Memotivasikan Diri Sendiri dan Berkongsi. Semoga bermanfaat. Ayuh Semangat! Berani BerIMPIAN lebih BESAR! Salam Perjuangan ^_______^
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
Be positive every single day
Terima Kasih
Wednesday, December 29, 2010
Tahniah
Sepak Bola Vs Bola Sepak
Sunday, December 26, 2010
Selamat Tinggal Kenangan 2010
Saturday, December 25, 2010
Selamat Hari Minggu
Wednesday, December 22, 2010
Kenangan Konvo 2008
Sunday, December 19, 2010
Tudung RATU
Sami Yusuf - Make Me Strong 2010
Friday, December 17, 2010
Sabar
Dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini(hikhikhik,skema) haruslah banyak BerSABAR. 25 tahun hidup di atas muka bumi ini sedikit sebanyak, banyaklah jugak pengajaran dan pelajaran dan asam garam hidup yang dicicip. Walaupun tak lah sebanyak mereka yang dah hidup 50, 60, dan 70 tahun tu kan? Sekurang-kurangnya saya belajar untuk tidak membiarkan apa yang terjadi setiap saat didalam hidup begitu saja. Saya belajar untuk mengambil iktibar dan Sebab kenapa begitu kenapa begini. Alhamdulillah SABAR sudah menjadi sebahagian dalam hidup ini walaupun kadang-kadang terbabas lah jugak kan terlepas Amarah kalau kurang Sabar. Nasib baik saya dikelilingi orang yang sentiasa mengingatkan kalau tiba-tiba TerBabas tu!Tetap manusia biasa yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan.
Eh, sempat lagi aku memblog pasal SABAR kan, sedangan customer dah on the way ke sini untuk treatment. Tak dapatlah aku nak membebel panjang. Nanti ada masa terluang kita tambah perisa ok, Garam, Cili, Limau, semua ada untuk diceritakan ni. Ok ok lah saya nak sedia bahan-bahan ni. heheh macam nak masak customer pulak
Selamat Hari Jumaat. Setiap hari adalah hari yang baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Assalamualaikum~
Tuesday, December 14, 2010
Cancel
Sunday, December 12, 2010
Aktiviti Hari Ini
Friday, December 10, 2010
Marilah Bersama Menjadi Lebih Baik :)
Thursday, December 9, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Mesti Cinta Kerja Kita

Monday, December 6, 2010
Maal Hijrah 1432
Sunday, December 5, 2010
Disember
Saturday, December 4, 2010
Cuti sekejap
Friday, December 3, 2010
INTEAM - REDHA
Thursday, December 2, 2010
Entri ke 101
Sunday, November 28, 2010
Selamat Datang DISEMBER
Saturday, November 27, 2010
Make Up
Friday, November 26, 2010
Impian
Alhamdulillah ;)
Thursday, November 25, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Motivasi: Pengasingan Syu’ur Secara Total
credit to : http://ms.langitilahi.com
“Kau bolehlah, hidup dalam bi’ah solehah. Boleh kekalkan apa yang belajar di sekolah kita dahulu. Aku ni, tercampak dalam lembah jahiliyyah. Sana sini rosak. Akhirnya aku pun sama-sama hancur jugak.”
Itu satu bicara yang saya dengar baru-baru ini.
Ya. Semestinya berbeza bila hidup dalam suasana yang baik, dengan hidup di tengah-tengah suasana yang merosakkan. Tetapi, hidup di tengah-tengah suasana yang hakikatnya bukanlah alasan untuk tidak menjadi baik. Ia bukannya ‘hukuman mati’ kepada mereka yang ingin mencari keredhaan Allah SWT.
Dahulu, guru saya, Sir Mohd Abduh, apabila cuti sekolah menjelang dan pelajar-pelajar ingin pulang, dia sentiasa akan memberikan satu penyampaian bertajuk:
“Uzlah Syu’uriah Tammah.” Atau dalam bahasa melayunya: Pengasingan Syu’ur Secara Total.
Bukan mengurung diri, tetapi mengurung jiwa.
Bukanlah Pengasingan Syu’ur di sini membawa maksud mengasingkan seluruh tubuh kita daripada suasana. Hanya berkurung di dalam rumah atau masjid semata-mata. Hanya dengan diri sendiri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Bukan dan bukan. Jika demikian, Islam tidak akan mampu berkembang dan menyusup dalam kehidupan masyarakat.
Pengasingan Syu’ur adalah kita mengasingkan jiwa kita daripada mencintai apa yang suasana rosak cintai, kita mengasingkan jiwa kita daripada meredhai apa yang suasana rosak redhai. Di sini, seakan-akan wujud satu ‘barrier’ antara kita dengan apa-apa sahaja yang Allah SWT tidak redhai.
Kewujudan ‘barrier’ ini adalah apa yang diperlukan untuk step yang seterusnya.
Tanpa ‘barrier’ ini, kita hanya akan redha dengan kerosakan di sekeliling kita. Kita hanya akan hanyut, larut dan akhirnya menjadi salah seorang dari yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Walaupun kerosakan-kerosakan itu, adalah apa yang dipandang ‘normal’ di sisi manusia hari ini.
Ah. Apakah ‘normal’ selain apa yang Allah katakan sebagai ‘normal’?
Tiada bukan?
Mencari alasan untuk kuat
Kewujudan ‘barrier’ tadi mencetuskan perasaan: “Aku mesti buat sesuatu.”
Dan kita akan menyedari bahawa, hendak melakukan ’sesuatu’ untuk menyelamatkan suasana rosak secara langsung adalah mustahil. Mustahil dengan keadaan diri kita yang lemah, dan berseorangan di satu tempat yang rosak.
Di sinilah kita memulakan ‘projek rescue’ bermula dengan diri kita. Apa yang kita buat adalah dengan memerhatikan ibadah-ibadah wajib yang khusus buat diri kita seperti solat fardhu, telah selesai kita laksanakan dengan baik. Kemudian kita tambah hari-hari kita dengan Al-Quran, zikr, istighfar, solat-solat sunat, Al-Mathurat, puasa sunat. Ini adalah penanda aras bahawa kita adalah ‘kuat’, di samping itu semua adalah resepi ‘kekuatan’ untuk kita kekal dalam ‘barrier’ tadi.
Di samping menjaga diri, kita berusaha juga mencari orang lain untuk menemani perjalanan kita. Kita faham bahawa, seorang diri, sekuat mana pun kita akan lemah. Maka, kita berusaha mencari teman. Tetapi, bagaimana hendak mencari teman dalam suasana yang rosak?
Semestinya kita cari di tempat kebaikan, di tengah suasana yang rosak. Kita pergi ke Masjid, dan perhatikan siapa yang datang di kala subuh. Siapa yang rajin duduk kekal mendengar ceramah selepas maghrib. Siapa yang mencatit khutbah Jumaat dan sebagainya. Kemudian kita dekati, rapati, mesrai, kenali, dan kita ajaknya untuk sama-sama kita ‘menjaga diri’.
Proses ini tidak sekejap. Namun anggaplah ia sebagai ‘assignment tambahan’ untuk kita menguatkan diri. Ibarat kata guru saya yang biasa saya pegang dan ulang: “Seorang perempuan yang malas hendak mencuci kukunya, apabila dia mencuci baju, maka kukunya akan tercuci sekali.”
Dan apabila kita sudah mempunyai rakan, kita ajak dia melakukan apa yang kita lakukan secara bersama-sama. Mungkin boleh tambah perkara lain seperti beriadhah bersama, makan bersama, keluar bersama, qiam bersama dan sebagainya. Pasti lebih menarik bila ada teman yang sama matlamat, sama tujuan dengan kita bukan?
Dan bersama-sama dengan dia, kita keluar mencari teman lain lagi. Lama kelamaan, perkara ini akan berkembang, dan mungkin setelah kita mendapat sekitar 5-10 orang, kita sudah mempunyai satu ’suasana solehah’ di tengah-tengah ’suasana jahiliyyah’.
Dan kita kembali hidup di dalam bi’ah solehah semula, bahkan, kita akan terus berusaha mengembangkannya.
Asasnya adalah keimanan
Namun, hendak mempunyai dan mengekalkan ‘barrier’ tadi, menjalankan ‘projek resque’ dan ‘assignment’ tadi, hanya mampu kita lakukan dengan wujudnya keimanan. Tanpa keimanan, kita tidak akan mampu melaksanakan semua itu.
Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita adalah hamba Allah SWT. Hanya dengan keimanan, kita mampu merasakan bahawa kita perlu menjauhi jahiliyyah. Hanya dengan keimanan, kita mampu mempunyai perasaan hendak melakukan kebaikan.
Tetapi tanpa keimanan, kita tidak akan peduli. Pada kita, ikut jahiliyyah itu biasa. Buat mungkar itu normal.
Keimanan itulah yang melahirkan Pengasingan Syu’ur Secara Total. Sebab, kebergantungan kita hanya pada Allah. Walau seluruh dunia meninggalkannya. Maka, kita bina satu keterasingan dalam diri kita, untuk tidak mengikuti syu’ur-syu’ur kerosakan yang jauh daripada Allah SWT, semata-mata untuk kita kekal dalam perjuangan mendapat keredhaan Allah SWT.
Hanya dengan pengasingan syu’ur secara total itulah yang memampukan kita untuk terus bergerak mencari alasan untuk kuat di tengah-tengah suasana yang rosak.
Penutup: Kita terbalikkan jahiliyyah, mejadi solehah.
Orang selalu berkata, kita tidak boleh suruh dunia ikut kita, kita kena ikut dunia. Asas pada bicara itu benar. Apabila kita tercampak dalam suasana jahiliyyah, kita tidak boleh memarahi suasana jahiliyyah: “Mengapa kau mesti ada di sini, tempat aku tercampak ni?” Sebab memarahi jahiliyyah sedemikian rupa takkan merubah apa-apa.
Tetapi, ‘kita kena ikut dunia’ itu pada saya, orang yang beriman patut menterjemahkannya sebagai: “kita bergerak mengikut kesesuaian suasananya.” Bukan kita terjemah sebagai: “Kalau suasana jahiliyyah, kita pun buat jahiliyyah sama.”
Jadi, kita bergerak. Semestinya, bergerak di tengah kerosakan, tidak sama caranya dengan bergerak di tengah-tengah suasana baik. Lihat sahaja Rasulullah SAW bergerak di Makkah bagaimana, dan di Madinah bagaimana.
Maka kita bergerak dengan bijak, strategis. Pasakkan matlamat.
Kita hendak terbalikkan jahiliyyah, dan mewujudkan satu suasana solehah.
Bermula dengan keimanan, menghasilkan Pengasingan Syu’ur Secara Total!