Thursday, June 14, 2012

Kepercayaan

Saya sedang belajar bagaimana untuk sentiasa bersangka baik dan percaya kepada orang yang saya mahu percaya (kecuali ibubapa yang memang saya percaya 100%). Akibat mungkin terlalu percaya saya dikecewakan sedikit (hepp ini bukan masalah cinta ok? haha :p) Tetapi saya bersabar dan cuba muhasabah diri dan imbas kembali apa yang saya sudah buat salah membuatkan saya terlebih percaya kepada seseorang tetapi sebenarnya beliau akhirnya ..... Nak kata saya terlalu sedih tidak juga. Kerana dengan pengalaman ini, saya mengambil pelajaran dan cuba untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. Oleh kerana terlalu percaya saya memberi harapan tetapi ... T_T Sekarang saya lebih berhati-hati dan insyaALLAH pasti ada hikmah disebalik semua ini :) Apa yang saya boleh katakan tidak mengapa bersangka baik, memberi kepercayaan tetapi jangan terlalu dan sentiasalah berhati-hati walau siapapun dia. SABAR DAN SYUKUR.

No comments: