Tuesday, August 31, 2010

Purple

"Allah SWT akan senantiasa menguji antum pada setiap titik terlemah antum. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, maka ia akan selalu diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang senantiasa membuatnya tersinggung dan marah, sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah"

assalamualaikum teman-temanku. hehe :D

apa macam hari ini? banyak happy ka? apa mau sedeh? no time untuk sedeh, banyakkan buat kebaikan, jadi anda tak kan ada masa untuk sedih!!! dan terlihat kejahatan orang lain sehingga boleh membuat kita termengumpat atau terfitnah! subhanallah, jauhilah ciri2 ini daripada peribadi kita ya... o sempat memberi pesan untuk diri sendiri dan rakan-rakan juga sebelum kita masuk kepada entry sebenar. heheh :P

Saje, hari ni nak share ngan korang, suka warna apa aaa?? aku takde warna spesifik aku suka, tp biasanya kalau baju-baju ni aku suka ambil warna gelap seperti hitam dan cokolat, kalau kain baju kurung pula, aku salu pilih hijau, tak tau kenapa,hurm... tapi aku tkde spesifik warna yang aku suka.

tapii kan sejak kebelakangan ni, banyak pulak koleksi PURPLE aku, mula2 aku tak perasan, tiba2 masa aku shopping last 2 months with my aunty, dia tanya :

aunty : zizah suka purple ek?
sendiri : eh tkde lah
aunty : eh dari semalam beli warna purple,hari ni purple lagi, pastu sekarang tengah pakai bj warna purple.
sendiri : erk ... ooo baru perasan, eh ye lah kot kite suka purple.

wakakaka. mengaku jelah malas nak panjangkan conversation tersebut. hihihi...

sebenarnya nak bagi tauuu nak beli bedsheettt baru warna PURPLE .. hihihihi ... bedsheet sekarang warna kuning. mak suruh pilih dalam catalog Arcopal. tengoklah esok kalaua da yang berkenan, kalau tkde yang berkenan, saya nak singgah Parkson. kan kesian tilam baru, tp bedsheet lama, jadi kita belikan dia bedsheet baru k! tu jer kan nak share, tp mukaddimah berjela2. bahah! :D

Selamat Berpuasa Day 22

Monday, August 30, 2010

‘Toxic People’ vs ‘Unsung Hero’ - Pahrol Juoi

Nukilan Pahrol Juoi ; http://genta-rasa.com

“Belajarlah merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain,“ pujuk saya.
“Senanglah saudara cakap begitu kerana saudara tidak mengalaminya. Jiwa saya tersiksa sungguh. Dulu projek tu sayalah yang memberi idea. Saya juga yang memulakannya. Pada waktu itu mereka melihat sahaja dengan penuh sinis. Tapi saya sejak dulu lagi sudah optimis, projek yang saya ilhamkan itu akan berjaya.”

“Masalahnya?”
“Setelah berjaya saya diketepikan. Mereka yang sinis dahulu beria-ria pula mendabik dada, konon kejayaan projek itu hasil usaha mereka,” ujarnya sedih.

“Allah Maha Mengetahui. Insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran atas kebaikan saudara walaupun manusia lain mkelupakannya.”
“Betul macam yang diungkapkan oleh peribahasa lama, lembu punya susu, sapi dapat nama.”
“Biarlah sapi dapat nama, insya-Allah jika ikhlas kita dapat pahala dan keredaan Allah,” pujuk saya terus menerus.
“Saya sakit hati…”

“Saudara, bukan saudara seorang sahaja yang pernah melalui nasib begini, ramai orang telah melaluinya. Jika tidak, tidaklah timbul istilah ‘unsung hero’,” jelas saya.
“Unsung hero?”
“Ya, wira yang tidak dicanangkan atau didendangkan. Dia berjasa tetapi dilupa. Dia berbudi, tetapi dikeji. Pada setiap generasi perjuangan pasti ada golongan yang tidak disebut-sebut namanya, tidak dkenali apatah lagi dipuja, tetapi hakikatnya merekalah orang yang paling banyak berjasa dan berbakti.”
“Kenapa begitu? Adilkah?”

“Allah sedang mengajar saudara,” kata saya hampir berbisik. Mengalih fokus perbualan kepada dirinya dan saya.
“Allah sedang mengajar saya?”
“Allah mengajar saudara melalui mereka.”
“Apa yang Allah sedang ajar saya melalui perlakuan mereka?”
“Allah mengajar saudara tentang ikhlas!” tusuk saya perlahan.

Dia terdiam. Sebenarnya saya turut simpati dan empati dengan nasibnya. Ketika dia selayaknya tersenyum kerana kejayaannya, sebaliknya dia bersedih, rasa terpinggir dan hampir dilupakan.

“Saya geram dengan pengampu dan pembodek. Saya benci dengan siasah pembelit yang licik dan berstrategik,” ujarnya berterus terang.
“Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik,” balas saya dengan nada memujuk.
“Oh, sukarnya,” katanya hampir mengeluh.

“Saudara patut bersyukur dengan kesukaran itu.”
“Kenapa? Bukankah sepatutnya saya bersabar?”
“Kita wajar bersyukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita daripada riyak dan takbur atas kebaikan yang telah kita lakukan. Tanpa sanjungan, tanpa pujian, bukankah rasa takbur dalam hati kita akan tertekan? Rasa riak juga akan terhenyak?”
“Benar juga kata saudara. Tetapi sungguh, sukar sungguh untuk mendidik hati agar rasa begitu.”

“Saudara, dalam setiap perjuangan juga ada golongan yang dinamakan ‘toxic people’.”
“Toxic people?”
“Golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Ujudnya golongan ini seiring dengan wujudnya wira yang tidak didendangkan tadi.”
“Maksud saudara?”
“Justeru adanya toxic people inilah menyebabkan wujudnya unsung hero!”
“Awak ni ada-ada sahaja, “ katanya sambil tersenyum.
Alhamdulillah saya akhirnya dapat menyebabkan wajahnya yang murung tadi ceria sedikit.

“Toxic people ini tidak banyak kerja untuk orang lain melainkan bekerja untuk kepentingan diri. Dia mengampu yang di atas, menyiku yang sebaya dan menekan yang di bawah.”
“Saya akan lawan mereka!”
“Jangan. Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri.”
“Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.”

“Berapa lama harus saya bersabar, eh… bersyukur?”
Saya tersenyum.
“Sabarlah dalam bersabar. Dan syukurlah sehingga tidak dapat diukur…”
“Ini pasrah atau mengalah?”
“Tidak kalah dengan mengalah.”
Saya dapat menyelami perasaannya. Setiap kita pasti diuji – isteri yang setia oleh kecurangan suami, majikan yang adil oleh pekerja yang tamak, pengikut yang setia oleh pemnimpin yang zalim. Dunia ini memang tidak adil… sebab itu perlunya ada akhirat. Di sanalah keadilan yang hakikit dan mutlak akan tertegak.

“Kenapa kita sering tertekan bila diuji begini?” jolok saya bila melihat dia mengelamun.
Dia diam.
“Kalau disusur dengan hati yang paling jujur, dimuhasabah dengan jiwa yang paling saksama, pasti di sebalik semua itu adalah kepentingan dunia jua,” kata saya.
“Sebab tidak naik pangkat, tidak dapat ganjaran, tidak dapat pujian dan sanjungan… Bukankah begitu?”
Dia diam. Matanya berkaca.
“Marilah sama-sama kita akui, kita pun jahat juga. Mungkin kita juga bukan ‘unsung hero’, sebaliknya kita juga hakikatnya ‘toxic people’!”

“Siapa yang mampu menilai siapa kita?”
“Dalam Al Quran Allah telah tegaskan dengan firman-Nya: Beramallah nanti Allah, Rasul dan orang mukmin akan menilai amalan kamu itu. Tiga itulah penilai yang paling tepat. Selain daripada itu ketiga-tiga itu semuanya tersasar.”
“Sekarang saya faham mengapa sejarah sering diselewengkan hinggakan wira dianggap penderhaka, penderhaka dianggap wira.”
“Kecuali sejarah yang dibawa oleh Al Quran dan As sunah.”
“Jika tidak kita akan memuji Haman pengampu Firaun berbanding Masyitah (tukang sikat rambut) bagi anak perempuan Firaun. Tentulah Haman lebih tersohor, kerana dia bertaraf menteri bagi sebuah negara. Sebaliknya Masyitah hanya seorang kuli biasa,” jelasnya menguatkan keterangan saya.

Saya tersenyum. Masih terbayang dalam ingatan bagaimana pada suatu ketika dahulu buku-buku sejarah (yang menyalin bulat-bulat fakta dan idea penjajah) menyanjung residen-residen British seperti Hugh Low, Frank Swetenham, Clifford dan lain-lain manakala Dato’ Bahaman, Dato’ Maharajalela, Tok Janggut, Mat kilau dan lain-lain dilabelkan sebagai penderhaka. Itu tidak termasuk lagi figur seperti Kamal Ataturk yang dianggap sebagai wira Turki padahal dialah yang paling banyak merosakkan Islam di Turki dan khalifah dalam dunia Islam.

“Namun begitu, betapa licik sekalipun strategi dan putar-belit ‘toxic people’ ini mereka tidak akan dapat menipu semua orang pada setiap masa. Lebih-lebih lagi mereka tidak dapat menipu diri sendiri.”
“Maksud saudara mereka tidak akan bahagia walaupun dengan jawatan, nama dan harta yang mereka miliki?”
“Mereka mendaki ke puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Hidup mereka sentiasa tidak senang kerana asyik memikirkan perancangan kejahatan. Mereka akan sentiasa dibayangi oleh orang yang mereka benci ke mana sahaja mereka pergi. Orang yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.”

“Tenang sedikit saya mendengarnya.”
“Mendengar yang mana satu?”
“Yang mana satu?” tanyanya semula.
“Mendengar pembalasan yang akan menimpa ‘toxic people’kah atau ketenangan yang bakal dimiliki oleh ‘unsung hero?”
Dia tersenyum.
“Kita harus ingat, ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan, harta dan nama yang tersohor tetapi lebih ramai orang yang tidak bahagia kerana dengkikan harta, jawatan dan nama yang dimiliki oleh orang lain. Yang satu ‘tak dapat’ apa yang mereka dapat. Yang satu golongan lagi ‘tak dapat’ apa yang mereka memang tak dapat!”

“Kesimpulannya?”
“Biarlah sapi yang dapat nama… kerana kita bukannya lembu yang terkenal dengan kedunguannya!”
Teringat pula perumpamaan orang tua-tua dahulu, bodoh macam lembu. Relakah kita menjadi ‘lembu’ hanya kerana dengkikan sapi yang sering mendapat nama? Katakan tidak, kerana Allah, Rasul dan orang Mukmin akan menilai kerja kita. Itu lebih penting! Dan tiba-tiba saya teringat sebuah nasyid yang didendangkan oleh Mujahid nasyid yang telah pergi – Ustaz Asri Ibrahim. Katanya, “mana milik kita? Tidak ada milik kita.. Semua yang ada, Allah yang punya!”

p/s Tolong doakan kesihatan saya. Semoga semua pengunjung sihat dalam taqwa barakah Ramadan. Amin. Burulah Lailatul Qadr…

Saturday, August 28, 2010

Sami Yusuf Asma Allah

Mimpi Ramadhan

Bulan Ramadhan ni, pantang lelap, pasti aku bermimpi, tak kisah lah tertidur siang ke (ceh,tertidur, hehe) tertidur malam ke, atau tertidur lepas sahur. mimpi lagi. dan mimpi nya semua hampir sama. aku dalam kapal terbang dan kalau x pun sedang berada di luar negara. erk. aku mmg lah nak plan melancong tapi tkde lah angau sangat kan? hurm ..

coz sebelum ramadhan tkder lah pulak aku bermimpi sangat, biasanya lentok je atas bantal tu terus tidur dan terbangun seperti biasa. no dream dream uols. hehe.

dan kadang2 menggerikan juga. seperti kalau dalam 'belon'(=kapalterbang,aku kan serawakian) ada satu part tu tiba2 belon tu turun dengan laju dan perasaannyer sama macam kalau naik rollercoaster, adrenalin bergerak laju kan? dan rasa sangat reall..woooo...sangat terasa perasaaan itu seperti benar2 berlaku, tp lepas tu belon tu normal balik.

satu kes lagi, tiba2 berada di china bersama adik. erk kenapa mesti china? uhuhu. dan tiba2 masa nak pulang ada seorang lelaki arab nak ambil adik, katanya tinggalkan saja dengan dia. erk.

memanglah mimpi itu mainan tidur kan. jadi janganlah banyak tidur, bukankah sudah mimpi yang bukan2. dan ada beberapa mimpi2 lain, jugaaaa atas belon. haih. aku ni dah angau nak naik belon ke ape? bahah!

sila belanja saya untuk naik belon pegi pagi pulang petang. hehehe. :D

Selamat Berpuasa Day 18

Thursday, August 26, 2010

Fesyen Muslimah

sekarang ramai yang mengatakan mereka berpakaian ala muslimah. fesyen muslimah katanya. benarkah apa yang mereka sarungkan itu fesyen muslimah? mahu kupas isu ini yang semakin menjadi-jadi diwar2kan di mana sahaja walaupun ....

hurm, actually nak membahaskan isu ni hari ni, and kebetulan pulak website saifulislam juga membahas yg sama so better terus ke sini je lah ek, lebih lengkap. tee hee :D

http://saifulislam.com

Selamat Berpuasa Day 16

Tuesday, August 24, 2010

Sijil Herbalis ke 19 Kembali Lagi!

wah sijil herbalis kali ke 19 kini kembali lagi yang akan berlangsung pada 11 Disember - 31 Disember. rebutlah peluang ini kawan-kawan. dulu aku join Sijil Herbalis 15. masa tu hanya rm2500 saja. termasuk penginapan, makan minum, nota2 dan buku2. seronok sangat. rindu saat itu. kalaulah aku boleh join lagi kan? tapi tu adalah tarikh aku nak pi somewhere dan my birthday is on 30 december ok(sila ingat!) hehe. wah kau, somewhere. hehe.

Tapi kali ni special sikit sebab 2 orang saintis akan join sebagai tenaga pengajar. masa batch ke 15 dulu tkde saintis tp ada medical doctor 3 orang. Alhamdulillah semoga yg join Herbalis ke 19 kali ini memamnfaatkan ilmu2 yang dicurahkan yer. Serius tak rugi join, ilmu dunia akhirat dicurahkan, confirm balik tu ko semangat semacam. haha. eh tak perlu bebel panjang. Jadi apa lagi joinlah yer :D

Senarai tenaga pengajar :

1. Dr Zakaria Abdullah (Saintis)
2. Dr zaitun (Saintis)
3. Rashidi Ahmad (Ahli terapi pentaulihan Antarabangsa)
4. Dr zaidul akbar (MD dan khusus dalam Hijamah)
5. Dr Savitri(MD)
6. Tn Hj Ismail Hj Ahmad(Pengarah Urusan HPA)


Gempak ok! hehe jealousss :P


Monday, August 23, 2010

Best Motivational video ever

Sedangkan kita yang sempurna cukup sepasang kaki dan sepasang tangan lantas kecewa dengan kegagalan yang ke 100 sudah putus asa? hah! Kagum dengan usahanya tidak menjadikan alasan kecacatan fizikalnya untuk berusaha berdiri semula. Bangkitlah dengan kekuatan. Walaupun gagal biarlah bermaruah daripada hina berputus asa. Dia Nick Vujicic si hensem. hehe :D


zye: hehe sempat nangis. kagum wo semangat dia! -_-

Sunday, August 22, 2010

Sesi Mengemas

ahah! letih woo day trip to Seria Brunei hari ni, berangkat jam 8am. 40 menet driving dan mata haus sebab focus jalan lurus sahajer, pastu bagi talk sampai jam 2pm (masa ni masih berenergi sangat2.teehee :D) pastu berangkat pulang ke Miri jam 2pm dan singgah sebentar ke Kenyalang Supermarket beli sedikit barang dapur. kemudian singgah kejap kedai emak hanta barang. pastuuu g beli tilam oi oi. mak oi mahal nya tilam rm1k? angkut saja sebab lama sangat tak beli tilam baru sekaligus untuk hari raya(apa kaitan?) tapi mak cakap alang2 terus untuk kahwin?(hah!kawen?1st time mak sebut pasal kawen, sebab selalu dia suka elak kalau org tanye pasal aku. bahah!mak aku kempunan nak menantu kot? whahaha..eh eh melalut. sila fokus)

actually masa dalam perjalanan dari seria->miri tu dah plan malam ini mahu berbuka mihun goreng dan ayam goreng! ahah.

sampai rumah jam 4:30pm tiba2 badan sangat letih dan longlai, katil nampak melambai2 menggoda, tp kuatkan hati sebab tak asar lagi. solat, lepas tu mmg x leh tahan dah, sempat pengsan sekejap, tersedar jam 5:30pm wah terkejut terus turun dapur nak masak! wah masak ko..haha, master chep(emak) sudah berperang di dapo memasak menu untuk berbuka, memandangkan saya sudah plan sendiri nak mihun goreng, jadi menu saya asing. hehe, baru je nak stat buka bungkusan mihun. tiba2

Jiran: Assalamualaikum
Sendiri: waalaikumusalam (bergegas ke muka pintu untuk mengambil juadah yang disedekah)
Jiran: ada sedikit juadah untuk berbuka ni,
Sendiri: (senyum lebar sebab ada mihun goreng yang mmg nampak dah terliur sebab tahu mihun jiran ini mmg kompom sedap marvellous ko!) Ok, terima kasih, wa.(jiran adalah mak sedara sendiri, hehe)

Wah kau rejeki. tak jadi goreng mihun, at last goreng ayam blackpepper sahajer.

Alhamdulillah Terima Kasih Allah :)

dan malam ini, sesi mengemas bilik untuk meraikan katil baru. :D ahaks

ok bye

Selamat Berpuasa day 13

o_0

selalu semangat semacam je nak updet, ntah hari ini macam ma'alas lah pulek. hehe, sikap yang harus dikikis jauh. shuh~

Esok hari Ahad akan ke Brunei pagi2 lagi atas urusan bisnes. woh urusan bisnes ko, saja je bikin gempak kan? padahalllll ... ^_*

eh blur lah tak tahu, Isnin lah jumpa. macamkau kesah kan?

assalamualaikum~

Selamat Berpuasa Day 12

zye: Tak suka la annoying sms. kalau org tak reply tu faham2 lah kan? janganlah bagi sms lagi. tak suka. tahu. -_-. bye.

Thursday, August 19, 2010

Wanita Pendamba Syurga

Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan pribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak islami
Semakin berwibawa karena auratmu terhijabi.

Saat wanita lain bergelimang kesenangan semu
Menari-nari di atas lantai dansa
Menenggak arak dalam gelas-gelas kristal
Engkau justru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri.

Di saat wanita lain asyik memilih busana trendi
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlomba memamerkan aurat mereka
Engkau justru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia.

Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Miyabi, Britney Spears, Celine Dion, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Asiyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Karena takut jatuh pada perbuatan riya'.

Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justru menghabiskan waktumu di mushola
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istigfar di atas sajadah cinta.

Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad militan.

Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis

Menggumbar gosip sesama secara sadis
Engkau justru teguh pada Al-Qur'an dan hadisYang kau jadikan pegangan hidup
Agar iman di dadamu tidak redup.

Wanita pendamba syurga...
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia


✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru



Salam Da'wah wa Salam Ukhuwah
Keep Istiqomah wa HAMASAH

hurm macam mana? faham x dialek indonesia di atas. senang je kan nak faham? hee jadi tak perlu nak translate ke bahasa malaysia lah ek :p

Selamat Berpuasa day 10

Wednesday, August 18, 2010

Beraya di Perantauan

Alhamdulillah sudah hari ke 8 kita menunaikan rukun islam yang ke 3, menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

dan saya pulak sibuk masuk topik beraya. hehe. sebabnya semalam adik lelaki saya Ismail, dan mesra dipanggil Bang Is, menelefon nun jauh dari Itali. Terharu dan pilu coz dia sibuk tanya baju raya famili tahun ini warna apa. sedangkan kami semua acuh tak acuh je dengan baju raya, asalkan ada kan. ewah sedangkan diri sendiri sudah menyiapkan 2 pasang. hehe. kalau dulu2 emak suka beli kain semua sefamili sedondon, namun apabila masing2 sudah meningkat dewasa, wah kau dewasa. hehe, mcm tak mahu sudah sedondon, masing2 sudah mahu memilih pilihan sendiri kain dan fesyen bagaimana ingin digayakan. hah! takde fesyen macam mana pun hanyalah baju kurung biasa. hep, tak boleh ikut shape. hehe :D

oh berbalik kepada panggilan telefon dari Bang Is. Petang semalam dia telefon kemudian, sahur pagi tadi dia call lagi, saya sempat lah borak2 15 minit, pastu zzzz .. hehehe, masa itu emas.

memandangkan dia memahami kakaknya sorang ini suka melancong tempat2 yang bersejarah, ewah sedangkan sbnrnya suka shopping! hehe, beliau sangat mencadangkan untuk pergi ke Itali, Turkey katanya banyak sungguh bangunan2 antik dan bersejarah. woh terus teruja rasa ingin pergi terus. ewah, plan nxt yr lah yer, kumpul uwang nya dulu. hehe :D

semasa ke Beijing awal Jun lepas saya sangat seronok dapat menjejakkan kaki ke Forbidden City, Great Wall of China walaupun kena berjalan berjam2 tapi seronok. walaupun ada bbrapa org yg merungut sakit kaki, hehe biasalah tu mungkin sudah berumur dan mereka tak bisa jalan jauh. jadi sempena umur masih mengizinkan dan kesihatan yang baik, merantau lah sejauh mana yang mungkin. eh, apahal lari dari topik. ok berbalik kepada Bang Is.

Selesai berborak dgn Bang Is, saya serahkan phone ngan Mak, dan berborak lah mereka dengan pelbagai topik dan gossip! haha, selama 1 jam ko. saya sudah larut di alam mimpi. cuma yg saya tahu selepas Itali, Bang Is akan ke Hong Kong pula. begitulah tuntutan kerja. semoga beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan ikhlas dan peroleh rezeki yang halal.

Jadi sebab itulah tajuk entri kita hari ini Beraya di Perantauan, sebab adik kesayangan kami semua tidak bersama beraya untuk tahun yang ke 2 . sobs :`(

Tak tahu macam mana beraya tahun ini sebab renovation ruang tamu utama masih dalam progress, entah sempat siap entah tidak. apa apa pun masih ada 22 hari lagi ramadhan. semoga kita semua menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Jangan ikut saya cerita pasal raya sahaja. hee :D

oklah mahu tidur.

assalamualaikum

Selamat Berpuasa Day 9

Tuesday, August 17, 2010

Masalah Itu Didikan Allah

Petikan iluvislam.com

Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘syllbuss’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, “we can’t direct the wind, but we can adjust our sails” – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja saya luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup inii secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah (seperti yang selalu diberikan) tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.



Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!

Monday, August 16, 2010

ALHAMDULILLAH

APA YANG TELAH DIBERI OLEH ALLAH LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG KITA PINTA

THANK YOU ALLAH, ALHAMDULILLAH

For The Rest Of My Life - Maher Zain

Syukur, Alhamdulillah

tiba2 bersihkan entry2 yg rasa x best d baca. ahah. sendiri pulak rasa tak best. apa kes? hihihi

alhamdulillah proses detoksifikasi rohani dan jasmani berjalan dengan lancar, sudah puasa ke 6 bukan? lagi mau tanya.

dan perubahan ketara ramadhan tahun ini adalah saya bersahur hanya dengan 7 biji kurma, air mineral, dan kopi radix. oh hoh, sangat segar sepanjang hari. tahun sudah2 risau kalau tak makan berat, tp at last makan berat terus rasa beratttt dan mengantuk di siang hari. itu sayalah tak tahu kamu. heheh. jadi tukar style lah ok. tak lah d takuk yang lama sahajer.

berbukaaa pun, tapi berbuka hanya sebiji kurma dan segelas air kosong dan segelas jus. ahah, air sahaja sudah buat rasa berat nak angkat kang solat maghrib tak larat nak rukuk. selesai solat, barulah pegi makan berat sikit, walaupun sbnrnya tidaklah dinasihatkan pada bulan puasa ini, tapi terliur kalau masakan mak yang sedap, seperti kari ayam leleh, laksa sarawak slurp,
kue tiaw goreng mantap. adoh! ... tapi alhamdulillah tidak makan dengan nafsu sangat spt tahun sudah jadi masih boleh berjalan, hehehe ... ;D

syukur dengan perubahan ini walaupun sedikit. jadi agak ber energi tahun ini di siang hari walaupun ada sedikit letih2 biasalah sebab proses detoks dan mestilah bersabar, lagi ramai orang miskin atau kurang berkemampuan di luar sana tak makan, syukurlah kita masih boleh makan sebiji kurma dan air kosong :D

Alhamdulillah

Selamat Berpuasa dan Berbuka day 6 =)

Thursday, August 12, 2010

Thank You Allah

Korang kenal x Maher Zain? erk. jejaka macho itu. hahaha. 1st time tau pasal Maher Zain sbb ada fren yang share v.klip lagu InsyaALLAH d facebook. saya pun tertanya2 siapa Maher Zain ni? x pernah dgr pon. so saya pun klik video klip tu. oo,,sedap suaranya, mendayu2 ,,,, mesej sampai terus ke hati. ewah. hehehe. modern music, puji2an untuk Allah. menarik, gabungan piano, violin, etc, bunyi muzik yang gemersik.

oh, ini inilah jejaka itu. oopss sorry he's married :P



oh, saya tahu ramai yang sangat suka lagu The Rest Of My Life itu. jiwang lah beb, tapi untuk suami isteri je tau, yang masih bujang sila behave :P

Jadi, faveret lagu saya adalah semuaa~ namun mestilah ada yang paling sukaa kannn....saya suka lagu Thank You Allah, dan InsyaALLAH :)

Oh, saya dah dapatkan cd nya satu. hanya Rm27.90 lah fren, tak rugi berbaloi baloi, coz lagu2 nasihat dan puji2an hanya untuk Allah, lagu2 yang memberi motivasi supaya mereka yang ditimpa musibah move on, dan pokoknya besttt lahhhh...beliii lahh satuuuu untuk dengar sambil drivinggggg... heee :D

yang paling penting...muziknya best. modern music. not typical nasyid. hee :D

oklah...saje nak kenalkan Maher Zain. hehehe jangan lupa beli ok! :P

Selamat Berpuasa Day 3

Tuesday, August 10, 2010

TRUMP: The Way To The Top

ewah tajuk mantop kan? ...

kali ini sambil menunggu buku yang akan dikirim sendiri oleh Penulis Buku Berfikir Gaya Trump iaitu Nazri Kadir, saya membeli belah buku ini. actually ni buku lama, tahun 2004 ko, tapi tetap ada ilmu kan? b4 nih main lalu je tgk buku2 yang bertajuk trump ke ataupun penulis nya sendiri trump. tapi kali ini, tak tau kenapa nak bongkar jugak buku ini. ayoh mula baca! interesting, dah baca beberapa helai. :D



daannn soping beli sponge untuk cuci gelas di spa. erk, tak perlu picture la kan? sponge cuci gelas pinggan mangkuk je ponnn


Sekali lagi, salam ramadhan semua, though saya lom boleh puasa esok!~_~

assalamualaikum~

SMS tengah malam?

malam tadi, sudah tidur dengan nyenyak.nya. tiba2 ada bunyi sms masuk? ehm.

1 new message ..

Blackberry diharamkan di Malaysia.

sambung tido.

bangun2 pagi, baca balik. erk. diharamkan? kenapa? hurm tp sy tak guna blackberry pun, belum berkenan katanya though hari tu bukan main plan nak beli, at last beli hphone lain. hphone apa? adalah. wahaha. ceh hphone pun berahsia.

masih belum dan mendengar isu ini jadi besar. jadi. adakah blackberry diharamkan hanya khabar angin atau apa?

hurm. eh sibuk plak pasal blackberry. ok lah nak mai secawan kopi radix rileks sambil kerja. huahauhauha.

eh sebelum itu,

Salam ramadhan kepada semua muslim friends ok! Nak ambil kesempatan ini meminta maaf di atas semua kesilapan. marilah saling bermaafan. semoga emosi2 yang tidak terkawal, akan terkawal bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi di bulan2 yang seterusnya. ehem, emosi terkawal? hehehe...

oklah nak update tak jadi, beli baju gelap dibawah ini, coz sudah habis stok. jadi saya tuka kepada design 1 button sahaja. warna sama. tak sabar nak tggu!. eheh :D

tak sabar nak tunggu adik2ku balik. Aisyah je pon. my bro Ismail beraya di perantauan. tedah. :(

tahun ini kali ke 2 kami beraya ber 6 sahaja. Bapak. Mamak. Sendiri. Angah. Adik.Paknek. tedah -_-

eh eh esok baru mula puasa dah cerita raya? ewah tak sabar benau. eheh~

oh my kopi radix.

bye. assalamualaikum

~_~

Monday, August 9, 2010

Yang Gelap

uhui, ai order ni ok! hihihi, rm 100 saje termasuk poslaju. dulu, saya susah nak decide mana satu nak pilih. sekarang ni, asalkan gelap je, confirm masuk koleksi. hehhe. lalalal...nanti kalau dah sampai saya tunjuk lagi ok..daaaaaaa..apa kaitan tajuk entry? yang gelap? eheh.



selamat menyambut ramadhan :D

Sunday, August 8, 2010

Baju Raya

oh, dalam hitungan 2 3 4 hari lagi kita nak puasa kan? hurm, mungkin saya tak sempat menyambut ramadhan 1. coz sekarang tgh bendera jepun. @_@

it' s ok lah, ada 30 hari ramadhan. hehe :D

Ok, tahun ini, dah ready 2 pasang baju raya daaannn 2 pasang kainn yang tak sempat nak antar ngan tailor kooo. . terkezut ai nak hantar tailor masa awal Julai hari tu, most of the tailors tolak mentah2. huhu. rupa2nya mereka dah stat stop ambil tempahan :(

sib baik dah siap 2 pasang baju kurung. ehem. satu kain yang dibeli dari Beijing * 1st time i terpikat kain warna pink~ ... cantikkk, hehhee. dan baju kedua adalah kainnnya dibeli from Jakel kot? dan 2 pasang kain belum di jahit beli kat Harrison.

alamatnya after raya lah baru i melaram dgn baki 2 kain. hehehe...

jom plan nak melancong ke mana pulak lepas ni? dalam otak nak ke Turkey n Europe!

jommmmmmmm .... boleh angkut my Angah, Ismail, n Azri, since diorg dah graduate by nxt yr! erk except Azri lah baru nak masuk IPT. hihihihi...

Saturday, August 7, 2010

patulah moody semacam tp masih boleh controlll ok...dia sudah datang. hehe.

fokus fokus fokus. usah terganggu oleh anasir2 yang kurang berkepentingan.

shuh~

Thursday, August 5, 2010

Tahniah Juara Qari dan Qariah Tilawah Antarabangsa 2010

Terpegun! Mata saya terpaku tatkala peserta dari Mesir memperdengarkan bacaan al-quran. sungguh merdu, alunan tarannum yang kemas. saya kurang tahu tentang jenis2 lagu dalam bacaan alquran ni, tapi saya rasa ada perbezaan lah alunan yang dia bawa. ahah. itulah dia Hani Abdel Aziz Ahmed. yang buat saya lagi asyik mendengar dan melihat dia selamba ja membaca sambil melihat audiens di hadapan. Happy Go Lucky~ :D .... berbeza dengan peserta lain mcm nampak tertekan dan stressss..bukan apa, pserta2 lain mungkin nervous.

saya tidaklah konsisten menonton tilawah alquran ni setiap malam, krn ada sedikit tugas. ceh ceh alasan. hehe, cuma malam terakhir tu sambil buat kerja saya bukak tv, dan terus saya terhenti seketika bila si Hani ni melantunkan suaranya. ewah2. indah. indah sangat :D

dan malam esoknya pulak kalau tak silap 4 ogos kan?ke 3 ogos? keputusan tilawah tu, saya cuma ingat bacaan Hani sorang jer. hehehhe. yang lain2 tak tau. tau2 je untuk qari, tempat ke 5 pserta dari Brunei. comel tol budak tu, hehe umur baru 19 kan? tempat ke 4 hurm dari mana a? lupa lak, pastu tempat ke 3 dari filipina, tempat ke 2 dari Malaysia dan Juaraaaa yahooo peserta faveret Hani Abdel Aziz Ahmed from Mesirrrr :D :D :D ... tak sabar nak dgr bacaan dia kali ke 2

daaaannn sekarang sambil menaip sambil dengar video dia nih, dari utube. eheh. syahdu :)

dan tidak dilupakan, tahniah kepada qariah malaysia tempat ke 4, dan Juara dari Pakistan Samia khanan ke kalau tak silap.

* masih terpegun * masyaALLAH :D
kepala berat, bdan rasa panas, confirm tergolek. ok bye. -_-

Monday, August 2, 2010

rambang mata lagi *_*

uhuyyyy ..... best kan boleh shopping online??

tengok niii ...


simple, untuk g travelling, nyamannn di kaki



cute, shomel, untuk hari raya mayb? hurm tapi mak asik mengingatkan stok kasut yg
belum diguna lagi. last shopping di Bandungggg hari tuuuu *_* ... kempunan nak dapt ni ...



pun best untuk travelling, erk beza warna je dgn yg atas tu. ehek, cuma shomel la kot, warna pink gitu ....




nice. simple. elegant. formal n informal event sangat seswai. untuk perasmian hpaic 2 oktober mayb? erk, tiket belum ambil. ^_^

macam mana ni? boleh x beli senyap2? hihihihi .... mummy mmg tak bagi, coz nxt shopping adalah oktober nnti, coz stok yg ada belumAlign Center diguna pakaiiii lagi.....!_!

tidak bisa tido memikirkan ini %_%


Sunday, August 1, 2010

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



Petikan : iluvislam.com