL. dan ternyata ia hanya Herba Penawar Al-Wahida Industries SDN BHD.

Tidak tahu kenapa saya gentar semasa program ini. Mungkin terlalu ramai pejuang-pejuang HPA yang berkumpul di sini menyebabkan semangat luar biasa mereka tempias kepada saya yang kerdil ini(walaupun fizikal besar. hehe)

Marilah bersama-sama kita berjuang teman teman seagama ku. Kita kembali kepada fitrah. Kembali kepada kehidupan yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah semata-mata. InsyaALLAH disitulah KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN HAKIKI

***************************************************************************************

Teman-teman, saya sangat gembira dan bersyukur, dan berterima kasih kepada Angah saya yang sanggup bergelut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Beliau berjaya mendapatkan 13 buah buku dari 16 buah yang saya senarai. MasyaAllah syukur. Terima Kasih kepada Allah memudahkan urusan saya dan Angah.

Sekarang saya sedikit buntu. Buku sudah terlalu banyak. mana saya nak letak ni. Haha. buat sementara waktu masih duduk kemas di dalam beg saya.

Oh ya saya juga nak berkongsi sedikit pengalaman saya semasa di dalam perjalananan ke Kuala Lumpur. Seperti perjalanan-perjananan saya yang lepas, saya wajib membawa sebuah buku bersama untuk mengisi masa sambil menunggu pengumuman untuk masuk pesawat. Kali terakhir perjalanan saya ke KL adalah 2 April lepas saya membawa Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman hasil karya Dr Muhd Kamil. Saya ingat lagi baru beberapa muka surat, Air mata saya bergenang. Tapi dapat dikawal.

Tidak serik, perjalanan saya kali ini juga saya membawa hasil karya beliau tetapi tajuk berbeza iaitu Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok. Baru sampai bab 2, saya sudah sebak. Kemudian pengumuman untuk masuk pesawat membantut pembacaan seterusnya. Setelah mengambil tempat duduk, saya tidak terus membaca. Saya terlelap. Wah sekejap benar sudah terlelap, hehe padahal jam sudah jam 6:20am.

Tidak lama selepas itu saya dikejutkan oleh pramugari untuk sarapan. Usai sarapan saya menyambung bacaan. MasyaALLAH, dipendekkan cerita, saya cuba menahan air mata. tidak mampu. Saya menangis tersedu sedan. hingus tidak henti turun(euw). Aduh, nasib baik penumpang yang duduk disebelah saya enak tidur diulit mimpi indah barangkali. Saya khuatir juga wanita berbangsa cina itu terbangun dan terkejut mendengar esakan saya. masyaALLAH inilah penangan hasil karya dari hati dan menyentuh hati pembacanya. Salah satu sebab saya menangis kerana jalan cerita beliau hampir serupa saya, bezanya beliau mengenal Allah semasa ingin mendapatkan pangkat Professor dan perjalanan Haji, berbanding saya yang dikirimkan bunga-bunga cinta kasih Allah melalui sakit.

saya baru berada di Bab 5. Saya berhenti tidak sanggup mahu sambung. Biarlah saya sambung di rumah saja, kalau nak nangis di rumah tempat tertutup.

Teman-teman dapatkan buku ini di kedai kedai buku berhampiran anda. Berbaloi-baloi! Saya berani jamin belum pun baca bab 1, hanya baca prakata saja sudah meremang bulu roma. Teruja.

Assalamualaikum dan selamat tidur.