Thursday, August 23, 2012

365 hari seluruh dunia! Oh! ^_^

Alhamdulillah, sudah hari raya ke 5! :)

Saya selalu menunggu mood menulis saya datang. Tapi tak datang-datang. Hehe alhasilnya belog jarang update :p konon dulu nak tulis hari-hari sebagai kenangan. Tapi ... ya begitulah.. ohh mood kenapa hilang? sekarang ni pun mood belum datang sebenarnya untuk menulis. Tapi tulis je lah, hehe sebab hati meronta-ronta nak bagi tau impian-impian kecil yang saya harap akan terlaksana sikit masa lagi. Impian-impian besar saya simpan sendiri-sendiri ok? haha :p

Oh ya sebelum itu nak bagi tau gembira dengar kabar saudara mara yang kehidupan mereka semakin baik maju cemerlang gemilang! Kagum! :) Syukur alhamdulillah rezeki setiap hambaNYA. Yang penting halal dan berkat.

Oklah nak bagi tauuuu impian kecil adalah mahu mengelilingi dunia selama 365 hari tanpa henti. Contoh hari ini bersarapan di Osaka Jepun, kemudian jalan-jalan ke kawasan pendalaman, melihat cara hidup orang Jepun, dan menikmati makan tengahari dengan keluarga Jepun, kemudian dinner di bandar dan esok pagi pulak berlepas ke Istanbul. Kemudian jalan-jalan, naik bot, pergi ke kawasan pendalaman jugak, kemudian borak-borak, makan-makan, lihat cara hidup mereka .. kemudian esok pagi atau malam ke Paris? kemudian kemudian kemudian ... wahhh boleh tak begitu?? heheh macam sngkat je kan setiap negara nak pergi sehari je pastu terbang ke negara lain. Tapi yang penting boleh jejek ke seluruh dunia dan melihat cara kehidupan mereka especially mereka yang di pendalaman .. saya tak tau kenapa saya suka melihat suasana hijau dan kampung-kampung .. pasti menarik!

Ada siapa-siapa nak sponsor saya tak? Heheh adoi marilah berusaha menabung untuk Impian ini!!!

Bestnyaaa boleh melancong ke seluruh duniaaaa wuuuuuu .. ok lah saya nak bermimpi. Jumpa lagi! Tidur dengan senyuman!! ^__^


No comments: