Wednesday, August 15, 2012

Perasaan

Aku tidak tahu kenapa pada tahun ini keterujaan untuk sambutan hari raya sedikit menurun. Rasanya selama 26 tahun sambut hari raya sangat lah super excited. Wajib baju raya berpasang-pasang. Lain baju kurung, lain baju casual. Kalau rajin sikit 1 family sama design. Sama design bukan sama warna. haha.

Tahun ini kami hanya ber lima daripada 8 orang. Arwah maknek sudah meninggalkan kami 3 tahun lepas :'( (rindu sangat maknek.Al-Fatihah). Adik Ismail pula tahun ini belayar ke Itali, kasihan beraya di perantauan. Angah pula tahun ini menyambut hari raya pertama sebagai seorang isteri di Kuching di rumah mentua beliau. Tak sempat nak singgah Miri coz ada exam selepas beberapa hari cuti raya.

Mungkin juga kerana Ramadan lebih terasa 'besar'nya kerana setiap amalan kita ganjarannya berlipat kali ganda! Alhamdulillah merasa Ramadan tahun ini. Semoga tahun hadapan ada rezeki jumpa lagi :)

Tahun ini, takda plan baju raya pun. kain yang belum berjahit ada dalam 5 pasang. Tapi tenung tengok macam tu je. Tak apalah, ada beberapa pasang baju yang belum guna lagi, boleh guna untuk hari raya kot. Apalah sangat dengan baju. Ramai lagi yang takde baju langsung untuk sambutan Syawal nanti.

Tak dapat bayangkan macam mana syawal kami. Hehe saya tak banyak kawan. Kawan-kawan yang ada masing-masing balik kampung. Yang tinggal mungkin berziarah rumah saudara mara saja. Ok la tu.

Tak .. tak sedih pun saja nak kongsi perasaan sambutan raya tahun ini. Tapi tengok mak n bapak macam excited je siap panggil pembantu setiap minggu untuk bersihkan rumah. Haha. Tapi ada satu yang buat saya teruja. Ada plan bisnes selepas raya.. Yeay~~~ wahh cerita pasal bisnes langsungggg happy^_^

Oklah kenapa aku tak tido lagi ni. Cukup luahan. selamat malam.

No comments: