Wednesday, November 30, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow

Sedang memberi keyakinan kepada diri untuk bersedia ke alam seterusnya. Tapi, hari-hari semakin sibuk pula, dan hati ini masih sayang dengan rutin seharian sekarang. Selebihnya saya serah kepada ALLAH :)



Huyan Dan Mimpy

Tak sabarnya nak tunggu buku ini sampaiiiii...yeay~ selain sedang baca Ranah 3 Warna dan Leaving Microsoft to change the world, tiba-tiba buku ini sudah diterbitkan. Tiada alasan untuk komplen hari yang boring..... YUMMY! Selamat menghadam! :P


Monday, November 28, 2011

Osbon Maharaja Lawak Mega Minggu Ke4

Bila sedang sedih-sedih sikit, ini adalah diantara video lawak yang akan saya layan. tengok ulang-ulang masih boleh gelak! hahaha. Selain kumpuln OSBON ni, saya suka kumpulan BOBOI jugak. Terima kasih menghibur hati :)

Saturday, November 26, 2011

:)

Bersyukur, appointments bersama pelanggan tak putus-putus. Tapi saya sudah dapat rasa badan saya sudah mulai memberi respon mahu dibelai dan diberi perhatian. Tiba-tiba dilema. Mahu tolak temujanji tidak sampai hati. Tetapi terpaksa tolak beberapa yang buat masa ini kurang penting. Mungkin sudah tiba masanya saya menambah lagi staf, yang benar-benar berminat dengan spa. Silakan buat temujanji bersama saya untuk interview ok? Hanya untuk mereka yang benar-benar berminat.

Sekian terima kasih.

Istirehat :)

Thursday, November 24, 2011

Giant

Emak kata saya sudah seperti Giant, mana tidak nya sikit-sikit makan, dah mula berhenti exercise, oh no! alasan bz sangat, padahal ada je masa petang-petang untuk joging kan??? banyakkknyaaa alasaannn.....tak perlu tunjuk satu badannn tengokkk pipi ini sudahhh tauuu saya makin mengembanggg...sobs sobs sobss...oh makanan, tolonglah JAUHI saya! :(

Wednesday, November 23, 2011

EKSPO MIRI 2011

Usai join Regatta Sibuti 18 nov-20nov lepassss, kawan saya cik umi hanifah sms, ada lagi ekspo di bintang mall....waaa masih tak hilang lagi penat di sanaaaa.....tambah appointment spa yang berderet minggu ini,,,,,tapi sayang pulak tak join kan??? memang dah niat dari tahun lepas nak try join ekspo di bintang mall kalau ada rezeki, bila sudah ada peluang, haruslah jangan ditolak :)

Makanya, teman-teman, cikpuan, datin dato ehem ... hehehe silakan kunjungi booth saya nanti yer.

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA

Tempat : Bintang Mall, Miri (Tingkat 2, BOOTH 78)
Tarikh : 24 November - 28 November 2011
Masa : 10am - 9pm

Jom singgah, ada lebih 100 booth yang boleh dikunjungi! ^_^

Sambil jual buku kita promote Spa ok? hehe sambil menyelam minum air. ok sekian.

Salam perjuangan teman-teman :)

Sunday, November 13, 2011

Letto - Cinta Bersabarlah

SELAMAT HARI MINGGU! Hari ini benar-benar menikmati hari ahad! Alhamdulillah :)

Tanggungjawab semakin berat dari hari ke hari kerana semakin ramai orang memerlukan bantuan demi untuk mendapat KESIHATAN yang BAIK. Gembira dengan izin Allah jika usaha yang dilakukan sekurangnya boleh meringankan beban mereka! Maka Cinta Bersabarlah! =)

DARE TO DREAM!

Wah kan, dare to dream lagik. walau sekecil-kecil benda yang kita mahu, mestilah bayangkan dulu kan? Selalunya saya akan bayangkan apa yang saya mahu. Kadang-kadang cepat je dapat. kadang-kadang lambat sikit. tapi yang PASTI, MESTI dapat punya. haha. Anda semua juga punya pengalaman begitu bukan? Itulah dinamakan Law OF Attraction. Sesuatu yang kita fikirkan, dan kita MAHU sangat pasti akan TERTARIK kepada kita!

kadang-kadang bingung juga perlu ke nak kongsi apa IMPIAN saya? haha, kecoh je kan? padahal kalau tak nak bagi tau tak payah lah nak bising-bising dalam blog. takpe saya memang dah buat keputusan takkan kongsi di blog. saja malam-malam begini kongsi sikit-sikit apa yang rasa nak kongsi. :P

Walauapapun teman-teman, belajarlah untuk bersyukur apa yang kita ada sekarang, dan teruskan BERUSAHA KERAS untuk apa yang kita MAHUKAN, BerDOA supaya terCAPAI dan Tawakkal saja apa hasilnya nanti. Disitulah terdapat KEBAHAGIAAN, dan KETENANGAN. sekian untuk hari ini. hehe

Salam Perjuangan! ^_______^

Monday, November 7, 2011

Isnin yang CERIA!

Wah, agak lama juga saya tidak membeli belah buku di Popular Miri. Sebab biasanya saya alang-alang ke Kl, beli saja buku di KLIA atau ke MPH Midvalley dan Kinokuniya Klcc, ada cadangan kedai buku lain tak? mahu juga singgah jika berkesempatan. Kebanyakan buku yang saya cari adalah yang bergenre perubatan, tidak kiralah barat, cina, dan perubatan thibb nabawi.

Jadi hari ini, usai appointment bersama customers di SPA, saya terus ke Popular Bookstore! Wah sangat gembiraaaa!!!! Tengok saya jumpaaa apaaa...yang dicari-cari... ^____________^ ( Senyum lebar selebarnya!)



Dan ini telah menelan duit saya sebanyak RM 200++ -_________________-

Tidak apalah. Pelaburan yang berbaloi!

OK sangat gembira! Bye.

Sunday, November 6, 2011

Apabila Hati Rindu Menikah



Saya sedang baca buku ini. Sangat perlu untuk meyakinkan hati. Dan kebetulan adik saya juga bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan, boleh juga saya memberi nasihat kepadanya. Kesimpulannya, jika anda sedang dalam persediaan untuk bernikah bacalah atau carilah ilmu tentang perkahwinan. Bukan buku ini saja ada lagi beberapa buah buku lain yang boleh dirujuk. Kerana apa yang penting adalah NIAT. Kenapa bernikah? Mahu tau jawapannya? Jom baca buku ini. hehe :)

Saturday, November 5, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Hidup ini INDAH!

Setiap hari cuba mencari masa yang sesuai untuk sesi luahan kepada belog ku. he he he. Hiyah, bila kerja sendiri, bisnes sendiri, mudah cuti tapi tak sanggup. Faham tak? faham tak? hehe.

Alhamdulillah, malam ini, saya cuba juga menyempatkan diri untuk sesi luahan. Mungkin lebih enak selepas diluahkan ya?

Oh ok, saya sangat berpuas hati dengan Kursus Akupunktur Sesi 1 pada 18 oktober-24 oktober 2011 yang lepas bertempat di Sungai Sedim Kulim Kedah. Kenapa? akhirnya cita-cita saya ber flying fox tercapai! heh heh. Saya tak sangka kursus akupunktur ini sangat menarik. Saya ingatkan kami akan hanya belajar di dalam kelas selama 8 hari kursus berlangsung. Wah boleh 'cramp' otak kalau gitu kan? Penganjur sangat memahami! Subjek yang kami belajar agak 'berat'. Jadi kami ditempatkan di hutan yang sangat best ini!

Tapi sayangnya gambar-gambar yang saya ambil menggunakan BB saya tidak bisa dibuka! huwaaaaa -______-'. Mungkin banyak sangat! huhuhu.

Guru kami, Puan Syifa sangat best dan unik! Dia telah menjadikan subjek Akupunktur satu subjek yang sangat menarik dan membuatkan kami rasa teruja terus menerus tak sabar masuk kelas beliau!. Mau tahu lebih lanjut? silakan mendaftar nanti ya???? Diatas permintaan yang tinggi insyaALLAH akan dibuat sekali lagi. Nanti sudah ada tarikh yang tetap saya akan war-warkan disini ok???? :). Wah promosi gitu, tapi serius berbaloi-balaoi :). Terima Kasih Allah kerana saya sangatt sangat mahu belajar akupunktur, alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan guru yang cocok dengan minat saya. wah wah, kau bahasa indonesia lagik. hehehe

ok selain kami belajar teori, kami juga dibawa jungle trekking, flying fox(sangat best!, walaupun dalam semua peserta teriakan saya yang paling kuat, ni kawan2 bagi tau hehe), mandi sungaiiiiii air terjun adalah sangattt bestttt.....saya berendam sampai 3 jammmm, menggelongsor mengikut arus, huwaaa kenangan yang takkan terlupakan (oops maaf jika ekspresi over sikit, anda harus memahami saya, yang super excited)

tapi sangat sayangggg gambar-gambar kenanganku! huhuhu, sedang menunggu kawan-kawan kursus mengupload, tapi sepertinya belum ada :(

kami akan berjumpa lagi untuk sesi 2. tak sabarnya! :)

Ok, sekarang saya dalam dilema. saya mesti pilih satu diantara 3 ini. Semuanya penting!
a) Kursus Lanjutan SPA
b) Kursus Lanjutan Akupunktur
c) Trip ke Guangzhou!

huwaaaa...saya dalam dilema kerana ketiga-tiga ini adalah keutamaan no 1 saya! tapi saya mesti pilih satu! kerana ketiga nya berlangsung pada waktu yang dekat. :(

Tolong doakan untuk saya ok? :)

Salam perjuangan! Mimpi indah, mahu tidur! :P