Tuesday, July 19, 2011

#Si Tembam

Saya pun takut tengok diri sendiri yang semakin tembam tak hengat! Comel tak budak sebelah saya. Si Kiut Iman. Ini semasa di rumah Aunty Zaharah di Alor Setar Kedah. OK, rindu!


***********************************************

Betul sangatlah, kita adalah apa yang kita baca. Contohnya, semangat dan motivasi saya banyak dapat daripada buku-buku yang saya baca. Seperti, saya baca buku Negeri 5 Menara yang ditulis oleh Ahmad Fuadi, saya akan ingat mantera Man Jadda Wa Jada (Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya) setiap kali saya merasakan kesukaran. Saya ingat mantera tersebut dan tadaaa, berhasil! ^__^. Beberapa buah buku saya baca ini adalah diantara yang melekat di fikiran.

Begitu juga semasa saya mengikuti program Mantap hari tu, semasa mendaki Banjaran Nakawan. Bagi teman-teman yang lain, laluan itu mudah saja mereka lalui, tapi bagi saya yang jarang-jarang mendaki ini, saya rasakan sedikit sukar. Semasa saya menuruni banjaran tersebut, saya merasakan kalau saya silap langkah boleh jatuh dalam gaung! huwaa, padahal diorang yang lain macam rileks saja, terus saya ingat lagi mantera Man Jadda Wa Jada. Yey, saya berjaya juga. Padahal semua orang lain berjaya turun. hehee. Tak apelah, saya tidak membandingkan diri saya dengan orang lain. saya tahu kemampuan saya, jadi bagi saya ianya satu kejayaan kepada saya! ^___^

Dan sehingga saat ini saya bawa semangat itu dan mantera ajaib itu. Ada satu lagi mantera yang mesti diamalkan, Man Shabara Zhafira (Siapa yang bersabar pasti beruntung) daripada buku RANAH 3 WARNA (Ahmad Fuadi) tapi saya belum mula baca lagi, sebab saya sedang baca buku lain. Reserve dulu buku itu sebab kalau sudah mula baca mesti tidak dapat berhenti.

Sekarang di FB sangat popular Si Penulis Yang Disayang Tuhan iaitu Baharudin Bekri. Memang saya selalu tengok buku ini di Popular, tetapi tidak tahu kenapa saya belum terdetik hati mahu membeli. Seperti pengalaman saya memandang dingin buku Negeri 5 Menara dululah. Selepas saya tengok pakar motivasi di FB menyarankan untuk beli saya terus beli dan obses! Jadi, selepas saya melihat ramai sungguh orang yang menyukai kata-kata hasil tulisan Tuan Baharudin Bekri ini, insyaALLAH saya akan cuba baca buku beliau. Terpukau juga melihat petikan buku yang beliau selalu letak di wall FB. Apatah lagi saya melihat beliau diantara penulis yang menerima royalti tertinggi juga di PTS. Wah ini mempengaruhi juga ya? OK, saya akan tunggu buku-buku yang saya sudah tempah dan semoga saya ada bahan bacaan yang menarik lagi.

Ok, cukuplah ini saja malam ini, selamat tidur dan selamat membaca buku-buku indah :)




No comments: