Monday, April 11, 2011

Meningkatkan Momentum Positif

Berikut merupakan hasil pengalaman, pengamatan kehidupan sehari-hari dan bacaan buku bagaimana untuk meningkatkan momentum positif. Semoga membantu bagi mereka yang memerlukan motivasi. Semoga bermanfaat. Yang Baik dari Allah, jika ada kekurangan maafkan, masih belajar dan hanya hamba Allah. Sangat mengharapkan teguran dan kritikan untuk penambahbaikan. Isi untuk tajuk ini akan ditambah dan diedit setiap hari mengikut idea yang diilhamkan dengan izin Allah. Terima Kasih.

1) Berfikir dan berjiwa besar

a) Fikirkan yang positif sahaja, dan yakin yang kita akan dapat sesuatu yang kita inginkan dengan izin Allah. Jika tak dapat apa yang kita inginkan pun redha dengan ketentuanNYA, kerana kita tau DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika ada anasir-anasir negatif tepis dan kawal dengan baik.

b) Bayangkan yang kita akan berjaya. Dengan itu, semangat akan timbul, dan boleh merancang dengan baik dan bertindak!

c) Bersambung.


2) Muhasabah diri setiap saat

Setiap masa dan saat kita mestilah muhasabah diri sendiri. Contoh:

a) Jika ada orang menyakiti anda, cepat-cepat anggap itu mungkin teguran daripada Allah. Kita hanyalah hamba Allah. Anggaplah diri kita layak untuk disakiti dan terus muhasabah diri. Senyum saja dan positif. InsyaAllah akan tenang dan tidak marah. Untuk melatih diri seperti ini perlu proses. Mungkin pada mulanya kita merasakan sukar, tetapi berusahalah, dan berdoa kepada Allah untuk bantu kita memperbaiki diri menjadi lebih baik setiap saat.

b) Jika kita mendapat pujian, cepat-cepat tangkis perasaan riya', sombong, tinggi diri dan yang sewaktu dengannya. Puji-pujian hanya layak untuk Allah. Kita hanya orang tengah penghantar kebaikan kepada orang lain. Semuanya atas kehendak Allah. Jangan pernah mengharapkan pujian di atas sumbangan/kebaikan yang kita berikan kepada orang lain. Bila kita ikhlas, tanpa pujian kita tetap gembira dan tenang, insyaALLAH.

c) Sentiasa memperbaiki mutu ibadah kita setiap hari. Hidup adalah ibadah. Pastikan apa jua yang kita lakukan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Jangan terlalu lekas puas hati jika kita merasakan kita banyak zikir, baca al-quran, solat sunat dan sebagainya. Perbaiki dan terus perbaiki dari sehari ke sehari untuk menjadi lebih baik.

d) Sebolehnya usahakan jika tidak puas hati dengan seseorang, jangan luahkan di Facebook, twitter, dan sebagainya. Medium ini sepatutnya tempat untuk kita berkongsi ilmu-ilmu dan maklumat yang bermanfaat sahaja untuk orang ramai. Bukan tempat untuk mengeluh, menggunakan ayat-ayat yang negatif. Mengeluh, maki hamun dan mempamerkan perasaan marah tidak menguntungkan siapa-siapa. Lebih baik maafkan saja, dan fokus dengan perbaiki diri sendiri. InsyaAllah kita akan menjadi lebih baik dan pihak yang kita tidak puas hati juga didoakan supaya sama-sama berubah. Oh, jika semua manusia begini, aman dunia! hehehe :) .. Usahakan! kita boleh berubah menjadi lebih baik setiap hari! Yakin dan Doa!

Friday, April 8, 2011

Syukur


My New Baby! Tapi masih dalam kotak. Belum sempat buka, konsentrasi masih pada PBC esok dan ahad.

Syukur alhamdulillah dapat hadiah ni, walaupun takda niat nak dapatkan ni, dan sedikit confuse ok ke Laptop Brand Apple? coz baca review di Google Search kurang memberansangkan though ramai jugak yang cakap best. takper la nanti saya explore dulu yer. hehe :D

Thursday, April 7, 2011

Langkah Agresif Memburu Kemanisan IMAN

Petikan dari Majalah SOLUSI isu no. 30 mukasurat 21 (Pahrol Mohamad Juoi)


Para ulama tasawuf menyatakan, seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan 2 perkara serta melupakan 2 perkara.


Ingatlah DUA perkara :


1) Kebaikan orang kepada kita

Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya

Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah menyebut-nyebutnya(sebagai tanda bersyukur)" (Surah al-Duha 93:11)


2) Kesalahan kita kepada orang

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi.

Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf,takut,menyesal, yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.



Lupakan DUA perkara :


1) Kebaikan kita kepada orang

Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya, kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNYA kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya.

Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah. Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal, rasakan seolah-olah tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada ujub, sum'ah, riyak, atau bangga diri.


2) Kejahatan orang terhadap kita

Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesilapan/kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.

Lebih lebih lagi kita perlu lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan, dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi, dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk 'memujuk' manusia kembali kepadaNYA

Tuesday, April 5, 2011

Super Happy

Alhamdulillah, super happy baru balik dari Kl semalam.

why? selain menghadiri Bengkel Muslimah Skincare di Hpaic, shopping ler barang-barang hpa. ok
2nd, saya jumpa beberapa buah buku WishList nak sangat dimiliki!!! Alhamdulillah!
3rd Niat tidak mahu shopping baju, huwaaa!!!! beli jugak 2 pasang!! -_-
4th menahan diri dari shopping tudung, hehe berjaya~ tapi dapat hadiah dari Aisyah tudung Ratu 2 pasang, hihihihi
oh ya eye liner ku tertinggal di rumah Aisyah di sana, huhu kena beli baru!

Teman-temanku, hidup kita harus ceria ok, no worries insyaAllah, kan kita sentiasa keja keras dan cerdas dan ikhlas. makanya hasilnya biar Allah yang tentukan, jangan stress, be Happy :)

Super Happy! ^_^

ok dah sambung preparation PBC Miri yang akan berlangsung 9 dan 10 April ni di Parkcity Everly Hotel Miri Sarawak. Yuran Rm150 sahaja dan maintain 150 NM sahaja!! untuk PLX 20%!!!



Sesi Praktikal Facial

ok. bye. assalamualaikum!

Friday, April 1, 2011

tryyyyyyyy nooottt tooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

complain too much! mengeluh too much! bengang too much!!!! Azizah!!!!!

sangka baik sangka baik sangka baik sangka baik sangka baik Y_Y

Hadapi Lagi Lagi dengan Senyuman :)

Banyak kerejaaaaaaaaaaa...tapi tiba2 rasa cam blur sebentar...ohhh kena siapppkan petang ni jugak sebelummmmm ke kl esokkkkkk......

salam ceria! ^_^
Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah Lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta(perkenankanlah)

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya