Wednesday, September 15, 2010

Semangat Oh Sudah Tiba

Alhamdulillah kita sudah berada di hari ke 6 Syawal. Pastinya, ada yang sudah masuk ofis, kembali kpd rutin asal, dan tak kurang juga yang baru balik kampung. hee :D ... situasi saya sekarang pulak, d Miri Sarawak ni masih ramai yang berkunjung dan Rumah Terbuka Hari Raya masih berjalan dengan meriah. Saya yg pada asalnya nak beroperasi pd hari Isnin depan, kenalah mengalah dgn customer yg dah mula call Selasa lepas hari ke 4 Syawal. Takper, cukuplah cuti 7 hari yang indah ini :D

Semangat pun kembali menaik dan meningkat ni, selepas berjumpa dgn rakan-rakan lama dan masing-masing berkongsi perkembangan kejayaan dalam kerjaya masing-masing. Alhamdulillah, perjumpaan dengan teman-teman dilihat pada pandang sisi yang positif, setiap pandangan atau mimik muka menjadi kekuatan saya untuk Berjuang Di Dalam Perjuangan Memantapkan dan Menguatkan Ekonomi UMMAH. insyaALLAH pastinya bersama HPA.

Sekarang ni, demand tinggi daripada barang yang sedia ada di Miri ni. Syukur. Orang Islam dan masyarakat sejagat sudah mulai sedar betapa pentingnya Produk Halal Toyyiba ini. Dan, kami akan cuba untuk memenuhi permintaan walaupun mungkin tidak sempurna. :D

InsyaALLAH, pasukan dari Miri siap siaga untuk memikul tanggungjawab bersama ini.

Oh, sudah lewat masuk kamar tidur istirehat yang cukup, esok dah nak berjuang :D

Selamat Hari RAYA Day 6

No comments: