Monday, September 12, 2011

Kampung Abadi

Apabila kita memandang dunia ini dari sisi yang positif, tiada apa yang nak dikeluh kesahkan. Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, dan kampung akhirat adalah tempat kediaman abadi kita. Sebab itulah saya mahu seboleh nya boleh merasai pengalaman kehidupan di negara lain sebanyak-banyaknya sebelum meninggalkan dunia ini. Kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput, semoga Allah memperkenankan Impian saya yang satu ini. Amin! Amin! Amin!

Kadang-kadang saya bertanya sendiri, kenapa masih penipuan, kejahatan, kezaliman itu berleluasa ya sedangkan kejujuran, kebaikan, kasih sayang itu adalah sesuatu yang PASTI akan menjanjikan kebahagiaan, jika bukan di dunia insyaALLAH di akhirat kelak.

Saya juga mahu melakukan banyak benda. Haha. Jika dilihat pada masa 24 jam sehari sebenarnya adalah sangat banyak jika boleh diuruskan dengan baik. Saya juga hairan, selepas saya lakukan ini, ada lagi masa, saya buat itu, kemudian buat ini, kemudian rasa mahu tambah lagi apa nak dibuat. Kerana saya mahu masa saya diisi dengan sesuatu yang boleh menjadi bekal di perkampuangan akhirat kelak. Amin! Amin! Amin!

Tiada yang mustahil jika kita membenarkan fikiran kita mengatakan Ya, aku boleh! Ya aku percaya! Ya aku Yakin!

Terima Kasih Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menempuhi cabaran dan kesabaran bergelut dengan dugaan.

Salam Perjuangan! ^____^




No comments: