Monday, July 25, 2011

BERANI LEBIH UNTUNG

Walaupun mata sudah rasa lembik, kelipan tertahan-tahan, hati berkobar-kobar mahu tulis juga ;>

Pernahkah kita mendengar atau terbaca quote ini "Only when we are no longer afraid do we begin to live".Dorothy Thompson, journalist

Ianya sesuatu yang sangat BENAR. Saya yakin, bukan saya sahaja yang pernah rasa takut-takut untuk mulakan sesuatu, mencuba sesuatu, berimpian BESAR-BESAR, bertindak dengan bebas, dan sebagainya. Dulu YA, Saya PENAKUT. Takut apa? Akan sentiasa bermonolog sebegini:-

1) Nanti kalau aku buat ni, tak menjadi orang akan ketawakan aku T_T
2) Ish buat apa Impian besar-besar, letih je nak berfikir, tak perlulah berimpian sebab nanti banyak kerja #__#
3) Tak berani nak mulakan dulu, orang lain takde buat pun, nanti orang cakap bla blabla %__%
4) Kalau gagal macam mana? ish malunya. Lebih baik duduk diam saja &___&

Wah ruginya saya yang 'lama' kan?

Tapi tidak mengapa, itulah namanya proses pembelajaran. Alhamdulillah, semakin menginjak dewasa ini, saya sedikit demi sedikit dapat pecahkan tembok TAKUT itu. Sangat tidak best ok kalau sentiasa ada rasa takut.

Allah Maha Kuasa telah memberi jiwa dan hati saya hidup! Sekarang saya rasa semua benda saya nak buat. Semua benda saya nak rempuh. Saya pun hairan. Haih, dari mana tiba-tiba datang keberanian ini? Sudah tentunya setelah melalui beberapa tahap Ujian yang Allah telah beri. Allahuakbar! Benarlah, Allah kalau sudah mahu bagi, walaupun 1000 orang yang menghalang kita tetap akan dapat. Kalau sudah bukan rezeki kita biar 1000 orang yang membantu dan menyokong kita tidak akan dapat.

Yakinlah dengan pertolongan Allah. Yakinlah dengan semua perancangan Allah kepada kita. Yang baik itu Hikmah, yang buruk juga ada hikmahnya. Bersabarlah, pasti ada UNTUNG! BERSANGKA BAIK, kawan!

Saya tahu, kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, ada orang tidak suka kita. Terima saja. Manusia itu lemah. Tidak punya kuasa mahu suka semua orang. Macam kita juga ada orang kita suka ada orang kita macam tak suka. Jadi, jalani hidup ini dengan POSITIF saja, tidak perlu ambil pusing atau bersedih yang terlampau. Yang Penting kita UBAH diri kita menjadi LEBIH BAIK Setiap HARI. Bukankah lebih berfaedah? Kita akan dapat ganjaran yang BESAR dari ALLAH. INSYAALLAH.

Baiklah hati ini mahu bebel panjang-panjang. Tapi nampaknya mata tidak bisa berkompromi.

Ayuh BERIMPIAN LEBIH BESAR. SAMA-SAMA UNTUNG Dunia dan Akhirat , InsyaALLAH! ^__^




No comments: