Saturday, October 29, 2011

Usai pulang dari Penang, belum sempat mahu rehat-rehat. Ya tidak apalah janji sangat enjoy dengan pekerjaan sekarang. Jadi, cerita best 9 hari sepanjang Kursus Akupunktur disimpan dulu ya?

Salam perjuangan ^_^

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikummmm dan haii Miri!

Saya sudah pulangg! Ternyata benarrr,,, program akupunktur selama 7 hari di sungai sedim kedah adalah sangat sangat best! nanti cerita detail ok? nak buat persiapan untuk karnival mara pulak pada 28 - 30 oktober. Jangan lupaaa singgah orang2 miri dan brunei!


:: Karnival Jualan MARA 2011 ::
Tarikh : 28.10.11 - 30.10.11
Masa : 9am - 10pm
Tempat : Parking Lot MARA, Miri

Lebih 60 booth turut serta.. Jom singgah :)

Monday, October 10, 2011

Isnin

Malam ini akan mula packingg =) .. amboi sekarang excited,,,nanti homesick... hehehe it;s normal lah kan?? InsyaALLAH akan berada di Kulim Kedah selama 2 minggu untuk kursus Akupunktur. Jumpa lagi rakan-rakan herbalis. Kali ini bersama Marni lagi dari Miri :D

Nasib baik tak clash tarikh tersebut dengan konvo Angah di UTP, sempat lah tengok Angah konvo, insyaALLAH. Dan kembali ke UTP lagi setelah 3 tahun, hehe happy? *Wink*

Woohoo semangat berkobar-kobar. Semoga semuanya berjalan lancar dan misi mencari ilmu ini dirahmati dan diberkati ^_^

Salam Perjuangan teman-teman :D


Wednesday, October 5, 2011

ISTIMEWA PAKEJ SPA OKTOBER 2011!


Istimewa DISKAUN hebat untuk anda, rakan-rakan Zie Beauty Care.
  • Datang bersama seorang rakan/keluarga, anda berdua akan menikmati tambahan 5% diskaun lagi.
  • Datang bertiga bersama rakan/keluarga, anda bertiga akan menikmati tambahan 10% diskaun lagi!
Jom BerSPA!

Tuesday, October 4, 2011

Hari yang Gembira

Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas nikmat kehidupan yang mencurah-curah ini. MasyaALLAH, betapa saya manusia biasa yang tiada sempurna ini, yang banyak dosa ini, tetapi Allah Maha Penyayang mengalirkan kasih sayangNYA tidak pernah putus kepada kita.

Selesai sudah menghadiri Kursus Borong pada 2 Oktober 2011 di Kuching. Ilmu yang dicurahkan adalah sangat superb dan super best! hehe over kah, padahal belum join pun the group pergi memborong, baru dengar perkongsian daripada 2 trainer hebat Tuan Muhammad Nizar dan Tuan Shuaib. Saya sudah punya sasaran dan fokus untuk perancangan seterusnya. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati oleh NYA. amin amin amin.

Akhirnya saya berjaya membaca 1/2 majalah Solusi isu 36! Selama 1 jam perjalanan di dalam kapal terbang MAS, kenyang juga otak menghadam, hehe. Kalau nak tunggu baca semasa di Miri memang tak menyempat(hehe bolehkah alasan ini)

Saya juga mengucapkan terima kasih di atas layanan yang sangat baik oleh kazen saya yang sekian lama tidak berjumpa iaitu Puan Ratna Dewi. Beliau dan keluarga melayan saya dengan sangat baik dan superb ( wu wu wu terharu). Saya doakan perniagaan butiknya akan mendapat keuntungan yang mencurah curah. Amin amin amin. dan juga apa jua jenis perniagaan yang beliau akan ceburi kelak. Juga kepada Aunty Roslina Bolhassan, sehinggakan saya keliru mahu menigkut siapa untuk hantar saya ke airport. Haha. Terima Kasih!!! ^_______^

Sekian.

Salam PERJUANGAN! ^__^