Tuesday, August 9, 2011

#Ramadhan Day 9


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang mulia penuh keberkatan, keberkatan.

Bulan puasa ini, lain macam pula rasa sebab satu bulan ini tidak kemana-mana. Mengurus spa seperti biasa, dan buku-buku tercinta(over sangat tokey buku ni kan? hehe)

Biasanya saya akan ada travelling samada menghadiri kursus atau ada urusan bisnes(ewah).

Paling last traveling hari tu ke Kuching pada 30 Julai. Sekarang sudah rasa rindu airport. Rasa dilambai-lambai. Tapi tak apa, Oktober ini akan mula travelling lagi! Yay! InsyaALLAH. Bulan September juga sudah terisi setakat ini Kursus Bekam akan diadakan lagi kali ke-6. Siapa berminat mahu turut serta sila SMS 013 820 9438 (wah, sempat promote kan? hehe)

Jika tiada aral melintang, saya dan Marni rakan herbalis saya dari Miri akan memeningkan kepala kami dengan menghadiri Kursus Akupunktur selama 2 Minggu di Penang bermula 18 Oktober depan. Yay! Walaupun kami tahu kursus ini agak sedikit rumit dan memerlukan fokus yang bukan calang-calang tapi kami tempuhi juga, sebab inilah impian kami berdua. haha, siap berimpian tu, nak pergi kursus akupunktur je pun kan? :P . Doakan kami fokus, faham dan boleh memanfaatkan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kami nanti! aww. teruja! :)

Padahal lambat lagi kan kursus tu? Takpe Semangat ni! hihihi ^___^. InsyaALLAH doakan kejayaan kami!







1 comment:

Amanda Eltiqaz said...

Hehe..semangat dia! belajar betul2 jijah..jgn smpai salah cucuk..kang ketawa tak henti lak org tu..hehe