Wednesday, December 29, 2010

Sepak Bola Vs Bola Sepak

Ok! Kita semua tahu -> Rakyat Malaysia dan Indonesia, malam ini perlawangan akhir Piala Aff suzuki apa ntah, tapi yang penting ada perlawanan bola. Daaaannnn seperti yang semua tahu, sekarang pasukan Indonesia tekanan tahap tinggi sebab dah kalah di Malysia 0-3 dannn mereka sangat tidak berpuas hati dan menyalahkan Malaysia main kotor dan bla bla bla.

Saya tidak heran pun kalau perlawanan ini akan mencetuskan perang besar di antara Indonesia dan Malaysia(please take note, kalau nak sebut or eja Indonesia jangan sesekali tulis, sebut INDON, mereka sangat MARAH ok, sebab nyer tak cari lagi)

Saya seorang yang tidak meminati BOLA SEPAK ke SEPAK BOLA ke, tetapi kenapa saya membahasan ini di dalam blog saya? SEBAB ...

1) saya pening tengok status FB kawan-kawan Indonesia saya(tidak semua, sebahagian mereka sahaja) sentiasa buat status yang kurang enak dibaca atau didengar dan bla bla ... Status yang sentiasa menampakkan mereka langsung tidak bersalah di atas kekalahan perlawanan lepas yang berlangsung di Malaysia, tak ingat hari apa ntah diorg main, tapi yang pasti pada hari tersebut rumah saya sangat bising dengan teriakan walaupun yang menonton hanya 3 orang! Angah, Adik Is, dan Bapak saya, mak saya ada lah menyampuk sikit-sikit. eh sori kat mana dah tadi?

2) Dan, kebetulan saya ada menonton jugak tv indonesia kan, so ade lah tertengok segment Berita mereka. macam-macam diorang buat laporan. Hanya kerana laser hijau ntah apa-apa mereka menyalahkan Malaysia main kotor. Saya faham, rakyat Indonesia MALU BESAR dengan kekalahan ini(belum confirm sepenuhnya kalah, coz malam ni akan menentukan siapa juara, walau pun diatas kertas nampak macam Malaysia akan menang) sebab mereka sangat YAKIN, dan rasa SANGAT KACANG nak mengalahkan Malaysia.tup tup eh kalah pulak. LASER HIJAU JADI ALASAN?

3) Chill lah ok???????? hanya Sepak bola je pun???? takkan hanya kerana bola sebiji tu 2 negara nak bergaduh???? though kawan-kawan indonesia saya ok je pon, cumanya yang berlegar-legar kat internet sekarang ni melambangkan betapa KERUHNYA hubungan 2 negara ini.

4) coz saya ada pengalaman ke Indonesia, diorang ni actually baik-baik je, cuma semangat kenegaraan itu yang sangat tinggi. err mana-mana rakyat pun akan semnagat tinggi kan? ke diorang ni terlebih tinggi semangat nya? huhuh . dan err actually sebahagian je rakyat Indonesia yang suka buat rusuhan ntah apa-apa nih, tapi disebabkan rakyat mereka sangat ramaiiiiiii so ianya nampak seperti seluruh INDONESIA berperang dengan MALAYSIA, walaupun saya tengok rakyat MALAYSIA macam cool je, walau dituduh macam-macam.

5) ok, saya tak sokong mana-mana negara, coz yang mewakili Malaysia tu HARIMAU MALAYA? dan saya dari SARAWAK, n i'm not MALAYA? hehehe KENEGERIAAN x??

KESIMPULANNYA, memang tak kisah siapa yang menang. TAPI SAYA KISAH APA AKAN JADI SELEPAS PERLAWANAN INI BERAKHIR MALAM INI? CUBA TEKA. ADAKAH?

1) .............

2) ..........................

3) BLA BLA BLA

4) PALING RISAU KALAU TAK DIBENARKAN SHOPPING DI INDONESIA LAGIK. SINI SHOPPING SANGAT HEAVEN OK! HUHUHUHU.....TAPI YANG NI TAK LOGIK LA. ERR TAPI KALAU TERJADI MACAM MANA? HEHEHE RISAU TAK TENTU PASAL

5) WUTEVER LAH.

MARILAH KITA BERDAMAI WAHAI RAKAN-RAKAN KU? NEGARA-NEGARA LAIN KETAWA DAN SUKA HATI JE TENGOK KITA 2 NEGARA ISLAM NI GADUH-GADUH, TAK MEMBERI MANFAAT PUN OK? FIKIR-FIKIRKANLAHHHH ;`(



2 comments:

KNS said...

serius bimbang ape2 berlaku antara 2 negara ni..
same2 la kite 'bola' xmnyebbkn peperangan..
moge ukhwah indonesia dan mlysia bertmbh erat lepas ne..amiiin.

cactusitu said...

insyaALLAH, amin :) doakan yang terbaik buat seluruh negara umat islam :)