Monday, July 18, 2011

Tokey BUKU!

Rupa-rupanya saya baru menjadi tokey buku selama sebulan setengah sahaja. Hahah, tapi sibuk jual buku macam rasa dah 5 6 bulan. ewah. Tapi....tak tahu kenapa BEST nya jual buku! Paling best feedback dari customer siap SMS lagi bila diorang satisfied dan enjoy sangat dengan buku-buku yang dibeli, ewah saya pulak suka padahal bukan penulis buku tersebut pun.

Doakanlah semangat saya ni berterusan, istiqamah dalam menjual buku. Hairan, tak pernah terlintas, plan apa-apa nak jadik tokey buku. haha. begitulah takdir Allah, tiba-tiba tergerak hati nak jual buku, mesti ada hikmahnya :)

Pengalaman dengan supplier-supplier buku juga menarik. Saya ni jenis mesti cepat kalau saya nakkan sesuatu barang. Dan disebabkan ini kali pertama saya deal ngan bisnes buku, saya sampai geram-geram sebab buku-buku saya lambat sampai. Haha, padahal memang prosedur nya macam tu pun? ye ke? Apapun memang kena banyak SABAR! haha. tak apelah janji pelanggan-pelanggan saya puas hati dengan buku-buku yang saya jual. InsyaALLAH sedang dalam perancangan untuk buka kedai buku. Woh, teruja. Doakan!

Mari BERIMPIAN LEBIH BESAR! Salam Perjuangan!

No comments: