Wednesday, July 11, 2012

Senyum

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir yang saya akan bekerja dalam bidang saya sekarang. Bidang yang melibatkan spa kesihatan dan kecantikan. Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya boleh menyimpang dari degree yang saya dapat dulu iaitu course Business Information System. Kebiasaannya akan bekerja di HR department, atau sebagai software engineer dan yang sewaktu angkatan dengannya lah. Kalau anda hairan saya lagi hairan. haha.

Tapi sekarang tidak lagi. Kerana tidak ada satu pun yang terjadi kepada kita satu kebetulan. Semuanya adalah sesuai dengan ketentuan Allah. Dialah sebaik-baik perancang :)

Setiap hari saya semakin pasti saya berada di bidang yang betul. Setiap hari saya teruja dan gembira dengan apa yang saya lakukan. Setiap hari suka. Bukan bermakna tidak ada dugaan. Tapi bila kita sudah tahu MATLAMAT dan hala tuju, insyaALLAH kita melalui apa jua dugaan dan cabaran dengan baik (wah cliche ke bunyinya? hehe tapi itulah hakikat)

Pernah juga saya terfikir kenapa ya saya tidak bekerja di ofis seperti kawan-kawan lain. Lagi-lagilah yang bekerja di company oil and gas.  Saya tanya kepada diri sendiri kenapa dulu begini kenapa dulu begitu. Tapi hanya Allah punya jawapannya.

Ya harusnya saya bersyukur. Apa yang saya lakukan sekarang, bidang yang saya tidak pernah terfikirkan memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Apapun pekerjaan kita asalkan ia di jalan yang benar dan memberi banyak manfaat kepada orang lain bergembiralah. Jangan risau tentang rezeki, itu semua urusan Allah. Yang penting kita Usaha, Doa dan Tawakkal. Syukur. Alhamdulillah.

Terima Kasih Allah ANUGERAH ini :)

No comments: