Thursday, September 15, 2011

Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan segala puji bagi Allah selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga pembaca-pembaca budiman berada di dalam keadaan gembira, tenang, sihat sejahtera dan senyum selalu ^___^

Semalam adalah hari yang penat dan menggembirakan juga. Tidak dapat tidur sebab banyak perancangan dan impian sudah berada di fikiran. Kini tinggal untuk melaksanakan! Hormon endorfin terasa berlegar-legar :)

Untuk menggapai impian, semua orang tahu, tiada jalan singkat.

Sangat gembira dan teruja boleh merasa pelbagai rasa, emosi, suka duka, pengalaman manis manis didalam perjalanan kehidupan yang sementara dan hanya persinggahan ini. Jika tiada matlamat,impian, visi dan misi rasa rugi pula kan? Ayuh tetapkan satu untuk anda, bagi yang belum menetapkan apa-apa. Dan pastikan apapun impian dan matlamat anda haruslah berpandukan kepada :

1) Mengikut syariat Islam
2) Ikhlas kerana Allah
3) Mengharap keredhaan Allah semata-mata

Ya saya baru 26 tahun. Apa sangatlah asam garam yang dilalui jika dibandingkan dengan mereka yang lebih matang seperti 50 tahun? Namun bukan itu ukurannya. Tetapi bagaimana penerimaan dan corak fikir kita terhadap sesuatu kejadian atau masalah itu yang lebih penting.

Walauapapun saya bersyukur, terlalu banyak anugerah yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga dan rakan-rakan. Banyaknya hikmah di setiap kejadian. Banyaknya sebab untuk kita tersenyum. Tiada sebab untuk bersedih kepada angkara dunia, kerana kita semua tahu, kita akan kembali ke alam yang kekal selama-lamanya iaitu kampung akhirat. Sudah cukupkah bekalan kita? Segera bertindak untuk membuat sebanyak-banyak amal kebaikan tanpa mengharapkan balasan tetapi dengan harapan sebagai bekalan kita untuk menuju ke sana.

Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mintalah kepadaNYA nescaya DIA akan berikan.

Salam Perjuangan! ^__^


No comments: