Monday, August 22, 2011

#Ramadan Day 22

Sekali lagi hari ini, semakin ramai rakan FB berkongsi gamba-gambar kemeriahan mereka membeli belah untuk berhari raya. Ya saya sangat gembira untuk mereka ^___^

Saya ingatkan semua orang seperti saya, tidak ambil berat sangat dengan persiapan hari raya. he he he. Rupa-rupanya kemeriahan menyambut hari raya masih seperti tahun-tahun dahulu. Meriah. Nasib baik mereka kongsi gambar di FB adalah juga saya merasa sedikit kemeriahannya.
Bukanlah bermaksud saya tidak gembira menyambut hari raya pada tahun ini. Cuma mungkin saya ada sesuatu yang untuk dirai selepas ini. He he he. Tungguu ........ ^____^

Baju raya pula memang sudah siap sebelum bulan ramadan lagi. Sengaja disiapkan awal, jadi tidak lah kelam kabut pada bulan ramadan ini. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik. Kadang-kadang saya rasa malu untuk berhari raya dengan baju baru, apabila mengenangkan umat Islam negara lain seperti Somalia, Kemboja dan sebagainya hidup didalam keadaan kekurangan :(

Tidak apalah cuba untuk tidak terlalu berlebih lebihan demi kita mengenang kedaifan saudara islam kita di tempat lain ya :)

Sebenarnya apalah yang saya bebel ini ya, macam tak ada isi penting. 2 hari berturut-turut cerita pasal persediaan Hari Raya pula. Ya, memang sedih kerana Ramadan bakal meninggalkan kita. Apapun, Berusahalah! untuk menambah amal ibadah kita ok?

Salam Perjuangan! ^_______^

No comments: