Monday, September 6, 2010

Detik-detik akhir ramadhan

Hari ini usai melaksanakan rutin di spa, saya keluar sebentar bersama Angah menemani beliau shopping tudung raya. Sengaja keluar jam 12 tghari dan hari Isnin, sebab less crowd d shopping mall.

Beliau sangat pelik tahu, belikan tudung raya untuk saya d Kl, tetapi diri sendiri tak dibeli, katanya tak tau nak pilih, sedangkan tudung yang dia belikan untuk saya sangat lawaaa lah pulak. aiyak~

walaubagaimanapun, tiada tudung yang berkenan di hati, mungkin sudah habis di shopping oleh orang2 miri yah? hum....

at lastt tau tak kitorang menapak kat mana?? hah! masuk kedai cermin mata lah pulak, dan takde keje nak cuba spec zaman tok kadok nih. adoi, sakit perut aku sebelum daapt ambil gambar ni dalam keadaan tenang~~

zaman tok kadok cina purba kala. kah kah. ini bukan saya, ini Angah ok. dan beliau telah rembat satu spek untuk aksesori raya katanya, tapi bukan spek ini ok. haha.

sebelum singgah ke kedai spek tersebut, sempat singgah membeli majalah Solusi edisi 23! wah teruja nak baca. yey!

ok, lepas tu singgah ke supermarket Giant untuk membeli pesanan emak iaitu beras Basmathi untuk masak nasi minyak Hari Raya. ohoho, teruja lagi~ :)


dan dan, balik semula ke spa lah. takde ape sangat nak shopping pon, coz sudah ready awal2 sebelum bulan Ramadhan lagi.

oklah cam tak best bebel pasal shopping berjela-jela kan? jom kita share tentang juadah berbuka yang sangat sederhana hari ini hehe. Nah~~

Oh kurma tak perlu capture coz sajian wajib kan? :D, setelah mengunyah kurma kita mulakan dengan buah-buahan DragonFruit, dan Anggur yang Manis :)

nikmati ikan panggang pembuka selera

bersama telur masin, sambal pedas ikan bilis tanpa belacam, sayur kacang panjang. yum~


Satay Ayam dan Daging~ Sib Baik Sedap. hehe :D

dann, kuah satay

dan beberapa menu lain.

ok itu sahaja untuk hari ini.

Selamat Berpuasa Day 27

No comments: