Thursday, June 21, 2012

PELUANG

Assalamualaikum dan salam ceria ^_^ Pada keadaan cuaca sekarang ini banyak-banyaklah bersabar ya. hehe, sekarang musim panas kering kan? Kebetulan bulan ini banyak pulak aktiviti bergerak ke sana ke mari. Tiba-tiba banyak undangan membuka booth untuk beberapa event. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih kepada rakan-rakan bisnes yang banyak bantu menyebarkan info :) Semoga rezeki kalian melimpah limpah amin. Oh berbalik tentang cuaca tu tadi, memandangkan banyak bergerak, ditambah pula dengan cuaca sekarang, wah memang mandi peluh! tau sajalah kalau sudah berpeluh, hmm euwww hehehe :p jadi sekarang kena sembur lebih sikit perfume hehehe ... tiba-tiba cerita pasal perfume mestilah sebab tadi sudah beli 1 perfume yang baunya besttt ... haduh gembira ... hidu bau wangi saja sudah happy ... jenama apa? adalah .... hohoho Saya perhatikan peluang bisnes pada zaman sekarang makin luas dan besar. TAHU TAK? atau saya sedikit lambat, di atas pemerhatian saya sekarang manusia adalah sangat MALAS bergerak. Contoh: Kalau dia bekerja sebagai cikgu, rutinnya sekolah-rumah. Mungkin juga kerana rutin kerja yang letih jadi masa untuk singgah membeli barang-barang kemahuan adalah terhad atau malas nak singgah ke mana-mana lagi-lagilah untuk seorang isteri yang berkerjaya tentulah banyak nak difikir, suami anak dan kerja-kerja rumah. Jadi kepada PENIAGA di luar sana inilah peluang anda. Kalau nak tambah pendapatan pun boleh jugak. PERGILAH/KELUARLAH/BERJUMPALAH dengan mereka-mereka ini, kerana apa-apa barang yang anda jual mereka PASTI BELI. Inilah PELUANG anda untuk melipat gandakan keuntungan selain menunggu pelanggan datang ke kedai/rumah/minta pos. eh tiba-tiba mengantuk. tapi rasanya itu saja nak luah. taip sikit-sikit dan ringkas asal faham. hehe. selamat berniaga :)

Thursday, June 14, 2012

Kepercayaan

Saya sedang belajar bagaimana untuk sentiasa bersangka baik dan percaya kepada orang yang saya mahu percaya (kecuali ibubapa yang memang saya percaya 100%). Akibat mungkin terlalu percaya saya dikecewakan sedikit (hepp ini bukan masalah cinta ok? haha :p) Tetapi saya bersabar dan cuba muhasabah diri dan imbas kembali apa yang saya sudah buat salah membuatkan saya terlebih percaya kepada seseorang tetapi sebenarnya beliau akhirnya ..... Nak kata saya terlalu sedih tidak juga. Kerana dengan pengalaman ini, saya mengambil pelajaran dan cuba untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. Oleh kerana terlalu percaya saya memberi harapan tetapi ... T_T Sekarang saya lebih berhati-hati dan insyaALLAH pasti ada hikmah disebalik semua ini :) Apa yang saya boleh katakan tidak mengapa bersangka baik, memberi kepercayaan tetapi jangan terlalu dan sentiasalah berhati-hati walau siapapun dia. SABAR DAN SYUKUR.

Saturday, June 9, 2012

Tidurlah dan senyum

jalani hidup ini dengan sentiasa ingatkan diri mungkin esok sudah tiada lagi untuk diri sendiri. jadi tak perlulah risau perkara-perkara yang remeh seperti 1) orang bencikan kita 2) ada orang pandang rendah 3) pengumpat kita 4) dan sebagainya tidurlah nyenyak dan tersenyum. Muhasabah diri, perbaiki yang silap kerana kita sedang menanam untuk kita tuai di sana kelak. Selamat tidur :)