Saturday, September 4, 2010

Para Pencari Tuhan

Mulai hari ini dan onwards, ramai yang di perantauan sudah mulai pulang bercuti Hari Raya kampung halaman masing-masing->wah skema ayat, hehe. Situasi ini juga mengigatkan kisah saya beberapa tahun yang lepas semasa belajar jauh nun di Tronoh je pon, hehe :D, bersesak-sesak di KLIA bersama pelajar2 yang lain dengan tujuan yang sama Balik Kampung oi! Bila balik kampung, senyum sampai ke telinga, dan bila tiba pulang semula ke Utp, air mata tertahan-tahan. bahah :D

Situasi ini berulang lagi tetapi kali ini adindaku Cik Aisyah, beliau akan tiba jam 3:15pm insyaAllah di airport Miri hari ini. sedikit info tentang beliau kini berada di tahun akhir dan semester akhir di utp tronoh perak. insyaALLAH tamat pengajian Disember ini. bye-bye Utp yang bor bor. eheh :P. Haruslah kakandanya ini Happy lah oi, ada teman nak meriuhrendahkan rumah. sebab sepanjang beliau tiada, saya lah yang bertugas meriuh rendah rumah. hehe :)

*******

Selain dari itu, saje nak share sepanjang bulan Ramadhan juga, saya suka menonton satu sinetron yang menarik bertajuk Para Pencari Tuhan yang ditayangkan di Astro Oasis. Actually sinetron ni setiap Isnin-Jumaat jam 1:30pm, tp sib baik astro ni suka ulang-ulang tayangkan, so dapatlah jugak nonton tak berapa nak everynite lah, jika ada kesempatan setiap isnin-jumaat jam 10-11pm.

Apa yang menariknya PPT ni? kalau korang tengok para pelakonnya kan, mesti korang rase macam tak berapa nak selera nonton kot. hehe sebab tu lah reaksi pertama saya. Jahat siot, semata-mata kerana tiada pria yang ganteng,hikhik. tak percaya? tengok ni

diorang ni ganteng-ganteng je sebenarnya tapi disengajakan dikusut masai gitu, hehe, jadi bila tengok diorang je mesti rasa nak gelak, sebab penampilan mereka mmg diolah macam tu. hehe :D

Tapi lepas termenonton satu episod, hambik kau, terus melekat, serius kalau yang muka masam satu hari ada problem ke apa, kompom ko akan gelak pas nonton cerita ni. selain dari tu, jalan ceritanya mendidik masyarakat untuk kembali mencari apa tujuan hidup ini :), itulah tajuknya para pencari tuhan.

Sinetron ni bukan calang-calang ok, siap dapat anugerah International u. Special Award for Foreign di Pentas International Drama Festival in Tokyo, Jepun, Khamis, 23 Oktober 2008.
Meletup kan? hehe.

Ini ha, aku copy paste je lah dari Mr Wiki, pemain-pemain sinetron Best ni.
Deddy MizwarBang Jack
Melky BajajChelsea
Aden BajajBarong
Isa BajajJuki
Zaskia Adya MeccaAya
Artta IvanoKalila
Akri PatrioUstadz Ferry
Annisa Suci WulandariHaifa
Agus KuncoroAzzam
Udin NgangaBang Udin
Asrul DahlanAsrul
Jarwo KuatPak Jalal
Tora SudiroBaha
Anggia JelitaMarni
ade ramai lagi, tapi panjang sangat lak senarainya, so kalau nak tengok lebih lanjut silalah ke sini yer . Mr Wiki Waka siap dengan sinopsisnya sekali.

Lagi Masyukk kalau korang nonton sendiri. hehe, asalkan ibadah2 lain dah selesai yer. :D

Ini sedikit gambaran Para Pencari Tuhan


scene di surau mereka,miting apa ntah ni, paling rasa nak tergelak selalu tgk aksi si Juki tu yang pakai baju purple. hikhik


adalah jugak sedikit scene roman-gaduh2 manja gitu, Aya dan Azam

Selebihnya, anda anda anda semua silalah menonton k! :D

Selamat Berpuasa Day 25

No comments: