Thursday, March 3, 2011

salam perjuangan

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan.

hari ini sangat letih, x pernah seletih ini. haha. selepas program Mantap hari tu pun saya tak letih macam hari ini. usai solat maghrib, mata tak tertahan untuk lelap. terbangun jam 1am untuk Isya' nasib baik tersedar. walauapapun saya gembira hari ini atas sebab-sebab tertentu. hehe.

Program HPA Borneo akan bermula esok hari bermula dengan Kursus Agen Stok jam 8am yang akan disampaikan sendiri oleh GM MIS Puan Rasyidah, semoga berjalan lancar. bersambung pula pada sebelah malam jam 8pm Seminar Pemasaran Syariah oleh Ustaz Zolkarnain bertempat di Pustaka Miri. dan MEGA PBC BORNEO 5-6 Mac 2011. Teruja, semoga semuanya berjalan dengan baik dan akan menjadi pembangkit semangat dan kibaran kekuatan baru di bumi BORNEO, dan di MIRI khasnya.

Sepanjang saya berada didalam perjuangan bersama-sama HPA banyak yang saya pelajari. Sangaaattt banyakkk.

Bermula dengan program Herbalis pada disember 2008. HPA bukan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dunia semata-mata. Ternyata ia sebuah perjuangan yang mendahulukan akhirat dan dunia akan tunduk kepadamu. Allah mempertemukan saya dengan pejuang-pejuang HPA dengan dikirimkan sakit kepada saya. ternyata ia bunga-bunga kasih dari ALLAH. kenapa? disebabkan sakit itu saya ke program Herbalis. Di Herbalis saya mula memahami, sakit bukan hanya jumpa DOKTOR sahaja. tetapi WAJIB minta kepada ALLAH untuk PENYEMBUHAN. masyaALLAH ternyata oh ternyata. semua masalah yang saya rujukkan kepada DOKTOR sebelum ke HERBALIS, sembuh setelah kembali.

sepanjang Herbalis di sungai petani, semangat itu kuat. semangat memperjuangkan kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. kerana semua pejuang-pejuang bersama-sama selama 3 minggu disana. sekembali ke Miri, saya rasa keseorangan. saya mencari kekuatan itu semula. saya tidak boleh lemah. saya terus mencari rakan-rakan yang boleh bersama-sama dalam perjuangan ini. walaupun tanpa sokongan manusia, saya yakin dengan bantuan ALLAH. banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi. saya mulai memahami untuk berjuang di Miri bukanlah seperti semudah semasa saya di Sungai Petani kerana disana kita rasa kuat disebabkan oleh environment.

Semua cabaran dan dugaan biarlah saya simpan kemas. kerana saya bersyukur kini, rakan-rakan yang saya cari ini, seorang demi seorang muncul. Didalam perjalanan ini apa yang saya belajar adalah, harus sentiasa POSITIF, BERSANGKA BAIK, walaupun kadang-kadang ada manusia yang menyakiti anda. itu hanyalah ujian dan pesanan ALLAH supaya kita muhasabah diri. Iman manusia tidak stabil. sekejap turun dan naik. tetapi berusalah untuk memperbaikinya dari masa ke semasa.

merasakan banyaknya dosa kepada ALLAH, tetapi ALLAH maha penyayang, maha pemaaf. Terlalu banyak nikmat Allah taburkan kepada saya dan anda semua dikala kadang-kadang kita lupa kepadaNYA. ALLAH memberi kekuatan kepada saya dikala saya rasa down tetapi perjuangan harus diteruskan. Tiada kata lelah dalam perjuangan ini.

Saya gembira, syukur, dan akan terus berusaha dengan sungguh-sungguh dan terus dipertemukan dengan pejuang pejuang agama ISLAM. ayuh kita meniti kehidupan ini berpandukan Al-Quran dan Sunnah pasti bahagia dunia dan akhirat. insyaALLAH.

Banyak terlalu banyak ingin dikongsikan nikmat Allah didalam mematangkan saya sepanjang perjalanan bersama HPA. saya ingin berkongsi disini. akan cuba update bila masa terluang. semoga perkongsian ini membantu mereka yang memerlukan. undur diri dulu. usaikan sedikit tugasan sebelum sambung tidur semula.

salam perjuangan. assalamualaikum

No comments: