Sunday, July 11, 2010

Hari Ini Sungguh Seronok! ^_^

alhamdulillah, perjalanan ke Bintulu hari ini lancar dengan izin Allah.

Bermula jam 6:05am saya berangkat dari rumah dan terus menuju ke Pujut untuk mengambil Kak Norleha. Kami berjanji untuk berjumpa di stesen minyak petronas, disebabkan miscomm, hehe, saya terlajak ke depan pulak, maka tukar plan, saya pegi ambik Hasna n uncle Hamdani di Kampung Pulau Melayu dulu, kemudian dalam lebih kurang jam 6:45am saya berpatah balik untuk ambil kak Norleha.

Kami memulakan perjalanan ke Bintulu pada jam 7am. Syukur tidak banyak halangan, hanya dengan kelajuan 100km/j dan kadang2 120km/j. huhu telah melanggar amanat bapak yg dah call pagi2 lagi mengingatkan hanya 90km/j. tak bisalah pak, slow sangat -_-

perjalanan sangat smooth, dan hanya mengambil masa 2 jam, 8:57am kami sampai bandar Bintulu, terus menuju ke Medan Jaya untuk breakfast. lebih kurang jam 9:30am kami ke Hpa Bintulu untuk bersedia sebelum program bermula jam 10am.


lebih kurang jam 10:30am, lebih kurang 20 orang audiens sudah datang, bukan hanya dari Bintulu, malah ada yang datang dari Miri dan Brunei. alhamdulillah:)

saya memulakan program jam 10:30am, seronok sangat beri speech tak perasan jam dah 12pm, hurm rasanya banyak lagi saya nak kongsi, tetapi kena reserve untuk slot Hasna, dan tak mungkin saya dapat terangkan semuanya dalam 2 jam. insyaALLAh akan kembali lagi
(kata dalam hati) hehe. Alhamdulillah Mikai dan Munah sungguh semangat! dan juga ahli2 yang lain. Kami plan untuk ke sungai plan bintulu pulak sebelum bulan puasa nanti. dan mungkin kali ini audiens lebih besar katanya 100 orang! wah cabaran best ni :) ... sukaaaa :)

saya dan hasna rasa tak puas. kami nak lagi kembali ke Bintulu insyaALLAH bersama untuk terus memperjuangkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. semoga kami kembali lagi .. amin :)

ok sebenarnya ada cerita menarik semasa kami on the way balik ke Miri. kami berangkat dari Bintulu lebih kurang dalam jam 2:45pm selepas singgah rumah pakcik saya Omar Latip.

kami berbual rancak, dalam perjalanan. masing2 plan nak kembali lagi dan mungkin kali ini untuk menganjurkan kursus bekam dan sebagainya. SEMUA KAMI SEMANGAT! Alhamdulillah :)

TIBA-TIBA*

Kak norleha menggesa saya cepat untuk mencari Surau yang berdekatan. saya pelik. kenapa?

RUPA2nya dia tak tahan nak kencinggggg....kesian tgk dia...memandangkan masih jauh untuk sampai ke surau tu, kami sambung berbual2. Dan saya perasan tangannya tak henti menggenggam kemudian lepas. Oh, nampaknya dia sangat taakkk tahannnn!!!

dannnn dia hampirrrrrrr.. hurmmm hehhe....

dengan pantas saya terus belok ke kiri lorong dan KEBETULAN ada RUMAH ORANG! tanpa perasaan malu saya cepat naik ke atas bukit (erk, rumah tu agak tinggi sikit, dan bukit bukan tinggi sangat pun,) dan saya pelik knp kak Norleha tak naik. RUPA2nya mmg dh tak boleh jalan, kalau jalan sikit lagi dan naik bukit tak berapa tinggi tu kompom terkencing katannya,

NASIB BAIKKK ada anjing menyalak, kak leha terkejut terus lari naik.. aahahahaha...

pendek ceritaaa,,,kami menumpang kencing di rumah puan rumah yg baik hati :) ... saya pun tupang sekaki untuk kencing,


hahahahaha .. ok lah pengalaman yang tak mungkin dilupa dan menarikkk..kami enjoyyy..alhamdulillah segalanya dipermudahkan,....

assalamualaikum~

No comments: