Friday, December 10, 2010

Marilah Bersama Menjadi Lebih Baik :)

Assalamualaikum dan apa khabar semua :) (semua tu macam banyak readers kan? walaupun ada 2 3 orang je yang baca, tapi tetap perlu dihargai. kan?)

Walaupun selalu sangat cakap sibuk sibuk, tapi eh eh sempat pulak nak ber blog. hehe. Tipu la kalau cakap sibuk sibuk sampai takde masa, Allah dah bagi 24 jam tu pandai-pandailah gunakan kan? (untuk peringatan diri sendiri, jangan sesiapa terasa. hehe)

Oh ya, kenapa tiba-tiba saya nak juga memblog hari ini, walaupun sebenarnya waktu malam lebih sesuai memblog kerana itu waktu santai, tapi takut IDEA nanti hilang macam hari tu, saya tunggu tunggu last-last tak tau dah apa nak disampaikan. hehe. Ok, tanpa buang masa.

Macam ni, hari ni, saya tengok tak kisahlah di Media Massa ke, Depan mata saya ke, dalam Majalah ke, eh yang ni kategori media massa kan? saya tengok ramai sekali wanita muslimah yang sangat CANTIK. Alhamdulillah anugerah Allah :)

Macam - macam fesyen digayakan, kalau dulu, wanita Muslimah digambarkan berpakaian labuh, tudung labuh, muka menunduk, barulah dikatakan fesyen muslimah. Tapi zaman ini, zaman 10 tahun eh dalam beberapa hari lagi 9 tahun akan menjejak ke 2020, tiada lagi istilah Fesyen Muslimah yang labuh-labuh.

RAMAI, yang menggayakan fesyen muslimah dengan lebih BERANI. Saya tidak akan memaparkan gambar dalam entry ini kerana saya rasa para pembaca faham maksud saya atau boleh google sendiri(demi kebaikan semua).

Apa maksud BERANI? Baik kita lihat satu persatu.

1) TUDUNG
- Wanita Muslimah semakin berani menggayakan tudung warna TERANG.
- Pelbagai FESYEN, yelah sape tak rambang mata kalau tengok berlambak tudung cantik cantik dikeluarkan di pasaran.
- KEBANYAKAN saiz tudung semakin mengecil. Setuju? Anda HARUS SETUJU. hehe.
Maksud mengecil disini kebanyakan saiznya atas dada.
- Ada juga yang meggayakan tudung, tapi, anting-anting tetap nak dikeluarkan jugak?
- Apa makna aurat wanita sebenarnya? Hanya menutupi rambut?

2) BAJU/SELUAR
- Kini baju juga semakin mengecil. Yelah, kalau yang kurus mungkin sesuai, kurang nampak bentuk badan, tetapi kepada mereka yang sedikit berisi, mungkin nampak bentuk badan
- untuk kategori DRESS panjang pulak, kain semakin menipis, menampakkan bentuk badan.
- Kesimpulan untuk kategori ini, kebanyakan nya NIPIS, Menonjolkan Bentuk Badan.

3) STOKIN
- Kebanyakan wanita muslimah tidak menggunakan stokin. Tidak semua, kebanyakan, ini adalah kajian saya sendiri di environment saya sendiri.
- Bukan ke kaki wanita kategori aurat? kecuali muka dan tapak tangan? tapi kalau ada mereka yang lebih arif boleh tolong huraikan lagi?
- Bukan apa saya sedikit confuse dengan kebanyakan isteri-isteri ustaz yang saya jumpa. mereka pun tak pakai stokin. SALAH SAYA sebab tak tanya terus dengan USTAZ tersebut.
Ye, saya faham USTAZ dan USTAZAH pun manusia biasa yang buat kesilapan. Cuma-cuma kadang-kadang kita rasa malu, apalah sangat ilmu agama kita dibandingkan dengan mereka kalau kita nak menegur? ( sikap ini harus dihakis )

KENAPA KITA HANYA BERANGGAPAN HANYA USTAZ DAN USTAZAH YANG MESTI PERFECT DALAM MENGAMALKAN ISLAM? ADAKAH KITA, SEORANG ARKITEK, ENGINEER, PEGAWAI EKSEKUTIF, PEGAWAI BANK, PENYANYI, SURIRUMAH, TIDAK PERLU MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM HANYA KERANA KITA BUKANLAH USTAZ DAN USTAZAH. TETAPI BUKANKAH KITA SEMUA BER AGAMA ISLAM?

KITA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM WAJIB MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM. SAYA JUGA CUBA, BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SAYA UNTUK MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM SEBAIK YANG BOLEH. ILMU SAYA SEDIKIT INI SAYA INGIN MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, MARILAH KITA KEMBALI KEPADA FITRAH.

Oklah dengan ilmu saya yang sedikit ini, cukuplah sampai disini, KESIMPULANNYA, semoga kita Umat Islam Berubah Menjadi Lebih Baik :)

Assalamualaikum.

No comments: