Thursday, October 4, 2012

SEPTEMBER: KL-Kuching-Brunei

September bulan ke sana sini ... dah lama tak ke sana sini dalam 1 bulan ... coz sejak dua menjak bz kat Spa, jarang ada masa nak travelling. Sekali bulan september borong terus 3 tempat. Tapi orang lain rileks je travelling banyak2 negeri/negara samada atas urusan kerja atau jalan2. fuhh agak penat juga kalau atas urusan kerja.

Setelah beberapa bulan berhempas pulas(err over tak ayat? hehe) di spa coz staf tinggal 2 orang je coz staf yang berhenti alasan nak sambung belajar tiba-tiba? so tak pelah semoga berjaya. Sekarang ni tengah menginterview beberapa orang untuk mengganti tempat kekosongan. Tak larat juga hanya ada 2 orang yang mengurus spa,coz customer semakin hari semakin bertambah dan kadang-kadang sampai 3 orang customer satu-satu masa, tu agak kelam kabut jugak dibuatnyer. untuk menjaga kualiti servis saya akan pastikan tidak lebih dari 3orang untuk 1 slot, dan biasanya 1hari akan ada 3-4 slot, depends jugaklah, kadang2 sampai malam jam 9pm. Tapi alhamdulillah target saya lepassss ... dan semakin meningkat dari bulan ke bulan melebihi target walaupun hanya tinggal 2 orang yang handle. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah ^__^. Saya memang sujud syukur sangat-sangat coz saya tak sangka walaupun kurang staf tapi kami dapat mencapai angka luar jangkaan. ya ALLAH sungguh REZEKI DHUHA memang dari arah yang tidak disangka-sangka :')

Jadi setelah beberapa bulan saya tidak melawat rumah di Kl, alang2 melepas lelah, bulan Ramadan dan selepas cuti Raya juga agak pack customer di spa, jadi saya ambil cuti rehat 3-6 september. Cukuplah jalan-jalan menyempat lah jugak ke Sunway Lagoon, seronoklah boleh jerit-jerit hoho. Nasib baik ada adik saya Aisyah dan suami yang tinggal dan sekaligus boleh jaga rumah saya sekarang di bandar Enstek, jadi senang sikit ada kereta, kalau naik teksi atau lrt macam dulu malas sikit. hehe. lebih JIMAT naik kereta kot ... coz minyak kereta isi RM80 ulang alik KL-Enstek selama 3hari  pun minyak tak luak sangat(proton preve). memandangkan saya hanya membawa BB saya ni takda kamera best, takda gamba pon sepanjang saya di KL, hoho .. Diantara aktiviti lain yang saya lakukan adalah Memanah(pertama kaliii dan besttt) , main bowling, nak main ice skating tak sempat pulak coz ada tournament nak guna tempat tu, makan-makan, SHOPPINGGG hahaha yang paling best kannn???!! kemudian memanjakan diri di Anjung Jelita Spa(aaa bestnya berurut!! selalu kita urut orang, bila diurut sekali sekala memanggg heavenn rasanya) selain tu saya pergi spa thai (huhu nak nangis rasa,,, sakittt wooo thai massage, tapi ada orang suka ada orang tak berapa, jadi saya kategori tak minat sangat...tapi nak cubaaa....then macam biasalah beli stok di Mustika Ratu,HPAic, dan lain-lain.

bersambung untuk trip kuching dan brunei. nak tidoo dahhh..selamat malam.




No comments: