Monday, September 13, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

credit : Iluvislam.com

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010

Dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua teman-teman yang ada membaca belog saya ini, maaf kerana blog ini kurang memberi manfaat kepada anda sekalian sebab banyak bebel tentang diri sendiri. hehe. Jadi, saya berharap pada masa hadapan saya cuba untuk berkongsi maklumat yang lebih bermanfaat untuk dikongsi bersama. Apa-apapun ....

credit MR Google

Tahun ini sangat seronok, sebab ramai sanak saudara yang balik ke Miri untuk menyambut Aidilfitri. Kebanyakan kazen mazen saya berkahwin dengan org Sjung, jadi tidak setiap tahun balik ke Miri. Maka manfaatkan masa bersama mereka yahoo!

Last but not least, Selamat Hari Raya Lagi. dan Lagi. Semoga berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan =)

Wednesday, September 8, 2010

Sangat Mahu!


huhu, sangat-sangat mahu koleksi baju ini. Ini adalah koleksi-koleksi ZLEQHA. Tapi macam mana nak dptkan ni? ihihi, ada idea baik, saya send email kepada adik sy Ismail yg sekarang berada d Italy. mana lah tahu beliau ada ke negara2 lain dn terjumpa koleksi yg lebih kurang seperti ini. ok boleh jimat. bahah! :D (wpun sbnrnya boleh je order online)

Dan, beg itu juga menarik kan? hurm tp tudung ai tak minat yang style macam tu. so kita aim baju dan beg itu ok!


koleksi ZLEQHA

Koleksi ZLEQHA

Selamat Berpuasa Day 29

zye : Alhamdulillah Hari Raya Hari Jumaat. ngamlah 1 syawal, tee hee :D

Berseri untuk Hari Raya

Untuk nampak cantik dan berseri Hari Raya tidaklah sukar. Yang paling penting, pastikan produk yang digunakan itu Halalan Toyyiban. Halal lagi bersih. jangan semborono sahaja, hanya semata-mata nak nampak cantik. Nah disini saya share apa yang anda boleh gunakan untuk nampak berseri dan naturally beautiful di pagi 1 Syawal.

2 3 hari sebelum raya pastikan anda berfacial di SPA yang memang anda ketahui menggunakan produk yang tidak was-was. Produk Halal dan tidak memudaratkan kulit muka anda. Contohnya kalau di spa saya, saya akan menggunakan Produk Centella White keluaran HPA bersama beberapa produk tambahan yang lain dari HPA juga.

Ok, biasanya selepas sesi cleansing, saya akan memberikan Spirulina Mask+H20 untuk sesi masker yang pertama. Biarkan dalam 15-20 minit.

Kelebihan Spirulina Mask ni, membantu untuk moisture kan kulit muka anda, contohnya. kalau muka anda jenis combination skin kan, Spirulina membantu untuk imbangkan ur skin supaya tampak sekata. so tkdelah nanti hari raya ada part kat muka u nampak berminyak, n ade plak kat tepi hidung tu nampak kering. Selain dari tu, ianya membantu untuk mencerahkan kulit muka anda sebab semasa spirulina melekat di kulit anda selama 20 menit tu, ianya membantu untuk renew balik ur sel-sel kulit mati u. Bila sel kulit mati u tanggal? semasa sesi face scrub b4 our beautician letak Spirulina Mask. hehe, kalau nak rasa, datanglah spa i k. erk, tapi esok lusa dah nak raya, takper. after raya pon boleh. ai tengah promotion ni! =)

Then, lepas 20 minit tu kan, kita akan massage ur muka dengan Minyak But-But. Banyak jenis lotion muka dan minyak urut muka i guna. tp mmg Minyak But-BUt ni terbaik. coz u dun worry muka u jenis berminyak berjerawat ke, or muka jenis kering ke, semua jenis muka seswai. serius. Kelebihan minyak but-but, membantu untuk melancarkan peredaran darah kat muka u so that nanti muka u nampak kemerah-merahan semulajadi. serius weh. sebotol RM12 je(Sabah/Sarawak) price.

Then, kita akan apply Masker Whitening Centella White selama 30-45 minit. woh, part ni mmg paling masyuk. Masker whitening bertindak untuk firmkan muka u. yang kedut-kedut dan londeh2 tu, mmg naik balik la serinya. hehe. =)

OK, ai bagi procedure simple je kat sini nak lagi best, datanglah spa i nanti k. erk sori terpost dah nak dekat raya lak. hehe. dun worry, ai ada tips untuk uol boleh buat d rumah. Paling basic dan mudah, n u boleh nampak berseri sepanjang hari.

Bangun pagi awal la cik kak semua ok, make sure b4 Subuh u dan bangun, ini untuk pastikan ur mata x nampak lebam dan kulit muka nampak tak bermaya kalau uols bangun selepas Subuh. serius weh. Then, sebelum mandi, minum dulu air dew Hpa, untuk cleansing awal pagi.

pastu barulah korang gi mandi. Ha, semasa mandi ni, apply Facial Cleanser OMRAHAJ. pastu berus gigi dan mandilah. hehe.

ok, pastu dah siap2 pasang baju semua apply Toner Centella White, then Pelembab Muka Centella White. Bila dah rata u apply compact powder Orkid HPA, kalau takde kat tempat anda, boleh je guna Serbuk Tanah Liat sebagai loose powder.

Uol dah tak perlu nak guna produk luar negara jenama mahal2 tapi hasilnya jarang2 yang ok. So kita ada produk sendiri, keluaran BUmiputera Islam 100% dan tidak diragui Halal. insyaALLAH hasilnya memang memuaskan, coz i sendiri guna. hehe

SO, nanti pagi raya, kita akan tunjukkan hasilnya. not now. hehe.

BUT, kalau uols nak kulit tubuh badan u sentiasa mulus kan, uols mmg mesti amalkan pemakanan OMEGA 3 @ OMEGA 9, Spirulina, dannn Curcumin lah. Confirm lepas ni uols tak kan risau dah dengan kulit muka. ianaya akan naturally Gorgeous n Beautiful :)

oklah ai nak sambung kerja, sekian tips Seri Menyeri di Hari Raya.

Monday, September 6, 2010

Detik-detik akhir ramadhan

Hari ini usai melaksanakan rutin di spa, saya keluar sebentar bersama Angah menemani beliau shopping tudung raya. Sengaja keluar jam 12 tghari dan hari Isnin, sebab less crowd d shopping mall.

Beliau sangat pelik tahu, belikan tudung raya untuk saya d Kl, tetapi diri sendiri tak dibeli, katanya tak tau nak pilih, sedangkan tudung yang dia belikan untuk saya sangat lawaaa lah pulak. aiyak~

walaubagaimanapun, tiada tudung yang berkenan di hati, mungkin sudah habis di shopping oleh orang2 miri yah? hum....

at lastt tau tak kitorang menapak kat mana?? hah! masuk kedai cermin mata lah pulak, dan takde keje nak cuba spec zaman tok kadok nih. adoi, sakit perut aku sebelum daapt ambil gambar ni dalam keadaan tenang~~

zaman tok kadok cina purba kala. kah kah. ini bukan saya, ini Angah ok. dan beliau telah rembat satu spek untuk aksesori raya katanya, tapi bukan spek ini ok. haha.

sebelum singgah ke kedai spek tersebut, sempat singgah membeli majalah Solusi edisi 23! wah teruja nak baca. yey!

ok, lepas tu singgah ke supermarket Giant untuk membeli pesanan emak iaitu beras Basmathi untuk masak nasi minyak Hari Raya. ohoho, teruja lagi~ :)


dan dan, balik semula ke spa lah. takde ape sangat nak shopping pon, coz sudah ready awal2 sebelum bulan Ramadhan lagi.

oklah cam tak best bebel pasal shopping berjela-jela kan? jom kita share tentang juadah berbuka yang sangat sederhana hari ini hehe. Nah~~

Oh kurma tak perlu capture coz sajian wajib kan? :D, setelah mengunyah kurma kita mulakan dengan buah-buahan DragonFruit, dan Anggur yang Manis :)

nikmati ikan panggang pembuka selera

bersama telur masin, sambal pedas ikan bilis tanpa belacam, sayur kacang panjang. yum~


Satay Ayam dan Daging~ Sib Baik Sedap. hehe :D

dann, kuah satay

dan beberapa menu lain.

ok itu sahaja untuk hari ini.

Selamat Berpuasa Day 27

Saturday, September 4, 2010

Para Pencari Tuhan

Mulai hari ini dan onwards, ramai yang di perantauan sudah mulai pulang bercuti Hari Raya kampung halaman masing-masing->wah skema ayat, hehe. Situasi ini juga mengigatkan kisah saya beberapa tahun yang lepas semasa belajar jauh nun di Tronoh je pon, hehe :D, bersesak-sesak di KLIA bersama pelajar2 yang lain dengan tujuan yang sama Balik Kampung oi! Bila balik kampung, senyum sampai ke telinga, dan bila tiba pulang semula ke Utp, air mata tertahan-tahan. bahah :D

Situasi ini berulang lagi tetapi kali ini adindaku Cik Aisyah, beliau akan tiba jam 3:15pm insyaAllah di airport Miri hari ini. sedikit info tentang beliau kini berada di tahun akhir dan semester akhir di utp tronoh perak. insyaALLAH tamat pengajian Disember ini. bye-bye Utp yang bor bor. eheh :P. Haruslah kakandanya ini Happy lah oi, ada teman nak meriuhrendahkan rumah. sebab sepanjang beliau tiada, saya lah yang bertugas meriuh rendah rumah. hehe :)

*******

Selain dari itu, saje nak share sepanjang bulan Ramadhan juga, saya suka menonton satu sinetron yang menarik bertajuk Para Pencari Tuhan yang ditayangkan di Astro Oasis. Actually sinetron ni setiap Isnin-Jumaat jam 1:30pm, tp sib baik astro ni suka ulang-ulang tayangkan, so dapatlah jugak nonton tak berapa nak everynite lah, jika ada kesempatan setiap isnin-jumaat jam 10-11pm.

Apa yang menariknya PPT ni? kalau korang tengok para pelakonnya kan, mesti korang rase macam tak berapa nak selera nonton kot. hehe sebab tu lah reaksi pertama saya. Jahat siot, semata-mata kerana tiada pria yang ganteng,hikhik. tak percaya? tengok ni

diorang ni ganteng-ganteng je sebenarnya tapi disengajakan dikusut masai gitu, hehe, jadi bila tengok diorang je mesti rasa nak gelak, sebab penampilan mereka mmg diolah macam tu. hehe :D

Tapi lepas termenonton satu episod, hambik kau, terus melekat, serius kalau yang muka masam satu hari ada problem ke apa, kompom ko akan gelak pas nonton cerita ni. selain dari tu, jalan ceritanya mendidik masyarakat untuk kembali mencari apa tujuan hidup ini :), itulah tajuknya para pencari tuhan.

Sinetron ni bukan calang-calang ok, siap dapat anugerah International u. Special Award for Foreign di Pentas International Drama Festival in Tokyo, Jepun, Khamis, 23 Oktober 2008.
Meletup kan? hehe.

Ini ha, aku copy paste je lah dari Mr Wiki, pemain-pemain sinetron Best ni.
Deddy MizwarBang Jack
Melky BajajChelsea
Aden BajajBarong
Isa BajajJuki
Zaskia Adya MeccaAya
Artta IvanoKalila
Akri PatrioUstadz Ferry
Annisa Suci WulandariHaifa
Agus KuncoroAzzam
Udin NgangaBang Udin
Asrul DahlanAsrul
Jarwo KuatPak Jalal
Tora SudiroBaha
Anggia JelitaMarni
ade ramai lagi, tapi panjang sangat lak senarainya, so kalau nak tengok lebih lanjut silalah ke sini yer . Mr Wiki Waka siap dengan sinopsisnya sekali.

Lagi Masyukk kalau korang nonton sendiri. hehe, asalkan ibadah2 lain dah selesai yer. :D

Ini sedikit gambaran Para Pencari Tuhan


scene di surau mereka,miting apa ntah ni, paling rasa nak tergelak selalu tgk aksi si Juki tu yang pakai baju purple. hikhik


adalah jugak sedikit scene roman-gaduh2 manja gitu, Aya dan Azam

Selebihnya, anda anda anda semua silalah menonton k! :D

Selamat Berpuasa Day 25

Thursday, September 2, 2010

Cuti Raya

credit mrgoogle

Rasa macam semalam je saya update blog. erk. rupa2nya last entry adalah selasa lepas. cepatnya kan masa berlalu. erm.

semakin lah rasa hiba dan sendu, pabila sudah mula ramai yang wish hari raya. bermakna ramadhan bakal pergi. semoga ada rezeki berjumpa lagi ramadhan akan datang. :)

tahun ini, saya mungkin bercuti sedikit lama. kononnya! walaupun nanti tengah syok beraya tak sampai hati berkata tidak jikalau ada customer call nakkan 'sesuatu' ... @_@

tiba-tiba 2 3 hari lepas emak bagi tau cam bosan pulak raya miri every yr. adoilah mak. haha, mesti dia terkenang tu sebab pernah beraya away from miri, di bbrapa tempat berlainan. Dan mak kata mahu beraya di Mekah tahun depan. semoga doa mak termakbul dan kita semua berjumpa Ramadhan nxt yr yer. kalau saya ikut saja. haruslah happy kan dimana mak berada kita susul saja :D

bagaimana persediaan hari raya teman-teman, saya sederhana saja. konsentrasi ibadah puasa dulu itu yang penting kan kan kan? tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, nikmati, ambil kesempatan yang ada memanfaatkan penghujung Ramadhan ini, dan memburu lailatul qadar, insyaALLAH, YAKIN :)

oklah nak join mak lepak jap. hehe :D

Selamat Berpuasa Day 24 :)



zye : sekejap guna 'aku' sekejap guna 'saya'. menulis ikut mood kot. bolehka? :P