Wednesday, November 2, 2011

Hidup ini INDAH!

Setiap hari cuba mencari masa yang sesuai untuk sesi luahan kepada belog ku. he he he. Hiyah, bila kerja sendiri, bisnes sendiri, mudah cuti tapi tak sanggup. Faham tak? faham tak? hehe.

Alhamdulillah, malam ini, saya cuba juga menyempatkan diri untuk sesi luahan. Mungkin lebih enak selepas diluahkan ya?

Oh ok, saya sangat berpuas hati dengan Kursus Akupunktur Sesi 1 pada 18 oktober-24 oktober 2011 yang lepas bertempat di Sungai Sedim Kulim Kedah. Kenapa? akhirnya cita-cita saya ber flying fox tercapai! heh heh. Saya tak sangka kursus akupunktur ini sangat menarik. Saya ingatkan kami akan hanya belajar di dalam kelas selama 8 hari kursus berlangsung. Wah boleh 'cramp' otak kalau gitu kan? Penganjur sangat memahami! Subjek yang kami belajar agak 'berat'. Jadi kami ditempatkan di hutan yang sangat best ini!

Tapi sayangnya gambar-gambar yang saya ambil menggunakan BB saya tidak bisa dibuka! huwaaaaa -______-'. Mungkin banyak sangat! huhuhu.

Guru kami, Puan Syifa sangat best dan unik! Dia telah menjadikan subjek Akupunktur satu subjek yang sangat menarik dan membuatkan kami rasa teruja terus menerus tak sabar masuk kelas beliau!. Mau tahu lebih lanjut? silakan mendaftar nanti ya???? Diatas permintaan yang tinggi insyaALLAH akan dibuat sekali lagi. Nanti sudah ada tarikh yang tetap saya akan war-warkan disini ok???? :). Wah promosi gitu, tapi serius berbaloi-balaoi :). Terima Kasih Allah kerana saya sangatt sangat mahu belajar akupunktur, alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan guru yang cocok dengan minat saya. wah wah, kau bahasa indonesia lagik. hehehe

ok selain kami belajar teori, kami juga dibawa jungle trekking, flying fox(sangat best!, walaupun dalam semua peserta teriakan saya yang paling kuat, ni kawan2 bagi tau hehe), mandi sungaiiiiii air terjun adalah sangattt bestttt.....saya berendam sampai 3 jammmm, menggelongsor mengikut arus, huwaaa kenangan yang takkan terlupakan (oops maaf jika ekspresi over sikit, anda harus memahami saya, yang super excited)

tapi sangat sayangggg gambar-gambar kenanganku! huhuhu, sedang menunggu kawan-kawan kursus mengupload, tapi sepertinya belum ada :(

kami akan berjumpa lagi untuk sesi 2. tak sabarnya! :)

Ok, sekarang saya dalam dilema. saya mesti pilih satu diantara 3 ini. Semuanya penting!
a) Kursus Lanjutan SPA
b) Kursus Lanjutan Akupunktur
c) Trip ke Guangzhou!

huwaaaa...saya dalam dilema kerana ketiga-tiga ini adalah keutamaan no 1 saya! tapi saya mesti pilih satu! kerana ketiga nya berlangsung pada waktu yang dekat. :(

Tolong doakan untuk saya ok? :)

Salam perjuangan! Mimpi indah, mahu tidur! :P

No comments: