Wednesday, September 28, 2011

Hari Ini

Alhamdulillah rutin harian semakin menarik dan mengujakan.

Hari ini survey katil facial untuk kedai baru. InsyaALLAH bulan hadapan ada 3 treatment yang akan dimulakan dahulu memandangkan masih mencari pekerja di tempat baru ini.

Doakan semuanya berjalan lancar.

InsyaALLAH tiada lelah didalam perjuangan ini.

Salam Perjuangan :)

Sunday, September 25, 2011

Syukur

Dalam minggu lepas, ada beberapa hal yang membuatkan saya seperti hendak menangis, kecil hati, terkesima dan yang sewaktu dengannya. Cepat-cepat pula saya mengingatkan diri SABAR LAH AZIZAH. Mungkin ada dosa-dosa yang saya lakukan yang Allah balas terus di dunia ini.

Tetapi Allah itu MAHA PENYAYANG dan MAHA ADIL. Tidak sangka semakin cepat pula saya mencapai salah satu impian saya, yang target asalnya adalah lama lagi untuk saya capai. Subhanallah digantikan dengan sesuatu YANG LEBIH BAIK. Rasa mahu menangis gembira. Syukur Alhamdulillah. Apa itu? Bila terluang nanti saya akan kongsikan. Mungkin.

Apapun, Salam PERJUANGAN, Jangan Bersedih, Allah Bersama KITA! :)

Thursday, September 22, 2011

KURSUS BEKAM - MIRI SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berikut maklumat lebih lanjut :-

Tarikh : 24 September 2011 ( Sabtu )

Tempat : Bilik Latihan Zie Beauty Care ( Lot 780 1st Floor Bintang Jaya Commercial Centre Jalan Bintang Jaya 98000 Miri Sarawak )

Yuran : RM 300 (termasuk alat bekam, makan dan minum 3x, sijil, dan nota )

Hubungi kami di 013 820 9438 atau emel: zyezah@gmail.com untuk pendaftaran.

Terima Kasih

* Update peserta terkini : Ada 3 lagi kekosongan. Tarikh tutup pendaftaran 23 September 2011(Jumaat)

Wednesday, September 21, 2011

Harmony

Pagi ini bangun tidur dengan mata yang kembang! Cuba mencari di google image sekiranya ada mata yang kembang ala-ala saya. Alahai. tiada satu pun yang sama. Bagusnya kalau menangis malam tapi esok pagi langsung tak kembang mata? Adakah hanya daku seorang yang sebegini rupa. huhu. Nak ambil gambar mata sendiri adalah sangat tidak wajar. hehe.

Kenapa saya menangis malam tadi? Sehingga pagi ini saya rasa tekak saya kering. ish ish bayangkan betapa banyaknya air mata dikeluarkan malam tadi sehingga tekak kering pagi ini? hehe ada kaitan kah? -____-.

Sebab saya tertekan channel Tv Alhijrah! Tahu movie apa? saya agak hairan juga Tv Alhijrah ini memaparkan Movie Korea! Hurm mesti ada sesuatu yang menarik ni. Jadi saya teruskan tontonan. Wah ternyata! membuatkan saya menangis seperti ini! Saya seorang yang sukar juga menangis kalau menonton movie.



Cubalah. Tonton movie ini dan bersedia untuk kering air mata ok?? Ada pengajaran di sebalik filem ini jika kita berfikir dan berzikir :)


'HARMONY' ->sila search Youtube untuk menonton ok?

K dah sambung ulangkaji. Assalamualaikum.

Salam Perjuangan ^____^

Sunday, September 18, 2011

Cintai Profesi Anda dan Hormati Profesi Orang Lain

Tidak perlu cakap banyak tentang topik di atas. Semua orang yang diberi akal waras sudah tentu memahami.

Esok Isnin! Dan saya sangat gembira dan super semangat! Pasti anda semua begitu juga. Jika ada rezeki dan masih bernafas, berjumpalah kita dengan Hari Isnin.

Terima Kasih Allah untuk rezeki dan segala kebaikan yang terjadi pada hari ini.

Salam Perjuangan! ^______^

Friday, September 16, 2011

Tawaran Kerja

Assalamualaikum rakan-rakan. Mahu buat pengumuman disini. Adakah anda atau rakan-rakan anda atau saudara mara anda yang berminat dengan kerjaya pembantu jurukecantikan di SPA? Kami di ZIE BEAUTY CARE sedang ingin menambah staf untuk menampung permintaan perkhidmatan terkini. Anda yang layak untuk memohon adalah :-

1) Warganegara Malaysia (berumur 18 Tahun ke atas)
2) Status Bujang diutamakan
3) Boleh bekerja masa yang fleksibel
4) Beragama Islam
5) Mempunyai sijil Jurukecantikan Tahap 1 atau mana-mana sijil yang berkaitan.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di 013 820 9438 untuk temuduga seterusnya. Terima Kasih.

Thursday, September 15, 2011

Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan segala puji bagi Allah selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga pembaca-pembaca budiman berada di dalam keadaan gembira, tenang, sihat sejahtera dan senyum selalu ^___^

Semalam adalah hari yang penat dan menggembirakan juga. Tidak dapat tidur sebab banyak perancangan dan impian sudah berada di fikiran. Kini tinggal untuk melaksanakan! Hormon endorfin terasa berlegar-legar :)

Untuk menggapai impian, semua orang tahu, tiada jalan singkat.

Sangat gembira dan teruja boleh merasa pelbagai rasa, emosi, suka duka, pengalaman manis manis didalam perjalanan kehidupan yang sementara dan hanya persinggahan ini. Jika tiada matlamat,impian, visi dan misi rasa rugi pula kan? Ayuh tetapkan satu untuk anda, bagi yang belum menetapkan apa-apa. Dan pastikan apapun impian dan matlamat anda haruslah berpandukan kepada :

1) Mengikut syariat Islam
2) Ikhlas kerana Allah
3) Mengharap keredhaan Allah semata-mata

Ya saya baru 26 tahun. Apa sangatlah asam garam yang dilalui jika dibandingkan dengan mereka yang lebih matang seperti 50 tahun? Namun bukan itu ukurannya. Tetapi bagaimana penerimaan dan corak fikir kita terhadap sesuatu kejadian atau masalah itu yang lebih penting.

Walauapapun saya bersyukur, terlalu banyak anugerah yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga dan rakan-rakan. Banyaknya hikmah di setiap kejadian. Banyaknya sebab untuk kita tersenyum. Tiada sebab untuk bersedih kepada angkara dunia, kerana kita semua tahu, kita akan kembali ke alam yang kekal selama-lamanya iaitu kampung akhirat. Sudah cukupkah bekalan kita? Segera bertindak untuk membuat sebanyak-banyak amal kebaikan tanpa mengharapkan balasan tetapi dengan harapan sebagai bekalan kita untuk menuju ke sana.

Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mintalah kepadaNYA nescaya DIA akan berikan.

Salam Perjuangan! ^__^


Tuesday, September 13, 2011

I am so happy coz i love my job. OK thank you. bye. :P

Monday, September 12, 2011

Kampung Abadi

Apabila kita memandang dunia ini dari sisi yang positif, tiada apa yang nak dikeluh kesahkan. Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, dan kampung akhirat adalah tempat kediaman abadi kita. Sebab itulah saya mahu seboleh nya boleh merasai pengalaman kehidupan di negara lain sebanyak-banyaknya sebelum meninggalkan dunia ini. Kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput, semoga Allah memperkenankan Impian saya yang satu ini. Amin! Amin! Amin!

Kadang-kadang saya bertanya sendiri, kenapa masih penipuan, kejahatan, kezaliman itu berleluasa ya sedangkan kejujuran, kebaikan, kasih sayang itu adalah sesuatu yang PASTI akan menjanjikan kebahagiaan, jika bukan di dunia insyaALLAH di akhirat kelak.

Saya juga mahu melakukan banyak benda. Haha. Jika dilihat pada masa 24 jam sehari sebenarnya adalah sangat banyak jika boleh diuruskan dengan baik. Saya juga hairan, selepas saya lakukan ini, ada lagi masa, saya buat itu, kemudian buat ini, kemudian rasa mahu tambah lagi apa nak dibuat. Kerana saya mahu masa saya diisi dengan sesuatu yang boleh menjadi bekal di perkampuangan akhirat kelak. Amin! Amin! Amin!

Tiada yang mustahil jika kita membenarkan fikiran kita mengatakan Ya, aku boleh! Ya aku percaya! Ya aku Yakin!

Terima Kasih Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menempuhi cabaran dan kesabaran bergelut dengan dugaan.

Salam Perjuangan! ^____^




Saturday, September 10, 2011

Hati

Beberapa tahun dahulu saya adalah seorang yang obses kepada Alam Mistik. Oops jangan salah faham dulu. Bukanlah bermaksud sehingga saya bekerjaya menjadi Bomoh Wanita. heh heh.

Boleh tanya rakan-rakan Utp saya dulu, saya memang suka menonton filem atau cerita atau dokumentari tentang Hantu. Apa-apa saja yang berkaitan dengan alam ghaib itu. Pocong? Jin? Pontianak? Hantu Raya? Ya, saya suka (entah apa-apalah fikiran saya pada waktu itu) -___-

Saya akan tanya setiap orang yang saya jumpa kalau mereka ada pengalaman berhadapan dengan makhluk-makhluk ini. Ianya adalah suatu kepuasan. Saya siap print lagi cerita-cerita mistik di internet. Carian Google juga dimanfaatkan sepenuhnya. Tetapi tidak pernah pula saya diganggu, atau ada pengalaman dengan makhluk-makhluk tersebut (di Utp atau semasa saya di asrama sekolah menengah dulu, di rumah lain cerita. hehe)

Sehinggalah pada suatu masa saya tidak berminat dengan makhluk-makhluk ini. Tidak tahu apa puncanya. Tetapi tiba-tiba pula ramai pelanggan saya beranggapan saya boleh merawat mereka yang ada masalah sihir. Aik, saya katakan pada mereka siapa yang bagi tau. Mereka kata ada yang memperkenalkan saya boleh mengubat. Tapi saya cuba bantu yang saya mampu berpandukan alquran dan sunnah, tidak pula saya tolak, kerana pasti ada sebab kenapa Allah menghantar pesakit ini kepada saya. Positif.

Mungkin juga kadang-kadang Allah datangkan mereka ini kepada saya untuk menunjukkan bahawa sangat ramai umat Islam di luar sana hatinya tidak tenang. Perlukan rawatan. Ada yang parah. Bila mereka tanya saya bagaimana mahu merawat hati mereka tidak tenang, sentiasa resah gelisah, dan ada juga yang beranggapan mereka mendapat nasib sial sebab sering dimarahi di pejabat. Dengan kekuatan yang ada saya jawab Solat lah 5 waktu, baca al-quran, berzikir, dan ikutlah suruhan Allah tinggalkan laranganNYA. Tetapi dia jawab, " Ya saya tahu itu, tapi saya mahukan cara lain. Jangan ajar saya tentang Solat sebab saya tahu solat. baca al-quran juga saya pandai, tidak, saya tidak mahu jawapan itu, berikan saya cara rawatan yang lain", katanya.

Aduhai, ya saya tahu saya perlu kuatkan jiwa dan hati. Kasihan orang ini. Memang perlukan bimbingan yang baik. Sentiasa bersangka baik kepada mereka, kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat. Itu Doa saya. Kita manusia biasa, hanya mampu berusaha untuk menasihati dan memberitahu apa yang perlu. Hidayah adalah Milik Allah. Jangan berputus asa untuk menyampaikan dakwah, kerana sememangnya itu tugas kita, orang Muslim.

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah dulu saya tidak menyambung pelajaran dalam bidang agama ya. Tiba-tiba saya merasakan ilmu agama adalah ilmu yang sangat indah. Kenapa dulu saya tidak berfikiran seperti itu? Ya, sudah pasti ada hikmahnya. Kini saya berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan membaca buku-buku agama, mendengat ceramah, mengikuti usrah dan sebagainya. Doakan saya boleh membantu mereka yang memerlukan.

Ternyata bukan mudah untuk mendapat atau dianugerahi jiwa yang tenang, kerana jawapannya hanya ada pada ALLAH.

Hidayah bukan untuk ditunggu, tetapi di cari. Semoga kita orang terpilih. Amin. Salam Perjuangan! :)

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Dan Pertunangan Angah

Bersama Paknek kami yang genius dan terer masak :) (ingat tak dialog PakNek yang saya selalu update dalam belog ini? hee :D


















InsyaALLAH Mohd Azri akan menjadi ahli keluarga kami yang baru. Doakan yang terbaik untuk Angah Aisyah Ibrahim dan Mohd Azri :)

Wednesday, September 7, 2011

Program Mukmin Profesional Bersama Ust Pahrol

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua pengunjung. Program sehari bersama Us Pahrol dan Fasilitator Fitrah Perkasa pada 22 hb Oktober 2011 akan di jalankan di Damansara Damai dari 9.00am – 4 pm.

Yuran Penyertaan RM200 seorang. Hadiah sebuah buku Mukmin Profesional(RM55) bagi setiap peserta.

Hubungi Ahmad Zalani untuk keterangan Lanjut.

019-378 3100.

Terhad 30 peserta.

********************************************************************

Sangat teruja bila baca pengumuman ini! Sudah lama mahu menghadiri program yang dikendalikan oleh Ustaz Pahrol dan pasukannya.

TAPI.....................

Sobsobsob, tiada rezeki mungkin. Tarikh itu! huhu. Saya masih di Penang untuk menghadiri Kursus Akupunktur sehingga 26 OKtober .. mari menangis lagi
-______________-'

Agak banyak juga program lain yang saya terpaksa lepaskan demi menuntut ilmu Akupunktur yang saya sangat tunggu beberapa tahun ini. Tidak apalah, semoga ada rezeki di lain waktu. Tapi, Ustaz Pahrol jarang buka program ini untuk public rasanya .... it's ok maybe nextime. Positif ^____________^

Jika anda berpeluang dan luang pada masa tersebut silalah hadir dan daftar ok? Berbaloi-baloi, sudah pastinya!

Salam Syawal Hari 9!


Friday, September 2, 2011

Syawal Day 4

Hari ini mari membaca tanpa henti, huhu. Sebab esok sanak saudara akan mula menyerang rumah sekali lagi berkumpul ramai-ramai untuk persediaan hari pertunangan Angah pada hari Ahad. OK bye



Thursday, September 1, 2011

Ajal, rezeki, jodoh rahsia Allah! ^___^

Mungkin kerana umur saya baru 26 tahun ( baruuu?) jadi soalan-soalan bila mahu kawen tidak lah sebegitu memberi tekanan. Yang paling best, ada yang tanya mahu tunggu Agung mana? Wah! Amiiinnnnnnnnn kan teruss bolehhh??? hihihi. tapi haruslah agung yang sebaya dan bujang! Adalah mustahilllll??? nooo??? hahah.

Ada juga pakcik yang kata, 'Kau ni mesti dalam driving asyik fikir pasal bisnes' ... wah hebatnya pakcik ini boleh baca fikiran saya! ish ish ish ..... :)

Oh ya, mungkin juga sebab Angah saya akan bertunang ahad ini, jadi tiba-tiba pak cik makcik saya risau tentang saya. hahahaha.

Tapi sekarang adalah masa untuk karier!(wah, klisye nya statement ini!macam bunyi skrip lakonan drama. hehehe) Jodoh tetap diusahakan, bila sudah sampai masa nya okkkk??? Terima Kasih mendoakan untuk sayaaaa yaaaa Pakcik dan Mak cik, sangat hargai! Doakan saya dapattt agungggg mudaaaa ok??? hihihi :P

Petikan dibawah saya petik di sini http://soniazone.wordpress.com/

Bagi saya kuncinya adalah firasat baik pada Allah. Sebab kunci utama penggenggam keputusan hanya Allah saja. Dan juga tidak kalah penting adalah berusaha untuk selalu menjadi lebih baik, hingga akhirnya merasa berhak untuk mendapat yang terbaik. Sebab janji Allah pasti,

“Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)

Jadi kenapa harus resah, ukhti? Anggap saja jawaban itu masih menggantung di langit, dan masih menunggu saat yang tepat untuk diturunkan.. :-)

Temani saat menunggumu dengan doa, dengan sabar, dengan keistiqomahan, ikhlas, dan prasangka baik padaNya…

Salam Syawal Day 3 ^____________^

Mood : Melancong satu dunia!

Alhamdulillah sudah Syawal ke 3.

Mood sekarang adalah mahuuuuuu berjalan-jalan ke luarrrrrr negaraaaaaaaa!!!
-______-

Supaya lebih rasa bersyukur, saya suka memilih Indonesia! =)

Untuk rasa lebih adventure saya suka BEIJING! Sebab boleh banyak jalan-jalan macam jalan jalan pusing istana nya yang besar ituuuuuuuuu~~~~~~~ Sukaaa sukaaaaa, asalkan tempat bersejarah mesti masuk list!

Bilalahhhh saya berpeluang ke Turki yaaaaa??????

Mungkin paling dekat pergi vietnam saja, shoppinggg sanaaa besttt kannn????

huwaaaaaaaa...sangattt mahu melancongggggg!!!!!!!!!sekarang juga mahu terbanggg!!! zassssss

ok bye