Saturday, September 10, 2011

Hati

Beberapa tahun dahulu saya adalah seorang yang obses kepada Alam Mistik. Oops jangan salah faham dulu. Bukanlah bermaksud sehingga saya bekerjaya menjadi Bomoh Wanita. heh heh.

Boleh tanya rakan-rakan Utp saya dulu, saya memang suka menonton filem atau cerita atau dokumentari tentang Hantu. Apa-apa saja yang berkaitan dengan alam ghaib itu. Pocong? Jin? Pontianak? Hantu Raya? Ya, saya suka (entah apa-apalah fikiran saya pada waktu itu) -___-

Saya akan tanya setiap orang yang saya jumpa kalau mereka ada pengalaman berhadapan dengan makhluk-makhluk ini. Ianya adalah suatu kepuasan. Saya siap print lagi cerita-cerita mistik di internet. Carian Google juga dimanfaatkan sepenuhnya. Tetapi tidak pernah pula saya diganggu, atau ada pengalaman dengan makhluk-makhluk tersebut (di Utp atau semasa saya di asrama sekolah menengah dulu, di rumah lain cerita. hehe)

Sehinggalah pada suatu masa saya tidak berminat dengan makhluk-makhluk ini. Tidak tahu apa puncanya. Tetapi tiba-tiba pula ramai pelanggan saya beranggapan saya boleh merawat mereka yang ada masalah sihir. Aik, saya katakan pada mereka siapa yang bagi tau. Mereka kata ada yang memperkenalkan saya boleh mengubat. Tapi saya cuba bantu yang saya mampu berpandukan alquran dan sunnah, tidak pula saya tolak, kerana pasti ada sebab kenapa Allah menghantar pesakit ini kepada saya. Positif.

Mungkin juga kadang-kadang Allah datangkan mereka ini kepada saya untuk menunjukkan bahawa sangat ramai umat Islam di luar sana hatinya tidak tenang. Perlukan rawatan. Ada yang parah. Bila mereka tanya saya bagaimana mahu merawat hati mereka tidak tenang, sentiasa resah gelisah, dan ada juga yang beranggapan mereka mendapat nasib sial sebab sering dimarahi di pejabat. Dengan kekuatan yang ada saya jawab Solat lah 5 waktu, baca al-quran, berzikir, dan ikutlah suruhan Allah tinggalkan laranganNYA. Tetapi dia jawab, " Ya saya tahu itu, tapi saya mahukan cara lain. Jangan ajar saya tentang Solat sebab saya tahu solat. baca al-quran juga saya pandai, tidak, saya tidak mahu jawapan itu, berikan saya cara rawatan yang lain", katanya.

Aduhai, ya saya tahu saya perlu kuatkan jiwa dan hati. Kasihan orang ini. Memang perlukan bimbingan yang baik. Sentiasa bersangka baik kepada mereka, kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat. Itu Doa saya. Kita manusia biasa, hanya mampu berusaha untuk menasihati dan memberitahu apa yang perlu. Hidayah adalah Milik Allah. Jangan berputus asa untuk menyampaikan dakwah, kerana sememangnya itu tugas kita, orang Muslim.

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah dulu saya tidak menyambung pelajaran dalam bidang agama ya. Tiba-tiba saya merasakan ilmu agama adalah ilmu yang sangat indah. Kenapa dulu saya tidak berfikiran seperti itu? Ya, sudah pasti ada hikmahnya. Kini saya berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan membaca buku-buku agama, mendengat ceramah, mengikuti usrah dan sebagainya. Doakan saya boleh membantu mereka yang memerlukan.

Ternyata bukan mudah untuk mendapat atau dianugerahi jiwa yang tenang, kerana jawapannya hanya ada pada ALLAH.

Hidayah bukan untuk ditunggu, tetapi di cari. Semoga kita orang terpilih. Amin. Salam Perjuangan! :)

No comments: