Tuesday, May 3, 2011

Indah Nan Indah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Salam ceria, salam semangat, salam perjuangan buat semua!

Apa khabar blog saya yang sunyi ini? hehe. Cukuplah sekadar untuk saya meluah apa yang dirasa dan tempat untuk berkongsi ilmu dunia dan akhirat semoga kita boleh memanfaatkannya :D

Alhamdulillah, saya selamat sampai di Miri jam 1:30pm tadi dari Kuala Lumpur.

Ada beberapa program yang saya attend. Tetapi mungkin akan sedikit teruja Program ESP HPA di De' Palma Ampang pada 2 Mei 2011. Berlangsung selama 14 jam Bersama Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad. Sebuah program yang luar biasa hebat membicarakan tentang Perjuangan Umat Islam. Teman-teman, tahukah kita mengikut kajian semasa World Halal Forum yang lepas yang berlangsung pada 4 April 2011 di Kuala Lumpur, hanya HPA satu-satunya syarikat bumiputera Islam yang Berjuang Memasarkan Produk Halal Toyyiban. MasyaALLAH. hanya SATU! Mana syarikat Islam yang lain? Mengikut kajian syarikat muslim lain kebanyakannya hanya bersandarkan pada nama sahaja Muslim, tetapi disokong oleh orang-orang tertentu bukan MUSLIM. Kita mahu yang MUSLIM TOTAL. dan ternyata ia hanya Herba Penawar Al-Wahida Industries SDN BHD.

Tidak tahu kenapa saya gentar semasa program ini. Mungkin terlalu ramai pejuang-pejuang HPA yang berkumpul di sini menyebabkan semangat luar biasa mereka tempias kepada saya yang kerdil ini(walaupun fizikal besar. hehe)

Marilah bersama-sama kita berjuang teman teman seagama ku. Kita kembali kepada fitrah. Kembali kepada kehidupan yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah semata-mata. InsyaALLAH disitulah KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN HAKIKI

***************************************************************************************

Teman-teman, saya sangat gembira dan bersyukur, dan berterima kasih kepada Angah saya yang sanggup bergelut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Beliau berjaya mendapatkan 13 buah buku dari 16 buah yang saya senarai. MasyaAllah syukur. Terima Kasih kepada Allah memudahkan urusan saya dan Angah.

Sekarang saya sedikit buntu. Buku sudah terlalu banyak. mana saya nak letak ni. Haha. buat sementara waktu masih duduk kemas di dalam beg saya.

Oh ya saya juga nak berkongsi sedikit pengalaman saya semasa di dalam perjalananan ke Kuala Lumpur. Seperti perjalanan-perjananan saya yang lepas, saya wajib membawa sebuah buku bersama untuk mengisi masa sambil menunggu pengumuman untuk masuk pesawat. Kali terakhir perjalanan saya ke KL adalah 2 April lepas saya membawa Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman hasil karya Dr Muhd Kamil. Saya ingat lagi baru beberapa muka surat, Air mata saya bergenang. Tapi dapat dikawal.

Tidak serik, perjalanan saya kali ini juga saya membawa hasil karya beliau tetapi tajuk berbeza iaitu Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok. Baru sampai bab 2, saya sudah sebak. Kemudian pengumuman untuk masuk pesawat membantut pembacaan seterusnya. Setelah mengambil tempat duduk, saya tidak terus membaca. Saya terlelap. Wah sekejap benar sudah terlelap, hehe padahal jam sudah jam 6:20am.

Tidak lama selepas itu saya dikejutkan oleh pramugari untuk sarapan. Usai sarapan saya menyambung bacaan. MasyaALLAH, dipendekkan cerita, saya cuba menahan air mata. tidak mampu. Saya menangis tersedu sedan. hingus tidak henti turun(euw). Aduh, nasib baik penumpang yang duduk disebelah saya enak tidur diulit mimpi indah barangkali. Saya khuatir juga wanita berbangsa cina itu terbangun dan terkejut mendengar esakan saya. masyaALLAH inilah penangan hasil karya dari hati dan menyentuh hati pembacanya. Salah satu sebab saya menangis kerana jalan cerita beliau hampir serupa saya, bezanya beliau mengenal Allah semasa ingin mendapatkan pangkat Professor dan perjalanan Haji, berbanding saya yang dikirimkan bunga-bunga cinta kasih Allah melalui sakit.

saya baru berada di Bab 5. Saya berhenti tidak sanggup mahu sambung. Biarlah saya sambung di rumah saja, kalau nak nangis di rumah tempat tertutup.

Teman-teman dapatkan buku ini di kedai kedai buku berhampiran anda. Berbaloi-baloi! Saya berani jamin belum pun baca bab 1, hanya baca prakata saja sudah meremang bulu roma. Teruja.

Assalamualaikum dan selamat tidur.

No comments: