Thursday, March 31, 2011

Gemuruh Jiwa Semangat Membara!

Hadapi dengan senyuman :)

Penyakit 3H

Tulisan ini saya sarikan dari artikel buah pikiran Profesor Komaruddin Hidayat yang pernah saya baca di Harian Seputar Indonesia. Di artikel tersebut beliau menulis, riset terbaru para ahli penelitian sosial menyebutkan masyarakat saat ini sedang terjangkit “penyakit H Behaviour”. Agar mudah diingat, saya menyebut penyakit itu sebagai virus 3H, yaitu Hurry, Hostile, Humorless. Hurry artinya terburu-buru. Hostile itu bersaing dengan cara menjatuhkan, dan humorless terlalu serius bekerja sehinga kehilangan rasa atau selera humor.

Seseorang yang terkena virus Hurry akan selalu ingin terburu-buru, serba instan. Ingin kaya dengan cara terburu-buru, jadilah ia korup. Ingin naik tahta dengan cara terburu-buru jadilah ia penjilat. Lawan dari penyakit Hurry ini adalah Honour, terhormat. Alih-alih melakukan segala sesuatu dengan terburu-buru, seorang yang “honour” melakukan segala sesuatu dengan cara yang terhormat. Caranya? Tingkatkan prestasi dan core competence Anda. Sebab bila Anda memiliki banyak prestasi dan core competence yang tinggi maka harta dan tahtapun akan mendekat kepada Anda.

Virus kedua, Hostile –mental persaingan yang disertai dengan permusuhan. Boleh jadi ini terpicu oleh rasa takut tidak kebagian. Orang yang terjangkit Hostile ini hobinya mengkritik, menjatuhkan orang lain, memandang negatif orang lain. Kalau orang lain mampu membuat prestasi bagus dia akan berkomentar, “Hallah, kalo kayak gitu saya juga bisa!” Mereka tidak suka bila orang lain berhasil. Lawanlah Hostile ini dengan Humbble. Humble itu rendah hati, tidak sombong. Ingatlah, laut itu menampung air begitu banyak dibandingkan yang lain, laut mendapat kiriman dari 1000 air terjun dan ribuan sungai karena laut berada di tempat yang rendah. Begitu pula kalau kita Humble, merendah, maka ilmu akan datang kepada kita, kebaikan-kebaikan hidup akan datang kepada kita.

Penyakit yang ketiga adalah Humorless. Orang yang terjangkit penyakit ini sudah tidak lagi memiliki cita rasa humor. Orangnya kaku, jarang tersenyum, tampak berpikir terus. Lawanlah penyakit ini dengan Happy. Nikmati pekerjaan Anda, cintai pekerjaan Anda, berangkatlah kerja dengan tersenyum. Bekerjalah dengan tersenyum dan pulanglah ke rumah dengan tersenyum. Pikirkanlah semua kebaikan-kebaikan yang bisa Anda peroleh dari pekerjaan yang Anda tekuni.

Jadi, sekali lagi, penyakit akibat virus 3H itu lawannya adalah 3H juga. Hurry dilawan dengan Honour, Hostile diberangus dengan Humble, dan Humorless disikat dengan Happy. Dengan cara ini saya yakin Anda akan menikmati hidup yang lebih bermakna.

Terima kasih kepada gurunda Profesor Komaruddin Hidayat yang telah memberikan inspirasi ini.

Salam SuksesMulia!

Monday, March 28, 2011

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية

Kerja Keras + Kerja Cerdas

Apakah matlamat hidup kita? Semoga kita Ikhlas melakukan apa jua pekerjaan semata-mata kerana Allah, dan mendapat redhanya :)

selamat bekerja keras dan cerdas, DOA DOA DOA, keputusannya hanya DIA yang tahu yang TERBAIK untuk hambaNYA :D

Don't Worry Be Happy ^_^

Sunday, March 27, 2011

Rindunya Geng Pidato!

Kenangan ke Konvensyen Toastmasters di Genting Highland. Wah ni tahun 2009.




Rindunya nak melancong!

Ke Beijing Jun tahun lepas 2010. Hmm ada yg dh tak ingat nama tempat. hehehe, saja rindu! Gambar random tak tersusun. Kenangan untuk diri sendiri. hehe


sempat bergambar di luar hotel



suka sangat pegi tempat2 sejarah. best.

sebenarnya tak boleh ambil gambar dengan polis tegak ni. hihihi. lepas saya ambil gambar ni kawan-kawan lain pon nak ambik jugak tapi tak dibenarkan. tapi saya? ada aku kesah? kenangan! hehehe ^_^


Polis ni marah saya ambil gambar dia. hehehehehe -_-. Asyik buat hal je saya ni. hehehe


Di Airport Hong Kong tunggu flight ke Beijing.

Tak ingat ni kat mana. teruk betul memori saya kan? -_-

mari membeli jade

Hmm. mana gambar saya di Great Wall of China ar? nak p cari sat.

Saturday, March 26, 2011

Andrie Wongso Motivation - Berani Mencoba

Allah Knows

Alhamdulillah, 2 bisnes yang sangat saya in LOVE iaitu Spa Kesayangan dan HPA, berjalan dengan baik .. takda rehat pon takpa janji happy, hehe :D ... tipu la tak rehatkan, coz malam boleh je tidur. hehe.

Dan saya mahu menambah jumlah treatment di Spa! Nantikan Pakej Treatment Terbaru. Tapi sebelum itu saya harus berpergian dahulu ya untuk menuntut ilmu~ hihihi~

Untuk HPA, Alhamdulillah respon dari warga Miri semakin baik dan semakin hangat! Apapun, saya hanya dapat berimpian, berusaha, dan berdoa. selebihnya saya tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Thank YOU ALLAH di atas semua nikmat yang Engkau Kurniakan Ini.

Mohon doa daripada semua supaya saya akan lebih sukses, semakin matang, kuat dan penuh semangat! ^_^

Friday, March 25, 2011

Yiruma - Kiss The Rain (Full Version)


hm. nampaknya pilihan lagu kali ini semua sentimental lah pulak. tiba-tiba suka dengar muzik-muzik lembut saja. semoga semuanya akan baik-baik saja ya Allah. saya hanya merancang, segalanya sudah disusun rapi. semoga kali ini berjalan lancar. saya pasrah dan menyerahkan segalanya kepada MU :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Thursday, March 24, 2011

Monday, March 21, 2011

Keyakinan Diri

Kesihatan sedikit drop hari ini, kepala pening, badan rasa lemah. Tapi sempat jugak menemani emak hantar barang yang sudah diorder. walaupon panas, gigihkan jugak untuk keluar memberi sedikit nasihat kesihatan terhadap pelanggan. Syukur Alhamdulillah.

Hari ni saya cuma nak share. Komunikasi dengan diri sendiri tu amat penting. Banyakkan kata-kata positif kepada diri sendiri. Contoh, Azizah U Can Do It! Azizah Positif positif positif. Azizah Bersangka Baik. Azizah Buat yang terbaik. dan lain-lain. Zikir jangan pernah putus. Kita manusia biasa hanya berusaha, dan berdoa. Selebihnya serahkan kepada Allah. Tiada istilah kecewa setelah itu, yang penting Redha.

Sesuatu yang kita harus hati-hati juga jangan sesekali terus percaya kepada khabar angin. Teruskan berprasangka baik kerana apa yang kita dengar itu boleh memutuskan silaturahim. Situasi baik atau buruk itu adalah terpulang kepada amalan kita atau Allah ingin menegur kita. Muhasabah diri dan terus memperbaiki diri menjadi lebih baik itu yang penting.

Saya menerima berita yang kurang enak 2 3 hari lepas, amazingly, saya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha. MasyaALLAH, hari ini, dibalas dengan berita yang menggembirakan! Syukur Alhamdulillah ^_^

Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

Manfaat Maaf Terhadap Kesihatan

Manfaat Maaf Terhadap Kesihatan
Oleh SMAHADZIR

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”

Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia al-Quran akan merasa sukar memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap apa pun kesalahan yang diperbuat. Padahal, Allah s.w.t telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik: “... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (At-Taghaabun: 14)

Juga dinyatakan dalam al-Quran bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. “Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Berlandaskan hal tersebut, orang beriman adalah orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, “... menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.” (Ali Imran: 134)

Para pengkaji percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah daripada keping-keping darah, yang mengarah kepada pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan akan mengakibatkan kemungkinan terkena serangan jantung.

Pemahaman orang beriman tentang sikap memaafkan amat berbeza daripada mereka yang tidak menjalani hidup berlandaskan ajaran al-Quran. Meskipun banyak orang mungkin berkata bahawa mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti hati mereka, namun memerlukan waktu yang lama untuk membebaskan diri daripada rasa benci dan marah dalam hati mereka itu. Sikap mereka cenderung memperlihatkan rasa marah itu.

Oleh sebab mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini, dan belajar daripada kesalahan mereka, maka mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih daripada itu, orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dengan yang kecil. Seseorang boleh saja menyakiti mereka tanpa sengaja. Bagaimanapun, orang beriman sedar bahawa sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan beriringan sesuai dengan takdir tertentu, dan oleh sebab itu itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut kajian mutkahir, para ilmuwan Amerika Syarikat membuktikan bahawa orang yang mampu memaafkan adalah lebih sihat, baik jiwa mahupun anggota tubuh badannya. Orang (responden) yang dikaji menyatakan bahawa penderitaan mereka berkurangan setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Kajian tersebut menunjukkan bahawa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniah, tetapi juga jasmaniah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahawa berdasarkan pengkajian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit belakang akibat stress (tekanan jiwa), susah tidur, dan sakit perut berkurangan pada golongan ini.

Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuatkan orang tetap sihat, dan merupakan sikap mulia yang seharusnya diamalkan oleh setiap orang. Dalam bukunya, “Forgive for Good” (Maafkanlah Demi Kebaikan), Dr. Frederic Luskin menjelaskan bahawa sifat pemaaf merupakani resepi yang telah terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan hidup. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf merupakan dasar terciptanya keadaan baik (elok) dalam fikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat, dan stress. Menurut Dr. Luskin lagi, kemarahan yang dipelihara menyebabkan kesan pada anggota badan dapat dilihat pada diri seseorang.

Sebuah tulisan berjudul “Forgiveness” (Memaafkan), yang diterbitkan dalam Healing Current Magazine (Majalah Penyembuhan Masa Kini) edisi September-Oktober 1996, menyatakan bahawa kemarahan terhadap seseorang atau suatu peristiwa menimbulkan emosi negatif dalam diri seseorang, dan merosakkan keseimbangan emosional, bahkan kesihatan jasmani mereka. Artikel tersebut juga menjelaskan bahawa orang menyedari setelah beberapa ketika bahawa kemarahan itu mengganggu mereka, dan kemudian berkeinginan memperbaiki kerosakan hubungan. Jadi, mereka mengambil pelbagai langkah untuk memaafkan orang yang menyakiti mereka.

Disebutkan juga bahawa, meskipun mereka tahan dengan segala hal itu, orang tidak ingin menghabiskan waktu-waktu berharga daripada hidup mereka dalam kemarahan dan kegelisahan, dan lebih suka memaafkan diri mereka sendiri serta orang lain.

Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kemarahan merupakan suatu keadaan fikiran yang merosakkan kesihatan manusia. Memaafkan, dari sisi lain, meskipun terasa berat, adalah suatu bahagian daripada akhlak terpuji, yang menghilangkan segala kesan yang boleh merosakkan daripada kemarahan, dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sihat, baik secara lahir mahupun batin.

Travelog Haji

Saya sedang membaca buku Travelog Haji by Muhd Kamil. best! teruja!

saya nak pergi haji! kalau daftar sekarang bilalah saya dapat pegi yer? semoga saya menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. amin amin amin

oh ya saya juga sedang membaca buku Rabiatul Adawiyah. sebenarnya sudah beberapa kali saya hanya memandang sahaja buku ini di rak buku. tak tau kenapa beberapa hari lepas saya ternampak lagi sekali terus pegi bayar. ternyata oh ternyata. Masyukkk! banyak betul ujian yang menimpa keluarga Rabiah tetapi keluarga mereka redha! masyaALLAH hebatnya. saya rekomen untuk uols yg belum beli sila beli! hehe

saya sedang menunggu Ranah 3 Warna by Ahmad Fuadi menjengah ke Malaysia. sabar sabar. saya dah tanya Puan Ainon Penerbit PTS, beliau bagi tau masih dalam proses penterjemahan ke bahasa malaysia. huwaa tak sabarnya. sabar sabar .. ^_^

ok nak p sambung baca buku.

assalamualaikum dan selamat tidur!



Thursday, March 17, 2011

Doa Yang Terbaik Untuk Aisyah Adikku :)

Saya doakan yang terbaik untuk Aisyah adikku yang akan memulakan kerjayanya sebagai SAP Consultant di salah sebuah syarikat di KL. Semoga beliau akan ada outstation ke overseas..hihihihi...sebab saya nak ikuttt..eee bolehkah??hehehe

Oklah, jangan nangis dan sedih-sedih yer. Next month Along datang, dan insyaALLAH kalau jadi Mei pun akan datang lagii..seeeeee....KL dekat jeee kannn?

ok lah all the best to u my luvly sis AISYAH IBRAHIM ^_^

Tuesday, March 15, 2011

Positif itu Kemestian

credit to : www.genta-rasa.com/pahroljuoi

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!


Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.

Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri. Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.

Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.

Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?

Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.

Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.

Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.

Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.

Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”

Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!

Sunday, March 13, 2011

Di dalam kehidupan ini, sebelum berjumpa dengan kebenaran, kita pasti berjumpa dengan kesalahan dahulu. contoh senang :

sebelum ini, saya susah hati jugak, macam mana lah saya nak berjaya ni tanpa sokongan pihak-pihak tertentu. tetapi saya teruskan jugak perjuangan walaupun perit. alhamdulillah didalam saya merasa kesusahan tetapi saya percaya yang satu hari nanti saya akan menang jugak. kerana saya ada ALLAH! betuuullllll! saya lebih tenang kini.

Jangan Bersedih! Allah Bersama KITA!

Saturday, March 12, 2011

Saya mau shoppingg!! Helloo?? nak pegi shopping perlu announcement kah? hehe...inilah ekspresi namanya. hehehe.

hv to wait. nxt month kita shopping ok??? jom kerja kerja kerja -_-

Monday, March 7, 2011

Memaafkan itu indah dan tenang

Maafkan lah sesiapa sahaja yang pernah menyakitimu sebelum tidur. insyaALLAH akan tenang jiwamu. Usahalah untuk memaafkan semua orang.

Selamat Tidur dan MEMAAFKAN.

Friday, March 4, 2011

Menghargai lebih Manis dari Dihargai

Siapa yang tidak mahu dihargai? Kebanyakan orang pastinya mahukan dihargai bila merasakan melakukan kebaikan dan jasa kepada masyarakat, individu dan sbgnya.

Namun, jika terlalu mengharap untuk Dihargai, hanya Kecewa dan Kesedihan yang akan melanda.

Belajarlah untuk lebih Menghargai kerana ia lebih Manis. Bukankah lebih baik memberi dari menerima.

Jangan Bersedih jika anda tidak Dihargai, tetapi berusahalah untuk Menghargai orang lain dan ucapan terima kasih atau sekurang-kurangnya senyuman manis di atas kebaikan orang lain.

MasyaALLAH banyaknya kesilapan hambaMU ini. Semoga saya lebih Menghargai orang lain daripada menunggu untuk Dihargai.

Mari kita banyak memberi kebaikan dari hanya menerima kerana itu lebih baik.

;)

Thursday, March 3, 2011

salam perjuangan

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan.

hari ini sangat letih, x pernah seletih ini. haha. selepas program Mantap hari tu pun saya tak letih macam hari ini. usai solat maghrib, mata tak tertahan untuk lelap. terbangun jam 1am untuk Isya' nasib baik tersedar. walauapapun saya gembira hari ini atas sebab-sebab tertentu. hehe.

Program HPA Borneo akan bermula esok hari bermula dengan Kursus Agen Stok jam 8am yang akan disampaikan sendiri oleh GM MIS Puan Rasyidah, semoga berjalan lancar. bersambung pula pada sebelah malam jam 8pm Seminar Pemasaran Syariah oleh Ustaz Zolkarnain bertempat di Pustaka Miri. dan MEGA PBC BORNEO 5-6 Mac 2011. Teruja, semoga semuanya berjalan dengan baik dan akan menjadi pembangkit semangat dan kibaran kekuatan baru di bumi BORNEO, dan di MIRI khasnya.

Sepanjang saya berada didalam perjuangan bersama-sama HPA banyak yang saya pelajari. Sangaaattt banyakkk.

Bermula dengan program Herbalis pada disember 2008. HPA bukan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dunia semata-mata. Ternyata ia sebuah perjuangan yang mendahulukan akhirat dan dunia akan tunduk kepadamu. Allah mempertemukan saya dengan pejuang-pejuang HPA dengan dikirimkan sakit kepada saya. ternyata ia bunga-bunga kasih dari ALLAH. kenapa? disebabkan sakit itu saya ke program Herbalis. Di Herbalis saya mula memahami, sakit bukan hanya jumpa DOKTOR sahaja. tetapi WAJIB minta kepada ALLAH untuk PENYEMBUHAN. masyaALLAH ternyata oh ternyata. semua masalah yang saya rujukkan kepada DOKTOR sebelum ke HERBALIS, sembuh setelah kembali.

sepanjang Herbalis di sungai petani, semangat itu kuat. semangat memperjuangkan kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. kerana semua pejuang-pejuang bersama-sama selama 3 minggu disana. sekembali ke Miri, saya rasa keseorangan. saya mencari kekuatan itu semula. saya tidak boleh lemah. saya terus mencari rakan-rakan yang boleh bersama-sama dalam perjuangan ini. walaupun tanpa sokongan manusia, saya yakin dengan bantuan ALLAH. banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi. saya mulai memahami untuk berjuang di Miri bukanlah seperti semudah semasa saya di Sungai Petani kerana disana kita rasa kuat disebabkan oleh environment.

Semua cabaran dan dugaan biarlah saya simpan kemas. kerana saya bersyukur kini, rakan-rakan yang saya cari ini, seorang demi seorang muncul. Didalam perjalanan ini apa yang saya belajar adalah, harus sentiasa POSITIF, BERSANGKA BAIK, walaupun kadang-kadang ada manusia yang menyakiti anda. itu hanyalah ujian dan pesanan ALLAH supaya kita muhasabah diri. Iman manusia tidak stabil. sekejap turun dan naik. tetapi berusalah untuk memperbaikinya dari masa ke semasa.

merasakan banyaknya dosa kepada ALLAH, tetapi ALLAH maha penyayang, maha pemaaf. Terlalu banyak nikmat Allah taburkan kepada saya dan anda semua dikala kadang-kadang kita lupa kepadaNYA. ALLAH memberi kekuatan kepada saya dikala saya rasa down tetapi perjuangan harus diteruskan. Tiada kata lelah dalam perjuangan ini.

Saya gembira, syukur, dan akan terus berusaha dengan sungguh-sungguh dan terus dipertemukan dengan pejuang pejuang agama ISLAM. ayuh kita meniti kehidupan ini berpandukan Al-Quran dan Sunnah pasti bahagia dunia dan akhirat. insyaALLAH.

Banyak terlalu banyak ingin dikongsikan nikmat Allah didalam mematangkan saya sepanjang perjalanan bersama HPA. saya ingin berkongsi disini. akan cuba update bila masa terluang. semoga perkongsian ini membantu mereka yang memerlukan. undur diri dulu. usaikan sedikit tugasan sebelum sambung tidur semula.

salam perjuangan. assalamualaikum