Tuesday, May 31, 2011

Berfikir dan Berjiwa BESAR

Semua manusia yang Allah telah anugerahkan akal, mestilah memanfaatkan anugerah yang tidak ternilai ini. Jangan memperkecilkan akal anda dengan rendah diri tanpa sebab kepada diri sendiri. Sayang diri anda dan gunakan sebaiknya dan sebesarnya akal yang Allah telah anugerahkan dengan berfikir dan berjiwa BESAR.

Mulai Hari Ini, mulakan hidup anda dengan :

1) Sentiasa berkata-kata kepada diri sendiri dengan ayat-ayat yang positif. Seperti :
a) Saya Yakin!
b) Saya Semangat!
c) Saya BOLEH!
d) Saya Pasti akan Berjaya!
e) Anda boleh tambah senarai ini sebanyak mana yang mahu.

... semuanya dengan izin ALLAH

2) Usah risau sama ada IQ anda lebih rendah daripada rakan anda atau adik anda, atau keluarga anda yang lain. Anda tetap boleh berjaya kerana anda Berfikir dan Berjiwa BESAR.

Jika anda fikir boleh, ianya pasti boleh. Jika anda fikir anda boleh berjaya anda pasti boleh berjaya! jika anda fikir anda akan memiliki sebuah kedai anda pasti boleh memilikinya pada masa yang telah anda tetapkan dengan berimpian, bertindak, doa, dan tawakkal.

3) Berani berIMPIAN. Sebelum mendapat sesuatu yang diinginkan anda mestilah membayangkan yang anda sudah dapat mencapainya. Kemudian bertindaklah, berusahalah, bekerjalah ke arah IMPIAN tersebut. Diperkukuhkan dengan DOA minta sungguh-sungguh dengan Allah tanpa jemu setiap hari setiap saat. Kemudian hasilnya biarlah Allah yang menentukan, kerana sesungguhnya hanya ALLAH yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA :)

4) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh setiap hari. jangan khuatir dengan hasilnya, kerana itu adalah urusan Allah. Kita hanya perlu USAHA.USAHA.USAHA. Pasti Berjaya! itukan sunnatullah. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. InsyaALLAH.

Ok cukup untuk malam ini. Kita akan kongsi lagi dikemudian hari.

Ayuh Semangat! Mulai hari ini, Mesti berani berIMPIAN lebih BESAR.
Salam perjuangan! ^__^



No comments: