Tuesday, February 8, 2011

Semalam, aku ajak Angah makan spageti. Padahal, aku x pernah suka spageti. orang lain berselera makan aku tengok je pon tak berselera. Hari ni pulak aku mengidam chicken chop. sesuatu yang err nak kata faveret sangat tidaklah. tiba-tiba mahu makan. tapi hajat tak kesampaian, coz Angah tengah berpantang. hehe. hurm. anehkah? hehehehe...

************************************************************************************

Alhamdulillah, di kala usia menginjak 26 tahun, banyak yang terjadi. Syukur alhamdulillah nikmat yang tak terhingga anugerah Allah. Gembira melihat perkembangan rakan-rakan UTP, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah. Kebanyakan rakan-rakan satu batch di UTP dah berkahwin dan punya anak. Mengikuti perkembangan mereka melalui FB sudah cukup menunjukkan mereka semua punya kehidupan yang baik dan bahagia, alhamdulillah. Tidak kurangnya aku disini, satu-satunya pelajar dari Sarawak untuk batch aku dulu. Mungkin hanya aku seorang yang berbeza profesion dengan mereka. Tapi aku bersyukur aku pernah menjejaki UTP sebagai seorang pelajar dan kawan-kawan kepada IT/IS Januari 2003. Terima kasih teman kerana memberikan kenangan yang indah dan manis kepadaku. Semoga kehidupan kita kedepannya lebih baik. amin. ok. selamat malam. ^_^

No comments: