Sunday, November 28, 2010

Selamat Datang DISEMBER

Diantara tempat yang saya mesti pergi esok sampai-sampai je Klia, Angah akan ambil saya dan terus pecut ke -





MUSTIKA RATU jom berSPA


Shopping di HPAIC, err, sebenarnya nak ambil barang yang dah diorder awal-awal. Yang lain-lain tu mungkin nak beli buku sket, dan apa-apa barang yang menarik perhatianlah. hehe...

Hah, selesai pergi dua tempat UTAMA ni, barulah kita pegi Shopping OK! Diantara tempat yang mesti pegi adalah :


Hooray~ Shopping BUKU


Shopping TUDUNG RATU

Dan tempat-tempat lain adalah rahsia. Ceh. hehehehhe


Oklah Selamat berhujung tahun k~

Saturday, November 27, 2010

Make Up

Anda bermake up x? ke tak reti ber mekap? hehe laser kan mulot.

masa saya belajar kat Akademi Clara dulu kitorang wajib bermekap setiap kali pergi kelas. Kalau tak, kena denda. hehe. haruslah kan, kata Akademi Kecantikan gitu. Mana leh serabai-serabai~ hihihi ... kiranya waktu tu rajen giler bermekap ok. sebab macam best kan tengok kulit muka sentiasa gebu. hihih~ tapi takde la berat-berat sangat. Asalkan berfoundation, eyeshadow, blusher, lipstick semua ado, ha lulus lah tu untuk masuk kelas. kalo tak kenalah nanti cikgu membebel kenapa tak cukup mekap kat muka. hehe, tapi saya diberi excuse tak perlu hitam kan bulu kening saya sebab cikgu cakap dah cukup hitam semulajadi. hoh hoh. tapi untuk rakan-rakan saya yang nipis-nipis tu(sape suruh cukur kan?) diwajibkan untuk menghitamkan kening. takdelah hitam tebal macam kening Shin Chan tu ek. hehe.

Dan setelah graduasi dari Akademi tersebut. maka bermulalah era bermalasan bermekap. hehe, bukan apa, semuaaa nyaa nak cepattt kannn....

sekarang ni kalau nak turun Spa, cukuplah asalkan ada moisturizer dan lip balm pun hokay. kalau time rajen tu letak lah eye liner untuk membesarkan mata. ho ho.

tapi yang saya perasan sejak dua menjak saya ambik Supplemen seperti Roselle, Virgin Coconut Oil Sgel, Chlorophyl Drops, saya dapat merasakan perubahan kepada kulit muka saya, tak perlu mekap pon dah nampak segar dan cerah. ceh ceh ceh . hehehe :) ni yang buat makin malas nak bermekap. hehehe.

Hanya akan bermekap bila pergi ke majlis-majlis tertentu, but still mekap biasa saja, tak perlu berat-berat. simple lebih cantik dan natural.

Hanya ingin berkongsi dengan korang ai guna jenama apa. Tak perlu mahal-mahal pon nak spend untuk kecantikan muka dan kulit badan kita nih, janji Halal, dan bahan-bahannya tidak diragui.

Untuk facial cleansing gel, saya guna Omrahaj Facial Cleanser. Untuk moisturizer pun saya memilih Omrahaj Face n Body Moisturizer. Lip Balm Omrahaj. untuk 3 ni saya guna Omrahaj sepenuhnya. memang bagus markotop.

untuk lipgloss saya guna SimplySiti coz dah ada Halal cert. then, mascara yang saya guna sekali sekala pun SimplySiti. sekarang saya nak target beli Blusher SimplySiti pulak. hmph, oh ya, compact powder saya guna HPA punya, compact powdernya bagus loh, coz, sekaligus ada foundation, tak melekit, dan serap terus ke kulit so akan nampak natural di kulit muka, takdelah nampak macam ada tepung gomak kan. hehehe over.

hmph untuk harga-harga ni saya lupalah. hih hih ... sangat tidak bagus sebab pelupa kan? tapi saya boleh simpulkan semuanya tak lebih dari RM250 kot. Murah kan? tu pon bukan belanja setiap bulan kecuali Cleansing gel lah yang paling cepat habes. yang lain-lain tu boleh bertahan beberapa bulan. Macam lipglos,mascara, yang jarang-jarang guna tu maunya setaun baru habis kot. Compact powder setakat ini pon x habis-habis lagi. Nah, boleh je belanja murah untuk mendapatkan kualiti yang baik ....

anda bagaimana pula?

Oklah nak tidur dah, selamat istirehat, dan selamat berhujung minggu :)


Friday, November 26, 2010

Impian

Tengah buntu ni. hehe. esok saya kena bagi ucapan untuk Pertandingan Pidato Kategori Menilai Ucapan. Faham x? kalau tak faham abaikan. hehe.

Ditambah dengan program yang diisi sepanjang minggu ini + sempat demam, hehe, makanya baru malam ini nak draft kan tajuk. kui kui kui -> saja carik nahas, padahal esok eventnya. hmph -_-

Daripada semalam otak berfikir nak buat tajuk apa. Mula-mula nak cerita tajuk bekam, hmph tapi mcam tak sesuai pulak. hehe sesuai je sebenarnya tapi khuatir audiens blur2 plak, coz masa yang diberi tak banyak mayb 5 minit je kot??? aku pon x sure. haih, memang last minit habis lah ni,

at last petang tadi jam 4pm aku terfikir nak cerita pasal IMPIAN je lah, coz terfikir ada beberapa Impian aku tercapai lebih cepat dari yang dijangka so, terus bergeliga otak mengeluarkan macam-macam idea. Kononnya ok, malam ni nak tulis semua.

Tapi nasiblah kan, tiba-tiba bila nak catit kan boleh pulak stuck apa idea yang difikirkan petang tadi. Hadoi. Bantu daku. macam mana ni. Tapi kalau pembentangan aku tak berapa bagus esok banyak point diorang boleh buat untuk Penilaian. Tapi tak bestlah kan senang-senang bagi diorang markah hehehhe....

Esok akan berkejaran ke tempat pertandingan dan spa, Jam yang sama ada customer nak buat pakej pengantin, walaupun boleh jer nak serah dengan staf tapi lebih suka memantau-mantau sendiri tengok depan mata lebih puas hati. huhu~.....

macam mana ni oi oi tengah blur-blur ni sempat pulak aku meluah kat belog ni macam lah boleh bantu kan? hehehe...

apapun tak sabarnyer nak jumpa Angah dan Ismail di Kl nxt week. It;s time for holiday~ wee

jomlah tempuh apa saja badai sampai ahad ini, yang penting nak bercootiii dah.

ok lah nak sambung mengerah otak walaupun sebenarnya tajuk macam senang tapi macam nak sampaikan bukan mudah hooo~

selamat malam, ceria selalu dan gembira ok :)

assalamualaikum~


Alhamdulillah ;)

Alhamdulillah berkat doa-doa rakan-rakan sekalian juga mungkin, saya kembali seperti biasa .. hehe

Semangat nak jumpa customer dan SPA kan mereka supaya FRESH, BERTENAGA, buang stress mereka.

hehe

Semoga anda begitu juga hari ini. JUMAAT YANG SEMANGAT OK!

SENYUM :)

Thursday, November 25, 2010

assalamualaikum teman-teman

lama sungguh saya tak demam, selalunya tak sempat demam saya lawan dah ok tak sampai sehari, berbeza kali ini saya terus 'flat' . ada hikmahnya saya demam hari ini.

biasanya kalau saya tak sihat saya tak dapat tidur, hanya baring.

tapi hari ni saya baring dan tidur dengan nyenyak

terasa ada nyaman sikit kepala

tapi bila bangun sakit lagi

tak apalah ujian dan dugaan :)

doa saya semoga cepat sembuh ya

harap anda semua ceria dan gembira :)

Tuesday, November 23, 2010

Motivasi: Pengasingan Syu’ur Secara Total

credit to : http://ms.langitilahi.com

“Kau bolehlah, hidup dalam bi’ah solehah. Boleh kekalkan apa yang belajar di sekolah kita dahulu. Aku ni, tercampak dalam lembah jahiliyyah. Sana sini rosak. Akhirnya aku pun sama-sama hancur jugak.”

Itu satu bicara yang saya dengar baru-baru ini.

Ya. Semestinya berbeza bila hidup dalam suasana yang baik, dengan hidup di tengah-tengah suasana yang merosakkan. Tetapi, hidup di tengah-tengah suasana yang hakikatnya bukanlah alasan untuk tidak menjadi baik. Ia bukannya ‘hukuman mati’ kepada mereka yang ingin mencari keredhaan Allah SWT.

Dahulu, guru saya, Sir Mohd Abduh, apabila cuti sekolah menjelang dan pelajar-pelajar ingin pulang, dia sentiasa akan memberikan satu penyampaian bertajuk:

“Uzlah Syu’uriah Tammah.” Atau dalam bahasa melayunya: Pengasingan Syu’ur Secara Total.

Bukan mengurung diri, tetapi mengurung jiwa.

Bukanlah Pengasingan Syu’ur di sini membawa maksud mengasingkan seluruh tubuh kita daripada suasana. Hanya berkurung di dalam rumah atau masjid semata-mata. Hanya dengan diri sendiri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Bukan dan bukan. Jika demikian, Islam tidak akan mampu berkembang dan menyusup dalam kehidupan masyarakat.

Pengasingan Syu’ur adalah kita mengasingkan jiwa kita daripada mencintai apa yang suasana rosak cintai, kita mengasingkan jiwa kita daripada meredhai apa yang suasana rosak redhai. Di sini, seakan-akan wujud satu ‘barrier’ antara kita dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT tidak redhai.

Kewujudan ‘barrier’ ini adalah apa yang diperlukan untuk step yang seterusnya.

Tanpa ‘barrier’ ini, kita hanya akan redha dengan kerosakan di sekeliling kita. Kita hanya akan hanyut, larut dan akhirnya menjadi salah seorang dari yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Walaupun kerosakan-kerosakan itu, adalah apa yang dipandang ‘normal’ di sisi manusia hari ini.

Ah. Apakah ‘normal’ selain apa yang Allah katakan sebagai ‘normal’?

Tiada bukan?

Mencari alasan untuk kuat

Kewujudan ‘barrier’ tadi mencetuskan perasaan: “Aku mesti buat sesuatu.”

Dan kita akan menyedari bahawa, hendak melakukan ’sesuatu’ untuk menyelamatkan suasana rosak secara langsung adalah mustahil. Mustahil dengan keadaan diri kita yang lemah, dan berseorangan di satu tempat yang rosak.

Di sinilah kita memulakan ‘projek rescue’ bermula dengan diri kita. Apa yang kita buat adalah dengan memerhatikan ibadah-ibadah wajib yang khusus buat diri kita seperti solat fardhu, telah selesai kita laksanakan dengan baik. Kemudian kita tambah hari-hari kita dengan Al-Quran, zikr, istighfar, solat-solat sunat, Al-Mathurat, puasa sunat. Ini adalah penanda aras bahawa kita adalah ‘kuat’, di samping itu semua adalah resepi ‘kekuatan’ untuk kita kekal dalam ‘barrier’ tadi.

Di samping menjaga diri, kita berusaha juga mencari orang lain untuk menemani perjalanan kita. Kita faham bahawa, seorang diri, sekuat mana pun kita akan lemah. Maka, kita berusaha mencari teman. Tetapi, bagaimana hendak mencari teman dalam suasana yang rosak?

Semestinya kita cari di tempat kebaikan, di tengah suasana yang rosak. Kita pergi ke Masjid, dan perhatikan siapa yang datang di kala subuh. Siapa yang rajin duduk kekal mendengar ceramah selepas maghrib. Siapa yang mencatit khutbah Jumaat dan sebagainya. Kemudian kita dekati, rapati, mesrai, kenali, dan kita ajaknya untuk sama-sama kita ‘menjaga diri’.

Proses ini tidak sekejap. Namun anggaplah ia sebagai ‘assignment tambahan’ untuk kita menguatkan diri. Ibarat kata guru saya yang biasa saya pegang dan ulang: “Seorang perempuan yang malas hendak mencuci kukunya, apabila dia mencuci baju, maka kukunya akan tercuci sekali.”

Dan apabila kita sudah mempunyai rakan, kita ajak dia melakukan apa yang kita lakukan secara bersama-sama. Mungkin boleh tambah perkara lain seperti beriadhah bersama, makan bersama, keluar bersama, qiam bersama dan sebagainya. Pasti lebih menarik bila ada teman yang sama matlamat, sama tujuan dengan kita bukan?

Dan bersama-sama dengan dia, kita keluar mencari teman lain lagi. Lama kelamaan, perkara ini akan berkembang, dan mungkin setelah kita mendapat sekitar 5-10 orang, kita sudah mempunyai satu ’suasana solehah’ di tengah-tengah ’suasana jahiliyyah’.

Dan kita kembali hidup di dalam bi’ah solehah semula, bahkan, kita akan terus berusaha mengembangkannya.

Asasnya adalah keimanan

Namun, hendak mempunyai dan mengekalkan ‘barrier’ tadi, menjalankan ‘projek resque’ dan ‘assignment’ tadi, hanya mampu kita lakukan dengan wujudnya keimanan. Tanpa keimanan, kita tidak akan mampu melaksanakan semua itu.

Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita adalah hamba Allah SWT. Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita perlu menjauhi jahiliyyah. Hanya dengan keimanan, kita mampu mempunyai perasaan hendak melakukan kebaikan.

Tetapi tanpa keimanan, kita tidak akan peduli. Pada kita, ikut jahiliyyah itu biasa. Buat mungkar itu normal.

Keimanan itulah yang melahirkan Pengasingan Syu’ur Secara Total. Sebab, kebergantungan kita hanya pada Allah. Walau seluruh dunia meninggalkannya. Maka, kita bina satu keterasingan dalam diri kita, untuk tidak mengikuti syu’ur-syu’ur kerosakan yang jauh daripada Allah SWT, semata-mata untuk kita kekal dalam perjuangan mendapat keredhaan Allah SWT.

Hanya dengan pengasingan syu’ur secara total itulah yang memampukan kita untuk terus bergerak mencari alasan untuk kuat di tengah-tengah suasana yang rosak.

Penutup: Kita terbalikkan jahiliyyah, mejadi solehah.

Orang selalu berkata, kita tidak boleh suruh dunia ikut kita, kita kena ikut dunia. Asas pada bicara itu benar. Apabila kita tercampak dalam suasana jahiliyyah, kita tidak boleh memarahi suasana jahiliyyah: “Mengapa kau mesti ada di sini, tempat aku tercampak ni?” Sebab memarahi jahiliyyah sedemikian rupa takkan merubah apa-apa.

Tetapi, ‘kita kena ikut dunia’ itu pada saya, orang yang beriman patut menterjemahkannya sebagai: “kita bergerak mengikut kesesuaian suasananya.” Bukan kita terjemah sebagai: “Kalau suasana jahiliyyah, kita pun buat jahiliyyah sama.”

Jadi, kita bergerak. Semestinya, bergerak di tengah kerosakan, tidak sama caranya dengan bergerak di tengah-tengah suasana baik. Lihat sahaja Rasulullah SAW bergerak di Makkah bagaimana, dan di Madinah bagaimana.

Maka kita bergerak dengan bijak, strategis. Pasakkan matlamat.

Kita hendak terbalikkan jahiliyyah, dan mewujudkan satu suasana solehah.

Bermula dengan keimanan, menghasilkan Pengasingan Syu’ur Secara Total!

Work Hard before HOLIDAY! InsyaALLAH

best nya, walaupun FULL semua SLOT sampai hari AHAD ni takpeeeeeeee ... coz nak HOLIDAY~

BYE~

Wednesday, November 17, 2010

Aktiviti Hari Ini

Alang-alang dah duduk rumah ni, terfikir nak sambung buat preparation untuk Kursus Bekam yang akan saya kendalikan Selasa depan (23 Nov 2010). Tapi, boleh pulak tertinggal bahan-bahannya di Spa semalam. Malam tadi pulang agak lewat dari Spa sebab last customer jam 8:30pm. Kemas apa yang patut terus pecut balik sebab nak masak rendang, ayam kurma (ceh ceh padahal mak yang chef nya. hehe tolong kupas bawang je) over ko @_@

At last! Rasa ngantuk pulak tak buat apa-apa. Boleh tak nak rindu SPA. hehe mengada kan? ada aku kesah?

nak jalan-jalan ke Parkson, khuatir wang akan dikeluarkan tanpa sebab yang munasabah. harus save untuk Holiday hujung bulan ini bersama Angah d KL. hihihi.

Jadi, nak buat apa ni????

Tidurlah.

-_-


Salam AidilAdha

Salam AidilAdha buat semua :)

Hari ini my adik bongsu Azri Ibrahim bawak kawan-kawan dia yang duduk asrama Kolej Tuanku Hj Bujang ke rumah. Coz dah nak SPM hujung bulan ni, dan bakal berpisah katanya. cei cei cei. sentimental sungguh budak ini. Apapun, kami sangat gembira menjamu 4 orang kawannya yang berasal dari Limbang, Sabah dan Bintulu. Menjamu dengan selera Rendang Ayam, Ayam Kurma, Satay, Nasi Minyak, Kuih Muih, Kopi Radix, Ketupat, Lemang. Alhamdulillah.


Mak interview seorang demi seorang. heheh, :)


Menjamu dengan seleranya. yummy~


Adik sangat gembira menjamu rakan-rakan. Alhamdulillah. Kami berdoa anda semua mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM 2010. Cemerlang dunia akhirat. InsyaALLAH

Maaf Zahir dan Batin kawan - kawan :) ... Ada sembelih sapi ka?



Sunday, November 14, 2010

Bercuti Di Pantai

Mahu mahu mahu sangat bercuti di pantai. Main sukan air yang syokkk habis. Cakap saja tak guna. Mesti terliur tengok gambar-gambar ni. tipu kalau tak. heh -_-


Scuba Diving. wajib! cantiknya.


Jet Ski. whoosh~ Teruja!


Menyaksikan dolphin sekeluarga berenang dengan suka hati =)



Sea Walker. woh best leh jalan-jalan dalam laut berkenalan dengan ikan


setiap kali bercuti, memang sentiasa cari tempat untuk SPA. Mesti syok best woh!


Flying Fish. waa tak pernah tau pon ada sukan air yang ni. Mesti best. dapat terbang!Makin berkobar-kobar nak cuti di tepi pantai ni. mana tempat yang berbaloi kawan-kawan? jom cuti :)


para sailing. betul ke? yang ni pon mesti mahu mainnn huwaaa....bila harus ku pegi ni. mari cari tarikh dan pergi beramai-ramai. syokkk~


whoopss! tak habis lagi. banana boat. wheeee

Syok x syok x? tengok gamba pun dah rasa teruja kan? Jom bercuti. Selain Bali mana lagi arr? hmph ... mula plan.